Tugasan 1 : (10%) QMT 223 Pensyarah : Dr. Zarina Samsudin Nama : Muhamad Izhar Bin Salim (94293)
Plagiat. Plagiat sangat sinonim dengan isu hak cipta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Plagiat merupakan perbuatan menciplak hasil karya orang lain sama ada sebahagian mahupun secara keseluruhannya tanpa memberi pengiktirafan kepada orang tersebut. Dalam erti kata lain, plagiat merupakan perbuatan menciplak hasil kerja orang lain dan kemudia mengaku hasil kerja itu sebagai hasil kerja sendiri. Budaya plagiat semakin mudah dilakukan dengan pengunaan teknologi web melalui penggunaan internet. Akses yang tersangat mudah dan meluas ini memberikan keyakinan dan kelebihan kepada si pelaku plagiat untuk melakukannya. Di Malaysia, isu plagiat seringkali dikaitkan dengan pelajar pelajar pada peringkat pengajian tinggi. Bedasarkan laporan Utusan Malaysia pada 28 Disember 2007, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT) amat memandang serius terhadap isu plagiat. Pengamalan dan pembudayaan plagiat dikalangan pelajar akan mencemar kualiti dan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dalam jangka panjang. Menurut Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu, Datuk Mustapa Mohamed berkata, langkahlangkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan melahirkan siswazah yang tidak berkualiti. Beliau juga
turut meminta pensyarah universiti supaya tidak berkompromi dengan pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis. Walaupun keskes yang melibatkan isu plagiat masih kecil jumlahnya namun kesannya tidak mengira angka keskes yang berlaku. Hal ini kerana, pelajar yang melakukan plagiat juga akan bergraduasi jika terlepas. Mereka kemudiannya, akan melangkah ke alam pekerjaan, akhirnya, di situlah segalagalanya akan terbongkar. Jika selama ini mereka hanya melakukan kerja mudah dengan menciplak hasil karya orang lain tidak lagi di tempat kerja. Maka, akan timbul persoalan apakah yang dilakukan oleh institu pengajian tinggi di negara ini sehingga melahirkan graduan yang gagal menjana kretiviti. Di penghujungnya, imej, kredebiliti serta kemampuan institut pengajian tinggi itu yang menjadi pertikaian. Justeru adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita mencegah dan menangani isu plagiat ini. Penyemaian nilai intergriti perlulah bermula sebaik sahaja pelajar itu sendiri melangkahkan kaki ke universiti. Pada awalnya, menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk memperkenalkan mengenai plagiat, contoh, kesan dan hukumannya. Penjelasan yang tepat dan mudah akan memberi satu gambaran jelas kepada para pelajar akan impak pembudayaan plagiat. Maka selesai persoalan pencegahan jika gambaran jelas telah diberikan. Hal ini kerana, ratarata yang melakukan plagiat tidak tahu tidakannya itu adalah plagiat. Persoalan pengajaran pula, perlulah berfokus kepada hukuman yang setimpal dan tegas. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun hukuman yang telah ditetapkan mesti di laksanakan.
Ketegasan mestilah menjadi pegangan asas dalam memerangi isu ini. Sentimen hati dan perasaan kasihan tidak boleh tidak mesti diketepikan untuk survival pengajian tinggi itu sendiri. Jika perlu digantung pengajian, maka ia mesti dilaksanakan supaya ia menjadi pengajaran kepada si pelaku dan juga orang lain. Namun demikian, jangan sesekali kita menganggap perkara ini selesai bersandarkan kepada dua mekanisme di atas. Hal ini kerana, ukuran intergriti dan kesedaran adalah sangat subjektif. Justeru, kesungguhan kita dalam memerangi isu plagiat juga memerlukan pemantauan. Dalam hal ini pihak univesiti dan juga para pensyarah pelu memperkasa diri dengan perkembangan semasa baik dari segi material mahupun intelek. Hanya dengan pemerkasaan ini, baru pemantauan dapat dilakuakn dengan sangat efektif yang akhirnya menjadi salah satu medium pancegahan plagiat. Kesimpulanya, untuk memerangi isu plagiat, tiga perkara yang perlu kita laksanakan iaitu pengenalan asas plagiat, hukuman untk pengajaran serta pemantaun secara efektif.