Bab 4 - Undang-undang Dan Penulisan

  • Uploaded by: Mohd Asri Silahuddin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 4 - Undang-undang Dan Penulisan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,634
  • Pages: 55
Undang-Undang dan Penulisan Pusat Pengajian Umum [email protected] http://maharamdotcom.blogspot.com 03-89216924

50 Dalil Mengapa Anwar . . .

Shit Shahnon Ahmad

Hadis Satu Penilaian Semula

Khalid Jefri Kassim Ahmad

Cinta 100 Ela Raja Azmi

Aurad Muhammadiah

Ashaari Muhammad

The Malay Dilemma Mahathir Mohamad

Pengenalan • •

• • • •

Undang-undang tidak bezakan penulis dengan rakyat lain dan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada mereka. Undnag-undang wujud secara langsung atau tidak langsung. Kaitan langsung ialah kesan sesuatu undang-undang itu amat rapat dengan hasil penulisan seseorang penulis seperti undang-undang hakcipta. Kaitan tidak langsung seperti kesalahan menghasut (akan didakwa di bawah undang-undang hasutan). Hak penulis juga dijamin oleh undang-undang. Kebebasan menulis dalam Perlembagan Malaysia. Penulis dilindungi jika tulisan disiarkan atau diterbitkan dan ini terjamin dalam undang-undang kontrak.

Undang-undang yang mengawal Penulisan dan Penerbitan

Akta Hasutan 1948

Akta Fitnah 1957 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960

Akta Kontrak 1950

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972

1.

Undang-undang Hakcipta Ia dikenali sebagai Akta Hakcipta 1987 yang memansuh dan menggantikan Akta Hakcipta 1969. Hakcipta ialah hak ekskusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta atau penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau berbagai-bagai bentuk penggunaan karya bagi sesuatu tempoh. Akta ini tidak melindungi idea tetapi pernyataan idea tersebut.

Undang-undang Hakcipta • Contohnya, jika seseorang itu menemui sesuatu idea baru, maka undang-undang hakcipta tidak melindunginya tetapi jika dinyatakan dalam bentuk tulisan, ia akan dilindungi. • Tujuannya untuk melindungi penulis dan pencipta daripada pengeluaran semula karya tanpa kebenaran berdasarkan nilai ekonomi dan hak moral.

• Nilai ekonomi untuk memberi ganjaran kepada penulis, manakala nilai moral adalah sebagai ransangan kepada penulis untuk terus menulis dan mendapat peniktirafan. • Adalah sesuatu yang menyediahkan apabila hasil tulisan diciplak atau dicetak rompak tanpa kebenaran dari penulis.

• Pelanggaran hakcipta boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu i. Apabila penerbit lain menerbitkan salinan hasil penulisan seseorang penulis yang telah diterbitkan oleh sesebuah penerbit dalam bentuk yang serupa atau hampir serupa. ii. Apabila seseorang penulis meniru bulat-bulat atau sebahagian besar hasil penulisan seseorang penulis lain. Iii. Melalui terjemahan atau adaptasi.

• Karya yang layak mendapat perlindungan apabila memenuhi; a. usaha yang cukup untuk lakukan karya asli, tidak lakukan plagiat, terjemahan, saduran dan lain-lain. b. Karya ditulis, direkodkan dan dalam bentuk bahan seperti buku dan cd. Sekiranya bahan belum bercetak, manuskrip sudah boleh dianggap sebagai bahan. Walaupun begitu, syarahan, khutbah yang tidak ditulis tidak mendapat hak cipta. c. Orang yang berkelayakan, sama ada individu warganegara atau pemastautin tetap, pertubuhan atau perbadanan yang ditubuhkan di malaysia dan guna pakai undang-undang Malaysia dan bukan warganegara apabila menerbitkan karya buat pertama kali di Malaysia.

• Hakcipta wujud semasa hayat penulis hingga 50 tahun kematiannya. • Sekiranya karya terbit semasa hidup, hak cipta wujud hingga 50 tahun dari permulaan tahun diterbitkan • Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10000 bagi setiap salinan atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 7(1) Akta ini menetapkan karyakarya berikut adalah layak untuk mendapat hak cipta: • karya sastera • karya muzik • karya seni • filem • rakaman bunyi • siaran

karya sastera • Novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair dan penulisan lainnya. • Lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya kareografi dan pantomin. Filem diberi hak cipta secara berasingan. • Treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel. • Ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain. • Surat, laporan dan memorandum. • Syarahan, ucapan, kutbah dan karya-karya lain yg sama sifat.

• Jadual @ penyusunan, sama ada dlm bentuk perkataan, angka @ simbol sama ada dlm bentuk tampak. • Program komputer @ penyusun program komputer , tidak termasuk teks rasmi kerajaan @ badan berkanun yang bersifat perundangan @ peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.

karya muzik Seksyen 3 akta hak cipta tafsirkan muzik sebagai: Apa-apa karya muzik termasuk karya yang digubah untuk iringan muzik. Lagu: karya muzik Lirik: karya sastera. Keduanya dilindungi di bawah karya muzik.

karya seni • Karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni. • Karya senibina dlm bentuk bangunan atau model bagi bangunan • Karya pertukangan seni

filem • Filem: apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu rekaan: i. Ditunjukkan sbg gambar bergerak, atau ii. Dirakamkan pada bahan lain, termasuk bunyi yang berkaitan dengan sesuatu filem. • Bunyi latar, fotograf dianggap sebagai sebahagian drpd filem.

rakaman bunyi • Hak cipta melindungi rakaman bunyi, bukannya alat tersebut contoh: bunyi yang terdapat dalam cakera padat, kaset atau album. • Pemunya hak cipta: penerbit rakaman bunyi tersebut.

siaran • Siaran: pemancaran melalui wayar, wayarles sesuatu imej tampak, bunyi atau maklumat lain: 1. Boleh diterima dengan sah oleh orang awam, atau 2. Dipancarkan bagi persembahan kepada orang awam • TV1 & TV2: kerajaan Malaysia • TV3, Ntv7, TV8, TV9: Media Prima • Astro



Terdapat kelonggaran dalam Akta Hakcipta iaitu seseorang boleh melakukan perbuatan yang dilarang oleh akta jika perbuatan itu:  Untuk maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan semasa.  Untuk maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan sumber atau nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan disebut.  Untuk rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan untuk kegunaan tempat-tempat itu sahaja. Oleh itu, bagi tujuan pendidikan, membuat salinan ke atas beberapa helai dalam buku adalah wajar tetapi membuat salinan keseluruhan buku adalah satu kesalahan.

kelonggaran dalam Akta Hakcipta  Untuk pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam terhadap cabutan karya tertentu dan disertai perakuan yang mencukupi.  Untuk kegunaan Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Negeri melalui perintah kerajaan yang digunakan untuk kepentingan awam dan tiada keuntungan yang diperolehi atau tiada bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian kepada awam.  Untuk maksud prosiding mahkamah.  Menggunakan petikan karya yang sudah diterbitkan dengan sumber dan nama pencipta yang terdapat pada karya tersebut.

Contoh Kes • Terdapat beberapa contoh kes yang melibatkan undang-undang ini. Antaranya ialah Bellwood Sdn. Bhd., tuan punya pusat membeli-belah Crown Square, dituduh bersubahat membenarkan Syarikat Perniagaan Ng Say Cheong menjual cakera padat cetak rompak. Tuduhan itu dibacakan bersama di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 bagi setiap salinan langganan.

Akta Hasutan 1948 Ia dikenali sebagai Akta hasutan 1948 (semakan 1969). Hasutan: apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut ke arah menggugat ketenteraman negara dan pemerintah. Aktiviti menghasut meliputi; a. Melakukan atau cuba menghasut, berpakat dan berkecenderungan untuk menghasut. b. Menyebut perkataan menghasut sama ada secara lisan atau bertulis. c. Mencetak, menerbitkan, menjual,menawarkan untuk dijual, diulang cetak apa-apa penerbitan menghasut. d. Mengimport apa-apa penerbitan yang menghasut.

e.

Mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap mana-mana Raja atau kerajaan f. Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum g. Membangkitkan rakyat supaya mengubah apa-apa juga yang tertubuh menurut undag-undang h. Mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap pentadbiran. i. Mempersoal apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan iaitu kewarganegaraan, bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Contoh Kes • Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya Lawan Ooi Kee Saik yang menerbitkan artikel ‘Alliance Policy of Segregation, Evidence Galore’ juga dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut kerana artikel itu banyak menyentuh tentang hak istimewa orang Melayu. Ini sudah tentunya bertentangan dengan kesejahteraan awam dan ia terjumlah dalam kecenderungan menghasut

Hukuman: • Mereka yang disabitkan kerana menulis, mencetak, menerbit, mengedar, mengimport atau menjual bahan-bahan penerbitan yang mempunyai kecenderungan menghasut akan dihukum penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM5 ribu, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. • Mahkamah berkuasa menggantung penerbitan, dan bagi akhbar, penggantungan boleh mencapai sehingga setahun.

Akta Fitnah 1957 • Akta ini digubal utk. melindungi kepentingan, maruah dan imej seseorang atau organisasi yang rosak atau tercemar akibat sesuatu tulisan yang tidak betul. • Kebebasan bersuara adalah dijamin dan orang ramai masih bebas bersuara asalkan tidak mencemarkan nama baik orang lain dengan membuat fitnah.

Akta Fitnah 1957 . . . • Fitnah mengikut tafsiran akta ini ialah tuduhan yang boleh merendahkan kedudukan seseorang di mata masyarakat umum sehingga ia dibenci, dihina atau diperbodoh-bodohkan. • Akibat fitnah tersebut nama baiknya terjejas dalam pekerjaan, perniagaan atau kerjayanya.

Sesuatu penerbitan dianggap memfitnah sekiranya: 1. Mencela atau merosakkan nama baik seseorang 2. Penerbitan itu menyebabkan seseorang itu dibenci, dihina atau dianggap bodoh oleh masyarakat 3. Akibat fitnah yg diterbitkan, seseorang itu disingkir daripada masyarakatnya 4. Fitnah menjejaskan nama baik seseorang dalam pekerjaan, perniagaan dan kerjayanya 5. Taraf pemikiran yang digunakan ialah orang ramai yang berfikiran waras. 6. Tidak perlu reputasinya benar-benar rosak sekadar tuduhan itu mempunyai unsur fitnah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda atau keduaduanya sekali

• Terdapat empat pembelaan di bawah undang-undang fitnah iaitu: – Kefitnahan yang tidak disengajakan dan perlu memohon maaf. – Justifikasi atau kebenaran yang berlandaskan fakta dan fakta itu mestilah benar. – Komen berpatutan untuk memberi pandangan yang berasaskan kebenaran. – Keistimewaan yang dibuat di Parlimen dan perbicaraan di mahkamah.

Contoh Kes • Begitu juga dengan kes Vincent Tan Chee Yioun telah menuntut gantirugi dari Star Papyrus Printing Sdn. Bhd. berjumlah RM200juta berhubung satu artikel yang disiarkan oleh AWSJ pada 21 Disember 1998.

Akta Kontrak 1950 • Hubungan kontrak timbul apabila ada perjanjian sama ada secara bertulis atau lisan di antara pengarang dengan penerbit. • Kebanyakan penerbit mempunyai surat perjanjian penerbitan untuk ditandatangani oleh pengarang dan penerbit.

Akta Kontrak 1950 Dalam perjanjian itu: Pengarang membenarkan karyanya,

penerbit

menerbitkan

pada masa yang sama penerbit bersetuju untuk menerbitkan-nya dan membayar royalti kepada penulis mengikut kadar yang dipersetujui.

• Akta ini menyentuh mengenai kontrak yang wujud dalam keadaan: • wujud niat antara pihak mewujudkan hubungan kontraktual • wujud tawaran dan penerimaan • wujudnya balasan • pihak adalah layak disisi undang-undang • kontrak tidak dimasukan perkara yang menyalahi undang-undang

Dalam perjanjian, terma-terma berikut biasanya didapati: • Lesen mutlak menerbitkan karya. • Hak meringkaskan dan lain-lain. • Hak menterjemahkan • Perlangaran hak cipta • Royalti • Jaminan iaitu karya asal penulis • tarikh penerbitan karya • naskah percuma kepada penulis • penyuntingan • menghabiskan stok.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 Tujuan akta: membuat peruntukan demi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif, penahanan kekerasan yang dirancangkan terhadap orang dan harta di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, dan bagi perkara-perkara berkaitan

‘Tahanan pencegahan’ dan ‘pencegahan perbuatan

subversif’ ada hubungannya dengan penerbitan. Menteri Dalam Negeri berkuasa menahan sesiapa sahaja jika penahanan itu perlu bagi mencegahnya daripada bertindak mengancam keselamatan negara. Jika seseorang itu berkecenderungan untuk memudaratkan keselamatan negara, maka Menteri mempunyai kuasa untuk menahannya sebagai langkah pencegahan.

Di bawah kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penerbitan subversif, Menteri mempunyai kuasa untuk melarang sesuatu percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan dokumen atau penerbitan yang: 1. Mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan. 2. Mengesyor keingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah.

3. Dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan. 4.

Mendatangkan mudarat kepada kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Kuasa Menteri boleh diperluaskan dalam penerbitan berkala, melarang penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau pengimportan apa-apa keluaran yang telah lalu atau yang akan datang. Namun orang tahanan mempunyai hak menggunakan proses rayuan melalui prinsip habeas Corpus atas alasan penahanan itu menyalahi undang-undang atau mala fide.

Contoh Kes • Contohnya, seorang lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebarkan khabar-khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). • Begitu juga dengan penulis blog di mana kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang menyentuh perkara sensitif termasuk menghina Yang diPertuan Agong dan agama Islam. Tindakan boleh diambil ke atas mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan.

Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta ini memberi perlindungan terhadap maklumatmaklumat rasmi yang disifatkan sebagai rahsia kerajaan. Dokumen ini termasuklah semua suratan rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri termasuk suratan, rekod keputusan, dan pertimbangan jawankuasa di bawah Jemaah Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta ini juga memberi kuasa kepada pegawai awam mengelaskan dokumen atau benda rasmi sebagai ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’, atau ‘terhad’.

• Menjadi kesalahan jika seseorang itu: 1. Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada sesebuah negara asing atau sesiapa juga yang dia tidak diberi kuasa untuk menyampaikannya.

2.

Menggunakan rahsia rasmi untuk faedah negara asing.

3. Menyimpan dalam milik atau kawalannya dokumen rahsia yang dia tidak mempunyai hak menyimpannya. 4. Tidak menjaga dengan cara berpatutan atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu rahsia rasmi. Pesalah boleh dihukum penjara mandatori tidak kurang satu tahun, dan tidak melebihi 7 tahun.

• Siapakah yang boleh memerintahkan diklasifikasikan berita itu di bawah rahsia rasmi? • Seorang Menteri. • Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. • Sebarang pegawai awam yang dilantik di bawah S2B oleh Menteri atau oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri melalui satu sijil yang ditandatanganinya. Keperluan pangkat atau kekananan dalam perkhidmataan tidak diperuntukkan.

• Siapakah yang boleh membuang klasifikasi tersebut? • Seorang Menteri. • Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri • Seorang pegawai awam yang dipertanggungjawab berkaitan dengan seorang menteri, jabatan atau sebarang perkhidmatan awam. • Pegawai utama yang bertanggungjawab dengan soal-soal pentadbiran sesebuah negeri.

Contoh Kes • Contoh kes ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa parti itu memiliki dokumen perjanjian konsesi tol. Berikutan pendedahan itu, kerajaan boleh mengambil tindakan sekiranya dokumen itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hal yang sama juga bagi pesalah yang membocorkan kertas peperiksaan kepada umum boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

• Terdapat juga pembelaan di bawah akta ini iaitu: • Maklumat tidak dikelaskan oleh seorang pegawai di bawah S2B dan tidak diliputi oleh takrif rahsia rasmi di bawah S8. • Keadaan istimewa misalnya keistimewaan Parlimen dan imuniti berkaitan dengan prosiding mahkamah.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. • Ia •

Tujuan: mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang dicetak dalam negeri atau yang diimport dari luar negeri.



Lesen percetakan mesti dipohon dari Menteri Dalam Negeri dan mengikut budi bicara beliau, beliau boleh meluluskan suatu lesen atau menolaknya, membatal atau menggantung lessen percetakan.

• Kesalahan seperti penerbitan lucah, mengandungi hasutan sehingga boleh membawa kepada kekacauan dalam masyarakat dan lain-lain adalah satu kesalahan. • Penerbitan juga perlu kepada permit dari Menteri Dalam Negeri dan Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit, membatal atau menggantungnya. Kesalahan seperti penerbitan yang membawa kepada bahaya kepada masyarakat adalah suatu kesalahan.

• Antara keperluan penting di bawah akta ini ialah: • Larangan tentang penulisan berita yang tidak benar. • Keputusan Menteri Dalam negeri mengenai peruntukan akta ini muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dimana-man mahkamah. • Pihak yang tidak berpuashati mengenai tindakan kerajaan tidak boleh diberi pendengaran.

• Akta ini mentakrifkan “penerbitan” sebagai yang termasuk: – Dokumen, akhbar, buku dan majalah berkala. – Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat. – Apa-apa juga yang mengikut rupa bentuknya atau dengan apa juga cara boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea. – Rakaman suara iaitu apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik instrumental atau bunyi-bunyi lain dan termasuklah piring hitam, pita dan cakera laser.

Contoh Kes • Contoh yang lain di mana, Khalid Jafri, didakwa di bawah Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman maksimum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan sebagai penulis dan penerbit buku ''50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM''.

Akta Kawalan Penerbitan yang Diimport 1958.

• Tujuan: melarang pengimportan apa-apa penerbitan yang memudaratkan ketenteraman awam, moral atau keselamatan awam. • Bahan penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, Menteri boleh melarang diimport ke Malaysia

Undang-Undang Siber • Berikut adalah lima undang-undang siber yang diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1997 dan 1998 iaitu: – Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia 1998. – Akta Tandatangan Digital 1997. – Akta Jenayah Komputer 1997. – Akta Teleperubatan 1997.

Sekian . . . Terima kasih

Related Documents


More Documents from "Afrizul Fauzan"