4.0
Ayat Majmuk Campuran
4.1
Definisi
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) menekankan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran. Nama lainnya ialah ayat kompleks. Ahmad Khair Mohd Nor (2003) menyatakan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurangkurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara. Terdapat beberapa cantuman ayat dalam ayat majmuk campuran iaitu : a. Campuran Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan Formula Ayat Komplemen + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran
b. Campuran Ayat Keterangan dan Ayat Relatif Formula Ayat Keterangan + Ayat Relatif = Ayat Majmuk Campuran
c. Campuran Ayat Gabungan dan Ayat Keterangan Formula Ayat Gabungan + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran
4.2
Contoh
a. Ayat majmuk campuran ayat komplemen + ayat keterangan.
Boleh tidak awak pindah ke sebelah sebab saya ada benda nak bincang sedikit dengan Abang Adi.
Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 8:05 – 8: 08)
b. Ayat majmuk campuran ayat keterangan + ayat relatif.
Jihad melawan naluri perempuan yang ada dalam diri kamu itu yang akan menentukan sama ada kamu akan dilaknat atau tidak.
Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 14:45 – 14 :53)
c. Ayat majmuk campuran ayat gabungan + ayat keterangan.
Saya perlukan bimbingan dari orang yang alim dan warak dan orang yang paling sesuai ialah Abang Adi.
Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 3:26 – 3:33)
4.3
Aktiviti (Hot-Seat) Guru meletakkan satu kerusi di hadapan kelas dan memanggil seorang murid secara rawak. Topik diberikan guru berkenaan ayat majmuk campuran. Murid yang lain perlu menjawab jenis ayat majmuk campuran yang diberikan oleh murid di Hot-Seat. Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan menjawab ayat majmuk campurn yang diberikan. Masa tamat dan murid di Hot - Seat berkongsi jawapan bersama murid yang lain. Seterusnya, guru membuat rumusan keseluruhan berkaitan aktiviti.
4.4
Latihan
1. Apakah maksud ayat majmuk campuran? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
2. Nyatakan 3 jenis ayat majmuk campuran. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 3. Bina satu ayat majmuk campuran menggunakan formula berikut: Ayat Gabungan + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
4. Sambungkan ayat majmuk di bawah supaya menjadi ayat majmuk campuran. a. Ali berpendapat bahawa orang miskin itu perlu dibantu. Meringankan bebanan yang di alami oleh orang miskin itu. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ b. Amir berjumpa doktor bagi mengenalpasti penyakit yang dihadapinya. Disebabkan demam yang dialami Amir tidak sembuh. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ c. Ibu memotong sayur dan ayam. memasakkan abah makanan tengah hari. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
5. Cerakinkan ayat majmuk campuran di bawah supaya menjadi 2 ayat majmuk. a. Setiap manusia perlu mempunyai rohani yang baik untuk mencegah dari melakukan kejahatan.
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ b. Pemain bola sepak itu segera diberi rawatan kerana mengalami kecederaan akibat diterjah oleh pemain lawan. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ c. Sepuluh orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar wanita diperlukan untuk menyertai kem kepimpinan itu. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Rujukan Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu: Tatabahasa dan Ayat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
LAMPIRAN Link Video Contoh (Tanah Kubur Musim 15 episod 13): https://www.youtube.com/watch?v=4vFo3IjwD0E Minit yang digunakan: Ayat majmuk campuran ayat komplemen + ayat keterangan : (8:05 – 8: 08) Ayat majmuk campuran ayat keterangan + ayat relatif : (14:45 – 14 :53) Ayat majmuk campuran ayat gabungan + ayat keterangan : (3:26 – 3:33)