5. Peningka tan P r ofesio nalism e Gu r u Peningkatan Kendiri * Penyelidikan Tindakan * Muhasbah/Refleksi * Budaya Ilmu * e-pembelajaran Latihan Dalam Perkhidmatan Kolaborasi
Peningkatan Profesionalisme Guru salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dengan kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Peningkatan kendiri Penyelidikan tindakan
Konsep Penyelidikan Tindakan Mengikut Kurt Lewin (1952), * Bidang soal selidik seorang ahli psikologis sosial, dan kajian berbentuk proses penyelidikan tindakan refleksi kendiri yang ditinjau sebagai sesuatu dijalankan oleh kitaran tindakan kajian sekumpulan penyelidik berlingkaran yang merangkumi atau individu. empat peringkat : merancang, bertindak, memerhati dan * Bertujuan untuk membuat refleksi, mengesan keadaan sebagaimana yang ditunjukkan dan masalah dalam dalam rajah di bawah:amalan-amalan pendidikan atau sosial
Rancangan
Refleksi
Tindakan 1
3
Rancangan
Tindakan Refleksi
2
Pemerhatian Pemerhatian
Rajah: Kitaran Penyelidikan Tindakan Berlingkaran Tradisi
Sa mb.
Mengikut Bogdan dan Biklen (1982), penyelidikan tindakan merupakan sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan tujuan mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial. Manakala Kemmis (1982) berpendapat penyelidikan tindakan merupakan inkuiri refleksi kendiri dengan tujuan memperoleh kefahaman dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu dilakukan.
Kolb (1984) mengembangkan konsep penyelidikan tindakan Kurt Lewin dengan membentuk suatu model pembelajaran sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah berikut:Pengalaman konkrit
Menguji implikasi konsep dan generalisasi dalam situasi baru
Pemerhatian dan refleksi
Pembentukan konsep abstrak dan generalisasi
Carr dan Kemmis (1986) mengenal pasti tiga jenis penyelidikan tindakan iaitu:
Jenis Penyelidikan Tindakan
Technical
Tujuan
• •
Keberkesanan/ke cekapan amalan pendidikan Peningkatan profesionalisme
Practical
Seperti (1) diatas
Emancipatory
Seperti (1) diatas
Peranan Fasilitator
Pakar luar
Peranan sokratik, menggalakan penyertaan dan refleksi kendiri Proses moderator (orang tengah). Tanggungjawab di bahagikan secara sama dengan peserta-peserta
Perhubungan fasilitator dengan peserta-peserta
Perlantikan(cooption)seb agai ahli dalam kajian
Kooperatif(kerjasama)dal am proses perundingan Kolaborasi
Carr da n Kemmis ber pen dapa t pen yel idik an tin da ka n meru pa kan sesua tu pen dek atan a lt ern atif un tuk k ajia n sa in s sos ial t radisi. M aka pen yelidik an t in da kan in i mer angkumi bebera pa un sur ber ik ut : Praktikal: Dapatan dan kilasan yang diperolehi daripada kajian bukan sahaja mempunyai kepentingan teoretikal terhadap kemajuan keilmuan, tetapi juga membawa kemajuan praktikal semasa dan selepas proses penyelidikan dijalankan. Penyertaan dan kolaborasi: Di dalam proses penyelidikan, penyelidik bukan memainkan peranan sebagai pakar luar, tetapi sebagai peserta yang bekerja bersama dengan peserta-peserta yang melibatkan diri dalam masalah praktikal dan berharap mencapai kemajuan sebenar. Emancipitory: Pendekatan bukan berhirarki, iaitu kedudukan pesertapeserta semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu samasama memberi sumbangan kepada projek penyelidikan tindakan yang diusahakan. Interpretatif: Penyelesaian inkuiri sosial adalah berdasarkan pandangan dan interpretasi peserta-peserta. Kritikal: Peserta-peserta memainkan peranan sebagai agen kritik dan kritik kendiri, mengubah situasi dan juga sendiri dalam proses kajian.
Definisi Penyelidikan Tindakan Pa da b ul an M ac, 1 989, peserta be rb incang d an ber ja ya m enghasil kan d efini si Pen yel idikan Tin dakan, d i d alam S imposiu m A nt araban gsa yan g d iad akan di Br isbane , A ust ral ia s eper ti ber iku t: Penyelidikan Tindakan wujud dalam situasi yang mana
Orang membuat refleksi dan memajukan kerja mereka dalam situasi sendiri Dengan menghubungkait refleksi dan tindakan mereka secara erat-erat, dan Juga mengumumkan pengalaman mereka secara terbuka bukan sahaja kepada perserta lain, tetapi juga kepada orang lain yang berminat serta memberi perhatian terhadap kerja dan situasi, iaitu teori, amalan kerja dan situasi mereka.
Apabila sesuatu situasi didapati bertambahnya Pengumpulan data oleh peserta sendiri (atau dengan bantuan orang lain) yang berkaitan dengan soalan Penyertaan (dalam mengemukakan soalan dan menjawab soalan) dalam membuat keputusan Berkongsi kuasa dan mengelakkan amalan hireraki dalam kerja ke arah memupuk amalan demokrasi Kolaborasi di antara ahli-ahli kumpulan sebagai komuniti kritikal Refleksi kendiri, penilaian sendiri dan pengurusan sendiri oleh orang dan kumpulan yang bertanggungjawab dan mempunyai autonomi Belajar secara prograsif (dan terbuka) melalui kesilapan sesuatu lingkaran refleksi kendiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi, perancangan semula, dan sebagainya Refleksi yang menyokong idea daripada pengamal reflektif (diri)
Ciri-Ciri Penyelidikan Tindakan
dijalankan secara kumpulan dan secara usahasama menekankan perhubungan teori dengan amalan bertujuan untuk membentuk sikap komuniti supaya bersifat kritis terhadap keadaan persekitaran dan diri sendiri, dan membaiki kerja kumpulan autau diri sendiri, dan seterusnya untuk kebaikan orang lain berbentuk lingkaran renungan kendiri yang merangkumi empat peringkat, iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan pemerhatian, dan refleksi proses penyelidikan tindakan tidak terhad atau berhenti dalam kajian satu tahap sahaja. Ia boleh dijanakan kepada beberapa tahap kitaran jika difikir perlu, sehingga hasil itu mencapai peringkat optimum segala proses penyelidikan meliputi penggunaan dan penyimpanan data dan rekod secara sistematik penyelidikan adalah tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah tidak mempunyai objektif untuk membukti hipotesis atau memberi sumbangan kedapa sains. Hasil kajian adalah digunakan untuk mempertingkatkan perestasi pengajaran dam pembelajaran dalam bilik darjah
Tujuan-Tujuan Penyelidikan Tindakan
menggalakan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya
oleh kerana penyelidikan tindakan mengutamakan amalan pendidikan di dalam bilik darjah , maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan praktis dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran mengajar dengan lebih berguna serta berkesan
hasil kajian yang didapati melalui penyolidikan tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga membolehkan guru berpeluang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mecuba sesuatu kaedah mengajar baru yang lebih sesuai
melalui penyelidikan tindakan, guru dapat meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti pengajaran pada masa depan
Sa mb. penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru menguji ramalan pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih untuk meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam profesion keguruan hasil dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain
Prinsip-Prinsip Penyelidikan Tindakan
Inkuiri kritikal dalam penyelidikan tindakan adalah ditumpukan kepada kefahaman guru sebagai penyelidik dan orang-orang yang berkaitan terhadap masalah pendidikan yang timbul.
Di dalam proses penyelidikan tindakan, penggunaan pemikiran kritis dan reflektif adalah unsur utama untuk penilaian kendiri serta masalah pendidikan dalam kajian.
Prinsip kolaboratif harus dititik beratkan agar dapat samasama mencari cara penye lesaian untuk masalah pendidikan yang dihadapi bersama-sama oleh guru-guru di sekolah.
Penyelidikan tindakan harus dijalankan dimana tempat yang berlakunya masalahpendidikan dan diusahakan oleh guru yang menghadapi masalah pendidikan tersebut sebagai fasilitator utama.
Sa mb. Didalam proses penyelidikan tindakan, guru-guru yang terlibat harus bertukar-tukar pendapat dan berkongsi hasil dapatan supaya mencapai kesefahaman dalam perbincangan serta penetapan keputusan muktamad. Kedudukan penyelidik dan orang-orang yang terlibat dalam kajian adalah sama. Amalan berkongsi kuasa dan prinsip demokrasi adalah diutamakan dalam segala proseskajian dan tindakan kerja.
Peranan-peranan peserta dalam penyelidikan tindakan
mengenalpasti dan menganalisis masalah yang terdapat dalam kurikulum ataupun aktiviti pengajaran di bilik darjah
merancang dan membentuk strategi untuk penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran
melaksanakan dan menguji strategi untuk digunakan
menilai keberkesanannya
membuat refleksi terhadap dapatan kajian secara berpasukan
membuat kesimpulan dan mengenalpasti masalah-masalah baru
mengulang kitaran kedua (kadangkala) sehingga kemajuan amalan telah mencapai tahap yang dianggap memuaskan
melapor hasil yang diperolehi, dan jika perlu, menyediakan kertas kajian berdasarkan hasil perbincangan supaya diterbitkan dalam jurnal pendidikan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan hasil dapatan secara terbuka dengan pendidik-pendidik yang berminat.
Perlaksanaan penyelidikan tindakan salah satu usaha dalam peningkatan profesionalisme keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasinya dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahannya, demi mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Contoh-contoh Masalah Pendidikan untuk kajian
penggunaan bahan-bahan pelajaran penggunaan strategi, kaedah dan teknik mengajar pengurusan aktiviti kumpulan perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan penyediaan lembaran kerja dan penilaian pengurusan bilik darjah atau masalah displin
Kriteria-kriteria perlaksanaan penyelidikan tindakan
Topik kajian hendaklah berkaitan dengan masalah pengajaran yang sebenar ditunjukkan dalam bilik darjah.
Masalah pengajaran ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Ini bermakna penyelidikan tindakan harus dirancang dan dilaksanakan setelah masalah pengajaran berlaku.
Matlamat kajian hendak ditentukan dengan memastikan ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengajaran.
Penggunaan bahasa dan prosedur kajian hendaklah mudah supaya proses kajian dapat dilaksanakan dengan licin, di samping dapat menarik pengkaji lain menyertai diri mereka dalam kajian itu.
Skop kajian hendaklah spesifik dan berfokus kepada satu kes sahaja. Ini bermakna populasi kajian hanya meliputi sampelan rawak yang kecil.
Sa mb.
Sungguhpun tiada kawalan dikenakan dalam pembolehubah kajian, seelok-eloknya pembolehubah independen (pokok kajian yang tidak berubah dalam apa jua situasi) dan pembolehubah dependen (ciri atau nilainya tidak tetap) dihadkan kepada satu dengan satu. Misalnya kajian masalah displin (pembolehubah dependen) dalam kelas pemulihan.
Hubungkait teori pendidikan dengan amalan pengajaran.
Pastikan tema kajian tidak pernah diselidiki oleh orang lain dalam masa lampau.
Libatkan diri secara aktif dalam proses kajian; disamping mendapat kerjasama dan sokongan daripada rakan-rakan sejawat serta pihak sekolah.
Gunakan kemahiran pemikiran reflektif dalam setiap langkah penyelidikan tindakan.
Laksanakan proses penyelidikan tindakan secara saintifik.
Rekod semua maklumat dan dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanakan proses penyelidiakan tindakan Sebagaimana yang telah dihuraikan, proses penyelidikan tindakan, secara amnya, mengandungi empat peringkat utama, iaitu tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian, dan refleksi. Setiap peringkat merangkumi empat aspek, iaitu: Ungkapan dan penghuraian
Aktiviti dan amalan
Perhubungan sosial dan organisasi
Hasil dapatan
Prosedur Penyelidikan
Mengenalpasti keperluan untuk menjalankan penyelidikan. Mengkaji, mengesan dan menentukan tema, objektif dan hipotesis penyelidikan. Menyediakan dan merancang penyelidikan, iaitu:
Menentukan calon-calon untuk dikaji. Memilih pembantu untuk menjalankan kajian. Menentukan kaedah penyelidikan. Menentukan cara perlaksanakan penyelidikan. Menyediakan soalan-soalan dan alat kajian untuk digunakan dalam temu bual atau soalselidik. Menentukan kaedah pentafsiran. Menyediakan jadual pelaksanakan.
Melaksanakan penyelidikan berdasarkan jadual pelaksanakan disediakan. Mengumpul data dan membuat tafsiran serta kesimpulan. Menyediakan laporan.
Kaedah dan cara mengumpul data Kaedah-kaedah penyelidikan utama yang biasanya digunakan ialah soal selidik dan kajian kes. Kedua-dua kaedah ini berhubung rapat dengan cara mengumpul data. Misalnya, cara mengumpul data dengan kaedah soal selidik adalah berdasarkan satu set soalan yang dirancangkan mengikut tema kajian penyelidikan boleh mengemukan senarai soalan ini kepada calon dalam kajian secara lisan atau bertulis. Bagi kajian kes, mengumpil data boleh dijalankan dengan memeriksa rekod dan yang berkaitan, menemubual calon dan memerhati aktiviti dijalankan.
Garis panduan penyediakan format soal selidik
Arahan-arahan dalam soal selidik hendaklah jelas supaya responden dapat mengikutnya dengan tepat. Item-item dalam soal selidik hendaklah disusun daripada yang mudah kepada yang kompleks. Perkataan yang digunakan hendaklah mudah difahami dan setimpal dengan taraf pendidikan responden. Untuk memudahkan responden menjawab, berikanupaya contoh cara menjawab item tersebut. Soalan yang dikemukakan hendaklah boleh dijawab dengan secara ringkas supaya responden dapat menjawabnya dengan senang. Untuk memudahkan rujukan dan pentafsiran, halaman dan setiap item hendaklah dinomborkan mengikut sesuatu susunan yang sesuai. Soalan yang dikemukan hendaklah berdasarkan objektif soal selidik. Ini akan memastikan bahawa jawapan responden yang diberikan kemudian boleh di proses dan ditafsirkan mengikut tujuannya. Bayangan jawapan atau item negatif hendaklah dielakkan demi memastikan jawapan diberikan tidak menimbulkan prasangka, penyelewengan atau bias. Bentuk soal selidik, termasuk penggunaan kulit dan kertas, hendaklah menarik untuk menimbulkan minat responden menjawab.
Cara-cara membuat Analisis, Interpretasi dan Kesimpulan Proses menganalisis, menginterpretasi dan membuat kesimpulan hanya boleh dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada aktiviti soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul dengan cara ini akan dinyatakan dalam suatu bentuk statistik sesperti jadual atau perwakilan data, misalnya: histogram, graf garisan, carta palang dan sebagainya. Pentafsiran akan dibuat dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dirumuskan bedasarkan pentafsiran data. Membuat kesimpulan dan cadangan
Menginterpretasi dan mentafsir data
Menganalisis data daripada jadual atau perwakilan data
Menyatakan data dalam bentuk statistik
Penyediaan laporan Laporan penyelidikan ini biasanya mengandungi perkara seperti berikut:
Pengenalan topik kajian (Pernyataan masalah) Penghuraian tema/topik yang dikenal pasti Objektif dan tujuan penyelidikan Hipotesis kajian Kaedah penyelidikan yang digunakan Cara mengumpul data Data yang digumpulkan, disertakan bersama dengan rekod, dokumen dan borang soal selidik yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan Laporan atas analisis, interpretasi dan kesimpulan kajian Cadangan dan tindakan susulan berdasarkan pentafsiran, interpretasi dan kesimpulan
Kesimpulan
Kelebihan penyelidikan tindakan ini ialah: Mudah dijalankan di dalam tempat guru mengajar Tidak perlu menggunakan banyak masa dalam proses perancangan dan pelaksanaan Boleh memperolehi dapatan atau penyelesaian dengan cepat serta dalam tempoh yang singkat Praktikal dan dapat mengatasi masalah pengajaran dengan segera Boleh melibatkan rakan sejawat berusahasama secara kolaborasi Sesuai dengan perkembangan profesionalisme keguruan Menyelesaikan masalah mikrodalam masalah yang kompleks, demi membolehkan guru membina serta kemahiran mengajar mengikut masa sendiri, melalui beberapa tahap dalam penyelidikan tindakan berlingkaran
Guru sebagai Pengamal Reflektif
Amalan refleksi amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar kearah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Konsep refleksi Dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Proses Refleksi Pedagogi
Kefahaman Mengenalpasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi Kefahaman baru Membuat atau merancang pengubahsuaian, peningkatan atau tindakan susulan
Refleksi Refleksi terhadap tindakan yang diambil
Penilaian Menilai tindakan yang diambil
Transformasi Merancang tindakan pedagogi
Pelaksanaan Melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan yang dirancang
Pemikiran Reflektif
Menurut Birchall(1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbang segala kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Seseorang yang dikatakan berfikiran reflektif boleh dilihat daripada tindakan seperti berikut: Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada Mengemukakan soalan kendiri Mengusulkan hipotesis dan andaian Mengemukakan pelbagai kemugkinan penyelesaian yang wajar Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif PenyelesaianPemikiran kritis dan kreatifRenungan kembali refleksi (Pemikiran Metakognitif)Pemikiran ReflektifPerkaitan dengan pengalaman sedia ada
Berikut men unju kk an kom po ne n d an pro ses pem ik ira n r ef lekt if: Pemikiran Reflektif
Pemikiran kritis dan kreatif
Perkaitan dengan pengalaman sedia ada
Penyelesaian
Renungan kembali refleksi (Pemikiran Metakognitif)
Peringkat-Peringkat Pemikiran Reflektif Masalah
Proses pemikiran reflektif bermula
Membaca dan mentafsir maklumat
Memahami masalahmelalui pemikiran kognitif
Menentu dan menyusun maklumat
Memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis
Mencari hubungan
Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan masalah
Mencadang hipotesis
Penggunaan pemikiran kritis dan kreatif
Membukti hipotesis
Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian
Menilai penyelesaian
Penggunaan pemikiran refleksi (metakognisi) untuk membuat keputusan atau menetap tindakan
Cara-cara Meningkatkan Pemikiran Reflektif
Memperkenal masalah-masalah terbuka Melatih pelajar supaya cekap menggunakan teknik penyelesaian masalah Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan mentafsir maklumat daripada data Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif untukmembentuk pelbagai hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi dan teknik refleksi untuk menilai kemungkinan penyelesaian Di dalam segala proses pemikiran reflektif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah, guru harus menggunakan teknik penyoalan supaya daya pemikiran reflektif pelajar dapat di pertingkat
Jurnal Reflektif
Ia adalah catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya.
Catatan ini bertujuan menbolehkan pelajar dan guru sendiri untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan.
Portfolio Reflektif merupakan salah satu jenis jurnal yang biasanya digunakan didalam latihan perguruan.
Misalnya, semasa mengikuti kursus perguruan, guru pelatih dikehendaki melaksanakan tugasan yang di kenali sebagai Kerja Khusus Berfolio(KKB) bagi matapelajaran pengkhususan dan ilmu pendidikan.
Ia adalah sebagai bukti pengalaman pembelajaran yang dapat mencerminkan perkembangan pemikiran dan pembelajaran.
Ciri-ciri portfolio reflektif
Terdiri daripada bahan-bahan yang terpilih sahaja Menunjukan sejarah perkembangan pembelajaran guru pelatih dalam satu jangka masa yang diberikan Berstruktur dan tersusun mengikut cara atau aturan tertentu Terdapat bukti yang guru pelatih telah menerima bimbingan daripada pensyarah sepanjang tempoh pembelajarandan latihannya Terdapat bukti kobolarasi antara guru pelatih dengan rakan, guru, pakar dalam bidang tertentu dan pihak lain Mengandungi banyak penulisan, catatan dan komen reflektif yang tercetus daripada pemikiran yang serius dan mendalam Mengandungi bukti atau hasilan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Pembelajaran Seumur Hidup: Budaya Ilmu
Budaya ini boleh dioperasikan dalam enam jenis bidang, iaitu: Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri. Budaya berfikir: iaitu sentiasa berusaha meningkatkan dan memperkayakan pemikiran sendiri melalui proses analisis, sintesis dan kritis. Budaya belajar: iaitu sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengetauan dan kemahiran melalui berbagai proses pembelajaran. Budaya berkarya: iaitu sentiasa berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli masyarakatnya. Bermusyawarah: iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan tentang hal pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah dalam semangat berpasukan. Refleksi: iaitu proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan daripada kajian kes pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahannya, dan mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahan tersebut.
E – Pembelajaran Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi pendidikan demi menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Diantara jenis pendidikan baru diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer, Pendidikan Terbuka, pendidikan Radio dan Televisyen, On-Line Tutorial dan sebagainya.
Internet Internet adalah singkatan internetwork dalam Bahasa Inggeris. Ia berfungsi senagai jaringan perantaraan, iaitu sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer berkomunikasi secara global dengan pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat, membekalkan gambar atau filem dan sebagainya.
Kegunaan Internet Ia dikenal pasti dalam empat kategori yang utama:
Kegunaan Pendidikan Kegunaan Am •Carian penerimaan maklumat •Menerbit dan membekal maklumat •Menulis dan menjawab •Kolaboratif
•Urusan maklumat pendidikan, penyelidikan, pembelajaran interaktif. •Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan penyelidikan •Mengemukakan soalan, menjawab soal selidik. •Pembelajaran kolaboratif, penyelesaian masalah pendidikan secara usahasama.
Pendidikan Jarak Jauh Ia dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melalui Siaran. Pendidikan Jarak jauh ini biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu: Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan atau televisyen satelit, guru dapat menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan pelajarnya. Pengedaran bahan pelajaran dalam bentuk bercetak, rakaman pita, rakaman video atau menyediakan program dalam disket komputer ke pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumahnya.
Pendidikan Terbuka
Radio merupakan alat bantu mengajar yang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa. Berbanding dengan radio, televisyen merupakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan dalam peranan penyampaian pelajaran. Selain melatih murid mendengar, mereka juga boleh menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti pelajaran yang khusus. Murid dapat menggunakan kedua-dua pancaindera yang penting, iaitu deria penglihatan dan pendengaran, untuk mengikuti program pendidikan dengan cara yang lebih berkesan. Justeru itu, penggunaan televisyen bukan terhad untuk pengajaran bahasa tetapi juga meliputi semua matapelajaran yang lain. Program pendidikan melalui radio dan televisyen dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penggunaan Komputer dalam Pendidikan
Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bidang, seperti:
Komputer membantu pendidikan (computer aided education CAE) Iaitu menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pengajarannya. Di samping itu, teknologi dan sistem komputer yang canggih pula diaplikasikan dalam banyak bidang pengurusan pengajaran – pembelajaran. Budaya komputer akan menjadi sama penting seperti penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira masa kini. Bagi generasi masa depan yang tidak ada budaya komputer akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat mereka.
Sa mb. Komputer membantu pengajaran (computer assisted instruction, CAI) Ia adalah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Teknologi dan sistem komputer adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru disini hanya mereka bentuk program, pelajar menggunakan komputer belajar program itu, dan komputer merupakan alat perantaraan di antara guru dengan pelajar. Modul-modul adalah dirancang dalam bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu, permainan dan penyelesaian masalah.
Sa mb. Oleh kerana modul pengajaran adalah digunakan oleh pelajar untuk mempelajarinya, maka komputer membantu pengajaran pula dikenali sebagai komputer membantu pembelajaran (computer aided learning, CAL). Komputer Mengurus Pembelajaran(computer manage instruction, CMI) Teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul data dan menbuat analisis serta nilai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan pelajaran, situasi pengajaran –pembelajaran dan interaksi murid dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam akiviti pengajaran – pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sa mb. Komputer membantu pengujian (computer assisted testing, CAT) Terknologi dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu: Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Komputer digunakan untuk memilih soalan dari item bank dan menayangkan soalan demi soalan dalam monitor komputer. Murid menggunakan komputer menjawab soalan tersebut, kemudian diperiksa dan di beri markah oleh komputer. Dengan cara ini, keputusan pelajar dapat dikesan dalam masa singkat.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kursus Dalam perkhidmatan dan Kursus Dalaman Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar dan berbeza. Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia dan berani akan meningkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru. Jadi, kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri haruslah dihadiri oleh guru. Contohnya ialah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Peningkatan Profesionalime Keguruan. Kursus seperti ini sudah tentunya akan membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara tidak langsung juga, peningkatan kmahiran itu akan bertambah lagi apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang menghadiri kursus seperti ini.
Kerjasama Profesional: Kolaborasi Peningkatan Kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama. Kerjasama ialah sikap saling membantu atau tolongmenolong. Jadi, kolaborasi berbentuk profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat pendidikan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif, koperatif dan kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah.
SEK IA N TER IMA K ASI H