Abstrak

  • Uploaded by: azila
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abstrak as PDF for free.

More details

  • Words: 250
  • Pages: 1
ABSTRAK

Kajian ini dibuat ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pentadbiran yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan PLB Pejabat Daerah Manjung. Selain itu, kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui proses-proses pentadbiran yang dijalankan oleh bahagian pembangunan PLB di dalam proses permohonan dan cadangan projek, proses penyediaan tender dan sebutharga, proses menyediakan baucer bayaran, proses menyedia dan menyelenggara buku vot dan proses menyediakan bayaran bonus untuk jawatankuasa kemajuan kampung JKKK bagi daerah Manjung. Disamping itu kajian yang dijalankan melihat kepada kesan-kesan inovasi yang ada didalam setiap proses pentadbiran yang dijalankan oleh PLB serta masalah-masalah yang dialami oleh PLB dalam menguruskan pentadbiran seperti masalah dari segi peruntukan projek, lessen kontraktor tamat tempoh, kelewatan menyiapkan projek, sistem fail yang tidak sistematik, tiadanya perkhidmatan kaunter pertanyaan dan tiada pengurusan aduan awam di PLB. Kaedah kajian yang dilakukan adalah bersifat kualitatif yang melibatkan temubual dan pemerhatian turutserta. Seramai sepuluh orang kontraktor telah ditemubual oleh pengkaji melalui dua siri. Temubual yang dibuat adalah untuk membincangkan dan mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pentadbiran yang dilakukan oleh Bahagian Pembangunan PLB Pejabat Daerah Manjung. Hasil daripada kajian yang dibuat, pengkaji mendapati daripada sepuluh kontraktor seramai tujuh orang kontraktor menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan berpuas hati dengan perkhidmatan pentadbiran yang ditawarkan oleh PLB semasa berurusan. Dan seramai tiga orang kontraktor pula berpendapat bahawa mereka mempunyai masalah dan tidak berpuas hati sewaktu berurusan dengan PLB. Oleh itu beberapa cadangan telah dikenalpasti oleh pengkaji untuk melicinkan lagi proses pentadbiran PLB dibincangkan dalam laporan kajian ini.

Related Documents

Abstrak
June 2020 43
Abstrak
May 2020 54
Abstrak
November 2019 29
Abstrak
June 2020 22
Abstrak
October 2019 39
Abstrak
April 2020 28

More Documents from "Sadra Alghifari Siregar"