Bab 2

  • Uploaded by: cikgu AH
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,541
  • Pages: 27
Bab 2 .... Zaman Pra Sejarah Zaman Paleolitik Ciri-ciri Penempatan Kegiatan dan Peralatan Penemuan-penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia (2) Kepercayaan Lokasi dan kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia Nota Maklumat tambahan Zaman Neolitik Ciri-ciri Penempatan Kegiatan dan peralatan (2) (3) Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia (2) (3) Kepercayaan Lokasi dan kewujudan Zaman Neolitik di Malaysia

Nota Maklumat tambahan Zaman Logam Ciri - ciri Penempatan Kegiatan dan peralatan Penemuan Zaman Logam di Malaysia Kepercayaan Lokasi dan Kewujudan Zaman Logam di Malaysia Nota Maklumat tambahan Soalan Objektif Bab 2

Zaman Paleolitik Ciri-ciri Penempatan Kegiatan dan Peralatan Penemuan-penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia (2) Kepercayaan Lokasi dan kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia Nota Maklumat tambahan

Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia

Zaman Paleolitik 1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut: Lokasi I. Kota Tampan, Perak ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iv Gua Niah, Sarawak v Tingkayu, Sabah Ciri-ciri penempatan dan masyarakat i. Hidup berpindah randah atau nomad ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik

Kegiatan utama i. Memburu binatang ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan iii.Mengamalkan cara hidup sara diri Peralatan i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian Kepercayaan i. Mengamalkan kepercayaan animisme ii Mengamalkan upacara perkuburan

Maklumat tambahan Zaman Paleolitik Zaman Paleolitik Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kirakira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM. Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah. Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuktanam.

Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan. Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka. Rujukan Khoo, Kay Kim; Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri; Mohd. Fo'ad bin Sakdan; Azami bin Man (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN

2. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut: Lokasi di Malaysia i. Gua Cha, Kelantan ii. Bukit tengkorak, Sabah Ciri - ciri penempatan dan masyarakat i. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai ii. Membuat pembahagian kerja iii. Wujud sistem bermasyarakat iv. Mempunyai seorang ketua Kegiatan utama i. Bercucuk tanam ii. Menangkap ikan iii.Menternak binatang iv.Berburu v. Memungut hasil hutan vi.Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang Peralatan

Maklumat tambahan Zaman Neolitik ZAMAN NEOLITIK Pengenalan Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri Tempat Tinggal Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiangtiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Peralatan Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Cara Hidup Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak. Kegiatan Harian Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Kepercayaan Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentiangentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang. Aktiviti Perdagangan Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Organisasi Sosial Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

2. Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah Lokasi i. Sungai Tembeling, Pahang ii. Gua Harimau, Perak iii. Chankat Menteri, Perak Ciri-ciri penempatan dan masyarakat i. Suka hidup secara menetap di satu tempat ii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua iii. Mempunyai adat resam Kegiatan utama i. Bercucuk tanam ii. Menangkap dan menternak binatang iii. Berburu iv. Berdagang secara bertukar barang Peralatan

Maklumat tambahan Zaman Logam Zaman Logam di Malaysia Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-ciri Penempatan Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua. Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan Peralatan Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang. Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing. Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

Kepercayaan Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu. Lokasi Di Malaysia Sungai Tembeling, Pahang Gua Harimau, Perak Changkat Menteri, Perak Lembah Bernam, Selangor

Related Documents

Bab 2
June 2020 19
Bab 2
May 2020 26
Bab 2
May 2020 40
Bab 2
June 2020 23
Bab 2
April 2020 32
Bab 2
April 2020 37

More Documents from ""

Bab 3
June 2020 44
Bab 7
June 2020 40
Bab 5
June 2020 38
Kemerosotan Melaka
June 2020 32
Bab 4
June 2020 42
Bab 2
June 2020 47