Article Jurnal Full.docx

  • Uploaded by: Razif Ismaiel Soulfly
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Article Jurnal Full.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,406
  • Pages: 8
1.0 PENGENALAN Kualiti alam sekitar yang kurang baik ini boleh menyebabkan perubahan iklim berlaku. Perubahan iklim terjadi disebabkan oleh beberapa faktor khususnya disebabkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pembangunan hutan baru, kegiatan perkilangan dan industri, dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi (Haliza, 2015). Keadaan suhu bumi ini meningkat disebabkan kandungan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida di atmosfera. Menurut The United Nation (2009), faktor kegiatan manusia merupakan penyebab dominan kepada fenomena perubahan iklim. Kejadian pemanasan global, peingkatan paras air laut, kekerapan fenomena banjir, serta kemarau merupakan antara kesan daripada perubahan iklim yang sedang berlaku di Malaysia. Sektor ekonomi di negara Malaysia yang pesat dan berkembang disebabkan oleh peningkatan industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah ini telah menjadi penyumbang utama terhadap berlakunya perubahan iklim di Malaysia. Kadar pengeluaran yang kian meningkat menyebabkan gas-gas rumah hijau ini bertambah dalam atmosfera. Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar dan kejadian perubahan iklim telah menjadi isu yang semakin serius dan seharusnya ditekankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kewujudan persatuan-persatuan yang berperanan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perubahan iklim telah berjaya melakukan perkara yang sepatutnya. Di Malaysia, antara persatuan-persatuan yang terlibat ialah Persatuan Perlindungan Alam Sekitar (EPSM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) . Kesedaran dan perasaan tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap individu harus diterapkan dalam diri setiap individu bagi mewujudkan pengetahuan masyarakat mengenai perubahan iklim ini. 2.0 KAJIAN LITERATUR Menurut Saiyidatina Balkhis Norkhaidi et. al (2017) dalam kajian mengenai Literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah menegah rendah: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia. Pemboleh ubah literasi karbon yang dikaji meliputi empat pemboleh ubah iaitu pengetahuan jejak karbon, sikap rendah karbon, nilai celik karbon dan amalan rendah karbon. Dapatan ini membuktikan tahap literasi karbon pelajar berada pada tahap tinggi dan dapatan ini jelas memberi implikasi positif ke arah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai Bandar Rendah Karbon dan Bandar Hijau 2025. Kajian yang telah dilakukan oleh Cacundangan dan Garcia (2017) dalam artikel yang telah dihasilkan adalah mengenai literasi perubahan iklim dalam kalangan pelajar sekolah menengah awam. Beliau menyatakan tahap pengetahuan pelajar tentang konsep asas mengenai perubahan iklim dan kesan perubahan iklim adalah sederhana. Bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap faktor berlakunya perubahan iklim pula, majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap faktor penyebab berlakunya perubahan iklim. Manakala untuk penglibatan afektif pelajar mengenai perubahan iklim adalah yakin bahawa perubahan iklim sedang berlaku dan penglibatan

tingkah pelajar berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan menunjukkan bahawa pelajar terlibat dalam mengambil tindakan terhadap kesan perubahan iklim Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Suhana, Fazliyana dan Hair (2018) mengenai pengetahuan dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan sokongan pelajar terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim berdasarkan dua bidang pengajian sains dan sains sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya pengetahuan menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara dua bidang pengajian. Bagi sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim pula, pengetahuan menyumbang pengaruh yang tertinggi. Aspek kesedaran perlu dilihat dari pelbagai komponen bagi meningkatkan sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim. Kajian oleh Hafizah et. al (2011) mengenai perhubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti mendapati terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan tingkahlaku mesra alam sekitar. Namun, perhubungan yang terhasil adalah sangat lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar tahun satu di UPM tidak memberi impak yang kuat terhadap tingkah laku mesra alam sekitar yang diamalkan. 3.0 KAWASAN KAJIAN Penyelidikan ini dijalankan di kawasan persisiran pantai yang terdapat di Port Dickson khususnya Pantai Teluk Kemang. Pantai Teluk Kemang terletak lebih kurang 10 km di bahagian selatan bandar Port Dickson. Pantai Teluk Kemang merupakan salah sebuah kawasan tarikan pelancongan di negeri tersebut. Di lokasi kajian turut mempunyai bilangan belia yang ramai ekoran di daerah Teluk Kemang tersebut mempunyai institusi awam iaitu Politeknik Port Dickson. Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti literasi iklim dalam kalangan belia di Malaysia. Oleh hal yang demikian, Pantai Teluk Kemang di pilih untuk menyempurnakan bahagian dapatan dalam penyelidikan ini.

Peta lokasi: Port Dickson Sumber: Google map(https://www.google.com/maps/@2.5643755,101.7411724,12z)

Peta lokasi: Port Dickson Sumber: Google map(https://www.google.com/maps/@2.5643755,101.7411724,12z) 4.0 METODOLOGI Metodologi kajian atau kaedah kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperoleh pelbagai jenis data dengan pengelasan yang lebih spesifik dan terperinci. Data digunakan sebagai petunjuk asas bagi membentuk infrensi dan pentafsiran bagi tujuan menghurai dan membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena. 4.1 DATA Pengumpulan data boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama iaitu pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer yang dikutip melalui borang soal selidik yang diberikan kepada pengguna

secara rawak di sekitar Port Dickson iaitu seramai 400 responden diperlukan untuk melengkapkan borang soal selidik yang disediakan bagi mengetahui pengetahuan literasi iklim oleh setiap responden yang di pilih. Kajian ini turut menggunakan data sekunder bagi menyokong setiap data yang diperolehi daripada data primer. 4.2 ANALISIS Dalam konteks kajian ini golongan belia telah dipilih dan diselidik. Pensampelan Rawak Berstrata telah kami gunakan untuk memudahkan analisis yang telah kami jalankan kemudian. Analisa melalui Ujian Kepercayaan telah dilakukan dengan menggunakan analisis kepercayaan Cronbach’s Alpha. Setelah diuji dengan 38 soalan yang merangkumi pengetahuan perubahan alam sekitar mendapati nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.827 yang menghampiri 1.Data yang telah

diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. Para pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam menghuraikan dapatan data dan maklumat. Beberapa kaedah diskriptif seperti kekerapan, peratus serta min digunakan dalam kajian ini. Selain itu, kaedah korelasi pearson turut digunakan. Analisis statistik iaitu korelasi parametrik iaitu ujian pearson digunakan dalam mengenalpasti kesignifikan trend data sikap mitagasi dan adaptasi responden terhadap perubahan iklim.

Pembentukan maklumat dan objektif Pembentukan kerangka teori Keperluan data

Data primer: Perhatian dan temubual

Kaedah pengumpulan data

Data sekunder: Kajian perpustakaan, bahan rujukan buku dan internet

Analisis data

Literasi iklim dalam kalangan belia

Cadangan dan kesimpulan Rajah 1: Kerangka Metodologi Kajian 5.0 HASILAN DAN PERBINCANGAN 5.1 5.2 PENGETAHUAN BERKENAAN PERUBAHAN IKLIM Sebanyak tiga item ujian yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan responden berkenaan perubahan iklim iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi. Untuk menguji tahap pengetahuan belia berkenaan alam sekitar, sebanyak 18 soalan diajukan kepada responden. Sejumlah 346 (86.8%) responden yang mengakui bahawa perubahan iklim sedang berlaku di bumi ini. Bagi pembolehubah seterusnya iaitu sosial, berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji dapati bahawa kira-kira separuh daripada responden mempunyai pengetahuan sosial yang baik terhadap perubahan iklim. Namun, hampir separuh iaitu 49.5% responden berpendapat bahawa aktiviti manusia tidak mempunyai kesan langsung terhadap perubahan iklim. Menurut Shahiddan Saidi (2014), seorang pakar dalam hal tenaga dan perubahan iklim dari Amerika Syarikat hairan

dengan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan penduduk Malaysia mengenai perubahan iklim. Beliau juga dikatakan terkejut apabila mengetahui bahawa salah satu syarikat pembuat kereta tempatan tidak menganggap kereta elektrik yang mesra alam sebagai satu peluang untuk pasaran yang baik.

Jadual 1 Pengetahuan sosial terhadap perubahan iklim Bil .

Aspek sosial

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat tidak setuju (%) setuju setuju( setuju (%) (%) %) (%) 1 Kesedaran dalam kalangan masyarakat 0.3 2.3 15.5 39.0 43.0 diperlukan untuk menangani perubahan iklim 2 Media sering memaparkan mengenai 0 4.8 20.5 50.7 24.0 isu-isu seperti perubahan iklim 3 Aktiviti manusia adalah penyebab 0.8 2.5 11.5 50.5 34.8 utama terjadinya perubahan iklim 4 Aktiviti manusia tidak mempunyai 19.5 12.0 19.5 34.3 15.5 kesan langsung terhadap suhu global 5 Pencemaran dari industri adalah punca 0.8 2.5 23.3 47.8 25.8 utama perubahan iklim 6 Aktiviti penyahutanan menyebabkan perubahan iklim bumi 0.5 3.3 15.5 49.0 31.8 7 Penggunaan baja kimia dlm bidang pertanian merupakan punca perubahan 0.8 5.0 26.0 45.8 22.5 iklim 8 Gelombang haba boleh menyebabkan 0.5 2.0 15.3 51.3 30.8 strok haba dan dehidrasi kepada manusia 9 Gelombang haba boleh menyebabkan 1.0 1.5 15.8 56.0 25.8 kematian kepada hidupan 10 Perubahan iklim menganggu proses 0.3 2.5 18.5 52.5 26.3 perolehan air bersih utk kegiatan harian *Nota: 1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju, 3= Kurang Setuju, 4= Setuju, 5= Sangat Setuju Sumber: Kajian Lapangan, 2018 Pembolehubah pengetahuan ekonomi pula, sebanyak 77.8 % responden yang berpendapat bahawa perubahan iklim boleh merosakkan harta benda awam akibat bencana alam seperti LaNina iaitu banjir yang teruk akan menyebabkan kemusnahan harta benda awam. Selain itu, 66.8% responden bersetuju bahawa perubahan iklim meningkatkan permintaan untuk tenaga elektrik di musim panas. Bekalan elektrik adalah penting, namun menjadi bertambah penting

pada musim panas sebagai contoh kuasa elektrik diperlukan untuk menggerudi telaga, sekiranya tiada elektrik maka akan berlakunya krisis air yang dahsyat (Friedman, 2009). Hubungan antara kognitif (kepercayaan), psikomotor dan afektif (emosi) responden terhadap perubahan iklim Hasil analisis menunjukkan bahawa korelasi pearson, bagi kepercayaan dan emosi responden adalah r=0.422 dan nilai p= 0.000. Oleh itu, varians, r2=0.178 (17.8%). Ini bermakna wujudnya korelasi positif yang sederhana antara kognitif dan afektif responden. Varians r2=0.178 menunjukkan bahawa 17.8 peratus sahaja daripada emosi disebabkan boleh kognitif atau kepercayaan responden. Maka, 82.2% ini mungkin disebabkan boleh faktor-faktor lain yang tidak dikaji oleh pengkaji. Seterusnya, hubungan antara kognitif dan psikomotor pula menunjukkan nilai r=0.092 dan nilai p=0.067. Varians, r2= 0.008 (0.8%). Nilai r dalam kes ini menunjukkan korelasi yang sangat lemah antara kognitif dan psikomotor. Ini menunjukkan kepercayaan responden adalah kurang selari dengan tindakan yang diambil oleh mereka. Ramai responden yang tahu dan sedar dengan isu perubahan iklim yang sedang berlaku, namun hanya segelintir daripadanya yang bertindak melakukan sesuatu untuk mengurangkan faktor perubahan iklim yang mana terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi. Sebagai contoh, ramai responden yang sedar tentang kepentingan sumber tenaga, namun tidak ramai yang mengambil tindakan yang sewajarnya semasa menggunakannya. Hasil kajian ini adalah sejajar dengan dapatan kajian Jamilah Haji Ahmad et al. (2011) dimana sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa penggunaan sumber tenaga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian, namun mereka masih tidak mengetahui bagaimana cara atau amalan yang sepatutnya berhubung isu cekap tenaga. Jadual x Korelasi Pearson antara Kognitif, Afektif dan Psikomotor terhadap isu perubahan iklim dalam kalangan belia Psikomotor Kognitif Emosi Psikomotor Korelasi Pearson 1 .092 .159** Sig. (2-hala) .067 .001 N 400 400 400 Kognitif Korelasi Pearson .092 1 .442** Sig. (2-hala) .067 .000 N 400 400 400 Emosi Korelasi Pearson .159** .442** 1 Sig. (2-hala) .001 .000 N 400 400 400 **. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hala). Sumber: Kajian lapangan 5.3 6.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengenal pasti pengetahuan belia terhadap alam sekitar dan perubahan iklim, mengkaji sikap belia terhadap mitagasi dan adaptasi perubahan iklim, menganalisis kemahiran mitagasi dan adaptasi perubahan iklim dalam kalangan belia dan mengenal pasti amalan mitagasi dan adaptasi perubahan iklim dalam kalangan belia di Malaysia dengan menggunakan indikator terpilih. Kajian literasi iklim ini sebenarnya penting untuk mengetahui pengetahuan golongan belia tentang perubahan iklim yang berlaku. Hal ini kerana, tahap pendidikan yang rendah mempengaruhi pengetahuan tentang perubahan iklim yang berlaku sekarang. Dari aspek pengetahuan perubahan iklim ini dibahagikan kepada tiga iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi mempunayi hasil yang berbeza. Golongan belia lebih mengetahui perubahan iklim melalui alam sekitar dan sosial sekeliling kerana menerima banyak maklumat. Dari aspek sikap mitagasi dan adaptasi perubahan iklim ianya merangkumi indikator kongnitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan jiwa dan semangat golongan belia dalam menjaga alam sekitar serta mengetahui mengenai perubahan iklim di Malaysia atau dunia. Golongan belia perlu memupuk sikap tersebut dalam diri mereka bagi mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. Seterusnya, dari aspek kemahiran dan adaptasi perubahan iklim golongan belia mempunyai kreativiti dan idea yang bernas untuk menjaga alam sekitar dari berlakunya perubahan iklim. Golongan belia juga yakin dan berani untuk berkomunikasi di hadapan khalayak membicarakan tentang isu perubahn iklim yang berlaku. Seterusnya, bagi amalan mitagasi dan adaptasi perubahan iklim ini, golongan belia berminat untuk pembangunan secara lestari denagn membina ruang hijau, menanam pokok, membawa bekalan dari rumah dan sebagainya. Penglibatan yang berkesan oleh golongan belia ialah bergiat aktif dalam kempen kesedaran untuk mencegah perubahan iklim berlaku. 7.0 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kajian ilmiah ini telah berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Prof Madya Dr Nasir Nayan, selaku pensyarah subjek Metodologi Penyelidikan dalam Geografi ( HGR 3023) dari Jabatan Geografi dan Alam Sekitar di bawah Falkulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar, perhatian, semangat dan nasihat di dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Jutaan kalungan kasih kepada keluarga tercinta kami yang berada di kampung yang tidak jemu memberikan nasihat, semangat dan sokongan fizikal serta mental sepanjang tempoh kami menyediakan kajian ilmiah ini. Sahabat-sahabat seperjuangan yang satu kumpulan bertungkuslumus untuk menyiapkan kajian ini bersama dengan jurnal. Tidak lupa juga jasa kawan-kawan sekumpulan yang banyak membantu dalam mengedarkan borang soal selidik dengan mengambil masa selama satu hari sahaja bagi menyediakan 400 helai soal selidik.

8.0 RUJUKAN Cacundangan, K. L., & Garcia, M. E. (2017). Students‟ Climate Change Literacy: Implication for Climate Change Education in Public Secondary Schools in Kabacan, North Cotabato. In 2017 Cebu International Conference on Agricultural, Chemical,

Biological and Environmental Sciences (pp. 1–7). Cebu,Philippines: Technological Institute of the Philippines, Philippines. Suhana Saad, Tuan Fazliyana Tuan Kamarudin , & Abdul Hair Awang. (2018). Pengetahuan dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim (Youth knowledge and support for government policy towards climate change). GeografiaMalaysian Journal of Society and Space, 14(1), 130-141. Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif, Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai. (2011).Kajian perhubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti; kajian kes: pelajar tahun satu Universiti Putra Malaysia (UPM). Tourismos, 6(1), 297-305 Haliza, A. R. (2015). Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Manusia dan Persekitarannya: Isu dan Cabaran. (I. Mohd Hairy, S. Haryati, & K. L. See, Eds.) (1st ed.). Batu Pahat, Johor: Universiti Tun Hussein Onn. Saiyidatina Balkhis Norkhaidi et. al (2017) Literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya , 9(2), 25-32. The United Nations. (2009). Growing together in a changing climate: The United Nations, young people, and climate change. Youth and climate change. The United Nations Joint Framework Initiative on Children Friedman, T. L. (2009). Hot, Flat and Crowded 2.0 (1st ed.). New York: Farrar, Straux & Giroux. Jamilah Haji Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, & Juliana Abd Wahab. (2011). Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 81(3). Shahiddan Saidi. (2014). Kesedaran Isu Tenaga Dan Perubahan Iklim Rendah Dalam Kalangan Rakyat. Retrieved from http://www.ukm.my/news/arkib/index.php/ms/berita-kampus/1703malaysians-needed-to-be-more-aware-of-energy-issues-.html

Related Documents

Article Jurnal Full.docx
December 2019 3
Jurnal
December 2019 93
Jurnal
May 2020 64
Jurnal
August 2019 90
Jurnal
August 2019 117

More Documents from "Ahmad Amir Bin Abdullah"