م ِ ن الَّر ِ سم ِ الل ْ ه الَّر ْ ِب َ ح ِ ْ حي ِ م PEMELIHARAAN KHAZANAH WARISAN INTELEK MADRASAH BANDAR DAMAI - 111 Pondok Generasi Baru Kualiti kedua yang disebutkan itu adalah yang paling rumit dijayakan berbanding dua yang lain. Pondok mempunyai kemampuan kearah itu dan telah membuktikannya sejak zaman yang lama. Disamping keadaan itu sebenarnya pondok telah lama tidak berkembang selari dengan perkembangan zaman. Banyak unsur-unsur baru perlu ditambah untuk menambah nilainya. Menyedari keadaan ini ramai pencinta sistem pondok cuba untuk melakukan pembaharuan dengan niat memajukannya supaya lebih tersusun dan mesra dengan masyarakat moden sekarang ini. Setakat ini saya tidak nampak satu pun yang benar-benar berjaya. Walaubegitu cubaan-cubaan ini perlu diteruskan. Perubahan Positif Pada dasarnya perjalanan pondok tradisi hendaklah diteruskan. Perubahan didalam system pondok hendaklah mengambil kira suasana warak yang sedia ada, cara berpakaian dengan memakai sarung, baju melayu atau jubah serta berkopiah atau serban yang tidak berwarna-warni, rambut sentiasa pendek atau dicukur. Ini sangat penting. Ramai pondok baru mementingkan pembangunan prasarana dan penampilan terutama sekali membina bangunan madrasah yang hebat. Ini saya kira pembangunan yang kedua penting. Pembangunan ilmiah mesti didulukan. Saya melihat yang benar-benar perlu dalam hal ini adalah menambah bukan membuang apa yang sedia ada. Penambahbaikkan yang perlu itu seperti : • Subjek yang dikira baru. 1- Fekah perbandingan, 2- Usul Dakwah, 3perbandingan agama, 4- Falsafah, 5- Sirah, 6- Ulumul Quran. Sekurangkurangnya membaca sendiri teksnya. • Bahasa Ingeris. Dengan mempelajari satu dua teks berbahasa Ingeris seperti pada perbandingan agama atau tafsir quran. • Teks moden. Perlu digunakan teks moden sekurang-kurangnya satu teks pada subjek asas seperti fekah, tauhid, tasawwuf, tafsir. Menggunakan teks yang digunakan diuniversiti pada subjek ilmu alat seperti Usul Fekah Usul Tafsir, Mustalah Hadith dan Mantiq, kerana ia lebih ringan dipelajari. Teks tradisi akan dijadikan rujukkan. • Hafalan. Memasukkan bahan penulisan moden untuk dihafal, seperti teks ceramah ilmiah, petikan dari novel atau komik. Ini selepas selesai sukatan hafalan biasa.
• • •
• •
•
Pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM diminta untuk mengambilnya. Ini kerana ilmu tahap ini penting didalam dunia ilmiah, bukan sekadar untuk pekerjaan. Kelas tuisyen boleh disediakan. Program baca sendiri. Beberapa buku karangan ulamak semasa ditentukan untuk dibaca sendiri oleh pelajar. Seperti setahun dua buah. Perunding ilmiah. Tugasnya menilai perkembangan ilmiah pelajar baru. Menasihatinya tentang cara belajar, mengesan kelemahannya dan mencadangkan apa yang perlu dia buat untuk menggunakan peluang pengajian disekitanya. Dalam program pengajian pondok yang fleksibel pelajar perlu sentiasa peka dengan kemampuan dan kelemahan diri sendiri dan kreatif dalam memajukannya. Ada pelajar yang keliru lalu memberi penekanan kepada apa yang tidak sesuai dengan keperluan dirinya. Perkara ini benar-benar difahami oleh orang yang telah lepas tahap-tahap ilmu. Pelajar kena bertemu dengan perunding ini setahun dua kali. Tidak kena cara memajukan diri akan mengakibatkan masa yang lama dengan hasil yang tidak berpadanan. Latihan menulis. Didalam dua bentuk, menterjemah arab-melayu, melayu arab, dan mengarang, dalam bentuk yang ringan. Sekurang-kurangnya satu tugasan diberikan didalam setahun. Latihan baca kitab. Pelajar yang membaca kitab perlu diberi kelas latihan khas, untuk dinilai kemampuannya dan kelemahannya dan diberikan tunjuk ajar, supaya dia cepat mahir. Caranya dengan mengujudkan kelas untuk kelompok elit pelajar berasaskan kemampuan ilmiah. Kelompok ini akan melatih kelompok yang dibawah. Jika kelompok pertama itu sepuluh orang maka kelompok dibawahnya seratus orang. Ini juga akan mengujudkan satu motivasi belajar, setiap pelajar berusaha untuk meletakan diri pada kelompok elit ini Pengajian Jawi dan kuliah dakwah. Membangunkan kuliah aliran jawi untuk pelajar yang dikenalpasti kurang mampu menguasai bahasa arab dengan baik. Teks jawi yang ada sangat banyak cukup untuk menjadi bahan kita mendalami ilmu ugama untuk tahap guru bagi masyarakat umum. Teks sesuai dijadikan teks pengajian dan yang lain untuk rujukkan. Pengajian jawi ini juga akan dibentuk untuk menyamai kuliah dakwah dengan memasukkan unsur-unsur yang perlu.
Tempoh Pengajian. Tidak ada had tempoh belajar dipondok. Seorang pelajar akan belajar hingga dia puas hati dan merasakan tidak ada peningkatan bagi dia lagi. Pada zaman yang serba cepat ini keadaan ini tidak sesuai. Satu tempoh perlu diletakkan dan dirancang padanya agar semua ilmu rata dipelajari. Tempoh yang ideal untuk pengajian pondok adalah tujuh tahun, termasuk dua tahun pengajian persediaan. Dengan perancangan yang betul didalam tempoh ini semua teks popular dipondok telah rata dipelajari. Pengajian persediaan dua tahun. Teks yang diguna, nahu : Ajrumiah, Mukhtasar Jiddan, Syeikh Khalid, Kafrawi, Mutammimah Ajrumiah, 'Asymawi, saraf : Tasrif, Matan
Bina, Matan Izzi dan Kailani, fekah : Minhajul Qawim dan Fathul Qareeb, dan hadith : Matan Arbai'en. Ini adalah secara ringkas. Pengajian Penuh lima tahun. Teks yang digunakan, nahu : Azhari, Qatar, Syuzur, Syarah Ibnu 'Aqil, fekah : Fathul Mui'en, Tahrir Tuhfah Tullab, Kifayah al Akhyar, al Iqna', Tafsir al Jalalain, hadith : Riadhussolehin, Jawahirul Bukhari, al Azkar, Usuluddin : Syarqawi Hudhudi, Kifayatul 'Awam, Tuhfatul Murid. Ini adalah secara ringkas. Teks subjek lain tidak bermasaalah dari segi tempoh masa pengajian kerana nipisnya. Setiap satu subjek lain diajarkan satu atau dua teks didalam tempoh lima tahun ini. Teks fekah kerana tebal dan banyaknya akan diajarkan tiga teks didalam satu masa, dan dibacakan dengan dua cara; teks lebih nipis dibaca dengan halus dengan tujuan menganalisa aspek bahasanya, dan teks yang lebih tebal dibaca dengan ringan supaya cepat khatam. Masa pengajian harian. Kelas-kelas pengajian bermula dari selepas sembahyang subuh hingga ketengah malam. Enam hari seminggu, sepuluh bulan setahun. Tidak boleh dibuat jadual pengajian seperti sekolah atau universiti. Seorang pelajar yang komited sanggup belajar lapan jam sehari. Ini secara ringkas. Jentera Perlaksanaan. Untuk perlaksanaan pakej penuh program ini diperlukan tiga orang guru sepenuh masa, dengan kelayakkan mampu membaca teks-teks tersenarai. Diperlukan juga guru sambilan untuk sokongan. Pondok dan Universiti. Pelajar pondok akan digalakkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti untuk meningkatkan lagi ilmu mereka dan untuk mematangkan pengalaman mereka. Universiti adalah tempat dinama cerdik pandai dunia berkumpul mengajar dan belajar, dimana ilmu diadun untuk mendapat hasilan ilmu yang lebih luas dan cemerlang, perbincangannya melangkaui mazhab, tempat dinama kajian isu-isu semasa setakat mana kesesuaiannya dengan syara', maklumat seluruh dunia sampai keuniversiti. Mengiktiraf dan Memanfaatkan Pelajar Pondok yang berjaya. Usaha untuk mengiktiraf pelajar pondok yang berjaya didalam pengajian oleh pihak berkuasa sangat penting. Mereka ini orang yang telah berjaya mencapai taraf ilmu agama yang tinggi yang sukar untuk membina seorang pelajar sampai kepadanya, dan tentu sekali dapat menyumbang jasa kepada masyarakat. Tetapi oleh kerana tidak ada pengiktirafan dan masaalah kewangan mereka tidak bergiat secara maksimum atau menyambung pelajaran keuniversiti. Saya yakin terdapat beratus bekas pelajar pondok pernah mengajar dipondok berada di Malaysia. Selain bantuan kewangan saya cadangkan beberapa langkah perlu diambil: • Langkah pertama : kumpulkan mereka ditemuduga dan diiktiraf berdasarkan kemampuan ilmiah mereka. • Langkah kedua : sediakan satu program khusus untuk memuatkan kualiti tambahan seperti bahasa Ingeris, arab komunikasi, perbandingan agama, matematik, sains dan falsafah. Ini cukup dengan tempoh setahun.
•
Langkah ketiga : hantar mereka keTimur Tengah melanjutkan pelajaran, atau dapatkan mereka tempat untuk mengajar.
Mengiktiraf Pondok. Pondok-pondok yang berselerak diseluruh Nusantara pernah memainkan peranan yang amat penting didalam pendidikkan ummah dan didalam mepertahankan ummah dari serangan fahaman penjajah, dan sekarang masih lagi berperanan seperti itu walaupun kurang dari segi pengaruhnya. Ketika kita tidak punya sekolah dan universiti yang dalam bentuk sekarang ini pondok adalah tadika, sekolah dan universiti. Pondoklah yang mencorakkan pemikiran ummah, membentuk jati dirinya hingga dapat menolak unsur-unsur luar yang memudharatkan. Semua pondok-pondok ini berjalan dengan corak asas yang sama, sukatan pelajaran asas yang sama dan bahasa yang sama. Jika kita perhatikan ia seperti sebuah institusi pendidikkan yang besar, seperti sebuah universiti terbuka. Teks yang anda pelajari di Kelantan adalah juga yang dipelajari di Fatani, Acheh, Jawa, Maluku, Sulu, Kemboja, Burma dan selainnya. Walaupun setiap pondok itu ada kekurangannya tetapi pondokpondok ini saling melengkapi sesama mereka. Anda boleh belajar di Fathani kemudian sambung belajar di Jawa. Kita perlu dapat menubuhkan sebuah pondok yang benar-benar tersusun, lengkap prasarana dan tenaga pengajarnya, maka kita boleh menjadi menyatukan semua pondokpondok yang berselerak ini. Pondok ini akan mengajarkan teks-teks pondok peringkat tinggi. Pondok lain yang lebih kecil operasinya boleh ditubuhkan untuk mengajarkan teks-teks peringkat rendah. Langkah yang perlu diambil: • rasmikan satu sukatan teks yang perlu dipelajari, • tambahkan kualiti-kualiti yang kita rasakan perlu seperti asas bahasa Ingeris, • tubuhkan satu lembaga peperiksaan, untuk menguji dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar pondok, • bentuk rangkaian hubungan dengan pondok-pondok yang berselerak itu, • dapatkan pengiktirafan dari pusat-pusat pengajian tinggi seperti al Azhar. Pelajar boleh belajar dimana sahaja tetapi untuk pengiktirafan yang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan mereka perlu mematuhi standad yang kita sediakan. Dengan cara ini kita meletakkan institusi pondok ketempat yang sewajarnya dan yang penting sekali kita telah menggunakan asset kita dan tidak mensia-siakannya. Juga kita telah berjaya membentuk satu institusi pengajian antarabangsa. Institusi ini juga boleh dijadikan pusat penyebaran bahasa dan budaya Melayu kerana teks Melayu turut diajarkan. Untuk menyemarakkannya boleh dijemput dua tiga orang pelajar dari segala etnik Melayu dipelusuk asia tenggara dan minoriti Melayu yang telah hilang identiti mereka, bahasa dan budaya, seperti Mindanao, Kemboja, Laos, Myanmar, Fathani, Setul, Senggora, Krabi, Puket, Ligor, Sri Langka, Surinam, Pulau Krismas, Afrika Selatan dan lain, sebagai wakil masyarakat mereka. Pondok sebagai pertubuhan. Pondok bermula dengan seorang tok guru dan seorang anak murid. Prasarana mengikut kemudian. Secara tradisinya pondok adalah milik
individu iaitu tok guru. Segala-galanya bergantung dengan tok guru, dari segi ilmu, pentadbiran dan ekonomi. Orang lain membantu tok guru. Mereka tidak punya kuasa, hanya membantu. Ini membuatkan tok guru mudah membentuk pondok dan pelajar mengikut acuannya. Inilah status pemilikkan pondok yang telah berkhidmat kepada ummah sejak sekian lama. Malangnya status pemilikkan ini telah menyumbang kepada keuntuhan banyak institusi pondok. Masaalahnya bila tok guru meninggal dunia pemilikkan bertukar kepada warisnya. Jika ada diantara waris itu yang boleh menggantikan tok guru pada tugas mengajar maka ia selamat buat satu generasi lagi. Jika tidak, pondok semakin malap. Orang berkelayakkan sebagai tok guru lebih suka mencari tempat baru untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan membuka pondok baru, dengan alasan mudah pengurusan. Ditambah pula tapak pondok telah menjadi tempat tinggal orang-orang tua dan pelajar yang berkeluarga membuatkan ruang untuk pelajar semakin sempit. Mengatasi masaalah ini elok jika pondok ditadbir sebagai pemilikkan awam atau wakaf. Zaman akhir ini sukar kita boleh kita temui seorang yang mempunyai kualiti tok guru yang sempurna, kemahiran ilmu-ilmu tradisi Islam berada pada individu-individu yang berlainan. Ini juga sebab kenapa pondok perlu ditubuhkan diatas landasan persatuan atau yayasan. Dua tiga orang bergabung untuk mengajar dan mereka saling melengkapi. Orang lain pula menyokong usaha ini dari segi pentadbiran, pembanggunan prasarana dan pengurusan kewangan. Walaubagaimanapun struktur pertubuhan ini tidak boleh mengikut struktur pertubuhan yang biasa, konsep "pondok tok guru, orang lain tolong tok guru" mesti dikekalkan, secara semangat. Tok guru mesti mempunyai kuasa pemutus pada perkara yang berkaitan pengajian dan perkara-perkara pentadbiran yang besar. Selain daripada hirarki organisasi yang biasa perlu diujudkan "dewan tok guru" yang menempati tok guru yang sebenar. Semua perkara besar mesti diluluskan oleh dewan ini. Jawatan tertinggi juga iaitu pengurusi mesti diisi oleh guru yang paling disegani. Maknanya jika kita menerima seorang sebagai tok guru didalam pertubuhan kita maka kita kena sedia menghormatinya dan merendah diri kepadanya. Jika tidak begini keadaannya maka saya rasa sesuatu institusi itu bukannya dibangunkan sebagai kesinambungan pondok. Perkara ini perlu didetilkan. Oleh kerana tok guru atau ustaz tidak mempunyai kuasa didalam pentadbiran maka banyak madrasah baru yang ditadbir sebagai pertubuhan yang terbengkalai kerana tok guru menarik diri bila golongan pentadbir menunjukkan kuasa mereka dan tidak memperdulikan pendapat tok guru, lebih-lebih lagi menyasar dari matlamat penubuhan. Tok guru perlu menentukan cara perjalanan pondok dan hala tujunya jika belum dibincangkan ketika penubuhannya dengan detil. Pengurusan Kewangan. Hendaklah diujudkan dua tabung kewangan. Pertama tabung pembangunan prasarana, dan diuruskan oleh pentadbiran. Kedua tabung kebajikkan, dan diuruskan oleh majlis tok guru. Tempat gunanya : gaji guru, dan kebajikkan pelajar.
Setiap sumbangan atau dari pendapatan dari sumber lain dibahagikan 65 peratus untuk tabung pembangunan, 35 peratus untuk tabung kebajikkan. Jika sesiapa mempunyai pandangan dan pendapat yang berkaitan tajuk ini sila hubungi saya :
[email protected].