TUGASAN 1- PENULISAN AKADEMIK 1.0
PENGENALAN PROFESIONALISME GURU
Berdasarkan pembentangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee bin Malik tentang hala tuju kedua,
Kementerian akan menjadikan ketinggian kualiti (high quality) sebagai hala tuju yang
perlu dicapai bersama. Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi dan keberkesanan. Amanat beliau tentang ketinggian kualiti lebih menjurus kepada profesionalisme guru untuk merealisasikan hala tuju kedua ini. Hal ini kerana profesionalisme guru sangat berkait rapat dengan ketinggian kualiti yang terkandung dalam hala tuju kedua. Aspek pertama iaitu kecemerlangan bermaksud kecemerlangan pelajar supaya potensi mereka dapat dicapai tanpa mengira kebolehan dan minat, kecemerlangan pendidik, kecemerlangan institusi dan kecemerlangan sokongan sistem daripada pentadbiran dan staf-staf sokongan. Kecemerlangan ini harus dilihat dari semua aspek dan peringkat. Oleh hal yang demikian Profesionalisme guru harus diberikan fokus dalam meningkatkan kecemerlangan murid demi mencapai tujuan hala tuju kedua. Pada aspek kedua iaitu relevensi, konsep pembelajaran yang baik mestilah sentiasa releven di setiap masa dan tempat serta tidak terikat dengan konsep four walls of room. Maka Guru yang professional perlu mempunyai mindset bahawa dunia ini ialah kelas pembelajaran sepanjang hayat. Guru mestilah berusaha untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berfikiran tinggi, yang membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang relevan dengan keperluan industri, serta mempunyai tempatan (local genius) yang mampu berdaya saing di peringkat global. Peranan guru yang professional sangat penting untuk mengajar murid dengan memastikan aspek releven diberikan perhatian. Akhir sekali aspek keberkesanan disini memberi makna bahawa guru yang profesional mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam apa jua kerja yang diamanahkan. Sebagai contoh, guru dapat mengajarkan ilmu kepada murid-murid menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang menarik dan berkesan. Hasilnya, murid mengalami perubahan tingkah laku yang lebih baik dan menjadi lebih positif serta ilmu pengetahuan mereka bertambah.
1
2.0
ANALISIS CABARAN-CABARAN MASA KINI
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi dan atasi dalam konteks pendidikan masa kini. Antaranya ialah memastikan profesionalisme keguruan terjaga dan boleh dipastikan ia memberikan impak yang besar kepada sekolah dan murid-murid. Hal ini kerana terdapat guruguru yang sudah ditugaskan tidak menunjukkan amalan profesionalisme yang sepatutnya dan melanggar kod etika keguruan. Ini dibuktikan melalui pelbagai isu-isu yang berlaku pada hari ini. Ini boleh merendahkan profesion guru dan mencabar kualiti profesionalisme guru. Selain itu, cabaran penumbuhan guru-guru swasta juga cukup membimbangkan kerana kerajaan tidak boleh memastikan sejauh mana profesionalisme guru-guru swasta sebagaimana yang digariskan oleh kementerian dan sudah pasti silibus juga tidak dapat dipantau dan ditambahbaik sebagaimana yang dikehendaki Kementerian Pendidikan untuk mencapai halatujuhalatuju yang telah dibentangkan. Seterusnya guru juga menghadapi cabaran dalam usaha untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berfikiran tinggi, yang membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang relevan dengan keperluan industri, serta mempunyai tempatan (local genius) yang mampu berdaya saing di peringkat global. Tuntutan ini sangat mencabar kepada para guru kerana ia memerlukan usaha yang bersepadu dan efektif dengan menggunakan kaedah pengajaran yang terbaik. Penguasaan dalam bidang STREAM (Science – Technology – Reading – Engineering – Arts –Mathematics) juga menjadi cabaran untuk guru. Hal ini kerana STREAM menjadi kayu ukur kepada daya saing sesebuah negara. Buktinya, dalam Laporan Forum Ekonomi Dunia 2017 telah menyatakan bahawa sebanyak 65 peratus kanak-kanak yang berada di sekolah rendah hari ini akan bekerja dalam bidang baharu yang berlandaskan STREAM pada masa hadapan apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan kelak. Tidak dapat tidak, untuk bertarung di pentas global, dan membawa Malaysia ke persada antarabangsa, penguasaan bahasa Inggeris ialah nilai tambah yang sangat relevan dan mustahak di sekolah dan universiti. Maka Penguasaan Bahasa inggeris juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan guru-guru hendaklah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana menurut Lane (2018), bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang ditutur oleh
2
1.5 juta penduduk dunia malah bahasa tersebut juga berada di tangga ketiga dalam kategori 10 bahasa yang paling banyak ditutur di dunia. Menurut Alis (2016), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman yang serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Oleh itu, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi dan menyahut cabaran kementerian untuk berusaha memanipulasi teknologi seperti blockchain, kepintaran buatan (Artificial Intelligence – A.I.) dan penjagatan internet (Internet of things) supaya dapat memberikan pengajaran yang bermakna dan terkini kepada murid.
3.0
KESAN TERHADAP HAK PERKEMBANGAN DAN HAK PENYERTAAN KANAK-
KANAK Berdasarkan cabaran-cabaran yang dinyatakan tersebut, timbul beberapa kesan kepada perkara 28 didalam Hak Kanak-kanak iaitu hak perkembangan dan hak penyertaan kanak-kanak dalam pendidikan. Antara kesannya ialah berlaku diskriminasi terhadap kanak-kanak kerana terdapat guru yang tidak menjaga profesionalisme guru dan melanggar kod etika keguruan. Diskriminasi ini mungkin berlaku di dalam hak perkembangan mahupun di dalam hak penyertaan kanak-kanak di dalam pendidikan. Tambahan pula dalam institusi pendidikan swasta yang sukar untuk dijamin hak ini betul-betul terjaga dan ditunai sebaiknya. Contohnya kemasukan pelajar ke institusi mungkin berlaku diskriminasi seperti mengenakan bayaran yang mahal, memilih golongan tertentu sahaja dan lain-lain lagi. Begitu juga pada hak perkembangan pelajar mungkin berlaku samada mereka betul-betul memastikan hak itu tertunai ataupun tidak kepada murid-murid sesuai dengan kehendak semasa. Selain itu, hak perkembangan pelajar juga tidak akan ditunaikan sebaik mungkin seandainya guru tidak menguasai aspek-aspek yang penting dan tidak mampu menghadapi cabaran-cabaran masa kini seperti penguasaan bahasa inggeris, bidang STREAM, penguasaan dan penggunaan ICT. Murid-murid tidak mampu dikembangkan dan dipertingkatkan nilai,kualiti dan kecemerlangan mereka lantaran guru yang tidak mampu menghadapi cabaran masa kini yang kian meningkat kehendaknya seiring dengan perkembangan masa dan sistem pendidikan
3
dunia. Jika kehendak-kehendak pendidikan ini tidak mampu dicapai maka perkembangan muridmurid tidak akan berlaku sebagaimana yang diperlukan oleh murid-murid sesuai dengan tuntutan pendidikan pada hari ini. Ketidakupayaan guru dalam melahirkan murid cemerlang yang berfikiran tinggi, yang membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang relevan dengan keperluan industri, serta mempunyai tempatan (local genius) yang mampu berdaya saing di peringkat global, akan memberikan kesan kepada hak perkembangan kanak-kanak kerana mereka tidak mendapatkan hak yang sepatutnya dari segi perkembangan ilmu dan minda. Sekiranya guru mampu melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada hak perkembangan kanak-kanak.
4.0
PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
Terdapat lima peringkat perkembangan guru mengikut Trotter (1986) iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir, dan peringkat pakar. Berdasarkan kepada peringkat-peringkat tersebut, saya perlu merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya saya sebagai panduan perancangan saya setelah melangkah ke alam pendidikan yang sebenar nanti. Pelan ini sangat penting untuk menetapkan halatuju kerjaya saya dan memberikan gambaran yang jelas untuk masa hadapan saya dalam profesion ini sekaligus menepati kehendak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam rangka kandungan Hala Tuju Kedua: Ketinggian Kualiti Sebagai Pemangkin Kecemerlangan,Relevensi dan Keberkesanan. Berikut merupakan lakaran pelan pembangunan diri dan kerjaya saya:
4
PERINGKAT NOVIS •Melanjutkan pelajaran di IPG •Mengambil kemahiran asas pendidikan •Memahami Istilah-istilah di dalam pembelajaran Pendidikan Islam •Memahami beberapa teori penting dalam pendidikan
PERINGKAT NOVIS LANJUTAN -Mempraktikkan Teori secara amalan praktikum -menambah maklumat tentang PdPc -Mendapatkan kemahiran ICT dan Inovasi -Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
PERINGKAT MAHIR Gred DG48-DG54 -Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Usul Fiqh -Mampu menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik -Melibatkan diri dalam program Pembelajaran Abad ke-21 dan juga KBAT -Melibatkan diri dalam seminar penyelidikan dan Inovasi peringkat kebanggsaan dan Antarabangsa
PERINGKAT CEKAP Gred DG41-DG44 -Mula berkhidmat sebagai guru secara rasmi dan mempunyai kelayakan. -Memiliki pelbagai strategi PDPc dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza. -Melibatkan diri dalam Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) dan Program Transformasi Minda (PTM)
PERINGKAT PAKAR Gred Khas Jusa C •Menjadi individu yang berautoriti dalam profesion ini serta idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. •Mampu menyusun dan menangani maklumat yang banyak dengan baik •Mengikuti Kursus Keupayaan Guru Cemerlang Gred Khas C 5
Rujukan
Advokasi, B. P. (n.d.). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Forum, W. E. (2017). World Economic Forum Annual Meeting 2017 Responsive and Responsible Leadership. Geneva: World Economic Forum. Huitt, W. (2007), Stages of Mastery: Educational Psychology Interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University Lane, J. (2018, November 14). The 10 Most Spoken Language In The World, daripada Babbel Magazine: https://www.babbel.com/en/magazine/the-10-most-spoken-languages-in-theworld/ Malaysia, K. P. (2016). Ringkasan Eksekutif Dokumen Awal Pelan Pembangunan Profesionalisme Keguruan . Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, K. P. (2019). Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019: Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua. daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4779-amanat2019 Peringkat-peringkat Perkembangan Guru. (2012). Diakses daripada Educate Story: http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-guru.html Memartabatkan Hak Kanak-Kanak (2016). Diakses daripada Utusan Online: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memartabatkan-hak-kanak-kanak1.198966.html
6