Al-ghazali

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Al-ghazali as PDF for free.

More details

  • Words: 1,230
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU ( JXEA 1104 ) TOKOH FALSAFAH : AL-GHAZALI SESI : 2008/2009 SEMESTER : 1

NAMA :MOHD LOKHMAN BIN MOHAMAD NO.MATRIK : JEA 080046 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM ) UNVERSITI : UNIVERSITI MALAYA.

Tokoh untuk kajian falsafah yang saya pilih ialah Imam al-Ghazali. Menurut kajian yang diperolehi daripada beberapa sumber yang telah dijalankan, nama sebenar bagi Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Imam alGhazali dilahirkan di Tus, Parsi iaitu pada tahun 450 Hijrah. Beliau dikatakan sejak kecil lagi telah menunjukkan kebolehan yang istimewa dan mempunyai kebolehan yang luar biasa . Beliau juga telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau juga merupakan seorang yang sangat arif dalam pelbagai bidang ilmu dan ilmu pengetahuannya pula sangat mendalam. Dalam pada itu, Imam al-Ghazali juga dikatakan seorang yang arif, produktif serta dinamik dalam menghasilkan sesebuah buku hasil daripada nukilan pemikirannya sendiri. Imam al-Ghazali juga sangat cinta akan ilmu pengetahuan dan disebabkan itu beliau sanggup mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu daripada Ulamaulama yang sezaman dengannya. Selain daripada belajar ilmu dan mengkaji, Imam alGhazali juga banyak menulis tentang pemikirannya. Menurut sumber yang saya perolehi, dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, dan falsafah. Imam al-Ghazali juga banyak menulis ilmuilmu tentang tasawuf dan akidah. Hasil daripada penulisan tersebut telah menjadikan beliau seorang penghasil karya falsafah berteraskan akidah islam.

Falsafah yang

dihasilkan oleh beliau lebih kepada mengkritik pemikiran seseorang yang tidak berfikir berlandaskan hukum dan akidah islam. Falsafah Imam al-Ghazali lebih menekankan kepada pemikiran yang mendalam serta luas tetapi tidak sesekali mensyirikkan Allah. Sememangya Imam al-Ghazali banyak menulis tentang falsafah. Falsafah yang ditulis oleh beliau lebih kepada mengkritik untuk tujuan baik dan berfaedah. Kritikan

Imam al-Ghazali banyak kepada mengkritik falsafah yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi. Kritikan dibuat berdasarkan rasional pemikiran, keterbukaan fikiran dan rasa tangungjawab beliau untuk mengkritik apabila selain, kebanyakkan penulis-penulis karya pada masa tersebut telah menggolongkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang tidak suka kepada falsafah dan tidak mementingkan ilmu yang terdapat dalam sesuatu falsafah.

Terdapat juga

sebahagian penulis lain pada masa itu telah menggolongkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang suka memerangi individu yang mengeluarkan falsafah dan bersikap antifalsafah Penulis lain menganggap beliau sedemikian rupa adalah kerana Imam al-Ghazali teah banyak mengkritk, mengecam, mengata falsafah didalam hasil penulisan karyanya yang bertajuk’Tahafut falsafah’. Di dalam karya tersebut, Imam al-Ghazali banyak membicarakan tentang kritikannya terhadap falsafah yang dikeluarkan penulis-penulis lain yang pada pandangannya tidak baik dan tidak sesuai untuk dikeluarkan. Imam al-Ghazali mengkritk karya falsafah orang lain berdasarkan ilmu dan pengetahuan luas yang dimilikinya bukannya berdasarkan emosi dan nafsu beliau semata-mata. Didalam karya falsafah tersebut juga, Imam al-Ghazali juga menjelaskan tentang tujuan beliau menyusun dan menghasilkan karya tersebut adalah untuk menghancurkan falsafah yang telah dibuat serta untuk menggugat kepercayaan dan keyakinan orang terhadap sesuatu falsafah yang dikeluarkan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang sarjana ilmu pada masa itu tidak bersetuju terhadap pandangan dan kecaman yang mengatakan al-Ghazali seorang anti-falsafah serta kebanyakkan sarjana tersebut sangat marah.

Dalam pada itu, biarpun tidak ada seorang pun yang dapat menafikan kecaman Imam al-Ghazali terhadap falsafah seperti mana yang ditulis dan dihasilkan beliau dalam karya ‘Tahafut Falsafah’ itu, akan tetapi perlu diingatkan di sini bahawa sikap curiga, was-was, skeptis(ragu) dan kritikan Imam al-Ghazali terhadap sesuatu falsafah yang dikeluarkan oleh orang lain merupakan punca serta sebahagian daripada proses ilmu falsafah wujud dan terhasil. Perkara tersebut juga merupakan sebahagian daripada proses ilmu falsafah itu sendiri. Sikap ragu-ragu dan curiga Imam al-Ghazali terhadap falsafah yang dikeluarkan oleh orang lain telah membuatkan Imam al-Ghazali berasa terpanggil untuk mengkritik falsafah tersebut yang dirasakannya perlu untuk dinilai dan diperbetulkan kesalahannya. Hasil daripada tindakan dan kritikan Imam al-Ghazali tersebut, ia telah menghasilkan satu bahan karya yang sangat bernilai dan penting yang dipanggil sebagai falsafah. Hal ini demikian kerana, tugas dan tanggungjawab seseorang ahli falsafah bukan hanya semata-mata untuk mencari kebenaran dan cara penyelesaian kepada permasalahan tersebut, akan tetapi menjadi tugas meraka juga untuk membangkang, mencabar serta melawan cara penyelesaian yang dibangkitkan atau dikemukakan oleh satu-satu pihak kepada permasalahan tersebut.

Hal ini demikian kerana, tindakan

tersebut akan dapat menghasilkan cara atau kaedah penyelesaian yang lebih baik, produktif, efektif dan menepati kehendak yang di cita-cita kan. Dalam pada itu, hasil daripada cara atau kaedah penyelesaian tersebut akan menjadikan sesuatu masalah yang timbul pada masa hadapan akan lebih untuk diselesaikan dan diatasi. Menurut falsafah Imam al-ghazali, sesuatu masalah yang timbul pasti ada cara penyelesaiannya dan cara

penyelesaian tersebut hendaklah benar-benar sahih, benar dan menepati kehendak agama dan tidak sesekali menduakan Allah apabila cara penyelesaian tersebut tidak berhasil. dapat mengetahui bahawa beliau ialah seorang ilmuwan islam pertama yang mengetahui, mengenal, dan mendalami ilmu falsafah. Beliau kemudiannya mengambil sikapnya yang mengkritik sebagai satu cara dalam proses untuk menghasilkan falsafah. Dalam pada itu, walaupun beliau bukanlah seorang yang meminati falsafah dan bukan ahli falasifah, tetapi dalam bukunya yang bertajuk’Maqasid al Falasifah’, beliau telah mengemukakan kaedah falsafah bagi menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan dan fizikal. Kaedah tersebut timbul daripada pemikiran yang suka mengkaji dan berdasarkan kepada ilmu.

Menurut beliau, falsafah boleh diceraikan kepada enam aspek ilmu

pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bagi Imam alGhazali, bidang-bidang tersebut kadang kala selari dengan agama dan kadang kala sangat berlawanan dengan agama.

Namun Islam tidak menghalang umatnya daripada

mempelajari ilmu tersebut sekiranya ia mendatangkan manfaat. Selain itu, Imam alGhazali juga menyatakan bahawa tidak salah berpegang kepada logik tetapi hendaklah mempunyai fakta yang benar dan tidak terpesong pegangan akidah. Dalam pada itu, terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut al-Ghazali bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tuhan tidak mengetahui perkara atau peristiwa kecil, dan ingkar terhadap kebangkitan jasad. Imam al-Ghazali juga tidak menolak penggunaan akal dalam perbicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan lain kerana penyelidikan menggunakan fikiran boleh menguatkan keyakinan dan keimanan. Selain itu, Imam al-Ghazali sangat benci kepada golongan falsafah Islam yang menggunakan

pemikiran daripada ahli falsafah Barat seperti Aristotle. Hal ini demikian kerana menurut beliau, tindakan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu hampir kepada syirik kerana ia pandangan ahli falsafah Barat bertentangan dengan ajaran Islam. Kesimpulannya, Imam al-Ghazali ialah seorang ilmuwan Islam yang sangat agung dari segi ketinggian ilmu pengetahuannya.

Beliau sangat cinta akan ilmu

pengetahuannya sehingga sanggup merantau dan melakukan apa sahaja untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Menurut al-Ghazali daripada satu sumber yang saya perolehi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepada kepuasan akal fikiran semata-mata untuk mengembangkannya, akan tetapi ia juga perlu mengambil kira aspek perasaan jiwa dan hati nurani seseorang . Ilmu hendaklah tidak terbatas tetapi ia perlu berlandaskan kepada agama dan tidak sesekali terpesong pemikiran yang boleh mengakibatkan seseorang itu syirik serta menduakan Allah. Asas ilmu falsafah al-Ghazali bermula dengan kritikan dan ianya bukanlah semata-mata kritikan

tersebut

dilakukan

untuk

kepentingan

dirinya

tetapi

adalah

untuk

memperbetulkan kesalahan yang pada pandangannya salah dan perlu diperbetulkan. Imam al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber asas dan utama bukannya berdasarkan pemikiran akal semata-mata. Dalam pada itu, Imam al-Ghazali juga seorang yang amat berpegang kepada ajaran akidah agama Islam. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa Imam al-Ghazali ialah seorang tokoh falsafah yang agung pada zamannya dan sehingga hari ini.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logikal Melayu.Selangor:Synergate sdn bhd. Hashim bin Haji Musa,Ph.D.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya:Kuala Lumpur. Http://www.google.com/Imam Al-ghazali Dipetik daripada wikipedia; http://m.s wikipedia.org/wiki/ tokoh falsafah

Related Documents

Alghazali
October 2019 45
Logo Alghazali Optique.pdf
October 2019 46

More Documents from "Salah Ayoub"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48