Sekolah Penyayang Murid Cemerlang.docx

  • Uploaded by: Kema Malini Thiagarajan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Penyayang Murid Cemerlang.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 340
  • Pages: 2
SEKOLAH PENYAYANG MURID CEMERLANG Murid berdisiplin guru gembira, Sekolah lahirkan murid cemerlang, Sukanya hati tidak terkira, Kerana muridku terus gemilang.

Yang saya hormati, saudara peneraju majlis, dif-dif kehormat, barisan panel hakim yang bijaksana serta hadirin dan hadirat sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Sekolah Penyayang Murid Cemerlang. Hadirin yang saya hormati, Menurut Kamus Dewan, sekolah membawa maksud tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala, penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain. Murid pula bermakna orang yang sedang belajar dan cemerlang membawa erti sebagai bersinar. Jadi, dapatlah dikatakan bahawa konsep sekolah penyayang adalah yang paling sesuai untuk menghasilkan murid berkualiti dan cemerlang. Hadirin yang saya kasihi, Konsep sekolah penyayang bertujuan melahirkan modal insan iaitu murid yang cemerlang dari segi akademik, mampu memenuhi pasaran kerjaya, dan baik dari segi sahsiah dan tingkah laku. Jadi, sekolah penyayang mampu menjadi satu pendekatan terbaik untuk melahirkan murid yang cemerlang. Contohnya, sekolah penyayang adalah mekanisme efektif yang mampu menarik perhatian murid agar suka dan seronok untuk datang ke sekolah. Ini pastinya akan dapat membanteras masalah ponteng yang boleh membunuh kecemerlangan murid. Hadirin sekalian, Pendidikan adalah aktiviti pembentukan, perkembangan ilmu dan kemahiran. Sekolah pula didukung oleh guru-guru yang mampu melahirkan murid yang cemerlang. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan konsep sekolah penyayang yang mampu membendung masalah salah laku murid. Contohnya, menurut Surat Pekeliling Iktisas 2001, KPM menekankan konsep sekolah penyayang yang menekanakan sikap saling menyayangi, dan kemesraan antara guru, murid, ibu bapa dan warga sekolah sebagai teras kepada keselesaan murid semasa di sekolah.

Hadirin yang dihormati, Maju atau mundurnya sesebuah Negara adalah terletak pada keberkesanan sistem pendidikannya. Jadi, jelaslah sekolah penyayang memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan murid yang cemerlang. Contohnya, aktiviti yang dijalankan melalui aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, badan beruniform dan permainan mampu menjana murid ke arah kecemerlangan dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. Secara kesimpulannya, konsep sekolah penyayang mesti dikekalkan dan ditambah nilai agar dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sekian,terima kasih.

Related Documents


More Documents from ""