Awal Matematik [part 3]

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Awal Matematik [part 3] as PDF for free.

More details

  • Words: 353
  • Pages: 2
3.0

Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran)

Persediaan rancangan mengajar perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan sesuatu

pengajaran.

Tujuan

persediaan

rancangan

mengajar

adalah

untuk

memudahkan guru bersedia dan berkeyakinan semasa mengajar. Persediaan rancangan mengajar sebaik-baiknya fleksibel mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan masa. Rancangan Pengajaran Slot merupakan satu slot pengajaran yang dijalankan antara 20 hingga 30 minit serta mengikut komponen tertentu. Dalam setiap rancangan pengajaran slot perlu mempunyai beberapa kriteria iaitu; •

Komponen: berdasarkan kesesuaian tema dan tajuk yang dipilih.



Tema: tema yang dipilih haruslah sesuai dengan minat, kebolehan, pengalaman dan perkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak.



Hasil pembelajaran:perlu merujuk kepada

Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan. Ia perlu berkait rapat dengan komponen yang dipilih. •

Objektif: adalah objektif yang hendak dicapai di akhir pembelajaran.



Pengetahuan sedia ada: pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada atau yang telah dikuasai oleh murid-murid.



Kesepaduan: sesuatu komponen perlulah mempunyai kesepaduan atau kesinambungan dengan komponen yang lain.



Set induksi: bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid melalui perlakuan guru dan menggunakan persekitaran atau bahan-bahan maujud. Ia dilaksanakan antara 2 hingga 5 minit.



Penyampaian: guru menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan aktiviti. Guru menjalankan penilaian terhadap tugasan secara keseluruhan.



Penutup: bertujuan sebagai pengukuhan dan rumusan terhadap perkara yang diajar yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran.

3.1

Pendekatan dan Aktiviti 1

Pendekatan adalah cara untuk melaksanakan kurikulum. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum dengan menggunakan teknik atau kaedah diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak pula bermaksud pengukuhan pelajaran sama ada menerusi penerangan, latihan, penyoalan, penerokaan dan pembinaan pengalaman serta pengetahuan. Menerusi aktiviti pembelajaran kanak-kanak dapat mengukuhkan kefahaman dan kemahiran tentang sesuatu konsep. Aktiviti terbahagi kepada dua iaitu aktiviti berpusatkan murid dan aktiviti berpusatkan guru Aktiviti berpusatkan murid bermaksud pembelajaran yang digerakkan atas minat dan dorongan murid. Peranan guru adalah sebagai pemudah cara dan pembimbing. Manakala aktiviti berpusatkan guru pula adalah pembelajaran yang berlaku atas rancangan dan arahan guru. Peranan guru dalam aktiviti berpusatkan guru ini pula adalah sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid. 3.2

Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran 30 Minit)

[lihat muka surat seterusnya]

2

Related Documents

Matematik
May 2020 26
Matematik Tahun 3
May 2020 28