Bab 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 997
  • Pages: 2
Bab 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA Pengenalan 1. Tamadun awal di Asia Tenggara terbentuk secara evolusi 2. Asia Tenggara terbahagi kepada dua a. Tanah Besar Asia tenggara b. Kepulauan Asia Tenggara 3. Tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara wujud di Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia 4. Tamadun awal di Kepulauan Asia Tenggara ialah Kedah Tua, Gangga Negara, Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram 5. Pada abad ketiga sumber dari China menyatakan Funan pernah wujud. Ini menunjukkan kerajaan Funan telah wujud sebelumnya, kemungkinan pada abad kedua Masihi 6. Data arkeologi menunjukkan kerajaan Funan wujud pada .abad ketiga dengan terjumpanya seni arca yang dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari India 7. Tamadun di Asia Tenggara telah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan hubungan kebudayaan dengan India 8. Hubungan antara petempatan awal di Asia Tenggara telah wujud sejak Zaman Logam 9. Pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara dikaitkan dengan perdagangan maritim.

10. 11. 12. 13.

1. 2. 3. 4.

5. 1.

2. 3.

4.

5. 6. 7. 8. 9.

Kerajaan Agraria Kerajaan agraria ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pungutan hasil hutan dan sungai Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai Contohnya ialah kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan Sungai Irrawaddy (Myanmar), kerajaan Sungai Merah (Vietnam) dan kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam) Kerajaan agraria juga terdapat di kawasan pedalaman seperti kawasan berbukit dan lereng gunung berapi. Contohnya ialah kerajaan Taruma di Tanah Tinggi daeng (Indonesia) Antara kerajaan agraria awal ialah Sailendra (Jawa Tengah), Angkor (Kemboja) dan Sukhotai (Thailand). Terdapat kerajaan agraria yang menjadi kerajaan maritim seperti kerajaan Funan. Tanaman utama ialah padi sawah dan padi huma. Tanaman sampingan ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran Masyarakat agraria menghasilkan pelbagai rempah seperti cengkeh dan lada hitam serta

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk,gading, damar, kayu cendana, dan buah-buahan Sarang burung dari gua diambil untuk perdagangan..Mereka juga menangkap ikan dan menternak binatang. Lebihan pertanian dipasarkan atau untuk penduduk lain dan kerajaan maritim. Perkembangan pertanian dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik seperti sumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap Kerajaan Angkor menjadi kuat dan agung kerana kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap. Kerajaan Maritim Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan. Kerajaan Maritim berfungsi sebagai pelabuhan Terletak berhampiran dengan pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan Contohnya ialah Langkasuka (Sungai Yarang) kerajaan Srivijaya (Sungai Musi), kerajaan Kataha / Chieh-Cha / Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai Muda), Mo-lo-yo (Sg Batang Hari), Kalah (Sg Takuapa), Fo-lo-an (Sg Terengganu), Peng-keng (Sg Pekan) dan kerajaan Tiumah (Pulau Tioman,Pahang). Petempatan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut berkembang menjadi perkampungan nelayan. Akhirnya menjadi pelabuhan pembekal yang membekalkan hasil tempatan. Antara pelabuhan pembekal ini ialah Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Berang (Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak). Pelabuhan pembekal berkembang maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti di Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya. Pelabuhan ini menjadi tarikan pedagang dari Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China, India dan Barat. Pelabuhan Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menadi pelabuhan entrepot. Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya dan hasil dari kerajaan lain. Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca kerajaan maritim di Asia Tenggara. Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.

14. Mereka mahir membuat perahu dan kapal layar serta mahir berpandukan bintang untuk belayar. 15. Kerajaan maritim terulung di Asia Tenggara ialah Srivijaya. 16. Kerajaan Srivijaya mempunyai bala tentera laut yang besar. 17. Penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha dan kemudian Hindu. 18. Perkembangan Kedah Tua juga dipengaruhi oleh Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang, kedudukan strategik dan .terlindung daripada angin monsun. 19. Kerajaan maritim dan kerajaan agraria saling bergantung antara satu sama lain atau saling melengkapi.

7.

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

2.

Cara-cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha. Pendapat pertama dibawa oleh golongan Ksyastria atau tentera iaitu golongan penakluk dari India Kedua dibawa oleh pedagang atau vaisya. Ketiga dibawa oleh golongan Brahmin atau pendita. Keempat menyatakan proses ini berlaku melalui pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan disesuaikan dengan budaya tempatan. Para sejarawan dan bersetuju dengan pendapat keempat Bukti kemasukan pengaruh kebudayaan India a. Candi di Lembah Bujang ada ciri Hindu dan Buddha b. Candi di Srivijaya ada ciri Buddha c. Candi di Angkor ada ciri Hindu dan Buddha d. Pada tahun 671 M I-Ching mencatatkan terdapat agama Buddha di Srivijaya.

3.

1. 2. 3. 4.

5. 6.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan Seorang ketua di Asia Tenggara mendapat gelaran raja. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan. Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan. Penderhaka tidak akan diampunkan. Raja merupakan bayangan tuhan dan lahirlah konsep dewa-dewa, unsur mitos dan legenda. Adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja.

Untuk menjadi raja yang terulung mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos. 8. Contohnya Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat. 9. Upacara mengangkat sumpah telah wujud pada zaman Srivijaya. 10. Perdagangan membolehkan masyarakat berinteraksi dengan negara luar. 11. Interaksi antarabangsa membolehkan proses asimilasi budaya berlaku.

1.

4.

5. 6. 7. 8.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan. Antara warisan kesenian kerajaan awal ialah monumen. Monumen ialah binaan yang dibuat daripada batu bagi memperingati orang ternama atau peristiwa penting. Monumen boleh berupa candi, kuil, wat, stupa, arca dan patung. Candi berperanan sebagai rumah ibadat, tempat menyimpan abu mayat raja dan keluarganya dan tempat menyimpan patung dewa utama serta melambangkan keagungan pemerintah. Patung yang dina mengikut gaya tertentu. Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat. Contohnya batu berurat. Banyak inskripsi ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Terdapat beberapa perkataan Sanskrit mengalami penyesuaian dalam bahasa Melayu

Disediakan oleh Encik Sohaidie bin Mohd Zain Guru Sejarah SMK Taman Maluri Kuala Lumpur.

Related Documents

Bab 3
June 2020 37
Bab 3
November 2019 52
Bab 3
October 2019 51
Bab 3
August 2019 65
Bab 3
June 2020 26
Bab 3
May 2020 35