Peningkatan Profesionalisme Keguruan.docx

  • Uploaded by: hanna
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peningkatan Profesionalisme Keguruan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,591
  • Pages: 7
1.0 PENGENALAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.” -

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) muncul sebagai kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan Pendidikan daripada pelbagai sistem Pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2012). Pencapaian pelajar dalam keputusan TIMSS dan PISA menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, & dan rakan-rakan, 2016), dimana terdapat 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimun TIMSS bagi matapelajaran matematik dan sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5-7% pada tahun

2003.

Namun

pada

tahun

2015,

Malaysia

mencatatkan

peningkatan

memberangsangkan bagi subjek Sains dan Matematik dalam kajian penanda arasan Gred 8 (Malaysia Perbaiki Prestasi dalam Kajian TIMSS 2015, 2016). Hal ini meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai 39 negara peserta bagi pentaksiran TIMSS. Peningkatan ini berlaku hasil daripada usaha keras guru dan juga pelajar. Guru merupakan golongan pelaksana kurikulum yang mempunyai kedudukan terpenting dalam sistem Pendidikan formal kerana mereka menjadi teras yang menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan (Sufean Hussin, 1996).

1

2.0 AMALAN PROFESIONALISME DAN KOMPETENSI GURU DALAM MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID

Menurut Sufean Husin, profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan juga berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan

tanggungjawab

terhadap

pelajar,

sekolah

dan

masyarakat.

Profesionalisme pendidik mencerminkan satu proses di mana pendidik menerima tanggungjawab untuk meningkatkan dan membangunkan keupayaan profesional diri masing-masing. Kompetensi pula merujuk kepada pengetahuan kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau “personality traits” yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim).

Amalan Profesional Guru merupakan salah satu standard dalam Komponen Standard Guru Malaysia bagi melahirkan guru kompeten. Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Menurut (Standard Guru Malaysia, 2009), Domain diri merujuk kepada pegangan nilai guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Antara nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah percaya kepada tuhan, amanah, berilmu, bersemangat suka rela dan bertimbang rasa. Manakala 2

Domain profesion pula merupakan pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang professional dimana nilainilai seperti berketrampilan, integriti, mengamalkan sikap berpasukan, teladan, dan proaktif perlu ditekankan dalam diri. Domain sosial ialah guru yang berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat dan nilai-nilai yang perlu diamalkan ialah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotism dan cinta kepada alam sekitar. Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah mengadakan

kursus

peningkatan

professionalisme

keguruan.

Latihan

dalam

perkhidmatan sentiasa dikaitkan dengan peningkatan profesionalisme kerana ia dianggap sebagai satu usaha yang berterusan (Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah & Dr. Ahmad Zabidi b Abdul Razak, 2014). Latihan diperlukan apabila terdapat jurang diantara kompetensi, kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dimiliki oleh guru dengan apa yang dijangkakan daripada mereka (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, 2005), jurang tersebut dapat dirapatkan melalui latihan dalam perkhidmatan. Latihan atau kursus seperti kursus dalaman dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan dapat meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah melalui penguasaan teknik-teknik asas seperti teknik refleksi. Latihan ini membawa kepada perubahan dalam cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dimana guru akan menyediakan modul pengajaran yang sesuai bergantung kepada tahap pelajar di sekolah. Kursus-kursus ini juga membantu guru untuk menguatkan lagi asas-asas subjek yang diajari dan menguasai teknik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Namun, belakangan ini masalah guru mengajar subjek bukan opsyen semakin meningkat. Sebagai contoh, guru-guru yang bukan daripada bidang pengkhususan sains yang menjadi guru sementara dan menggantikan kekosongan tenaga pengajar terpaksa mengajar matapelajaran sains. Hal ini sangat berisiko kerana guru tersebut tiada asas sains langsung. Sungguhpun KPM menyediakan kursus keguruan bagi kes-kes seperti ini, cara pengajaran mereka dengan guru opsyen Sains adalah berbeza. Hal ini mengundang masalah kepada pelajar bagi memahami subjek tersebut. Hal ini juga menyebabkan pencapaian PISA dan TIMSS semakin merosot saban tahun. Menurut Muhammad Sahari, satu daripada kompetensi pengajaran yang sering diutarakan pemikir, penyelidik, pengamal dan pembuat dasar pendidikan adalah keupayaan pendidik menaksir, menguji, dan menilai prestasi dan pencapaian pelajar yang dapat membantu pelajar membina ilmu secara progresif dan berterusan. Pentaksiran ini penting bagi membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zalika Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006) dan 3

pemberian gred. Pentaksiran dijalankan secara bertulis mahupun lisan dapat menyedarkan guru mengenai kelebihan dan kelemahan setiap teknik pembelajaran yang digunakan supaya guru dapat memilih teknik dan kaedah yang sesuai semasa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Menurut Arasion (2000) pula, amalan pentaksiran terhadap pembelajaran ini menyebabkan berkembangnya budaya ‘teaching the test’ (mengajar peperiksaan) berbanding ‘teaching to the test’ (mengajar untuk peperiksaan). Tidak dinafikan, kebanyakan guru sekarang mengamalkan budaya teaching to the test yang menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi pencapaian ini mungkin hanya sekadar pencapaian palsu. Hal ini demikian kerana pelajar lebih menjurus kepada menghafal segala fakta yang berkaitan dengan subjek dalam peperiksaan bukan memahami sepenuhnya isi kandungan pelajaran yang disampaikan (Mohamad Azhar Mat Ali, & Shahrir Jamaluddin, 2007). Hal ini juga menyebabkan pelajar tidak dapat berfikir secara kreatif dan sukar untuk menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penggunaan budaya teaching the test dapat melahirkan pelajar yang menuntut ilmu untuk membangunkan diri dan negara, bukan untuk menjawab kertas peperiksaan semata-mata. Seterusnya, guru sentiasa peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajara Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat (Noor Mazlan Ahmad Zanzali). Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Teknologi moden seperti komputer mempunyai pelbagai fungsi seperti menyimpan, memproses dan mempersembahkan data atau hasil kerja guru yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Satu Latihan perkembangan profesionalisme guru disediakan bagi melatih guru menggunakan peralatan teknologi serta software yang dibekalkan oleh kerajaan ke setiap sekolah di Malaysia (Dr. Abdul Said Ambotang, & Muliyati Timbang, 2017). Penggunaan ICT sangat berkesan untuk pelajar millenia kerana ia membuka ruang kepada guru untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang akan menjamin pembelajaran afektif dimana pelbagai bahan digunakan, bukan hanya tertumpu pada buku teks semata-mata. Pelajar lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih Nampak gambaran sebenar melalui paparan yang ditunjukkan. Pelajar juga akan lebih minat untuk belajar kerana terdapat banyak animasi yang boleh menarik minat pelajar. Dengan kemudahan internet, guru boleh memaparkan video-video seperti alam kehidupan haiwan bagi membuka mata pelajar untuk melihat sesuatu perkara secara jelas. Hal ini menimbulkan kefahaman yang tinggi bagi pelajar.

4

3.0 KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan, terdapat amalan profesionalisme dan kompetensi guru yang berkesan dan ada juga yang tidak berkesan. Untuk melahirkan pelajar yang menjadi hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia, guru perlu banyak mengikuti kursus peningkatan professionalisme keguruan yang dianjurkan KPM, bijak dalam penggunaan ICT di dalam bilik darjah dan mentaksir pelajar melalui budaya teaching the test bukan teaching to the test. Pelajar yang cemerlang dapat dilahirkan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar dalam pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Diharapkan pentaksiran pada tahun 2019 berlaku peningkatan yang memberangsangkan melebihi pencapaian pelajar semasa pentaksiran tahun 2015.

5

RUJUKAN Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah: Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang. Dr. Abdul Said Ambotang, & Muliyati Timbang. (5 Julai 2017). Cabaran dalam Meningkatkan transformasi profesionalisme keguruan masa kini. Retrieved from pressreader.com: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170705/281943132907494 Gronlund, N. E. (2006). Assessment Of Student Achievement (8th ed.). Boston: Pearson Education, Inc. Malaysia Perbaiki Prestasi dalam Kajian TIMSS 2015. (29 November 2016). Retrieved from mstar.com: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/29/timss/ Mohamad Azhar Mat Ali, & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan Pentaksiran Untuk Pembelajaran Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 19-37. Mohamad Sahari Nordin. (n.d.). Meninggikan Profesionalisme Pendidik Menerusi Peningkatan Kempetensi Pengajaran. Gombak: International Islamic University Malaysia. Retrieved from iium.edu.my: http://irep.iium.edu.my/4774/2/Meninggikan_profesionalisme_pendidik_menerusi_peningkatan _kempetensi_pengajaran.pdf Noor Mazlan Ahmad Zanzali, & Noraziah binti Kassim. (n.d.). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, & dan rakan-rakan. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford fajar Sdn Bhd. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. (2005). Retrieved from jpa.gov.my: http://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp05/bil06/PPbil06.pdf Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Roslan Abu Hassan. (2014). KOMPETENSI GURU BUKAN OPSYEN YANG MENGAJAR KEMAHIRAN TEKNIKAL DI KOLEJ VOKASIONAL NEGERI PAHANG . Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Saedah Siraj, & Mohammed Sani Ibrahim. (n.d.). Standard Kmpetensi Guru Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, & Dr. Ahmad Zabidi b Abdul Razak. (October 2014). Aspek Kesesuaian Latihan dalam Perkhidmatan dan Hubungannya dengan Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Retrieved from researchgate.net: https://www.researchgate.net/publication/311614008/download Standard Guru Malaysia. (2009). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Sufean Hussin. (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6

7

Related Documents


More Documents from "Silvi Elvionita"