Abstrak

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abstrak as PDF for free.

More details

  • Words: 304
  • Pages: 5
1. Apa itu abstrak?  Abstrak ialah sinopsis iaitu ringkasan bagi sebuah kertas projek/kajian ilmiah/kajian tindakan  Ditulis/terdapat di bahagian hadapan kertas kerja

2.Bagaimana hendak membuat/menulis abstrak?  Baca keseluruhan laporan kajian  Item yang diperlukan diantaranya - Tujuan/objektif kajian - Responden kajian - Alat kajian - Data-data dianalisis - Dapatan kajian  Menulis abstrak/abstract - Ditulis dalam satu perenggan

3. Kepentingan abstrak/abstract?  Mengetahui keseluruhan kertas kerja dengan mudah  Untuk mendapatkan maklumat  Mudah dibaca dan menjimatkan masa  Bahan untuk rujukan pengkaji

Contoh abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis persamaan kimia seimbang. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4B dan 4C di SMK Mulong, Kota Bharu. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar serta jawapan peperiksaan pertengahan tahun berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik pelajar juga digunakan bagi meninjau pandangan pelajar terhadap pengajaran guru. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar didapati belum menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan penulisan persamaan kimia seimbang, manakala cara penyampaian guru bagi kemahiran tersebut pula didapati mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran di bilik darjah. Bagi menangani masalah tersebut, kaedah konstruktivisme telah digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan penekanan diberi kepada aktviti berpasukan bagi merangsang

Tujuan kajian Responden kajian

Alat kajian Dapatan kajian

Tindakan kajian

Contoh abstrak penglibatan pelajar. Modul pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran yang perlu di buat oleh pelajar pada akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Sebanyak tiga sesi pengajaran dan pembelajaran khusus telah dijalankan dan didapati tindakan yang dijalankan telah membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis persamaan kimia seimbang. Tindakan tersebut juga membantu mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran kemahiran ini. Di samping itu, penguasaan dan kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari turut meningkat. Cadangan Kajian seterusnya

Dapatan kajian

Related Documents

Abstrak
June 2020 43
Abstrak
May 2020 54
Abstrak
November 2019 29
Abstrak
June 2020 22
Abstrak
October 2019 39
Abstrak
April 2020 28