Bab 3 - Etika Dan Penulisan

  • Uploaded by: Mohd Asri Silahuddin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 3 - Etika Dan Penulisan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,803
  • Pages: 39
ZT 2213 Bentuk-bentuk Penulisan Etika dan Penulisan Maharam Mamat [email protected] http://maharamdotcom.blogspot.com 03-89216924

Pengenalan • Petugas media di Malaysia (pemberita, juru gambar, penyunting hingga ketua editor) melakukan pelbagai tugas berpandukan Kod Etika Kewartawanan Malaysia (1989). • Tujuan Etika: mencari kesejahteraan hidup di dunia (Aristotle)

Definisi Etika • Suatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku dan susila seseorang manusia yang meliputi seluruh kehidupan. • Encyclopedia Britannica: Kajian sistematik mengenai masalah dasar tentang tingkah laku manusia. • Tingkahlaku @ perbuatan tertentu daripada manusia yang dapat dianggap sebagai sesuatu yang ideal. • Aspek kelakuan, cara hidup dan sifat seseorang atau sesebuah masyarakat. • Suatu disiplin pengajian yang membahaskan garis panduan piawai atau sistem nilai yang memandu perlakuan atau tindakan manusia dalam kehidupan. Ia mencari apa yang benar atau betul (perilaku yang baik) dan apakah yang menentukan benar tidaknya sesuatu nilai itu.

Definisi Etika Etika adalah satu bidang falsafah tentang moral dan nilai, iaitu satu set peraturan, prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sepatutnya melandasi tingkah laku moral manusia tentang kebiasaan atau kelaziman mereka dalam apa juga jenis atau bentuk perlakuan dan pemikiran, hubungan mereka sama ada sesama manusia, manusia dan alam malah manusia dan Tuhan atau kepercayaan mereka, dan akhirnya tanggungjawab mereka.

Etika dan Penulisan •

Perbincangan etika berkisar tentang “perilaku yang baik”, yang boleh dijadikan panduan, merangkumi;

1. Tingkah laku 2. Cara Kehidupan 3. Cara Tindakan 4. Cara Pemikiran

Etika & Pandangan Islam • Islam menyokong etika dalam urusan manusia kerana manusia sebaik-baik makhluk yang dapat tentukan sesuatu perilaku berlandaskan Al-Qur’an. • Islam=ad’din=cara hidup. Merangkumi cara berfikir & perilaku manusia bawa ke jalan yang benar. • Perlu diamalkan sepanjang masa & zaman. • Perilaku manusia dilihat drpd sudut kejayaan @ gagal seseorang menghubungkan perbuatannya dengan Allah: manusia mempunyai pilihan mencorakkan pegangan hidup di dunia.

Etika & Pandangan Islam • Orang yang buat baik mengikut ajaran Islam=tinggi etikanya. • Penggunaan etika manusia yang waras=perkara asas dalam Islam. • Etika berhubung kait dengan akal & ilmu; bezakan manusia dan haiwan. • Gunakan akal cari ilmu; apabila berilmu, bermakna semakin dekat dengan Allah.

Etika dlm Penulisan •

Berasaskan falsafah kebenaran & kejujuran, iaitu ciri-ciri murni yang perlu diikuti.



Prinsip Kod Etika tekankan;

1.

Tanggung jawab & kebebasan

2.

Kejujuran

3.

Ketepatan fakta

1. Tanggung jawab & kebebasan • Kebebasan mutlak utk penulis di Malaysia & Indonesia tidak wujud sepenuhnya kerana Undang2 kawal kebebasan bersuara. • Di Barat: bebas bersuara & tulis apa saja. Cth: Salman Rushdie (Surah Syaitan/Sanatic Verse) & Taslima Nuslim (Bangladesh). • Wartawan tidak boleh ganggu privacy orang lain berbanding di Barat (paparazi/paparazo).

Tanggung jawab & kebebasan •

Setiap tulisan perlu;

1. Tidak kecam mana2 kaum @ bersifat perkauman. 2. Tidak jatuhkan mana-mana pihak yang boleh jejaskan reputasi. 3. Tidak boleh memfitnah. Terdapat akta yang mengawal penulis.

2. Kejujuran • Setiap penulis perlu jujur, jauhi drpd fitnah, hasut, tonjol keburukan pihak lain dll. • Kejujuran mempengaruhi cara menulis: fakta yg tidak beri nilai tambah terhadap isi akan dibuang. • Tekanan, saguhati & hadiah wujudkan konflik kepentingan. Ada penulis sanggup ubah pendirian. • Tidak boleh curi maklumat, cth. Selongkar tong sampah, menyamar, mengendap, ekori dll (paparazi). • Ada maklumat rahsia, maka perlu dirahsiakannya. Contoh: keburukan seseorang @ agensi seperti IWK, Sastera Kreatif, Filem dll.

3. Ketepatan Fakta • Tulisan perlu sahih sumbernya & bertujuan menerangkan sesuatu. • Adil terhadap fakta, tidak gambarkan ideologi penulis cth: tidak setuju tentang hukum hudud, tulis –ve tentangnya. • Kesahihan sumber perlu disiasat.

Tatasusila Kewartawanan Malaysia 1.

Tugas utama wartawan: lapor kebenaran & hormati hak orang ramai dapat maklumat yg benar.

2.

Siarkan berita secara jujur, berhak membuat ulasan & kritikan yg saksama.

3.

Menggunakan cara yg wajar utk dapatkan berita, gambar, dokumen/filem dll.

Tatasusila Kewartawanan Malaysia 4. Maklumat yg tidak benar @ tidak tepat perlu dibetulkan. 5. Hormati kerahsiaan sumber. 6. Bermoral semasa jalankan tugas. Elak plagiat, fitnah, hasut, tuduhan tak berasas.

Tatasusila Kewartawanan Malaysia 7. Hindari tulisan bersifat perkauman, melampau & bertentangan dengan susila masyarakat majmuk Malaysia. 8. Memahami undang-undang & peraturan negara yang berkaitan

Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika • Tindakan seseorang sama ada beretika @ tidak beretika dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu; 1. Faktor dalaman 2. Faktor luaran

Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika Faktor Pengaruhi Tindakan Beretika

Dalaman

Intrapribadi

Luaran

Interpribadi

Undang-undang

Sumber Bahan

Organisasi dalaman

Rakan Seprofesyen

Organisasi Luar

Keluarga

Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika 1. •

Faktor Dalaman

i.

Interpribadi: Kepentingan diri individu itu sendiri dilihat berdasarkan keperluan asas seseorang.



Abraham Maslow bahagi keperluan asas kepada:

Terbahagi kepada 2 iaitu; Intrapribadi & Interpribadi

a. Fisiologi: keperluan asas untuk hidup termasuk makan, tempat tinggal, keperluan lahir batin manusia.

Faktor Dalaman/Interpribadi b. Keselamatan: melindungi diri drpd ancaman fizikal & emosi. c. Sosial: keperluan terhadap kasih sayang, sahabat & penerimaan orang lain. d. Kehormatan: harga diri, maruah, kebebasan & pencapaian sesuatu status, pengiktirafan & perhatian. e. Realisasi diri: sebagai keperluan tertinggi, merupakan dorongan untuk mengembangkan pribadi, mencapai potensi seseorang.

Faktor Dalaman/Interpribadi • Manusia mempunyai rasa untuk memiliki sesuatu yang menyenangkan & jaga kehormatan diri. • Seseorang penulis ada maruah, yang tidak boleh dibeli dengan semua kesenangan tersebut.

Faktor Dalaman/Intrapribadi ii. Intrapribadi • Merujuk hubungan kepentingan individu dengan orang yang dekat dengan seseorang. • Semakin dekat hubungan @makin penting individu itu turut mempengaruhi tindakan beretika. • • 3 perkara pengaruhi faktor iaitu; sumber bahan, rakan seprofesyen dan keluarga.

Faktor Dalaman/Intrapribadi 1.

Sumber bahan/tulisan



Penulisan akan tonjolkan ideologi penulis.



Berdasarkan tulisan, pembaca boleh menilai falsafah & pemikiran seseorang penulis kerana ada penulis paparkan dengan jelas sama ada menyokong atau menolak tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan.

sambungan

…Sumber bahan

• Penulis yang beragama akan sedar bahawa semua agama adalah sama: mengajar umat manusia berbuat baik. • Apabila seorang penulis mempunyai pegangan agama – bukan setakat ‘berpengetahuan agama’ atau ‘beragama’ – maka dia akan secara automatik memiliki etika tulen dalam penulisan.

sambungan

…Sumber bahan

• Penulis sendiri sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang penulis: Habuan wang bukan perkara utama dalam penulisan (memang pun honorarium tidak seberapa!). • Sumbangannya kepada khazanah negara serta sosialnya terhadap masyarakat lebih utama.

tanggungjawab

• Kemukakan pemikiran dan gagasan yang boleh bangunkan negara dan beri sesuatu yang baru serta bermakna kepada masyarakat.

sambungan

…Sumber bahan

• Tulisan akan tonjolkan Ideologi atau Fahaman • Ada penulis yang berpegang pada ideologi bahawa “penulis adalah penimbul persoalan untuk renungan pembaca”, “penulis penggambar citra budaya”, “show, don’t tell” dan “pembaca karya saya adalah golongan yang tahu menggunakan otak”. • Begitu juga apabila penulis memilih untuk berpegang pada fahaman @ aliran absurd, realisme-magis dan seumpamanya. Idealogi dan fahaman itu akan menjadi etika yang mencorakkan penulisannya.

• Penaung dan Penulis Upahan tentukan nilai tulisan yang dihasilkan, terutama menjelang pilihanraya parti-parti politik • ‘Penaung’ akan meminta ‘penulis upahan’ menghasilkan sekian-sekian karya untuk sama ada mengangkat-angkat ‘penaung’ atau menjatuhkan lawan ‘penaung’; atau kedua-duanya sekali. • Penulis hanya menjadi tukang tulis bagi ‘penaung’

Faktor Dalaman/Intrapribadi 2. Rakan sepfofesyen: menjaga profesyen •

Tiap orang perlu jaga bidang/ pfofesyen /nama baik mereka setiap masa.



Sekiranya terdapat beberapa orang yg tidak menjaga nama baik @ profesyen, semua orang dalam bidang itu terlibat.



Cth: Guru pukul murid, Pelajar sekolah agama terlibat kes buli dll.

Faktor Dalaman/Intrapribadi 3. Keluarga • Setiap orang berkerja untuk sara keluarga. • Jika langgar etika @ dipenjarakan @ dibuang kerja, keluarga yang akan susah. • Dalam situasi tertentu, perlu lakukan pemilihan berdasarkan kepentingan ini.

Faktor Luaran 1. •

Undang-undang



Cth: Perlembagaan Undang2 (hak bersuara), akta mesin cetak & penerbitan, akta hasutan, akta keselamatan dlm negeri, akta fitnah, akta rahsia rasmi, akta hak cipta, akta multimedia & komunikasi dll.



Pengetahuan ttg undang2 mendorong penulis untuk tidak melanggarnya.

Perlu tahu & faham tentang undang2, hak & batasan.

Faktor Luaran 2. Organisasi dalaman • Organisasi dalaman=tempat bertugas • Pemberita, penyunting, jurufoto, ketua pengarang, penulis tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan pihak organisasi. • Tidak boleh langgar dasar organisasi. Kalau tak, dibuang kerja. • Bergantung juga kepada lembaga pengarah organisasi tersebut.

Faktor Luaran 3. Organisasi Luar • Sebarang pertubuhan luar yang cuba kawal tingkah laku penulis, sama ada kerajaan, swasta, sukarela @ badan profesional. • Badan kerajaan: bahagian kawalan penerbitan di Kementerian Dalam Negeri, kendalikan urusan berkaitan media, khususnya mengeluarkan lesen penerbitan kepada akhbar & majalah di negara ini. • Swasta: kawal organisasi media melalui pembelian ruangan iklan. • Badan profesional: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), KOd Kewartawanan Malaysia dll.

Faktor Lain 1)   • •

• • •

Norma dan Nilai Masyarakat

‘Nilai’ (values): harapan masyarakat terhadap tingkah-laku dan cara hidup seseorang anggota masyarakat. Tetapi jika seseorang melanggar ‘nilai’, dia tidak boleh dikenakan hukuman. Contoh: hasilkan karya yang watak Melayu digambarkan sebagai mengamalkan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam, masyarakat tidak boleh menyaman penulis sewenang-wenangnya. ‘Norma’ (norms): peraturan kecil dalam masyarakat. Jika penulis melanggar norma, dia boleh dikenakan hukuman. Contoh: penulis menyarankan bahawa kahwin mutaah adalah sunat, maka ahli masyarakat boleh mengambil tindakan undangundang terhadapnya.

2)   Syarat Pertandingan • Banyak pertandingan menulis karya sastera disertakan syarat-syarat tertentu. • Misalnya: Cerpen mestilah berlatarbelakangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dalam menghadapi era pembangunan” (Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1996) atau “hadiah ini adalah untuk cerpen-cerpen yang ditulis dalam Bahasa Malaysia” (Hadiah Cerpen Esso-GAPENA X).

3)  

Terpengaruh dengan Penulis Lain

• Penulis sering dikatakan hidup dalam kelompok tersendiri. Penulisan kreatif tidak diajar secara rasmi di sekolah, penulis lebih banyak belajar sendiri daripada penulis-penulis lain. • Kursus penulisan kreatif: Aswara, UKM, UM, USM dll • Ada penulis menyertai kelas panduan menulis kelolaan penulis lain seperti Zaharah Nawawi (kapezi), Samad Said, Faizal Tehrani, Minggu penulis Remaja, DBP, KarnaDya dll • Penulis muda ‘belajar’ melalui karya-karya yang dihasilkan oleh penulis mapan. A.Samad Said, Arenawati, Zaharah Nawawi, Fatimah Busu, Shahnon Ahmad, S.Othman Kelantan, Khadijah Hashim, dll • Jadi, terdapat pengaruh dalam karya mereka.

4)   Pendidikan • Ini merupakan perkara umum dalam menentukan etika penulis. Orang yang terdidik dianggap memiliki pemikiran yang terbuka dan luas. • Penulis yang banyak membaca mampu meluaskan pengetahuan serta ilmu bantu bagi memantapkan penulisannya. Golongan yang berpendidikan tahu tentang hukum dan peraturan menulis

Kepentingan Etika dlm Penulisan 1. Setiap penulisan perlu ada kebenaran: adil & sahih. •

Elak laporan berat sebelah.



Sesetengah tulisan pro & kontra pihak tertentu.

2. Memahami undang2 & patuhinya. •

Elakkan perkara tidak diingini.

Kepentingan Etika dlm Penulisan 3. Menjadi penulis yg bertanggung jawab & bermoral. • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, tulisan, negara. • Bebaskan diri drpd hasutan, fitnah, plagiat dll. • Elakkan menulis sesuatu yang boleh ubah situasi aman kepada kekacauan (menghasut). • Elakkan jadi penulis upahan, hentam pihak lain dan tulisan yang melalaikan serta mengubah akidah seperti: kisah lucah, kepercayaan karut & tahyol, menghasut dll.

Kepentingan Etika dlm Penulisan 4. Hormati hak pembaca/ orang ramai • Pembaca perlukan sebuah tulisan yang boleh dipercayai, sahih, saksama, benar, bermoral & berilmu. 5. Hormati kerahsiaan sumber @ bahan • Jika fakta/sumber yg ditulis perlu dirahsiakan, maka perlu rahsia. Cth: gejala pelacuran, pengidap aids, mangsa buli & rogol, saksi kes jenayah dll. • Rahsiakan sumbernya, tidak siarkan foto (utk keselamatan responden) & gunakan nama samaran. Cth: Asam garam rumah tangga, kisah benar dll.

Related Documents


More Documents from "Mohamad Shodikin"