Bab 3

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,007
  • Pages: 6
Gabriel Harris Midot 770908135011001

BAB 3 METODOLOGI 3.1

Pengenalan

Dalam bab ini, akan membincangkan mengenai metodologi yang akan digunakan untuk membina sistem yang akan dicadangkan. Ia akan menjelaskan mengenai metodologi sebagai garis panduan, rujukan dan membuat penilaian dalam setiap fasa bagi membina Sistem Pendaftaran Cakera Padat Sains PPSMI Tahap 1, Sekolah Kebangsaan Batang Ai. 3.2

METODOLOGI

Metodologi merujuk kepada Gabungan paradigma, kaedah, polisi, prosidur, peraturan, piawai, teknik, alatan, bahasa pengaturcaraan & metodologi lain yg digunakan utk menganalisa keperluan & rekabentuk sistem ( Dort &T, 1997). Mengikut Longman Dictionary Of Contemporary English Edisi Ketiga ( 1995 ), metodologi bermaksud satu set kaedah atau prinsip yang digunakan untuk mengkaji sesuatu perkara atau membuat kerja. Metodologi pembangunan sistem merupakan satu panduan lengkap yang harus diikuti bagi melakukan semua aktiviti yang terdapat di dalam Kitar Hayat Pembangunan sistem. Jadi ditakrifkan bahawa metodologi adalah satu strategi dan kaedah yang digunakan untuk membangunkan sistem. Di dalam membangunkan Sistem Pendaftaran Cakera Padat Sains PPSMI Tahap 1, Sekolah Kebangsaan Batang Ai, metodologi air terjun ( waterfall ) telah dipilih kerana ia melibatkan sisihan dari satu fasa ke fasa yang lain. Bagi menguruskan data ini, pendekatan Relational Database Management System ( RDBMS ) dijadikan sebagai panduan.

3.2.1

Metodologi Air Terjun

Gabriel Harris Midot 770908135011001

Ini merupakan model kitar hayat yang paling awal diperkenalkan. Terdapat beberapa fasa pembangunan sistem dalam kitar hayat ini. Pelaksanaan fasa-fasa pembangunan adalah berbentuk linear. Ini bermakna, setiap fasa dilakukan secara spesifikasi keperluan berturutan.

Fasa 1 Analisa Sistem Semasa

Fasa 2 Spesifikasi Keperluan

Fasa 3 Rekabentuk Sistem

Fasa 4 Pembangunan dan Pengujian

Fasa 5 Perlaksanaan Sistem

Fasa 6 Penilaian dan Penyelenggaraan

Gabriel Harris Midot 770908135011001 Untuk membina sistem pendaftaran kelab komputer Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit, terdapat enam fasa pembangunan sistem digunakan berdasarkan kepada metodologi air terjun. Keenam-enam fasa pembangunan sistem tersebut ialah :



Spesifikasi Keperluan



Rekabentuk Arkitektur



Rekabentuk Terperinci



Pengekodan Dan Pengujian Unit



Integrasi Dan Pengujian



Penyelenggaraan

3.2.1.1 Spesifikasi Keperluan Pada peringkat ini, segala maklumat yang dikumpul untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada sistem yang telah sedia ada di sekolah. Teknik pengumpulan maklumat tertentu akan digunakan untuk mengumpul data atau maklumat. Setelah masalah dikenalpasti, peluang-peluang atau keperluan yang wujud daripada masalah akan di ambil perhatian. Peluang-peluang atau keperluan ini akan menentukan objektif untuk pihak pengurusan sekolah serta guru penasihat kelab komputer berbincang untuk mengenal pasti utiliti atau kemudahan yang bakal disediakan oleh sistem. Seterusnya, sistem manual yang sedia ada juga akan dianalisa. Untuk tujuan ini, soal selidik atau tinjauan akan dijalankan untuk menentukan permasalahan, keperluan untuk sistem baru dan keperluan pengguna dan pihak pentadbir. Terdapat dua perkara yang perlu diambil kira. Diantaranya ialah seperti berikut :

a) Soal selidik atau tinjauan keperluan sistem yang baru Soal- selidik atau tinjauan dijalankan bagi menentukan keperluan sekolah untuk membina sistem baru yang lebih berkesan. Soal- selidik ini tertumpu kepada masalah

Gabriel Harris Midot 770908135011001 yang dihadapi oleh guru penasihat kelab komputer dan pihak pentadbir sekolah. b) Analisa sistem yang sedia ada Analisa sistem manual yang digunakan adalah bertujuan memahami masalah timbul atau yang akan dihadapi. Ia juga untuk menentukan keperluan dan perkara-perkara yang boleh diperbaiki daripada sistem manual. Dengan ini, hasil daripada soal- selidik atau tinjauan dapat dijadikan panduan dalam membangun sistem yang baru. 3.2.1.2

Rekabentuk Arkitektur

Di dalam fasa pembangunan ini, perancangan untuk membangun sistem yang akan dicadangkan. Teknik-teknik tertentu digunakan untuk menformulasikan hasil spesifikasi keperluan kepada rekabentuk arkitektur ini. Menentukan keperluan informasi atau maklumat melalui pengkajian data, soal-selidik atau tinjauan dan mengkaji sistem yang sedia ada. 3.2.1.3

Rekabentuk Terperinci

Di dalam fasa ini, sistem dipecahkan kepada beberapa komponen atau unit. Setiap komponen atau unit akan direka bentuk dengan terperinci secara berasingan. Dalam menjalankan fasa ini, terdapat beberapa alatan digunakan seperti berikut :



Diagram Aliran Data ( DFD ) untuk menunjukkan bagaimana proses data dalam sistem.



Diagram Perhubungan Entiti ( ERD ) untuk menunjukkan hubungan di antara entitii dalam rekabentuk dan mengurus pangkalan data.



Struktur sistem yang menunjukkan keseluruhan sitem



Konteks Diagram dan sebagainya.

3.2.1.4

Pengekodan Dan Pengujian Unit.

Di dalam fasa ini, kerja-kerja membangun sistem dijalankan agar ia berfungsi sepenuhnya.

Ini

termasuklah

kerja-kerja

pseudocode

dan

coding.

Untuk

Gabriel Harris Midot 770908135011001 melaksanakannya memerlukan banyak persediaan dan rujukan terutamanya daripada modul, buku rujukan dan melalui internet. Di dalam media tersebut banyak contoh-contoh coding, di antaranya seperti JavaScript, VBScript, ASP, HTML dan sebagainya. Untuk membina sistem ini, penggunaan Visual Basic dan Microsoft Access

banyak

digunakan.

Pembangun

sistem

akan

mengekodkan

atau

melaksanakan rekabentuk mengikut unit masing-masing dan kemudian mengujinya.

3.2.1.5

Integrasi Dan Pengujian

Di dalam fasa ini, sistem yang telah dibangunkan diuji terlebih dahulu di mana komponen atau unit digabungkan semula dan pengujian ke atas keseluruhan sistem dilakukan. Pembangun sistem akan menguji sistem tersebut untuk memastikannya terlaksana dan memenuhi kehendak pengguna. Terdapat beberapa orang respoden akan dipilih untuk memberi sebarang maklum balas dan mengesahkannya berjaya. Sistem yang telah disiap dibina akan digunakan oleh pengguna iaitu guru penasihat kelab komputer sekolah dan juga pihak pentadbir sekolah. Perkara yang perlu di ambil perhatian ialah peralihan dari sistem manual kepada sistem yang baru. Di samping itu, penilaian terhadap sistem yang baru juga akan dijalankan. 3.2.1.6

Penyelenggaraan

Setelah selesai menguji sistem baru yang dibangunkan. Di dalam fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam sistem tersebut. Oleh yang demikian beberapa orang respoden yang telah dipilih akan memberi respon.Hasil respon mereka akan dijadikan panduan untuk membaik pulih sistem seperti berikut :



Memulih dan menaiktaraf sistem



Memperbetulkan kesalahan ( debugging )



Membaikpulih bahagian yang beisiko ( fix potential problem )



Memenuhi keperluan baru

Gabriel Harris Midot 770908135011001 Pembetulan ralat, pengemaskinian dan pembaikan sistem dilakukan berdasarkan kepada respon dari penguna atau pengujian yang dilakukan. 3.3

Kesimpulan

Proses merekabentuk sistem ini akan menggunakan metodologi air terjun. Setiap fasa akan dijalankan dengan penuh teliti agar fasa-fasa tersebut berjaya dilaksanakan sebelum memulakan fasa yang baru. Sekiranya terdapat ralat atau kelemahan dalam sistem yang dibangunkan, maka sistem tersebut akan dikaji semula untuk diperbaiki. Dalam pemilihan perisian, faktor kesesuaian diambil kira selain kebolehan pembangun sistem itu sendiri. Walau bagaimanapun, perisian-perisian lain juga boleh digunakan mengikut keperluan dari masa ke semasa dan juga kehendak pengguna.

Related Documents

Bab 3
June 2020 37
Bab 3
November 2019 52
Bab 3
October 2019 51
Bab 3
August 2019 65
Bab 3
June 2020 26
Bab 3
May 2020 35