Amalan Pembelajaran Berpusatkan Murid Dan Keberkesanan Sekolah Latest.docx

  • Uploaded by: Intan Zarith Diana
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Pembelajaran Berpusatkan Murid Dan Keberkesanan Sekolah Latest.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,708
  • Pages: 18
PLG 516 PENGAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2018/2019 TAJUK TUGASAN: AMALAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID DAN KEBERKESANAN SEKOLAH BIL

NAMA

NO. MATRIK

1.

INTAN ZARITH DIANA BY YAHYA

S-PM0217/17

2.

NUR’AINAA’ BT MAHAYUDIN

S-PM0222/17

3.

NURUL FATIN NABILA BT MD RAZI

S-PM0252/17

4.

SYAZWINA LAILY BT ISMAIL

S-PM0246/17

PENSYARAH : 1- PROF. DR. ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH 2- DR. ABDUL JALIL ALI

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN………………………………………………….1 2.0 DEFINISI AMALAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID…………………………………………………………...1 3.0 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID……………………………………………………………3 4.0 ISU-ISU DAN CABARAN-CABARAN PBM DI SEKOLAH….4 4.1 TAHAP KEUPAYAAN MURID 4.2 KEUPAYAAN MURID 4.3 KEKANGAN MASA 4.4 INISIATIF GURU 4.5 KEKANGAN KOS 4.6 INFRASTRUKTUR TERHAD 5.0 SOROTAN LITERATUR DAN PERKAITAN ANTARA PBM DAN KEBERKESANAN SEKOLAH………………………….11 6.0 STRATEGI AMALAN PBM UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN SEKOLAH………………………………..12 7.0 KESIMPULAN………………………………………………….13 RUJUKAN…………………………………………………………………16

1.0

PENGENALAN Sekolah berkesan merupakan sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria

tertentu. Biasanya sekolah berkesan menggunakan prestasi pencapaian murid sebagai pengukur pencapaian dan kejayaan. Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam pencapaian akademik murid, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai kepimpinan yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti dan sekolah yang mana hubungan antara warganya baik dan mengamalkan kejelekitan yang tinggi. Oleh itu, antara amalan-amalan yang memberi impak kepada keberkesanan sekolah ialah amalan berpusatkan murid ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan. Perkara utama dalam keberkesanan penyampaian PdP adalah kefahaman yang diperolehi murid. Jika murid mampu mengingati apa yang dipelajari dan menyelesaikan permasalahan yang diberikan guru, maka objektif pengajaran dan pembelajaran telah pun tercapai. Antara aspek yang ditekankan dalam sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ialah memperkembangkan kemahiran belajar, psikomotor dan sosial, mengembangkan intelek, kreativiti dan pemikiran serta kandungan kurikulum yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian. Justeru, jika dilihat dari aspek ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dan diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

2.0

DEFINISI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID Strategi berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru dalam menyampaikan proses

pengajaran dan pembelajaran, malah telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum serata tempat. Bagi Manish Kishore Kumar (2016), berpusatkan murid memberi peluang bagi murid untuk bercakap dan mendengar secara bermakna, menulis, membaca, isi kandungan, idea, isu dan menzahirkan kebimbangan kepada subjek yang diajar. Melalui PBM, guru hendaklah memastikan murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Antara kaedah–kaedah yang boleh digunakan adalah pembelajaran koperatif, projek pelajar, kerja khusus, sesi penyiasatan di makmal, persembahan pelajar, kajian kes dan pembelajaran melalui peyelesaian masalah.

1

Menurut Syidam Abdullah (2008), terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan murid iaitu : i.

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan utama dalam proses PdP

ii.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan murid secara aktif, di mana guru hanya sebagai fasilitator

iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, murid akan diberi tugasan yang tertentu sama ada dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Seterusnya murid perlu mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Semasa proses penyiapan tugasan, murid perlu sentiasa berhubung dengan guru supaya guru boleh memantau tugasan yang dibuat murid di dalam skop yang diberikan. Guru akan berperanan sebagai fasilitator bagi memantau kerja yang dilakukan murid (Kamarul Azmi Jazmi & Norhafizah Salleh, 2013). Sebelum guru memberi tugasan kepada murid, guru hendaklah memastikan muridmurid belajar sesuatu dengan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti. Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakan murid membina ilmu dan mewujudkan amalan kerjasama dalam kalangan murid-murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid akan lebih menyerlah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan social. Ujian formatif lebih ditekankan dan keputusan ujian akan digunakan dalam menganalisis kelemahan yang wujud. Penyampaian guru di dalam kelas yang bermakna sedikit sebanyak akan membantu murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan murid berupaya untuk berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. Peluang interaksi yang banyak akan memupuk sikap tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. PBM amat mementingkan kerjasama kumpulan, kerana hasil kerjasama sesama murid akan menjadikan mereka lebih kreatif dan berinisiatif. Apabila PBM diamalkan ketika di dalam kelas, hal ini bermaksud guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid dan didapati strategi ini lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi dan mengembangkan kemahiran bersosial. 2

Selain itu, peranan guru selaku seorang yang dilihat sebagai pakar di dalam isi kandungan sesuatu mata pelajaran akan berubah kepada sebagai seseorang yang tidak tahu semua tetapi sanggup belajar dan mendengar penndapat murid. Guru juga bukan lagi sumber utama maklumat sebaliknya adalah mentor , jurulatih dan penyokong dalam menilai maklumat yang dipelajari bersama murid. Maka, melalui PBM, murid akan dilatih membina dan mengeluarkan soalan serta cadangan penyelesaian berbanding kawalan sepenuhnya dari guru yang mengamalkan strategi pembelajaran tradisional. Apabila murid berupaya mengemukakan cadangan dan pendapat, secara tidak langsung, mutu pembelajaran akan meningkat sekaligus pencapaian murid turut akan bertambah baik. Justeru, peningkatan pencapaian murid memberi impak kepada keberkesanan sekolah.

3.0

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID (PBM) PBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid belajar secara bebas

sama ada individu ataupun berkumpulan di samping menguasai pengetahuan secara berterusan. Murid tidak akan terikat dengan satu kaedah pembelajaran sahaja kerana PBM boleh dilakukan di dalam atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian. Aktiviti PdP yang dijalankan di luar kelas seperti taman sekolah, makmal sains dan makmal komputer akan lebih menarik minat murid untuk turut serta sekaligus mengembangkan potensi murid. Pengetahuan yang diperoleh murid mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau pembacaan dari sumber buku pelajaran. Dalam era pembangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar ‘kosong’. Kajian yang dilakukan dapat membantu guru-guru di sekolah menengah membuat penyeliaan terhadap kesesuaian PBM dalam setiap mata pelajaran. Ini secara tidak langsung dapat menjamin isi kandungan yang menggunakan PBM dapat disampaikan kepada murid di samping meningkatkan penguasaan pengetahuan murid secara berterusan dalam setiap subjek yang diajar. Maklumat yang diperolehi dapat menyumbangkan satu alternatif keperluan kepada pihak sekolah dalam merangka strategi yang berkesan dan memberikan panduan dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid. Pihak sekolah juga dapat merancang dalam menggubal masa jadual waktu serta penyediaan bilangan murid dalam sesuatu kelas bagi memudahkan kaedah PBM dilakukan. Kajian ini juga dapat dijadikan sebagai 3

rujukan untuk pihak atasan seperti Jabatan Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia dan penggubal dasar kurikulum dalam menyediakan keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah PBM bagi setiap mata pelajaran. Justeru, dengan adanya kajian ini diharapkan akan membantu kesemua pihak yang berkaitan di atas bagi mengambilkira PBM sebagai alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran sedia ada dalam melahirkan murid yang seimbang dalam segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah sekaligus meningkatkan keberkesanan sekolah masing-masing.

4.0

ISU-ISU DAN CABARAN-CABARAN PBM DI SEKOLAH

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti dihadapi guru dalam pelaksanaan PBM dapat dirumuskan kepada berikut. 4.1 Tahap keupayaan murid Seseorang guru yang mengajar di dalam kelas akan menghadapi pelbagai latar belakang murid yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan pemikiran. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi strategi pengajaran dan kaedah yang digunakan oleh guru ketika mereka mengajar. Pelaksanaan strategi PBM ini mendatangkan cabaran kepada guru apabila guru memilih aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid. Guru akan berhadapan dengan murid-murid yang pasif dan tidak dapat memberikan tumpuan ketika sesi PdP berlaku. Malah, ada guru yang mengahdapi kesukaran untuk memberikan arahan terhadap tugasan yang akan dijalankan. Hal ini kerana tahap keupayaan murid yang berbeza menyebabkan proses pemikiran murid terhadap sesuatu tugasan itu tidak berjalan lancar. Guru-guru terpaksa mengulang arahan soalan bagi memastikan murid faham dengan aktiviti yang akan dilakukan. Malah, guru juga berperlu bersedia jika aktiviti yang dijalankan itu tidak dapat mencapai objektif pembelajaran sepenuhnya lantaran murid tidak dapat menguasai pengajaran guru.

Menurut Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh, Norul Haida Reduzan (2013), pembelajaran berpusatkan murid lebih sesuai dijalankan kepada murid yang pandai kerana mereka lebih mudah untuk belajar secara konstruktif. Hal ini kerana tahap pencapaian murid yang 4

berbeza akan mendorong guru menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza. Murid yang lemah memerlukan bimbingan guru yang khusus daripada guru di dalam kelas.Pembelajaran berpusatkan murid membantu pelajar pandai menjawab soalan, namun begitu apabila dilaksanakan sepenuhnya di dalam kelas, penerimaan murid menjadi berbeza-beza kerana murid yang lemah memerlukan masa untuk memahami pengajaran guru dan meneroka maklumat secara kendiri.

Guru juga menghadapi sedikit kesukaran untuk melaksanakan strategi PBM di dalam kelas bagi mata pelajaran tertentu kerana kurangnya kerjasama di anatara murid dalam sesuatu kumpulan. Jurang komunikasi akan menjadi faktor penghalang kepada murid apabila mereka berasa malu untuk bercakap dengan rakan yang lain. Contohnya, masalah komunikasi dalam subjek bahasa Inggeris dalam kalangan murid menyebabkan strategi PBM ini menjadi kurang berkesan. Murid akan teragak-agak untuk membuat aktiviti jika mereka tidak memahami arahan yang diberikan lantaran malu untuk bercakap. Malah, murid yang lemah pula menjadi pasif dan akan tertinggal.

4.2 Kawalan murid Dalam melaksanakan strategi pembelajaran berpusatkan murid, aspek kawalan kelas perlu diberikan perhatian. Guru perlu mengawal kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid berjalan dengan lancar dan tidak terganggu. Menurut Abdull Sukor Shaari Mohd Izam Ghazali Nurahimah Mohd Yusof Mohd Isha Awang (2016) antara cabaran yang didapati kajian mereka ialah guru menghadapi masalah dalam melaksanakan kaedah simulasi ialah dari segi pengawalan kelas. Semasa melaksanakan simulasi semua murid berebut-rebut untuk melakonkan watak berdasarkan tajuk pada hari tersebut. Contohnya, melakonkan watak orang melintas jalan. Semua murid mahu melakonkan watak tersebut. Oleh itu kawalan kelas akan menjadi terlalu bising dan menganggu proses PdP pada hari tersebut. Malah, guru juga perlu berhadapan dengan sikap murid yang tidak serius ketika belajar dan bersikap main-main kerana mereka akan mengambil kesempatan ketika aktiviti bersama rakan yang dilakukan dengan berborak dengan kawan-kawan.

Selain itu, keadaan fizikal bilik darjah juga memainkan peranan penting terhadap proses kelancaran PBM. Kedudukan susun atur meja dan kerusi di dalam kelas yang berjarak juga akan mengganggu kawalan 5

aktiviti pelajar sekiranya guru melaksanakan kaedah perbincangan. Dalam hal ini pelbagai kaedah perlu digunakan oleh guru untuk mengawal kelas seperti kaedah ganjaran atau denda. Kumpulan murid yang berjaya mengawal disiplin diberikan ganjaran contohnya dibenarkan keluar pada waktu rehat lebih awal daripada kumpulan-kumpulan lain. Kumpulan yang tidak berjaya mengawal disiplin diminta membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar pada waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekiranya guru menjadi statik dengan kaedah yang digunakan, murid sudah menjangka tindakan guru dan bersikap tidak endah terhadap PdP mereka.

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan memaksa guru-guru untuk mengajar berasaskan silibus mata pelajaran yang perlu dihabiskan sebelum peperiksaan bermula. Guru-guru lebih terbiasa dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru dalam bentuk syarahan dan murid berperanan sebagai pendengar.Strategi ini kurang dipraktikkan kerana para pendidik tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya kerana tidak memahami dengan menyeluruh faedah daripada pelaksanaannya, malah tidak dapat diukur darjah kejayaannya. Lagi pun kata seorang pensyarah pendidikan di sebuah maktab perguruan, sistem pendidikan kita masih berorientasikan peperiksaan, jadi guru terbudaya dengan sikap nak habiskan silabus. Tumpuan kepada aktiviti pelajar tidak diambil berat kerana guru lebih mementingkan pengajarannya yang perlu dihabiskan dengan cepat. Guru berasa risau jika aktiviti dilakukan oleh murid akan menjejaskan kualiti pengajarannya.

4.3 Kekangan Masa Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kekangan masa, yakni yang melibatkan aspek masa yang tidak mencukupi. Hasil temubual bersama beberapa orang guru menyatakan bahawa guru kekurangan masa untuk penyediaan bahan-bahan pengajaran untuk melaksanakan PBM di dalam bilik darjah. Ini berikutan oleh guru perlu menyediakan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan PdP dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

6

Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara adhoc dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pernyataan ini disokong oleh Sahhari (2006) yang menyatakan faktor yang menjadi tambahan kepada beban tugas guru adalah pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun, sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru tertentu, tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan dan tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru. Selain itu, terdapat juga responden yang menyatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu subjek pengajaran tidak releven dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian. Guru tidak gemar melaksanakan PBM di dalam bilik darjah kerana ingin menghabiskan pengajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru beranggapan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan PBM ini mengambil masa yang agak lama dalam menjalankan sesuatu aktiviti di dalam bilik darjah. Kebanyakkan guru yang mengajar subjek kritikal seperti subjek-subjek aliran sains dan matematik yang selalu menghadapi masalah sukatan pelajaran yang banyak yang perlu dihabiskan pada setiap tahun. Maka, bagi mereka pendekatan PBM ini tidak sesuai dilaksanakan berikutan dengan hal seperti ini. Tambahan pula, untuk merealisasikan pendekatan PBM di dalam bilik darjah, masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid untuk memahami dan menguasai sesuatu pengajaran supaya mereka dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam proses PdP. Bagi murid yang pandai, pendekatan ini sangat sesuai dan berkesan kerana mereka boleh melibatkan diri secara sepenuhnya dan memahami objektif pengajaran yang ingin dicapai. Bagi pelajar yang lemah, mereka mungkin akan ketinggalan dalam aktiviti yang dijalankan semasa proses PdP kerana dalam masa yang sama guru ingin mengejar masa.Pembelajaran berpusatkan murid merupakan satu bentuk pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya berbeza (Mek Nah Bakar, 2016). 4.4 Inisiatif Guru

7

Untuk melaksanakan pendekatan PBM memerlukan guru yang berkemahiran dalam menentukan aktiviti PdP yang bersesuaian dengan pembelajaran dan tahap murid-murid di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada tahap penguasaan murid dalam sesuatu subjek tetapi juga bergantung kepada tahap penglibatan murid semasa sesi PdP dijalankan. Guru perlu berkemahiran dalam PdP yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan PdP yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Guru juga perlu sentiasa melaksanakan perancangan yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil murid mengikut tahap kecerdasan. Hasil tinjauan di sekolah mendapati adanya segelintir guru, terutamanya guru yang lebih senior, tidak gemar melaksanakan pendekatan PBM kerana mereka lebih selesa menggunakan pendekatan yang lama iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Kebanyakan guru akan mengajar sebagaimana mereka diajar iaitu secara syarahan dan berpusatkan guru khususnya bagi guru-guru berpengalaman. Mereka beranggapan bahawa pendekatan ini lebih berkesan kerana mereka lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan pembelajaran sepanjang hayat. Menurut RosleeTalip (2012) guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum sebaliknya tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum sukar dicapai. Selain itu, terdapat juga guru yang menyatakan bahawa mereka pernah melakukan pendekatan PBM ini semasa proses PdP tetapi menganggap pendekatan ini kurang berkesan dan tidak mendapat sokongan yang positif daripada murid-murid. Hal ini menyebabkan guru-guru ini kurang bermotivasi untuk melaksanakannya lagi. Guru perpandangan bahawa jika mereka telah merancang sesuatu aktiviti pengajaran, semua murid akan memberi respon dan kerjasama yang baik. Guru juga ingin melihat murid bersemangat dan teruja untuk menjalankan setiap aktiviti yang telah guru rancangkan.

4.5 Kekangan Kos Kos juga memainkan peranan dalam merealisasikan PBM. Tidak dinafikan, banyak kajian terdahulu tentang strategi PBM menunjukkan hasil dapatan yang positif seperti murid mampu menyelesaikan 8

permasalahan dengan baik dan berstruktur, cara berkomunikasi juga meningkat di samping keupayaan membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Dalam keadaan kewangan negara yang agak ketat, banyak kos yang perlu dikurangkan. Apabila kos dikurangkan, natijahnya, sumber kewangan ke setiap sekolah juga akan berkurangan. Sumber-sumber asas seperti kertas dan dakwat akan dicatu dan dikawal penggunaannya. Bagi merealisasikan PBM, bahan-bahan bantu mengajar (BBM) amat diperlukan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Oleh itu, apabila bahan-bahan seperti kertas mahjung, mini whiteboard, kertas berwarna, dan pen marker perlu disediakan sendiri, sudah semestinya akan membebankan pihak guru. Ini tidak termasuk lagi kos-kos fotokopi salinan latihan tambahan ataupun salinan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas. Maka, bagi mengurangkan kos, kadang kala guru terpaksa meminta murid untuk menyalin sahaja nota walaupun ianya menyebabkan pembelajaran menjadi bosan dan tidak melibatkan murid. Bagi sesetengah guru, mereka tidak menganggap kos sebagai satu masalah yang besar untuk menyediakan BBM, malah mereka telah memperuntukkan sebahagian daripada duit gaji untuk penyediaan BBM. Mereka turut menganggarkan hampir RM 100 ke RM 200 digunakan untuk menyediakan BBM bagi merealisasikan PBM. Guru-guru ini juga menganggap kepuasan dalam mengajar adalah lebih penting bagi mereka berbanding wang ringgit. Walaubagaimanapun, ada juga guru yang tidak bersependapat dengan guru-guru tersebut. Bagi mereka, jumlah yang diperuntukkan walaupun hanya RM50, ianya agak membebankan. Tambah menyakitkan hati, ada murid yang sambil lewa menggunakan BBM yang disediakan. Hasil dapatan daripada temubual mendapati bahawa kebanyakkan guru tidak bersetuju untuk mengeluarkan duit sendiri bagi menghasilkan BBM. BBM yang dibina tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi kerana ianya akan membebankan guru, tetapi guru boleh memikirkan alternatif lain seperti menggunakan bahan-bahan terbuang untuk dijadikan BBM untuk menjimatkan kos. Apa yang penting bukanlah kos yang tinggi tetapi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.

4.6 Infrastruktur Terhad 9

Kemudahan infrastruktur yang lemah turut membantutkan PBM sekaligus merencatkan objektif pengajaran dari tercapai. Tidak semua sekolah di Malaysia mempunyai prasarana yang mencukupi, apatah lagi jika sekolah berada di kawasan luar bandar. Kemudahan seperti makmal komputer, projektor dan peralatan yang berkaitan dengan teknologi amat sukar dipenuhi di kawasan luar bandar. Bukan bermaksud sekolah di luar bandar tidak mempunyai prasarana-prasarana tersebut, tetapi kadang kala sekolah menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan alatan elektronik termasuk komputer. Selain itu, penggunaan lesen rangkaian yang bergantung sepenuhnya kepada internet boleh mengundang masalah. Hal ini kerana, jika talian internet tidak dapat diakses, perisian yang hendak digunakan juga akan terhalang. Kerosakan komputer juga boleh mengganggu implimentast PBM dalam pengajaran yang dirancang. Bagi sistem audio, cabaran akan wujud jika mikrofon berwayar, kerana soalan yang biasanya ditanya oleh murid adalah sama dan berulang kali. Jika mikrofon tanpa wayar boleh digunakan, maka pengajaran boleh menjimatkan masa menjawab soalan yang diutarakan. Murid juga akan lebih bersikap dinamik dalam bertanyakan soalan yang pelbagai dan jawapan kepada setiap permasalahan dapat dikongsi dengan semua murid. Maka, penyampaian akan lebih berkesan jika kemudahan yang disediakan mengambil kira perlaksanaan PBM di dalam kelas. Harapan, realiti dan cabaran ini memang ada benarnya. Tiada ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PBM. Kemudahan teknologi yang banyak membantu guru dalam pengajaran juga agak terhad akan membantutkan pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik. Murid juga kadangkala bosan dengan teknik yang tradisional, maka penggunaan teknologi seperti komputer dan ipad akan menarik minat murid untuk belajar. Hasil temubual dua orang guru, seorang guru matematik yang menggunakan ipad semasa proses PdP berkata, murid sangat teruja semasa proses PdP berlangsung dan murid langsung tidak mengantuk di dalam kelas. Seorang lagi guru sejarah berpendapat, terdapat projector-projektor yang rosak di dalam kelas dan alat tersebut tidak dapat digunakan bagi tujuan PdP. Walaupun sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan, namun tiada tindakan yang diambil, maka guru tersebut tiada pilihan lain selain menggunakan kaedah tradisional dalam PdP.

10

5.0

SOROTAN LITERATUR PERKAITAN ANTARA PBM DAN KEBERKESANAN SEKOLAH Banyak kajian terdahulu yang dilaksanakan menunjukkan bahawa strategi pembelajaran berpusatkan

murid perlu diberi penekanan yang lebih khusus agar objektif hasil pembelajaran yang diinginkan dapat dicapai. Bagi memastikan strategi PBM yang digunakan ini lebih berkesan, pemantauan daripada pihak pentadbir perlu lebih menyeluruh supaya guru memahami peranan mereka di dalam kelas. Secara umumnya, prinsip strategi pembelajaran berpusatkan murid lebih menekankan penglibatan murid secara keseluruhan dengan guru berperanan sebagai pembimbing kepada aktiviti yang dilakukan oleh murid. Pemahaman yang jelas tentang strategi ini akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif di kelas serta mewujudkan komunikasi dan interaksi dua hala di antara guru dan murid melalui kaedah penyoalan dan bimbingan. Kajian oleh Salimah Alias (2013) mendapati guru-guru juga bersetuju bahawa pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan murid yang dapat menghidupkan suasana yang menarik di dalam kelas selain dapat membina sikap pelajar yang lebih positif dalam proses pembelajaran.

Melalui strategi berpusatkan murid (PBM), guru akan mencapai kepuasan mengajar yang optimum sekiranya murid-murid dapat melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang di dalam perancangan harian guru. Dalam strategi pemusatan murid ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti pemusatan murid menjadikan murid sebagai fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (melalui kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain-lain). Menurut Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim (2016), pembelajaran berasaskan murid melalui aktiviti pembelajaran video mendapati lima kepentingan iaitu murid dapat meningkatkan bilangan bacaan dan bahan pengajaran, membantu dalam pembangunan asas pengetahuan pelajar, mengukuh kefahaman, meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dan akhir sekali menggalakkan keberkesanan pendidik dalam mengajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa penglibatan murid secara maksimum di dalam kelas dapat mengubah suasana dan gaya pembelajaran murid-murid sekaligus menambahbaik kualiti sekolah masing-masing dalam menghasilkan sekolah berkesan.

11

6.0

STRATEGI AMALAN PBM UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN SEKOLAH Walaupun guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses PdP dan mengaplikasikan

PBM, namun, guru juga mereka bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar objektif pembelajaran tercapai, di samping mengurus aktiviti murid supaya interaksi berjalan dengan lancar, dan merekabentuk pendekatan pengukuran dan penilaian untuk tujuan melihat perkembangan prestasi murid dari masa ke semasa. Dalam melaksanakan PBM, aspek minda murid dan guru serta pendekatan aktiviti PdP perlulah selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan murid. Di antara strategi yang boleh dimalkan ialah menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz dan penggunaan ICT secara optimum. Selain itu, guru boleh menggalakan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan murid lebih sedar apa yang dipelajari oleh murid dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. Guru juga boleh mengamalkan model PdP aktif bersesuaian dengan peringkat pendidikan termasuklah pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasaskan rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Pembelajaran aktif dalam PBM memeriukan beberapa Teknik penilaian murid yang berkualiti. Persekitaran penilaian PBM menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan pentaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara Teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan murid ialah membina buku skrap, penyediaan portfolio, penilaian rakan sebaya, projek dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan panduan guru amatlah digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan murid yang telah diberi. Murid juga akan dapat memanfaaatkan persekitaran pendidikan yang seimbang.

7.0

KESIMPULAN

12

Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambah baik pelaksanaan strategi ini agar digunakan secara menyeluruh oleh semua guru. Cadangan ini perlu dilaksanakan dengan pemantauan daripada pihak pentadbir agar matlamat pengajaran tidak terjejas. Malah beberapa aktiviti juga telah dikenal pasti sebagai cara yang bersesuaian dengan strategi pembelajaran berpusatkan murid ini.

Objektif pelaksanaan strategi berpusatkan murid perlulah jelas, terutamanya kepada pihak pentadbir dan guru sekolah itu sendiri. Apabila objektif bagi pelaksanaan inovasi ini jelas, maka guru akan lebih mudah mengetahui kaedah dan teknik pengajaran yang lebih sesuai di samping merancang aktiviti-aktiviti berpusatkan murid di dalam dan luar kelas. Matlamat ini perlu pegang oleh guru supaya tidak berlaku perbezaan yang ketara ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksana. Guru perlu memahami bahawa di setiap pengajaran yang berlangsung mempunyai objektif untuk menghasilkan pelajar yang bukan sahaja memahami pelajaran tersebut, tetapi juga melahirkan murid yang dapat menggunakan ilmu tersebut dalam pelbagai konteks di luar kelas.

Memandangkan strategi berpusatkan murid (PBM) ini mengutamakan keperluan murid, maka pihak pentadbir dan guru-guru perlulah mengubah gaya pengajaran kepada yang lebih bersifat demokratik. Muridmurid perlu diberi lebih ruang untuk bercakap dan memberikan pendapat masing-masing. Peluang interaksi di antara murid akan lebih banyak dan wujud sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur akan terhasil. Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Dalam hal ini, guru perlu sedar perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat perlu diberikan perhatian.

Tambahan pula, strategi pembelajaran berpusatkan murid ini yang berfokus kepada murid sebagai peneraju utama pelaksana aktivti perlulah diberi ruang yang luas dengan melengkap ruang fizikal kelas agar proses PdP berjalan dengan baik. Kemudahan teknologi ICT perlu dipertingkatkan akses penggunaannya supaya murid dapat mengelola aktiviti dengan baik. Menurut Sufean Hussin (2014), cabaran terbesar kepada guru dalam melaksanakan inovasi di sekolah ialah aplikasi 1BestariNet kurang digunakan dalam proses PdP di sekolah-sekolah, walapun kerajaan sudah membelanjakan RM6 billion untuk melaksanakannya.

13

Masalah penggunaan aplikasi itu bermacam-macam, daripada kekuatan signal menara pemancar hingga ke kekuatan server, kualiti laptop, dan kelajuan akses internet di kebanyakan tempat. Kekurangan kemudahan ini menyebabkan proses inovasi yang dilakukan akan terbantut dan seterusnya tidak dapat menapai hasrat perubahan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, peranan yang menyeluruh daripada pihak kerajaan khususnya sehinggalah kepada guru yang mengajar perlulah dititikberatkan supaya penguasaan ICT ini bukan menjadi isu kepada pelaksanaan strategi PBM di sekolah.

Kursus pemantapan profesionalisme guru juga perlulah dilaksanakan di sekolah agar guru lebih bersedia untuk menukar corak pengajaran mereka. Dalam situasi ini, guru sebenarnya bersedia melakukan inovasi dalam pengajaran namun terikat dengan pelbagai kekangan yang mengganggu mereka untuk melaksanakan tugas. Kursus-kursus secara dalaman ataupun di luar perlulah diperbanyak kepada guru supaya mereka memahami bahawa bidang pendidikan ini sangat meluas dan boleh mengurangkan kebergantungan murid kepada guru. Melalui kursus-kursus secara dalaman dan professional ini, guru akan lebih bersedia sebelum masuk ke dalam kelas serta merancang setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Guru yang menerima kursus atau bimbingan sama ada secara langsung atau tidak langsung berupaya mengatasi kekangan dari segi pengurusan masa untuk merancang pengajaran dengan memilih kaedah pengajaran yang dapat memaksimumkan penglibatan murid di dalam kelas. Hal ini kerana di samping tugas hakiki guru itu sebagai pengajar, mereka juga perlu memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan seterusnya mampu digunakan di luar kehidupan.

Kesimpulannya, kajian menunujukkan bahawa strategi pembelajaran berpusatkan murid ini telahpun dilaksanakan oleh guru walaupun belum lagi dilakukan secara menyeluruh. Guru-guru masih lagi terikat dengan pengajaran secara chalk and talk ketika di dalam kelas untuk memastikan silibus mata pelajaran mereka akan selesai sebelum menjelang peperiksaan. Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan ini, guru perlu didedahkan dengan konsep PBM yang betul supaya murid dapat memaksimumkan penglibatan mereka secara aktif dan akhirnya murid menjadi lebih kreatif dan kritis.

14

Guru juga perlu diberi pendedahan yang sewajarnya agar kekangan yang timbul akibat strategi ini dapat dikurangkan dan seterusnya kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran terus wujud. Namun begitu, permasalahan ini hanya akan selesai jika pihak pentadbiran bekerjasama dengan guru sepenuhnya memastikan setiap elemen-elemen budaya pembelajaran dipenuhi. Selain daripada konteks persekitaran sekolah dan guruguru, pihak pentadbiran juga perlu memastikan murid-murid sekolah mempunyai sikap bersedia apabila ke sekolah. Hal ini kerana kejayaan di sekolah merangkumi dua elemen utama iaitu guru yang kuat berusaha dan murid yang mahu berjaya.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari Mohd Izam Ghazali Nurahimah Mohd Yusof Mohd Isha Awang (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan Masalah Yang Dihadapi Guru-guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru Untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. International Seminar on

15

Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. 3rd International Conference on Islamic Education 2013 Manish, K. K., (2016). Challenges of Implementing Student-centered Strategies in Classrooms. International Reseach Journal of Engineering and Technologies (IRJET). Vol3(12), 1224-1227 Mek Nah Bakar. 2016. Modul amalan pedagogi dalam pembelajaran abad ke-21. Kuala Lipis: Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh & Norul Haida Reduzan (2013). Konstruktivisme: Dari Kaca Mata Guru Sains Dan Matematik. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013.4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA.e-ISBN 978967-11768-1-8 NurSalimahBinti Alias (2013). Persepsi Guru Terhadap Pembelajaran Koperatif. International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2013, UiTM Sabah Malaysia. Roslee Talip. (2012) Guru sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum. Utusan Borneo (25 April 2012). B4. Sahhari, M. F. (2006). Tahap beban tugas guru Sekolah Menengah di daerah Skudai: Kajian kes. Universiti Teknologi Malaysia. Sufean Husin (2014). Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Untuk Masa Depan Malaysia. Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama SyamsulainiSidek dan Mashitoh Hashim (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844 / Vol. 3 / 2016 / 24-33.

16

Related Documents


More Documents from "Physics Teacher"