Agenda Rosakkan Asas Negara

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agenda Rosakkan Asas Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,611
  • Pages: 5
AGENDA ROSAKKAN ASAS NEGARA

Saya hendak mengingatkan kepada rakyat, ini satu agenda yang amat membahayakan negara, ini bukan masalah politik. Sasaran yang dihentam dan diancam bukan BN sahaja tetapi institusi negara hakikatnya negara dalam bahaya - Mohamad Ezam

MUKADIMAH

KALAU menyebut demonstrasi, sudah pastilah sejarah politik negara tidak akan melupakan Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), MOHAMAD EZAM MOHD. NOR.

Beliau merupakan antara pemimpin yang berdemonstrasi kira-kira 11 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Malah beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan menjalani hukuman di Kamunting dan di Penjara Kajang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRUL HAMID, beliau yang kini menjadi Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara yang berpusat di Jakarta berkata, demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang kini sudah tidak lagi mempunyai kejujuran.

“Ia kerana perbuatan itu bukannya untuk membawa perubahan tetapi demi memenuhi cita-cita politik seorang individu sahaja dan paling buruk tindakan demonstrasi yang 1

dilakukan lebih bermotifkan untuk memburukkan nama negara,” katanya.

MINGGUAN: Apakah pandangan saudara berhubung demonstrasi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini? MOHAMAD EZAM: Kita perlu menerima hakikat rakyat berhak berhimpun secara aman, tetapi hak tersebut tidak boleh dilakukan sehingga merosakkan negara. Kita tidak boleh meletakkan negara dalam bahaya. Bagaimanapun demonstrasi yang berlaku barubaru ini dan sebelumnya telah menjurus ke arah tersebut. Ia dilakukan bukan untuk menyatakan secara jujur ke arah perubahan tetapi lebih kepada merosakkan institusi negara khususnya dalam kes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Keluarga saya adalah antara mereka yang mengasaskan GMI ketika saya ditahan di bawah ISA dan saya kesal kerana GMI telah diperalatkan dan dipergunakan. Sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi sebab sudah ada komitmen daripada Perdana Menteri untuk mengkaji akta berkenaan dan komitmen tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama beliau menjawat jawatan itu. Komitmen ini tidak pernah kita dengar sebelum ini daripada mana-mana pemimpin yang berkuasa malah daripada Anwar sendiri ketika dia berada dalam kerajaan. Justeru apabila ada ruang itu, GMI sepatutnya membantu kerajaan mengkaji ISA. Sebab itu, saya nampak tidak ada kejujuran ke arah perubahan, ini masalahnya. Kita laungkan perubahan tetapi sama ada kita melaungkan perubahan itu kerana benar-benar jujur untuk melihat perubahan dalam negara atau kita laungkan perubahan itu demi kepentingan politik. Apa maksud saudara tidak ada kejujuran itu? MOHAMED EZAM: Saya sebut jujur sebab ia perkara asas yang hilang dalam politik negara sekarang ini seperti mana budaya politik Anwar. Kita lihat sudah ada perubahan besar dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), ada komitmen dalam ISA tetapi mereka tidak membantu, kalau mereka jujur sudah pasti apabila ada perubahan positif yang dilakukan oleh kerajaan mereka akan sokong. Kejujuran penting dalam membina negara, dulu pemimpin dan pengasas negara kita tidak hebat berpidato, kehebatan mereka ialah sifat jujur dan sifat ini yang tidak ada pada Anwar. Kebimbangan saya ketidakjujuran ini meresap kepada NGO seperti GMI dan rakyat yang tidak tahu, ia akan merosakkan negara. Jadi apakah motif sebenarnya di sebalik demonstrasi bare-barn ini? MOHAMAD EZAM: Demonstrasi baru-baru ini menunjukkan sikap yang tidak jujur kepada perubahan, memperalatkan GMI untuk kepentingan politik dan satu fenomena yang merosakkan negara. Fenomena ini bukan hanya dalam bentuk demonstrasi, sebelum ini usaha merosakkan asas dan institusi negara berlaku daripada awal sebab itu serangan dibuat ke atas dasar-dasar penting negara. la termasuk DEB, sebab itu saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Anwar pengkhianat. Disebabkan sikap itulah saya tinggalkan beliau dulu. 2

Kenyataan Muhyiddin itu adalah manifestasi kepada perasaan, kebimbangan anak-anak bangsa yang melihat keruntuhan dan kerosakan yang dilakukan terhadap institusi-institusi negara. Jadi strategi Anwar ialah untuk merosakkan institusi negara dengan mewujudkan suasana ketidak percayaan kepada institusi tersebut. Semasa saya menjadi Ketua Angkatan Muds Keadilan, saya ditugaskan oleh Anwar untuk menyerang DEB, saya bertanya kenapa? Kalau DEB itu ada unsur rasuah kita serang rasuah, kenapa perlu serang DEB? Kenapa hendak menghina DEB dan menjadikannya jijik seperti mana kita hina perasuah? DEB tidak bersalah, ia banyak berjasa kepada kita dan ia adalah asas pembangunan negara, kita tidak boleh merosakkannya. Saya tegaskan kalau kita rosakkan DEB, perkara lain juga akan rosak, Anwar kata mass itu, kalau kita hendak dapat undi kena serang DEB kerana dasar itu tidak disukai oleh orang bukan Melayu. Jadi maknanya beliau tidak jujur untuk berjuang melakukan perubahan, percaturannya hanya politik semata-mata kerana undi. Dia mahu mendapatkan undi semaksima daripada orang Cina. Memang dia memperolehinya tetapi dengan nilai spa? Dengan nilai merosakkan asas negara. Ands boleh bermain politik atau menubuhkan parti politik tetapi anda jangan melanggar asas negara. Institusi raja dilanggar, kita tidak pernah tengok raja dihina seperti hari ini, dia kata UMNO pun ada masalah dengan raja memang betul tetapi UMNO ada batasnya, UMNO tidak pernah membawa raja ke mahkamah. Kita ada batas, institusi raja adalah asas negara tetapi dalam isu Perak, mereka langgar terus. Mereka juga berusaha menghancurkan dasar negara yang lain seperti institusi ulama. Dalam kes kematian Teoh Beng Hock contohnya, memang siapa yang melakukannya harus dihukum tetapi kenapa serangan dibuat? Cara serangan bukan sekadar untuk mendapat keadilan untuk Beng Hock tetapi bagi merosakkan kepercayaan institusi SPRM yang penjawat awamnya kebetulan orang Melayu. Ini dapat kita lihat melalui serangan mereka di blog-blog dan ceramah yang jelas bertujuan untuk membangkitkan kebencian tidak rasa hormat. Perbuatan ini sudah lama dia lakukan ke atas polis dan mahkamah. Benarkah ada di kalangan mereka yang berdemonstrasi ini turut diupah? MOHAMAD EZAM: Sebenarnya terdapat pelbagai kelompok penunjuk perasaan berkenaan termasuklah yang hardcore. Tetapi kita lihat sejak kebelakangan ini mood demonstrasi oleh pembangkang semakin menurun walaupun kadang kala ia melibatkan kes yang `panas' seperti kematian Beng Hock. Oleh itu kalau mereka mempunyai perhimpunan berkenaan di stadium, ia tidak akan memberikan impak, maka demonstrasi tersebut harus dilakukan di Jalan Tuanku Abdul Rahman supaya nampak keadaan huru-hara dan kelam kabut. Ini semua akan memberi impak dari segi perhatian dunia, ini yang mereka, mahu, tetapi cuma saya hendak tahu perhatian dunia ini untuk kepentingan siapa? Kita tahu sekarang ini adalah seorang pemimpin yang berada dalam keadaan terdesak kerana kes yang membabitkan dirinya di mahkamah.

3

Semakin lama semakin kukuh buktinya, beliau mengambil taktik yang pelbagai bagi menangguhkan perbicaraan, kita lihat dalam tempoh dua minggu ini memang usaha dilakukan, dia keliling dunia kerana itu sahaja dokongan yang dia ada kerana orang luar tidak tahu. Jadi dia membina kekuatan daripada jaringan-jaringan yang boleh dapat contohnya media antarabangsa. Oleh itu demonstrasi harus dilakukan di satu tempat yang boleh mendatangkan suasana kecoh yang boleh menyebabkan polis bertindak akibat provokasi yang dilakukan. Mereka tidak buat di Stadium Kelana Jaya atau mana-mana stadium yang boleh dikawal keselamatan, sebab agendanya bukan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang mempunyai hak berhimpun secara aman. Motif mereka ialah untuk menimbulkan suasana tegang supaya ada tindakan oleh pihak polis dan ada perhatian daripada. dunia. Mungkinkah demonstrasi yang dilakukan bertujuan untuk mengalih perhatian terhadap pelbagai isu yang melanda pembangkang sekarang? MOHAMAD EZAM: Demonstrasi yang dilakukan itu sebenarnya `mewakili' banyak kepentingan, sebab itu kita tengok walaupun mereka berbalah begitu teruk di kalangan pakatan pembangkang tetapi dalam kes demonstrasi mereka bersatu. Ia kerana demonstrasi itu akan mengalih perhatian kepada kepentingan semua mereka termasuklah seorang pemimpin terdesak yang perlu perhatian dunia, kes perbalahan dalam pakatan pembangkang, kes Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang undi menurun, pergaduhan pakatan di Selangor, kes 'underworld' di Selangor dan Johor, isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, maknanya terlampau banyak masalah. Ia akan ditutup dengan demonstrasi ini, jadi ia usaha mengalih perhatian rakyat terhadap masalah mereka. Tetapi malangnya Pas turut terlibat? MOHAMAD EZAM: Saya,dapat merasakan Pas merasa tertekan, legitimasi mereka sebagai sebuah parti yang bermaruah dan berwibawa telah dipersoalkan. Apatah lagi lagi dengan undi yang merosot di Manek Urai, Pas dapat rasakan itu, sebab mereka dilihat lemah, semua orang tahu yang bermaharajalela di Perak dulu ialah DAP begitu juga di Selangor. Banyak lagi isu. yang Pas tidak mampu untuk berdepan, jadi Pas pun perlukan satu aksi politik untuk mengembalikan legitimasi mereka khususnya untuk mendapat sokongan orang Melayu. Aksi politik ini merupakan salah satu kaedah mendapat balik legitimasi, tetapi hakikat yang lebih jauh daripada itu, inilah beta Pas dengan UMNO. Inilah natijahnya apabila kita lemah; apabila kita mahu dilihat berkuasa tetapi kita lemah, jadi kita akan mengambil jalan-jalan sensasi yang tidak mantap dalam tindakan politik. Mengapa UMNO tidak berbuat demikian? Apakah anda fikir UMNO tidak mampu menghimpunkan 10,000 orang dalam satu-satu masa di Jalan Tuanku Abdul Rahman? UMNO mempunyai jentera yang besar boleh buat perhimpunan 100,000 orang pun tetapi UMNO tidak berbuat begitu ia kerana UMNO kukuh dari segi menguasai BN. UMNO mungkin lemah dari segi lain tetapi dari sudut menguasai BN, UMNO dominan dan kukuh, Pas tidak menguasai pakatan pembangkang, ini masalah fundamental. 4

Dalam konsep ini Pas gagal, Pas tidak mampu memimpin dalam pakatan pembangkang, jadi ini menunjukkan apabila kita lemah dalam pakatan untuk memimpin secara jelas kita akan menjuruskan kepada perkara-perkara yang akan menimbulkan ketidakstabilan. Sebab itulah asas politik Malaysia harus menjadi Melayu sebagai tonggak, asas ini yang dirosakkan oleh Anwar, sebab itulah dia disebut sebagai pengkhianat, saya sedia menjadi saksi utama dalam kes Anwar menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maknanya demonstrasi ini adalah salah satu usaha merosakkan asas negara? MOHAMAD EZAM: Ia hanyalah satu manifestasi kecil kepada satu agenda besar untuk merosakkan asas dan institusi negara. Ia dilakukan kerana mereka tahu, mereka tidak boleh bertahan dalam pilihan raya umum akan dataing. Ini sifat orang yang tidak meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya. seorang pemimpin itu kerana cita-cita dia untuk menjadi Perdana Menteri, dia sanggup rosakkan semua asas negara. Sebab itulah saya hendak mengingatkan kepada rakyat, ini satu agenda yang amat membahayakan negara, ini bukan masalah politik. Sasaran yang dihentam dan diancam bukan BN sahaja tetapi institusi negara hakikatnya negara dalam bahaya. Mingguan Malaysia, Ahad 9 Ogos 2009

5

Related Documents


More Documents from ""