Agenda It Negara Bagi Masyarakat Luar Bandar

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agenda It Negara Bagi Masyarakat Luar Bandar as PDF for free.

More details

  • Words: 349
  • Pages: 2
AGENDA IT NEGARA BAGI MASYARAKAT LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN: PERANAN PUSAT PENGAJIAN E-KOMUNITI TERHADAP PEMBANGUNAN KEMAHIRAN E-LITERASI DALAM MENGURANGKAN JARINGAN DIGITAL UKM-SK-05-FRGS0002-2006

Prof Madya Dr. Hazita Azman, Prof. Madya Dr. SIti Hamin Stapa, Dr. Jamilah Mustafa, Dr. Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasum, Dr. Zaini Amir, Kalthum Ibrahim, Noraza Zabidi Norwati Md. Yusof

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji sejauh mana Pusat E-komuniti atau telecentre yang ditubuhkan di kawasan luar bandar mempengaruhi tahap kesediaan dan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT) dalam penggunaan dan amalan eliterasi masyarakat desa terutamanya belia, wanita dan warga tua. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor penting yang mempunyai kesan signifikan ke atas E-literasi dan ilmu ICT di kalangan pengguna pusat-pusat berkenaan seperti infrastruktur, capaian (accessibility), tahap kemahiran ICT, kualiti perkhidmatan, kesediaan dan aplikasi penggunaan sistem ICT, pembangunan dan pembentangan maklumat serta etika dan kawalan keselamatan akan dikenalpasti. Data kajian diperolehi dari 239 responden dari 3 lokasi

iaitu Sungai Koyan, Sungai lembing dan Sanggang

di Pahang dengan

menggunakan soalselidik. Poster penyelidikan ini memaparkan tiga dapatan awal yang amat penting dan signifikan tentang peranan pusat e-komuniti desa. Pertama, definisi Eliterasi yang merangkumi 10 komponen kritikal kompetensi literasi abad 21. Kedua,

dapatan kajian yang signifikan menunjukkan bahawa Pusat E-komuniti di ketiga tiga lokasi desa mempengaruhi tahap kesediaan dan aplikasi ICT dari segi penggunaan dan amalan e-literasi mengikut kategori umur; belia, dewasa dan warga emas ( F[20,454] = 5.29, p< 0.05; Wilks‘ Lambda = 0.658; partial eta squared = 0.18) serta golongan wanita luar bandar ( F[20,212] = 6.66, p< 0.05; Wilks‘ Lambda = 0.387; partial eta squared = 0.37). Dapatan kajian yang ketiga menunjukkan faktor-faktor penting yang menyumbang kepada

pembangunan, perkembangan dan penggunaan kemahiran e-literasi dalam

kalangan pengguna pusat e-komuniti.

Antara faktor yang signifikan ialah

kualiti

fasilitator ( F[2,236] = 79.32, p<0.05, partial eta squared = 0.402) dan perkhidmatan pusat e-komuniti ( F[2,236] = 13.04, p<0.05, partial eta squared = 0.100). Berasaskan rujukan literatur dan dapatan kajian,

penyelidik bertujahan untuk menyarankan satu

kerangka kerja perancangan strategik ICT (ICT strategic framework) yang bakal menjadi garis panduan usaha merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat desa supaya tidak terpinggir dalam era ICT abad 21.

Related Documents


More Documents from ""