Soalan 4 Ppg 2.docx

  • Uploaded by: Razif Ismaiel Soulfly
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan 4 Ppg 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 965
  • Pages: 16
1) Kemahiran dalam aktiviti pengurusan sekolah i)

Seminar Bahasa Melayu Semasa

menjalankan

PPG

2,

saya

telah

berkesempatan untuk terlibat dalam seminar Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan oleh Guru Panitia Bahasa

Melayu

SMK

Agama

Sibu.

Seminar

kecemerlangan ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 rendah yang mengambil subjek Bahasa Melayu dalam SPM serta STPM. Oleh kerana seminar ini telah dirancang sebelum saya melapor diri bagi membuat PPG 2, saya hanya diminta untuk memantau pelajar agar sentiasa menumpukan sepenuh perhatian terhadap penceramah luar. Hasil pemerhatian saya, seminar ini telah berjalan dengan lancar dan para pelajar dalam keadaan yang terkawal. Di samping itu juga, saya telah tertarik dengan cara penyampaian penceramah itu kerana beliau begitu menguasai Bahasa Melayu walaupun beliau berbangsa Tamil. Dan itu juga menjadi tarikan kepada beliau serta membuatkan pelajar lebih terhibur dengan selingan hiburan dari beliau. Penceramah tersebut telah menerangkan beberapa tips kepada

pelajar untuk menguasai kertas Bahasa Melayu dalam bahagian karangan. Terdapat beberapa akronim atau penjadualan huruf yang telah diperkenalkan oleh beliau pada sesi seminar itu. Penjadualan huruf itu berfungsi untuk pelajar membina ayat yang lebih menarik berbanding kepada ayat kebiasaan dalam contohcontoh karangan yang lepas. Pada pendapat saya, langkah ini amat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai karangan.

ii)

Perasmian Bulan Kemerdekaan Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap

tahun sememangnya membawa makna yang besar kepada masyarakat dan negara. Sambutan ini memberi makna bahawa kita memiliki sebuah negara berdaulat serta dihormati oleh seantero dunia. Oleh yang demikian,

bagi

menyambut

seruan

kerajaan

terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar, maka sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan di setiap sekolah termasuklah sekolah yang telah saya buat pemerhatian untuk PPG 2 iaitu di SMK Agama Sibu. Berdasarkan pemerhatian sekolah yang saya kaji, sekolah ini telah mengadakan Perasmian Bulan Kemerdekaan pada 31 Julai 2018 bersamaan dengan 18 ZulKaedah 1439H. Tambahan pula, pada hari tersebut merupakan perhimpunan rasmi SMK Agama Sibu yang diadakan sekali seminggu. Apa yang saya dapat lihat ialah guru-guru di sekolah ini sangat komited

dalam

menjayakan

majlis

perasmian

bulan

kemerdekaan ini. Hal ini demikian kerana majlis berjalan dengan baik dan lancar seperti yang telah dirancangkan. Antara yang paling menarik minat saya ialah gimik perasmian Hari Kemerdekaan. Guru yang terlibat dalam majlis perasmian ini ialah Cikgu Sarawani, Cikgu Asmaizan dan Cikgu Mahadzir yang masing masing merupakan guru Pendidikan Sivik, guru Pusat Sumber Sekolah dan guru subjek Sejarah. Selain

itu,

semasa

perasmian

Bulan

Kemerdekaan ini, guru yang bertugas juga telah mempromosikan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan. Antaranya

ialah

Pertandingan

Kelas

Merdeka,

Pertandingan Kuiz Sejarah, Kuiz Medic, Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan, Permainan Tradisional dan banyak lagi.

iii)

Hias persekitaran sekolah Sudah menjadi kebiasaan setiap sekolah akan

membuat

persiapan

bagi

menyambut

Hari

Kemerdekaan pada akhir bulan Ogos nanti. Tidak ketinggalan juga di sekolah yang saya kaji ini, saya dengan rakan yang lain telah terlibat dalam aktivitiaktiviti menghias sekolah dengan banting-banting yang berkaitan dengan Hari Kemerdekaan di seluruh kawasan sekolah. Pendekatan menggantung banting ini bertujuan untuk mewujudkan suasana Hari Kemrdekaan itu sendiri dalam diri setiap warga sekolah SMK Agama Sibu khususnya. Selain itu, dengan adanya bantingbanting ini juga, pelajar dapat pengetahuan am yang berkaitan dengan negara tercinta kerana bantingbanting ini terdiri daripada gambar jata negara, rukun negara, menunjukkan bendera negeri-negeri di bawah naungan Malaysia dan banyak lagi. Justeru itu saya berasa pendekatan ini amat wajar dilakukan bagi mencapai objektif yang dikehendaki sebagai seorang rakyat Malaysia.

Seterusnya, saya dengan rakan yang lain juga terlibat dalam mengubahsuai bilik galeri untuk dijadikan bilik pameran sepanjang Bulan Kemerdekaan berlangsung kelak. Kami telah diminta oleh Cikgu Chong Kah Jin untuk mengemas bilik tersebut dengan bantuan pelajar Tingkatan 6 Atas supaya dapat membantu mengangkat papan pameran ke dalam bilik tersebut. Sebelum itu, kami telah membersihkan bilik tersebut

dengan

menyapu,

mengemop

serta

mengvakum permaidani yang terdapat di dalam bilik pameran itu. Bilik pameran itu nanti akan dipenuhi dengan gambar sejarah-sejarah Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan sehingga sekarang. Selain daripada itu, bilik itu juga dipenuhi dengan arca yang telah dihasilkan oleh pelajar aliran seni dan juga pelajar menengah rendah. Hanya beberapa arca yang menarik sahaja akan dipamerkan dalam bilik itu. Oleh yang demikian,

saya

dengan

rakan

saya

hanya

berkesempatan menyusun separuh daripada arca yang telah dihantar kepada guru Sejarah yang ditugaskan.

Di samping itu, Guru Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan beberapa pertandingan yang terbuka untuk semua pelajar. Antaranya ialah melukis poster, membuat puisi kemerdekaan, pertandingan Kelas Merdeka, membuat kek tema kemerdekaan dan sebagainya. Dengan itu, poster yang paling cantik dan terbaik akan dipamerkan dalam bilik pameran.

Antara refleksi yang saya dapat setelah menjalani PPG 2 selama 4 minggu di SMK Agama Sibu melalui aktiviti pengurusan sekolah ialah segala perancangan untuk melakukan sesuatu program atau aktiviti memerlukan satu perancangan yang rapi dan teratur. Hal ini demikian kerana apabila perancangan telah dibuat adalah mudah bagi guru-guru yang lain terlibat dengan program yang dijalankan. Melalui pemerhatian saya, semua guru di sekolah SMK Agama Sibu akan terlibat secara langsung mahupun tidak dalam aktiviti Bulan Kemerdekaan ini. Para guru telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi

mengendalikan

aktiviti

sepanjang

Bulan

Kemerdekaan diadakan seperti pertandingan melukis poster, pertandingan kelas merdeka, pertandingan layanglayang merdeka dan banyak lagi. Walaupun saya dengan rakan saya tidak berpeluang melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang, namun begitu saya yakin kesemua aktiviti ini akan dilaksanakan dengan baik. Selain itu, melalui seminar Bahasa Melayu yang telah dijalankan, saya amat tertarik dengan budaya yang diamalkan oleh guru-guru di SMK Agama Sibu. Ini kerana

apabila seminar ini dijalankan, semua guru matapelajaran Bahasa Melayu akan turun padang bersama-sama pelajar sepanjang seminar yang berlangsung di Dataran AlMawaddah. Budaya ini sememangnya penting supaya boleh memberi sokongan mental kepada pelajar agar guru-guru kelihatan komited dalam kerjaya. Tambahan pula, budaya sebegini mampu menunjukkan contoh yang baik kepada guru pelatih seperti saya. Melalui aktiviti pengurusan sekolah ini, saya dapat meningkatkan kemahiran “softskills” di mana ianya perlu dikuasai oleh seseorang pendidik.

Related Documents

Soalan 4 Ppg 2.docx
April 2020 1
Soalan 4
May 2020 18
Soalan: Meter (form 4)
December 2019 23
Soalan Struktur Bab 4
May 2020 15
Soalan Tilawah T.4
May 2020 7

More Documents from ""