3.3
Esei Reflektif tentang Kekuatan dan Kelemahan Rancangan Pengajaran
Harian Saya telah melaksanakan pengajaran slot yang telah dirancang pada 12 Mac 2009 di kelas Pra 1 SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Komponen pengajaran adalah komponen perkembangan kognitif dan subtema yang dipilih adalah haiwan peliharaan di bawah tema haiwan. Sebelum pengajaran dilakukan, saya telah mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid daripada guru kelas tersebut. Murid-murid telah didedahkan dengan konsep nombor serta simbol-simbol nombor. Mereka juga sudah boleh mengira dari nombor 1 hingga nombor 15. Dalam rancangan pengajaran slot ini, saya telah memilih aktiviti berpusatkan murid di mana aktiviti pembelajaran yang dijalankan digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemerhati. Dengan jumlah murid-murid seramai 25 orang, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kumpulan iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan mereka kepada 5 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Saya juga menggunakan kaedah aktiviti kelas dalam aktiviti akhir dalam perancangan slot yang dirangka. Setiap kumpulan diberikan beberapa kad gambar, kertas mahjong dan gam cecair. Guru memberikan arahan iaitu setiap kumpulan perlu memadankan kad gambar ibu haiwan peliharaan dengan anaknya.
1
Gambar 1: Kumpulan 1 dengan hasil kerja mereka.
Gambar 2: Kumpulan 5 dengan hasil kerja mereka 2
Setelah selesai aktiviti pertama ini, murid-murid diminta berkumpul semula di ruangan perbualan pagi (ruangan circle time). Murid-murid ditunjukkan haiwan peliharaan dan murid menyebut nama haiwan tersebut. Kemudian, guru mengedarkan kad gambar haiwan peliharaan tersebut kepada setiap murid-murid dan guru juga menunjukkan graf kosong yang ditampal di atas papan esel. Murid-murid diminta menampal gambar-gambar haiwan ternakan mengikut kumpulannya iaitu gambar ayam perlu ditampal di ruangan gambar ayam dan seterusnya.
Gambar 3: Murid-murid menampal gambar haiwan peliharaan mengikut giliran.
3
Apabila
selesai
aktiviti
pengelasan,
murid
diminta
membanding
dan
membezakan haiwan peliharaan yang paling banyak dan paling sedikit dan murid diminta mengira jumlah setiap haiwan peliharaan tersebut. Murid diminta menulis simbol nombor dalam petak graf.
Gambar 4: Graf haiwan peliharaan. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya mendapati murid-murid di kelas Pra 1 tidak didedahkan dengan asas kepada konsep padanan satu dengan satu di mana mereka tidak tahu untuk memadankan gambar ibu haiwan peliharaan dengan anaknya. Murid-murid mengalami masalah apabila mereka tidak dapat membuat aktiviti seperti yang diarahkan. Akhirnya mereka dibantu oleh guru pelatih dan juga pembantu prasekolah untuk menyelesaikan aktiviti ini. Aktiviti untuk padanan satu dengan satu memakan masa yang panjang menyebabkan slot pengajaran melebihi masa yang dirancang. 4
Gambar 5: Aktiviti dibantu oleh pembantu prasekolah. Bagi aktiviti pengelasan pula, murid-murid dapat menampal kad gambar haiwan peliharaan mengikut kumpulannya dengan baik. Murid-murid berasa sangat gembira apabila setiap daripada mereka diberi peluang untuk ke hadapan dan menampal kad gambar yang dipegang di graf haiwan peliharaan. Seterusnya adalah aktiviti konsep nombor di mana murid-murid perlu membilang kad gambar yang ditampal mengikut kumpulan dan menulis simbol nombor bagi setiap kumpulan yang menunjukkan bilangan haiwan tersebut. Di awal permulaan aktiviti, murid-murid seperti keliru untuk melakukan aktiviti ini. Namun apabila guru mula memberi sedikit penerangan, murid-murid dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik. Kekuatan yang dapat dilihat dalam rancangan pengajaran slot yang telah dilaksanakan ini adalah kaedah yang digunakan berkesan di mana aktiviti yang dilakukan adalah secara berkumpulan. Semangat kerjasama dalam setiap kumpulan dapat dilihat dan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama. 5
Rancangan pengajaran ini juga sesuai dengan masa yang telah dirancang iaitu selama 30 minit. Walaupun terdapat aktiviti yang memakan masa yang lebih lama daripada yang dirancang tetapi perkara tersebut dapat diatasi dan masa yang digunakan untuk melaksanakan slot ini tetap tidak melangkaui masa lebih daripada 30 minit. Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga dapat menarik minat murid-murid. Walaupun bahan yang digunakan hanya berwarna hitam dan putih, muridmurid kelihatan sangat gembira dan masing-masing ingin menunjukkan diri mereka juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Kelemahan rancangan pengajaran slot yang didapati selepas pelaksanaan pengajaran ini adalah murid-murid tidak didedahkan dengan konsep padanan satu dengan satu di mana konsep ini merupakan konsep yang sangat penting dalam komponen perkembangan kognitif dan awal matematik. Sepatutnya murid-murid perlu didedahkan dengan konsep padanan satu dengan satu terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan konsep nombor seperti membilang nombor 1 hingga 5 dan seterusnya. Oleh itu, kaedah yang digunakan dalam rancangan pengajaran ini iaitu aktiviti berpusatkan murid kurang berkesan kerana murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang diberikan dengan baik dan mereka masing-masing perlu dipandu oleh guru dan pembantu prasekolah. Antara langkah yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini adalah mungkin saya perlu membuat aktiviti padanan satu dengan satu yang lebih mudah terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti yang dirancang. Contoh aktiviti tersebut adalah memadankan beberapa pasangan objek seperti sudu dengan garpu atau mangkuk dengan penyepit. Selain itu, murid-murid juga tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk memadankan bilangan objek dengan simbol nombor 1 hingga 10. Mereka perlu dibimbing terlebih dahulu sebelum dapat melakukannya dengan baik. Guru perlu memberi latihan kepada murid-murid untuk mengukuhkan lagi kemahiran ini. Kelemahan yang paling mudah dapat dilihat adalah set induksi yang kurang menarik. Sepatutnya, set induksi perlu dirancang dengan lebih baik agar dapat menarik 6
minat murid-murid serta dapat memberi gambaran kepada mereka tentang pengajaran yang akan diajar. Set induksi yang lebih baik mungkin saya boleh meletakkan beberapa keping kad gambar haiwan peliharaan di sekeliling kelas prasekolah tersebut sebelum pengajaran slot dimulakan. Apabila pengajaran slot bermula, setiap murid dikehendaki mencari sekeping kad gambar haiwan peliharaan. Kesimpulannya, rancangan pengajaran adalah sangat penting kerana ia adalah penentu kepada keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Persiapan awal dan perancangan rapi dapat membantu guru mengenal pasti keperluan pembelajaran murid-muridnya. Guru juga dapat menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid.
7