Alk Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Alk Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi as PDF for free.

More details

  • Words: 452
  • Pages: 2
ALK Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi JATUH bangunnya sesebuah koperasi itu biasanya terletak di bahu Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang menerajuinya. Pernyataan ini kadangkala benar kerana sikap optimis dan positif ALK dapat memastikan sesebuah gerakan koperasi itu kekal hidup dan meningkat maju. Sebaliknya pula, apabila berlakunya penyelewengan dan sikap negatif ALK, dengan mudah koperasi menjadi goyah dan tersungkur begitu saja. Persoalan ini diutarakan oleh dua orang ALK Koperasi Kenderaan Pengangkutan Melayu Baling Berhad sewaktu ditemui wakil PELANCAR di pejabat koperasi tersebut. Bendahari, Haji Umar Yusoff dan Setiausaha, Haji Azmi Abdullah menyetujui pendapat tersebut dengan menjadikan koperasi ini sebagai salah satu contoh terbaik mereka. Haji Umar Yusoff yang telah lebih 10 tahun memegang jawatan ALK dalam koperasi ini menganggap ranjau dan duri yang dilalui koperasi sebagai asam garam yang terlalu biasa dirasakannya. Jatuh bangun koperasi ini telah dirakamkannya bersama pengalaman memimpin koperasi yang dianggotai 472 orang anggota ini. “Koperasi ini sekalipun hidup dan nampak aktif, namun masih menanggung beban masalah. Kami mengeluarkan kira-kira 30 permit teksi yang disewakan kepada anggota kami. Bagaimanapun, masalah kekurangan pelanggan akhir-akhir ini menjejaskan sedikit prestasi pendapatan koperasi,” ujarnya. Menyedari masalah yang timbul ini, ALK bertindak mencari jalan keluar dengan beberapa cara. Satu daripadanya ialah memastikan koperasi memperolehi pendapatan secara tetap setiap bulan daripada sewaan bangunan kedai milik koperasi ini di pekan Baling. Menerusi hasil tersebut, koperasi yakin mampu bergerak dan merencana kegiatan baru selepas beberapa masalah diselesaikan. Berkenaan pengangkutan bas yang sebelum ini dijalankan oleh koperasi secara aktif, Haji Umar menjelaskan ia telah diberhentikan atas beberapa sebab. Bas yang dimiliki oleh koperasi ini merupakan bas lama dan perlu pengubahsuaian. “Kami telah berbincang dengan pihak yang berminat membeli bas tersebut. Hasil daripada jualan itu dapat digunakan untuk membeli bas baru. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu koperasi ini nanti untuk bangkit kembali dan membantu anggota yang memerlukan selain melaksanakan lain-lain kegiatan,” katanya. Koperasi yang ditubuhkan sejak 1962 ini merancang untuk mendapatkan bantuan dana daripada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK). Bagaimanapun, pihak koperasi masih mempunyai hutang dengan JPK. Oleh sebab itu, pihak koperasi bercadang mempercepatkan proses penjualan bas-bas lama untuk membayar hutang yang tertunggak itu seterusnya memohon dana yang baru. Terkini, koperasi ini melaburkan sebanyak RM10 000 sebagai simpanan khas kepada Koperasi Pembangunan Negeri Kedah Berhad bagi menambah dana untuk pembinaan sebuah kilang tayar di Gurun, Kedah. Syer tersebut merupakan pelaburan terbaru koperasi. Projek kilang tayar itu merupakan sebuah usahasama dengan syarikat pengeluar kenderaan jenama KIA yang sebelum ini beroperasi di Pekan, Pahang. Pihak ALK juga amat mengharapkan ada generasi muda yang berminat untuk menyertai koperasi ini. Ia diperlukan bagi menjana perkembangan dan percambahan idea-idea baru yang boleh membantu membangunkan kembali koperasi ini.

Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan Melayu Baling Berhad. No.Y8, Jalan Pasar Lama, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Tel.: 04-4701206. – NORLAILI MANSOR

Related Documents

Koperasi
November 2019 63
Koperasi
April 2020 45
Alk Paper.doc
June 2020 7
Koperasi
November 2019 55

More Documents from ""

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38