Bab 3

  • Uploaded by: cikgu AH
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,211
  • Pages: 25
Bab 3 Kerajaan-kerajaan Awal di Asia Tenggara

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 1. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu a) Kerajaan agraria b) Kerajaan maritim 2. Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor 3. Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu

Kerajaan Agraria 1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada pertanian. 2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman. 3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini Lembah Mekong 4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah a. Mengutip hasil hutan b. Berburu c. Menangkap ikan

5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan menternak binatang 6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah 7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian, membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang 8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti sawah padi 9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem pengairan yang dibina

10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti kerajaan Funan dan kerajaan Angkor 11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini 12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria yang kuat 13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan dengan gigih

Nota Kerajaan Maritim 1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan. 2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama 3. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam kegiatan perdagangan 4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli 5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar

6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua 7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya 8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan antarabangsa dan entrepot 9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang 10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana

11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini. Barangan ini dijual dengan harga yang mahal 12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa 13. Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal

Kerajaan Angkor Pengasasan Ø Abad ke 7 masihi Ø Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong Pemerintahan Ø Raja dibantu oleh kerabatnya yang menjalankan tugas pentadbiran Ø Zaman kegemilangan-Raja Suryavarman Ø Raja dianggap Devaraj yang berkuasa mutlak Ekonomi Ø Kawasan pertanian utama terletak di sekitar Tasik Tonle Sap Ø Membina ‘Baray’ untuk kemudahan sistem pertanian Agama Ø Hindu dan Buddha

Kerajaan Angkor 1. Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi 2. Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong 3. Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk

4. Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah 5. Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan sianggap sebagaiDewaraja. 6. Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran 7. Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman pemerintahan Suryavarman II 8. Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utamanya 9. Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor

Kerajaan Chih - Tu 1. Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan I-Ching 2. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi 3. Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak 4. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. 5. Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan Srivijaya

Kerajaan Champa 1. Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien 2. Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu 3. Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya 4. Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal 5. Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-15 6. Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit 7. Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti 8. Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud

Kerajaan Srivijaya 1. Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi

2. Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan pelabuhan Sriivijaya yang penting 3. Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan rajanya berkuasa mutlak 4. Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau 5. Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya 6. Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat

7. Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu 8. Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu a. Pentadbiran diraja b. Pentadbiran ketenteraan c. Pentadbiran Daerah 9. Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun Palembang bukan pelabuhan yang strategik 10. Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara 11. Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan kemenyan 12. Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat

Kerajaan Kedah Tua 1. Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi 2. Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu 3. Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang 4. Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannyaagama Hindu 5. Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang 6. Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka

7.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain. 8. Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas. 9. Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar padi utama 10. Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan, tanduk dan gading 11. Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun 847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah

Related Documents

Bab 3
June 2020 37
Bab 3
November 2019 52
Bab 3
October 2019 51
Bab 3
August 2019 65
Bab 3
June 2020 26
Bab 3
May 2020 35

More Documents from ""

Bab 3
June 2020 44
Bab 7
June 2020 40
Bab 5
June 2020 38
Kemerosotan Melaka
June 2020 32
Bab 4
June 2020 42
Bab 2
June 2020 47