Bab 5 - Hubungan Nabi Muhammad S.a.w

  • Uploaded by: Mohd Asri Silahuddin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 5 - Hubungan Nabi Muhammad S.a.w as PDF for free.

More details

  • Words: 1,048
  • Pages: 19
PPPY1272 FIQH SIRAH (Bab 5)

Hubungan Nabi Muhammad (s.a.w.) Dengan Quraysh Selepas Hijrah

Objektif Bab 5 





Memberi penjelasan mengenai hubungan antara pihak Islam dengan Quraysh setelah hijrah berlaku. Mengenal pasti siri ghazwah yang berlaku sehingga kota Makkah dibuka. Menganalisa faktor sesebuah ghazwah berlaku dan implikasinya kepada masyarakat Islam dan pihak Quraysh sendiri. Bab 5 • 2

HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH 



Nabi Muhammad dan umat Islam terima tentangan hebat daripada Quraysh; siksaan dan cubaan membunuh. Nabi gagal mendapatkan perlindungan daripada: Banu Thaqif di Ta’if.  Suku-suku Arab masa musim haji. 





Puak ‘Aws & Khazraj dari Yathrib bersetuju utk beri suaka politik dan ketenteraan. Ini direalisasikan menerusi Bay’ah al‘Aqabah al-Thaniyah. Bab 5 • 3

HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH 

 



Nabi berkeyakinan satu tombokan tentera perlu digerakkan untuk ganggu kafilah perdagangan Quraysh. Apabila ekonomi digugat, politik dan kuasa tentera turut tergugat. Saraya bertujuan untuk membuktikan bahawa Islam memiliki kekuatan sendiri dan tidak boleh dipermainkan oleh musuh. Saraya bertujuan untuk mengadakan hubungan baru dengan kabilah-kabilah Arab yang lain. Bab 5 • 4

GHAZWAH BADR   





Berlaku pada 17 Ramadan 2H, hari Jumaat Pertempuran Islam pertama dengan pihak Quraysh. Tujuan asal: menyekat perjalanan pulang kafilah Quraysh bernilai 50,000 dinar dari Syria (pimpinan Abu Sufyan). Abu Sufyan minta bantuan Makkah. Abu Jahl sediakan satu angkatan tentera utk berperang. Kafilah ini terselamat kerana Abu Sufyan guna laluan pantai. Bab 5 • 5

GHAZWAH BADR 







Abu Sufyan gesa Quraysh untuk tidak keluar berperang, kerana kafilahnya telah terselamat. Quraysh tetap bertekad untuk memerangi orang Islam dan menghapuskan ancaman Islam. Islam 300 orang, Quraysh 1000 orang. 70 org Qurasyh mati, 70 org ditawan; 14 org Islam gugur syahid. Bab 5 • 6

GHAZWAH BADR 

Faktor kemenangan:  Keimanan

yg tinggi kpd Allah s.w.t.  Keyakinan kpd kebenaran Nabi.  Kesatuan barisan tentera.  Semangat yang berkobar-kobar.  Kepatuhan kepada arahan Nabi.  Keikhlasan berjihad di jalan Allah.  Berjuang tanpa sebarang bentuk paksaan. 

Quraysh tidak bersatu dalam peperangan ini. Bab 5 • 7

GHAZWAH UHUD 







Uhud berlaku setelah setahun Perang Badr berlalu. Qurasyh dibantu Banu Kinanah & penduduk Tihamah; 3000 orang. Berkumpul di Bukit Uhud, 5 batu dari Madinah. Nabi panggil bermesyuarat; sahabat veteran mahu bertahan di Madinah, tapi golongan muda mahu berperang. Bab 5 • 8

GHAZWAH UHUD 

 



Golongan muda ialah suara majoriti, Nabi akur dengan keputusan mereka. Tentera Islam seramai 1000 org. Mereka menuju ke Uhud. Tiba di satu kawasan bernama al-Shawt, Abdullah b. Ubayy bersama pengikutnya seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah. Nabi bersama 700 org pergi berjuang di lembah Uhud. Bab 5 • 9

GHAZWAH UHUD 







Satu pasukan pemanah dikhaskan di atas bukit Uhud. Pertempuran berlaku pada Sabtu, 3 Shawal 3H dan kemenangan berpihak kpd Quraysh yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Peringkat awal, kemenangan hampir dikecapi oleh Islam. Tapi, tentera pemanah telah terpukau dengan harta di medan. Bab 5 • 10

GHAZWAH KHANDAQ 







Didalangi oleh Yahudi Banu Nadir yang diusir keluar dari Madinah kerana merancang untuk membunuh Nabi. Mereka menghasut suku-suku Arab untuk menentang Nabi. Quraysh dibantu suku Ghatafan, Murrah, Sulaym, Asad, Ashja’; dikenali sebagai pakatan al-Ahzab; seramai 10,000 orang. Nabi panggil mesyuarat; Salman alFarisi cadang buat parit sebagai benteng pertahanan. Nabi setuju. Bab 5 • 11

GHAZWAH KHANDAQ 









Kerja menggali selesai dalam tempoh enam hari, Zulkaedah 5H. Quraysh jangka mereka dapat menang dengan mudah dan cepat. Mereka gagal untuk menyeberangi parit yang digali oleh pihak Madinah. Mereka mula merasa lemah dan buntu menghadapi ujian ini sehingga bertempiaran lari akibat ribut dan taufan yang hebat. Quraysh dan Yahudi tidak dapat kerjasama penuh drpd Arab lain. Bab 5 • 12

SULH HUDAYBIYYAH 





Setelah kedudukan Madinah agak selamat, Nabi bersama 1600 org Islam lain telah ke Makkah untuk kerjakan umrah; Zulkaedah 6H. Umat Islam Muhajirin mula rasa rindu pada Makkah; tiada usaha untuk tawan kota Makkah kerana tiada kelengkapan senjata. Setiba di al-Hudaybiyyah, rombongan dihalang daripada memasuki kota Makkah. Bab 5 • 13

SULH HUDAYBIYYAH 







Pihak Quraysh mula hantar wakil untuk berbincang tapi tiada sebarang kata sepakat dicapai. Nabi pula hantar ‘Uthman b. ‘Affan untuk berunding dengan Quraysh. Sampai berita ‘Uthman telah dibunuh, lalu orang Islam berjanji dalam Bay’ah al-Ridwan untuk pertahankan Islam. Dalam perjalanan menuju ke Makkah, tiba-tiba ‘Uthman pulang dengan selamat. Bab 5 • 14

SULH HUDAYBIYYAH 

Quraysh hantar Suhayl b. ‘Amr untuk berbincang. Berjaya mencapai kata sepakat: Sulh al-Hudaybiyyah: Gencatan senjata – 10 tahun.  Nabi dan Quraysh bebas bersekutu dengan sesiapa.  Orang Quraysh yang anut Islam dan pergi ke Madinah, dikehendaki untuk kembali ke Quraysh. Manakala orang Islam yang larikan diri ke Makkah, tidak perlu dikembalikan.  Orang Islam dikehendaki pulang; tunaikan hasrat pada tahun depan dan dibenarkan untuk menginap selama 3 hari. 

Bab 5 • 15

SULH HUDAYBIYYAH 

Beberapa Sahabat menentang perjanjian ini seperti ‘Umar, tap Nabi tetap terima sebab ada keuntungan jangka panjang. Quraysh mengiktiraf kedaulatan Madinah.  Tempoh perdamaian memberi ruang seluasnya untuk menyebarkan Islam.  Tempoh itu juga beri peluang kepada orang Quraysh untuk memahami Islam. Ramai pemimpin mula anut Islam.  Madinah dapat perkukuhkan kedudukan ekonomi, sosial dan politik.  Orang Islam berpeluang untuk hapuskan orang Yahudi. 

Bab 5 • 16

FATH MAKKAH 









Belaku pada tahun 8H kerana Quraysh mengkhianati perjanjian kedua Hudaybiyyah. Quraysh utus Abu Sufyan untuk berbincang tetapi gagal. Nabi mengerahkan orang Islam untuk siap berperang. Seramai 10,000 orang berjaya dikumpulkan dengan bantuan suku Arab yang lain. Nabi bersetuju untuk menjaga kehormatan Makkah dan tidak menumpahkan darah. Bab 5 • 17

FATH MAKKAH 









Penduduk Makkah menyerah kalah dan umat Islam berjaya memasuki Makkah. Penduduk Makkah diberi ampun, semua berhala dihapuskan. Ini menunjukkan sifat Nabi yang begitu mulia. Orang Islam langsung tidak berdendam dengan Quraysh setelah mereka disiksa dan ditentang hebat selama ini. Ini telah menimbulkan keinsafan kepada penduduk Makkah. Sebahagian besar telah menerima Islam sebagai anutan. Bab 5 • 18

RUMUSAN 





Hubungan Islam dengan Quraysh sentiasa tegang dengan beberapa siri peperangan. Antaranya seperti Badr, Uhud dan Khandaq. Perjanjian turut dimeterai seperti Sulh alHudaybiyyah. Setiap peristiwa yang berlaku memberi impak positif dan negatif kpd. kedua belah pihak. Bab 5 • 19

Related Documents


More Documents from "heri"