Masalah Ponteng Sekolah Pelajar Sekolah Luar Bandar

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Ponteng Sekolah Pelajar Sekolah Luar Bandar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,838
  • Pages: 12
Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar. Punca dan akibat. Disediakan oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin (MP 071068 i/c : 840421-08-5906)

ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan satu kajian pendek tentang permasalah ponteng sekolah yang berlaku di sekolah luar bandar. Fokusnya adalah untuk mengetahui punca pelajar tidak hadir ke sekolah serta mengaitkan dengan akibat ponteng terhadap pelajar. Responden yang terlibat adalah 10 orang pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mencatatkan rekod ketidak hadiran ke sekolah paling kerap bermula Januari hingga September 2008. Kaedah yang digunakan adalah kaedah temubual dan rujukan dokumen berkaitan. Temubual dijalankan kepada pelajar, ibu bapa dan juga kaunselor sekolah berkenaan. Hasilnya didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas dan tidak mementingkan pelajaran. Sikap ibu bapa juga yang tidak menghiraukan anak mereka yang ponteng sekolah menjadi punca masalah ini semakin berlelewasa. Akibatnya 80% pelajar yang ponteng sekolah ini telah terlibat dengan masalah disiplin. Pihak sekolah telah menjalankan pelbagai progam untuk mengatasi masalah ponteng. Tetapi kurangnya kesedaran dan kerjasama dari pelajar dan ibu bapa menyebabkan program-program ini tidak mencapai matlamatnya. Justeru amat diharapkan pelajar menyedari pentingnya mereka hadir ke sekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa depan mereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak mereka hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial yang tidak sihat. Selain itu guru-guru perlu lebih prihatin dengan pelajar dan mengambil berat terhadap pelajar ponteng supaya masalah ini tidak menjadi semakin serius di masa akan datang.

PENGENALAN Menurut kamus dewan, ponteng didefinisikan sebagai kecoh, tipu atau lari dari tugas dan tanggungjawab tanpa kebenararan. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius. Malahan di peringkat Parlimen turut dibahaskan tentang masalah pelajar ponteng sekolah menjadikan ianya bukan sahaja masalah setempat tetapi sudah dianggap masalah negara. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolahsekolah di kawasan luar bandar. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.

Pelajar

seperti

ini

biasanya

mudah

berputus

asa.

Mereka

kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Dalam situasi pelajar dibandar,pelajar mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Berbeza dengan situasi dikawasan yang dikaji dimana persekitaran kawasan luar bandar ini dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Tiada wujud pusat membeli belah atau pusat hiburan apatah lagi panggung wayang. Namun masalah ponteng masih lagi berlelawasa dan memberi impak yang buruk kepada sekolah. Melihat pelajar yang memakai baju sekolah berada di dalam ladang kelapa sawit sambil merokok dalam waktu persekolahan merupakan satu pemandangan yang amat janggal bagi penduduk sekitar. Jesteru pihak sekolah akan dirujuk dan sekaligus ianya memberi kesan negatif terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah sekaligus mencemarkan reputasi institusi pendidikan. Apa yang lebih membimbangkan adalah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa mereka ponteng. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah terdedah kepada pergaulan dengan golongan yang juga tidak bersekolah. Sama ada rakan sebaya yang telah dibuang sekolah atas sebab masalah disiplin atau mereka yang tidak mahu ke sekolah. Golongan ini akan banyak menghabiskan masa dengan melepak, merokok dan lebih teruk lagi mengambil dadah. Persekitaran kawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada golongan muda mudi. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengait buah sawit atau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Tidak ramai golongan muda yang ingin melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebih suka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari.

Pelajar dalam usia remaja ini sering didorong perasaan ingin mencuba dan sangat ditakuti mereka ini terpengaruh dan terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Justeru peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan pelajar diawasi dari masa ke semasa untuk memastikan mereka tidak melakukan perkara yang akan menghancurkan masa depan mereka kelak. Ramai beranggapan bahawa pelajar tidak datang ke sekolah kerana guru tidak berjaya menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai pembantu di kedai makan, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius. Menurut Aziz ( 2007) dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar menyatakan salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah di luar bandar. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan akan melencong ke tempat lain. Justeru kajian ini akan melihat punca dan akibat budaya ponteng sekolah di kawasan luar bandar dari perspektif pelajar, guru dan ibubapa.

OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah untuk; i)

Mengetahui punca pelajar ponteng sekolah.

ii)

Mengetahui akibat dari gejala ponteng kepada pelajar.

iii)

Mengetahui apakah tindakan ibu bapa apabila mengetahui anak mereka ponteng.

iv)

Mencadangkang langkah mengatasi masalah ponteng

RESPONDEN Kajian ini dilakukan ke atas pelajar salah sebuah sekolah luar bandar iaitu sebuah sekolah felda dalam daerah Mersing. Responden dipilih daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mempunyai rekod ketidak hadiran ke sekolah yang paling kerap dalam tahun 2008. 10 orang penjaga kepada pelajar dan seorang kaunselor sekolah turut terlibat bagi memperoleh maklumat yang optimum. KAEDAH KAJIAN Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah ini sesi temubual telah dilakukan kepada 10 orang pelajar yang terlibat meliputi persoalan tentang punca pelajar tidak hadir ke sekolah dan kesan gejala ponteng terhadap mereka. Kaedah temubual turut dijalankan kepada kaunselor sekolah dan ibu bapa pelajar yang ponteng, kaedah temubual telah dilakukan bertujuan memperoleh gambaran yang jelas seta bertanya dengan lebih lanjut tentang masalah yang timbul . Proses

temubual

dilakukan

secara

lansung

dan

direkodkan.

Walaubagaimanapun beberapa kekangan dari ibu bapa yang tidak dapat hadir untuk sesi temubual menyebabkan temual melalui talifon telah dijalankan.

DalamRujukan pula dilakukan terhadap dokumentasi yang boleh menunjukkan rekod pelajar seperti Buku Rekod Kedatangan Pelajar, Keputusan Peperiksaan, Rekod Disiplin Pelajar dan Buku Latihan. DAPATAN KAJIAN Hasil dari rujukan mendapati 80% pelajar yang ponteng terlibat dengan masalah disiplin. Pelajar ini juga mempunyai rekod penghantaran buku latihan yang tidak kerap serta keputusan peperiksaan yang sangat tidak memuaskan ( Jadual 1). Bil

Umur pelajar

Jantina

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

15 tahun 18 Tahun 16 tahun 15 tahun 17 tahun 17 tahun 16 tahun

Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki Lelaki

Bil hari ponteng hingga September 2008 78 71 68 60 58 55 52

8. 9. 10.

15 tahun 17 tahun 17 tahun

Perempuan Lelaki Lelaki

51 51 50

Rekod Keputusan penghantaran peperiksaan buku latihan (min)

5% 5% 12 % 25 % 20 % 18 % 10 %

E G G G E E G

30 % 35 % 30 %

D E E

Masalah disiplin

Merokok,dadah Merokok, gaduh Mencuri Merokok Merokok,gaduh Samun rumah, curi motosikal Lari dari rumah Merokok

Jadual 1 : Hasil rujukan dokumen berkaitan. Temubual yang dijalankan dengan pelajar mendapati beberapa sebab mereka ponteng sekolah adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan pengajaran guru serta tidak minat belajar. Empat faktor ini adalah yang paling kerap diperkatakan oleh pelajar-pelajar yang ponteng. Apabila tidak hadir ke sekolah, apa yang dilakukan oleh pelajar adalah tidur dirumah, pergi ke rumah

rakan, melepak di dalam kebun dan menonton televisyen. Ibu bapa yang ditanya turut menyatakan anak mereka ada dirumah semasa tidak ke sekolah. Pelajar turut menyatakan yang ibu bapa mereka tidak kisah sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui anak mereka ponteng sekolah kerana kedua-duanya telah keluar bekerja kilang seawal pagi. Mereka hanya mengetahui perkara ini selepas dihubungi oleh pihak sekolah. Yang lebih membimbangkan ada ibu bapa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihatkan anaknya untuk ke sekolah kerana anaknya memang tidak minat belajar.

Malahan tiada seorang pun penjaga yang menghukum

anak

mereka kerana tidak hadir ke sekolah. Ada ibu bapa yang tidak mengambil apaapa

tindakan

apabila

mengetahui

anak

mereka

ponteng

sekolah.

Ini

menunjukkan seolah-olah ibu bapa tidak langsung menghiraukan anak mereka. Sesi temubual dengan kaunselor pula telah melihat masalah ponteng ini sebagai satu masalah disiplin yang kronik. Pelajar berkenaan telah pun dipanggil untuk sesi kaunseling bagi mengetahui masalah sebenar mereka ponteng. Respon yang diperolehi lebih menjuruskan perasaan meraka yang bosan dengan pengajaran guru, tidak berminat dan lemah dalam menguasai mata pelajaran yang diajar. Akibatnya pelajar ini terus ketinggalan dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Apabila tidak hadir ke sekolah pelajar mula terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti rokok dan dadah. Pergaulan bebas mereka ini telah membawa kepada kes yang lebih rumit lagi seperti pergaduhan, mencuri dan lari dari rumah. Kaunselor dan pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar-pelajar ini datang ke sekolah. Antaranya mengadakan program perkhemahan untuk pelajar bermasalah, mengadakan sesi temubual dengan pelajar bagi menyelami masalah yang mereka alami, memperbanyakkan aktiviti diluar bilik darjah, mengadakan kem motivasi serta memberi ganjaran kepada pelajar yang rajin datang ke sekolah. Guru-guru juga sering memantau dan

mengikuti perkembangan pelajar-pelajar bermasalah ini agar pergerakan mereka tidak menyimpang dari tugas sebagai seorang pelajar dan seoarang islam. Sekurang-kurangnya pelajar ini dapat merasakan yang masih ada orang yang sayang dan memberi perhatian terhadap mereka. Dari sesi temubual juga pelajar telah menyatakan beberapa perkara yang menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Antaranya adalah aktiviti di luar sekolah

seperti

perkhemahan

dan

lawatan.

Pembelajaran

tidak

suka

permbelajaran yang sekadar menyalin nota di papan hitam. Pelajar-pelajar ini gemar kepada guru yang tegas tetapi mesra. Boleh menyampaikan ilmu dengan maksimum dan ada kalanya boleh bergurau senda. Mereka tidak gemar kepada guru yang menggunakan kekerasan untuk mengajar apatah lagi merotan kerana mereka sudah dewasa. Mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan cara yang pelbagai. KESIMPULAN Masalah ponteng sekolah hari ini telah menjadi satu isu global yang dibincangkan dalam parlimen. Namun tindakan merotan dan gantung sekolah tidak mampu menangani masalah pelajar ponteng terutama bagi sekolahsekolah di luar bandar. Permasalahan yang timbul ini memperlihatkan peningkatan hari demi hari. Apa yang lebih membimbangkan adalah kesannya terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng adalah takut didenda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, tidak cukup tidur kerana pada waktu malam mereka keluar melepak dengan kawan-kawan atau menonton televisyen, tidak faham dengan pengajaran guru serta tidak minat belajar. Tindakan ibu bapa yang tidak tegas juga menyumbang kepada masalah ini. Yang lebih membimbangkan ada ibu bapa yang menyatakan dia sudah tidak dapat menasihatkan anaknya untuk ke sekolah kerana anaknya memang tidak minat belajar. Kaunselor dan pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik pelajar-pelajar ini

datang ke sekolah. Namun semuanya tidak dapat mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat sokongan dari ibu bapa serta kemahuan pelajar itu sendiri. Beberapa perkara yang dapat menarik minat mereka untuk datang ke sekolah adalah seperti aktiviti di luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan,kegiatan kokurikulum dan guru yang berkesan. CADANGAN i)

Pelajar perlu lebih didedahkan dengan dunia luar bagi memberi kesedaran tentang akibat ponteng sekolah

ii)

Pelajar perlu ada sikap yang lebih positif untuk hadir ke sekolah dan tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat

iii)

Ibu bapa sepatutnya mendenda anak mereka yang tidak hadir ke sekolah dan tidak mengharapkan guru semata-mata.

iv)

Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah

v)

Guru perlu meningkatkan gaya penyampaian pelajaran supaya pelajar akan lebih berminat untuk mengikuti pengajaran guru.

vi)

Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan melakukan aktiviti luar kelas bagi menarik minat pelajar.

RUJUKAN Abdul Aziz ( 2007 ), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam daerah Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kamus Dewan, edisi-4 (2005), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia. Carol A.Bailey (2007), A Guide to Qualitative Field Research. United States of America : Sage Publication India Pvt. Ltd Hashimah Mohd. Yunus (2004) Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan. Nota Kuliah PGT 303 : Tidak Diterbitkan. Jumaat Hasim (2004). Pandangan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Luar Bandar Terhadap Pengajaran Guru Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohamed Sharif Mustafa. (2001) . The Analysis of Counselling in Context: A Qualitative Case Study Apporach to Practice In Malaysian Secondary Schools. Australia: Queensland University of Technology. Tidak di Terbitkan. Mohd Majid Konteng (2004) , Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kuantitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sharlene Nagy Hesse-Biber, Patricia Leavy (2006), The Practice of Qualitative Research.

United States of America : Sage Publications.Inc. SOALAN BERSTUKTUR UNTUK TEMUBUAL. I)

Soalan temubual dengan pelajar. 1.

Kenapa anda tidak hadir ke sekolah ?

2.

Apa yang sering anda lakukan semasa ponteng sekolah ?

3.

Apakah tindakan ibu bapa anda apabila mengetahui anda ponteng sekolah ?

4.

II)

Apakah yang dapat menarik minat anda untuk hadir ke sekolah ?

Soalan temubual dengan ibu bapa. 1.

Adakah anda mengetahui yang anak anda ponteng sekolah ?

2.

Dari mana anda mengetahui anak anda ponteng sekolah ?

3.

Apakah tindakan anda semasa mengetahui anak anda ponteng sekolah ?

4.

III)

Apakah yang sering anak anda lakukan semasa ponteng sekolah ?

Soalan temubual dengan kaunselor sekolah. 1.

Mengapa pelajar ponteng ?

2.

Apakah akibat pelajar yang sering ponteng?

3.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam mengatasi masalah ini?

4.

Bagaimana kaunselor boleh membantu pelajar yang ponteng?

Related Documents