Al-ghazali

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Al-ghazali as PDF for free.

More details

  • Words: 1,761
  • Pages: 12
TAJUK KURSUS: FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104)

TAJUK: TOKOH AL-GHAZZALI DALAM BIDANG LOGIK

NAMA

: SARA SHAHIDA BINTI MOHD SALIM

NO. MATRIK

: JEA080122

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR

: CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

SESI

: 2008/2009

UNIVERSITI MALAYA (AKADEMI PENGAJIAN MELAYU)

BIODATA AL-GHAZZALI

Al-Ghazzali adalah seorang tokoh pertama yang menggunakan disiplin Logik dalam Falsafah. Banyak karya beliau yang dijadikan rujukan asas dalam sistem pendidikan formal atau tidak formal. Logik adalah disiplin ilmu Greek yang pertama diterjemahkan ke bahasa Arab. Al-Ghazzali telah banyak menghasilkan karyanya dalam bahasa Arab walaupun menurut sumber sejarah, beliau adalah berbangsa Parsi. Antara bukti AlGhazzali berbangsa Parsi adalah beliau berkebolehan berbahasa Parsi dan telah menghasilkan beberapa karya ilmiah. Antara karya beliau adalah Al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk dan lain-lain.

Nama sebenar beliau adalah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazzali. Nama di pangkal Al-Ghazzali iaitu “Abu Hamid” adalah nama anak lelaki tunggal beliau yang meninggal dunia ketika masih kecil. Al-Ghazzali lahir di Tabaran iaitu sebuah kota daerah Tus, negeri Khurasan. Tus adalah daerah di timur yang agak luas, penduduknya padat dan merupakan bandar termasyur di Khurasan selain menjadi tempat kelahiran beberapa orang tokoh terkenal yang lain. Beliau lahir pada tahun 450 Hijrah atau 1059 Masihi. Beliau mempunyai saudara lelaki yang bernama Ahmad dan beberapa orang perempuan. Ahmad adalah tokoh sufi dan petah dalam menyampaikan khutbah keagamaan.

Ayahnya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil dan telah mewasiatkan kepada seorang rakannya supaya menjaga Al-Ghazzali dan saudaranya itu disamping

memberi pelajaran ilmu Khat. Setelah harta waris itu habis, penjaganya menyarankan agar Al-Ghazzali dan saudaranya itu menuntut ilmu di Madrasah yang menyediakan biasiswa untuk pelajarnya.

Beliau mendalami bidang falsafah dengan sendiri dan telah menghasilkan beberapa karya ilmiah dengan baik. Antara karya yang terkemuka adalah seperti Tahaful al-Falasifat yang bermaksud “Kekacauan Para Filsuf “(Dewan Bahasa dan Pustaka).

Al-Ghazzali meninggal dunia ketika usia beliau mencecah 55 tahun di Tabran iaitu di kampung halamannya pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir, 505 Hijrah, bersamaan 19 Disember 1111 Masihi. Menurut sumber sejarawan iaitu Ibnu Kathir dan Ibnu al-Jawzi, di penghujung kehidupan Al-Ghazzali, beliau banyak mempelajari ilmu Hadis, menghafaz hadis yang terdapat dalam kitab al-Bukhari dan Muslim kerana beliau ingin meningkatkan kualiti dalam disiplin ilmu Hadis.

KUPASAN FALSAFAH TOKOH AL-GHAZZALI

Ketokohan Al-Ghazzali dalam memperkembangkan pemikirannya dari generasi ke generasi yang lain dapat diterima baik oleh ilmuwan Islam dan Barat. Kitab Al-Mustasfa adalah salah satu usaha Al-Ghazzali dalam membentangkan prinsip Usul al-Fiqh yang mempunyai unsur ilmu nakli dan ilmu akal. Menurut sumber sejarah, kitab Al-Mustasfa dihasilkan dua tahun sebelum kematiannya iaitu pada 6 Muharram 503 Hijrah atau 1109 Masihi setelah 15 tahun Al-Ghazzali mempelajari bidang kesufian. Ini adalah berdasarkan tempoh Al-Ghazzali meletakkan jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah al-Nizamiyyah.

Al-Juwayni merupakan guru Al-Ghazzali yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang Logik. Al-Juwayni ialah seorang ahli teologi Asy’ariyah yang terkemuka pada masa itu. Al-Juwayni mempunyai kemantapan pemahaman dalam bidang Logik khususnya Ilmu al-Kalam. Terdapat bukti bahawa Al-Juwayni mempunyai kefahaman tentang Logik Greek. Contohnya ialah pandangan beliau mengenai al-hadd iaitu al-hadd adalah menghuraikan pemikiran tentang hakikat sesuatu bukan untuk membezakan antara benda yang dimaksudkan (al-mahdud) dengan benda yang lain.

Al-Ghazzali amat menghargai peranan Logik dalam pemikiran manusia dan membantu akal manusia dalam menilai kebenaran. Beliau mmenegaskan dalam kitab AlMustasfa bahawa “Sesiapa yang tidak mengetahui tentang Logik, maka ilmunya tidak boleh dipercayai”.Ini jelas menggambarkan bahawa beliau amat mengiktirafkan akal

sebagai sumber makrifah. Menurut beliau lagi, “Sesungguhnya telah sekata, kadi akal iaitu hakim yang teguh dan tidak berubah dan boleh ditukar ganti, juga saksi syarak yang ada kredibiliti dan integriti, bahawa negeri ini adalah negeri yang mempesonakan.”

Dalam kitab Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Al-Ghazzali menegaskan bahawa akidah seseorang manusia tidak akan terpesong sekiranya akal manusia tidak dicemari oleh unsur keraguan laksana mata yang bersih dan sihat. Dari segi syarak, Al-Ghazzali menegaskan bahawa dengan bantuan syarak akal dapat mencapai makrifah dan mengumpamakan seperti mata manusia yang memerlukan cahaya matahari untuk melihat sesuatu objek.

Walaubagaimanapun, akal manusia adalah terbatas sama seperti pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Ini bermaksud jika pancaindera tidak berupaya mencerap sesuatu yang berada di luar inderawi, maka akal juga tidak mampu menanggap sesuatu yang berada di luar maakulat seperti metafizik. Kaedah al-kasyf dalam al-musyahadah adalah satu ilmu yang lebih tinggi daripada metode pendalian akliah dan dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada jiwa al-‘arifin yang tidak bergantung dalil-dalil akal yang kebiasaannya melibatkan proses minda kepada kesimpulan.

Menerusi karya Al-Ghazzali iaitu “Al-Mustasfa” yang bermaksud “sesuatu yang telah dibersihkan”. Ia membawa maksud idea pemikiran manusia hendaklah bersih daripada unsur-unsur kesamaran, kecelaruan, dan keraguan. Pendekatan beliau dalam Usul al-Fiqh dikemukakan secara tersusun iaitu penyusunan topik perbincangan

berdasarkan urutan tajuk yang tertentu (“al-tartib”). Kandungan di dalam analisis data AlGhazzali pula adalah berdasarkan kekuatan fakta atau maklumat yang ada tentang sesuatu permasalahan (“al-tahqiq”).

Usul al-Fiqh telah berkembang sebelum pemikiran Al-Ghazzali lagi. Perintis pertama dalam bidang tersebut adalah al-Syafi’i menerusi kitabnya yang bertajuk AlRisalah pada kurun ketiga Hijrah. Lazimnya seseorang tokoh akan mengembangkan disiplin berdasarkan fakta yang sebelumnya. Menurut Al-Ghazzali sendiri, seseorang itu haruslah meneliti dan merujuk karya ilmiah terlebih dahulu sebelum membacanya.Ini menunjukkan bahawa sebelum beliau berkarya, beliau sendiri telah membuat rujukan kepada karya-karya ilmiah sebelumnya.

Al-Ghazzali merujuk sumber ilmiah oleh beberapa tokoh ilmuwan sebelum beliau seperti al-Imam al-Syafi’i, al-Baqillani, al-Juwayni dan seorang tokoh ulama Muktazilah iaitu Abu al-Husayn al-Basri. Terdapat percanggahan pendapat antara al-Syafi’i dan AlGhazzali iaitu menurut al-Syafi’i, al-Sunnah tidak boleh memansuhkan al-Qur’an. Ini kerana ia berfungsi menuruti segala yang terkandung dalam al-Qur’an dan mentafsirkan segala makna umum (ijmal) yang terdapat di dalamnya. Pendapat tersebut dicanggah oleh Al-Ghazzali kerana menurut beliau, al-Sunnah boleh memansuhkan al-Qur’an.

Keistimewaan yang terdapat dalam karya Al-Mustasfa ialah daripada aspek susunan, pengelasan kajian ilmu, dan ciri objektiviti. Bentuk susunan karya Al-Mustasfa mempunyai susunan yang tersendiri dan unik sebagaimana pendapat beliau bahawa “ …

aku susun dan datangkannya dengan tertib susunan yang halus dan luar biasa, di mana penatapnya akan dapat mengetahui prinsip-prinsip ilmu ini ketika ia melihat kali pertamanya. Ia juga boleh menguasai semua bentuk al-nazar yang dapat difikirkan di dalamnya…” Maksud “al-nazar” ialah kesimpulan bagi ilmu pengetahuan. Al-Juwayni mendifinisikannya sebagai “proses berfikir untuk memperoleh pengetahuan berdasarkan data, pengetahuan yang pasti, dan yang bersifat pengetahuan yang mungkin”.

Al-Ghazzali menghitungkan tiga pendekatan dalam menghasilkan karya ilmu beliau. Antara pendekatan tersebut adalah pendekatan al-hikmah untuk golongan cendekiawan, al-maw’izah (memberi nasihat) untuk masyarakat atau orang awam, dan pendekatan al-mujadalah iaitu dengan cara terbaik bagi golongan yang membantahinya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nahl: 125 yang bermaksud, “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik…”

Kitab Al-Mustasfa adalah disusun secara teratur untuk golongan cendekiawan atau pembaca yang cerdik pandai. Lazimnya Al-Ghazzali menggunakan penghujahan deduktif dalam karya beliau terhadap golongan tersebut. Pengetahuan hukum syarak adalah asas utama beliau dalam kajian Usul al-Fiqh yang berdasarkan metode pendalian, hukum, mujtahid, dan dalil. Empat rukun ini adalah hukum Fekah yang ingin dipelajari oleh penuntut ilmu yang pada perumpamaan Al-Ghazzali adalah seperti buah yang terdapat di sebatang pokok, dalil al-fiqh adalah seperti pokok yang menghasilkan buah dan cara pokok tersebut mangeluarkan buah adalah diumpamakan seperti metode

pendalian. Sama seperti sesuatu hukum yang diumpamakan seperti buah, seseorang atau mujtahid itu harus membuat penelitian yang mendalam terhadap dalil syarak sebelum mengeluarkan hukum.

Dalam karya Al-Mustasfa beliau ada menegaskan bahawa seseorang tokoh ilmuwan tidak harus mengikut hawa nafsu, mementingkan peribadi, dan terlalu taksub dalam aliran kefahaman, atau mana-mana tokoh seperti yang ditunjukkan oleh Ibnu alHaytham, Jabir Ibnu Hayyan dan lain-lain. Menurut beliau lagi, seseorang tokoh seharusnya menjadikan akal sebagai kadi tanpa terpengaruh oleh seseorang.

“Metode kajian” dalam bidang kajian ilmu adalah “suatu kajian yang yang boleh mencapai objektifnya oleh pengkaji yang berupa kanun. Manakala golongan sarjana mendefinisikannya “suatu garis panduan yang tersusun secara sistematik dalam kerja ilmiah iaitu yang malibatkan proses mental (dhihniyyah) atau proses inderawi (hissiyyah) bagi mendedahkan sesuatu hakikat tentang kewujudan atau kebenaran hakikat”. Metodologi dianggap sebahagian daripada perbincangan Logik dalam tradisi ilmu. Kitab Al-Mustasfa juga menyentuh prinsip metodologi kajian moden berdasarkan doktrin qiyas fiqhi yang mempunyai ciri-ciri persamaan berasaskan kanun sebab-akibat (cause and effect). Al-Mustasfa merupakan kajian ilmiah yang bersifat teoretikal yang dapat menggabungkan metodologi al-Syafi’i dengan Aristotle. Al-Ghazzali telah berjaya menyusun pemikiran kedua-dua tokoh terkenal dunia tersebut kerana Al-Syafi’i sebagai manhaj bagi al-Fiqh, manakala Aristotle pula adalah manhaj bagi Falsafah. Hal yang

demikian memudahkan Al-Ghazzali menemukan dua metodologi yang bersifat teoretikal dalam karya beliau iaitu Al-Mustasfa.

KESIMPULAN

Al-Mustasfa adalah karya beliau yang berjaya menggunakan pendekatan dalam bidang Logik kepada golongan ilmuwan Islam sekali gus memartabatkan disiplin ilmu Islam di mata dunia. Al-Ghazzali berjaya membuktikan kefahaman beliau tentang persoalan antara lafaz-makna

menerusi

mukadimah Al-Mustasfa

berkaitan

al-fiqh. Al-Ghazzali

menyifatkan metode ilmu Islam sebagai “alat” iaitu sifatnya yang boleh membuktikan kesahihan doktrin Islam dalam pelbagai bidang.

Al-Ghazzali juga tidak mengesampingkan peranan al-Sunnah dan al-Qur’an dalam kehidupan manusia seperti yang terdapat dalam mukadimah Al-Mustasfa menerusi kaedah Logik. Beliau menegaskan bahawa manusia haruslah mempunyai peradaban yang tinggi dari segi rohani, fizikal, dan akal budi.

Penjelasan Al-Ghazzali berkenaan induksi dan deduksi sebagai metodologi kajian ilmiah sekali gus menyangkal pandangan pemikir Barat yang tidak melihat deduksi sebagai kaedah ilmiah dalam kajian lapangan. Al-Ghazzali membuat kesimpulan bahawa Logik adalah alat dan metodologi dalam perbahasan ilmu Islam. Menurut beliau “Kalaulah Logik hanyalah sebagai salah suatu “alat” , “neraca ukuran” dan “metodologi” bagi ilmu, maka tidak timbul persoalan adakah hal tersebut harus dibentang ataupun tidak?” Ini menjelaskan bahawa “alat” berperanan berdasarkan pemikiran manusia dalam mencapai tujuan yang baik atau sebaliknya.

Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik harus dicontohi dari generasi kepada generasi yang lain. Kecintaan beliau dalam mencari disiplin ilmu dalam bidang Logik telah banyak mempengaruhi pemikiran ilmuwan Islam dan Barat sekali gus memperluas karya-karya beliau di persada dunia. Beliau berani dalam menyuarakan kebenaran dalam penghujahan beliau dengan berasaskan Ilmu al-Fiqh, Ilmu al-Kalam dan Ilmu alTasawwuf dalam pembentangan beliau mengenai kaedah al-hadd. Hal yang demikian berbeza dengan tokoh-tokoh Falsafah Islam sebelumnya yang menggunakan bidang Sains dan Falsafah dalam bidang Logik. Secara tuntasnya, tokoh Al-Ghazzali wajar diberi gelaran tokoh Islam yang terulung dalam mengharumkan nama Islam di antara galongan cerdik pandai serta banyak mempengaruhi semua pemikiran manusia walaupun beliau tidak mudah terpengaruh.

BIBLIOGRAFI Abdul Shukor Hj. Husin. et al. 1991. Istilah Usuluddin Dan Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Louay Safi. 1998. Asas-Asas Ilmu Pengetahuan; Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan Islam dan Barat. Terj. Nur Hadi Ihsan. Kuala Lumpur: The International Institute of Islamic Thought Malaysia & Thinker’s Library. I Mohd Fauzi Hamat. Ketokohan Al-Ghazzali dalam Bidang Logik. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Mohd Sulaiman Yasin. 1984. Pengantar Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaqzuq, Mahmod Hamdi. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Moden Barat: Suatu Perbandingan antara Al-Ghazzali dan Descrate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents

Alghazali
October 2019 45
Logo Alghazali Optique.pdf
October 2019 46

More Documents from "Salah Ayoub"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48