2.0 Ayat Majmuk Pancangan.docx

  • Uploaded by: Razif Ismaiel Soulfly
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 2.0 Ayat Majmuk Pancangan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 563
  • Pages: 4
2.2 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Ini dilakukakn berdasarkan jenis klausa yang dipancangkan kepada klausa induk. Jenis klausa pancangan tersebut adalah: klausa relative, klausa keterangan dan klausa komplemen (Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifli dan Razali, 2006).

2.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif a. Definisi Ayat majmuk pancangan relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif bagi menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau predikat dalam klausa induk tersebut. Maksud istilah relatif ialah berkaitan dengan kata nama yang diterangkan. Klausa relatif itu dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa relatif itu dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa relatif hanya menerangkan frasa nama dan tidak berkait dengan unsur lain dalam ayat. Klausa relatif ini dikaitkan kepada frasa nama yang diterangkan dengan menggunakan kata ganti nama hubung relatif yang. Dengan demikian, klausa yang dihubungkan kepada frasa nama itu dipanggil klausa relatif. Klausa relatif ini adalah klausa kecil (Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifli dan Razali, 2006). Formula: (Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif

b. Contoh Contohnya: a) Cerita ini dikhaskan kepada orang-orang yang ada menonton di dalam panggung ini sahaja. b) Kepada ibu-ibu yang ada membawa anak-anak kecil mereka, tolonglah jaga budak-budak itu. c) Kalau ada orang yang menghisap rokok, nampak macam berkepul-kepul asapnya keluar, tolong kurangkan asapnya sedikit.

c. Aktiviti Role Play 1. Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang watak dalam video (filem) dan watak tersebut yang menyebut klausa yang mempunyai penggunaan ayat majmuk pancangan relatif. 2. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan. 3. Murid membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah diberikan dan pelajar yang menonton diminta untuk mengesan sebutan dialog yang mempunyai penggunaan ayat majmuk pancangan relatif.

d. Latihan 1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kata hubung untuk ayat majmuk pancangan relatif? A. seperti B. untuk C. bahawa D. yang

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ayat majmuk pancangan relatif? I. Ikram yang duduk di atas bangku itu adik saya. II. Untuk saya melengkapkan tugasan itu sungguh sukar. III. Mutu menjelaskan bahawa disket kawannya hilang. IV. Zulaikha membeli kain sutera yang berwarna merah. A. I B. I, II dan III C. I dan III

C. I dan IV

3. Yang manakah merupakan pasangan ayat majmuk pancangan relatif? I A.

Kanak-kanak yang cedera itu rupa- Jefri membeli novel A. Samad Said rupanya anak Leman

B.

C.

II

yang baru dipasarkan.

Murid itu lewat kerana ketinggalan Meon tidak pergi ke padang kerana bas.

hari hujan.

Budak yang pandai itu adik Siti

Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.

D.

Ibu bapa datang ke sekolah untuk

Ismaliyana pergi ke pasar untuk

menghadiri mesyuarat tersebut.

membeli daging dan sayur-sayuran.

4. Bina ayat dengan menggabungkan kedua-dua ayat tersebut untuk membentuk ayat majmuk pancangan relatif. a.

Fuad pergi ke kedai buku Samad. Kedai buku Samad terletak di depan balai polis.

b.

Ikmal sedang makan nasi goreng. Nasi goreng itu dibeli ibu Ikmal.

c.

Ali mempunyai sepasang kasut bola. Sepasang kasut bola itu berjenama Nike.

5. Bina lima ayat majmuk pancangan relatif dengan berbantukan formula: (Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Rujukan Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifili Osman dan Razali Ayob (2006). Sintaksis. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional. Lampiran b) Ayat Majmuk Pancangan Relatif Link Video Contoh (P Ramlee - 3 Abdul (1964)): https://www.youtube.com/watch?v=XEVORFxHMSM Minit digunakan:

1) 2:21-2:30 2) 2:40-2:46 3) 2:53-3:00

Related Documents

Ayat Majmuk
October 2019 16
Ayat Ayat Ruqyah
May 2020 52
Ayat-ayat Langit.pdf
November 2019 54

More Documents from "Muhammad Fadli"