Laporan Kursus Kepimpinan Ketua

  • Uploaded by: azman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Kursus Kepimpinan Ketua as PDF for free.

More details

  • Words: 1,100
  • Pages: 14
1. PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.1.1

Peranan ketua kelas dan penolong ketua kelas sangat penting dalam memastikan kelancaran pengurusan kelas. Pengurusan kelas yang terancang dan tersusun boleh mewujudkan suasana kelas yang kondusif, dan secara langsung dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, di bawah HEM melalui Unit Pengurusan Kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura (Bestari) (SMKEB) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas sebagai satu usaha meningkatkan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas di SMKEB.

1.1.2

Pengisian seperti ceramah kepimpinan dan aktiviti-aktiviti berbentuk simulasi telah dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Kursus Kepimpinan yang telah dilakukan selama 3 jam ini telah dapat memupuk sifat seorang pemimpin di kalangan peserta kursus. Hal ini selaras dengan matlamat Unit Pengurusan Kelas SMKEB supaya dapat melahirkan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang berdedikasi dalam memegang amanah yang diberikan kepada mereka.

1.2 Objektif 1.2.1 Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menganjurkan Kursus Kepimpinan ini. Di antaranya ialah; a) Membina sahsiah dan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas. b) Mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran ketua dan penolong ketua kelas. c) Memperkemaskan kelancaran pengurusan dan organisasi kelas khasnya dan sekolah amnya. d) Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kumpulan sasaran supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin kelas.

1

1.3 Ahli Jawatankuasa

JAWATANKUASA KURSUS KEPIMPINAN SMKEB 2008 Pengerusi

: Puan Kalsom Abd. Aziz (Pengetua)

Timbalan Pengerusi

: En. Kwok Chee Yen (Pen. Kanan HEM)

Penyelaras Unit

: Puan Jurianah Jalil Cik Shahida Salwani Zakaria

Penyelaras Program

: En. Azman bin Abas

Penolong Penyelaras Program

: Cik Darmawati Jumadi

Setiausaha

: Cik Noorhuda Ghawi

Bendahari

: Pn. Hasna Yunus

Ahli Jawatankuasa Peralatan dan Dewan

: En. Mohd Rafaei Isa : En. Khairulasyraf Ismail

Pendaftaran

: Cik Idawany Ahmad

Cenderahati dan Sijil

: Pn Chin Lee Ken : Pn Agatha Lucien

Kudapan dan Jamuan

: Pn. Anis Juge : Cik Maslinda Malda

Pengerusi Majlis

: Pelajar (dibimbing oleh Cik Maslinda)

Dokumentasi

: Cik Wan Suharti Wan Kamaruddin

AJK Pengelola Aktiviti

: Cik Darmawati Jumadi

Fasilitator

: En. Muhamad Azainizam Zamri Cik Latipah binti Ayob Cik Noorshahida Mohd Zuki Pn. Lim Thing Thing

2

2. LAPORAN AKTIVITI 2.1 Kumpulan Sasaran 2.1.1

Dalam kursus ini, kumpulan sasaran adalah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dari semua kelas menengah rendah dan menengah atas termasuk lah Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam Atas. Para pelajar telah dimaklumkan tentang program ini dan mereka diminta melengkapkan Surat Kebenaran daripada ibubapa masing-masing.

2.2 Tentatif Program 2.2.1

SMKEB telah mengadakan kursus ini pada 19 April 2008 bersamaan dengan hari Sabtu. Program yang telah bermula seawal pukul 7.30 pagi ini didahului oleh Pendaftaran peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua dan Penolong-penolong Ketua Kelas dari semua tingkatan. Seramai 118 orang murid mengambil bahagian dalam kursus ini dan seramai 22 orang guru terlibat secara keseluruhannya.

2.2.2

Seterusnya, Ceramah Kepimpinan telah diaturkan sebagai program pembukaan. Pihak pengurusan berbesar hati telah menjemput En. Morjani Mokri, iaitu Kauselor Sekolah sebagai penceramah untuk slot pertama ini. Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar melakukan tugasan secara berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Escapisme, Rakit dan Kapal Karam. 2.2.2.1 Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikat seperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masingmasing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafia tersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat tali melepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan para pelajar. 2.2.2.2 Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapat mebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapal yang hampir karam dan mereka perlu memilih individu yang tersenarai yang perlu dibuang. Dalam hal ini, pelajar dikehendaki membincangkan secara berkumpulan dan mencapai keputusan bersama individu mana yang perlu dibuang dan alasan mereka memilih individu terbabit.

3

2.2.2.3 Rakit merupakan aktiviti yang memerlukan sekumpulan pelajar berada di atas beberapa helai surat khabar. Terdapat beberapa individu lain yang akan mengoyakkan ”rakit” tersebut. Namun, sebagai ahli kumpulan yang saling membantu dan berkerjasama, mereka dikehendaki berpelukan antara satu sama lain bagi memastikan ahli kumpulan tidak terkeluar dari ”rakit” tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar supaya bersikap tidak mementingkan diri sendiri dan saling memerlukan walaupun ketika susah mahupun senang. 2.2.3

Selepas pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan yang telah dirancang, sedikit jamuan makan tengahari telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.

2.2.4

Sebagai acara penutup, ucapan penangguhan oleh GPK HEM SMKEB iaitu En. Kwok Chee Yen. Di akhir program ini juga, upacara penyampaian sijil telah dilakukan oleh beliau kepada wakil pelajar sebagai menghargai peyertaan mereka di dalam program ini.

4

3. LAPORAN KEWANGAN

3.1 Perbelanjaan Selain daripada perbelanjaan untuk kudapan, bajet peralatan untuk menjalankan aktiviti sepanjang program ini berlangsung juga termasuk dalam jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dirancang.

Perbelanjaan ini merangkumi

jumlah yang diperuntukan bagi guru-guru dan para pelajar yang terlibat. Berikut merupakan laporan perbelanjaan berkaitan Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan

PER KEPALA

JUMLAH

KUDAPAN

PERKARA Air Mineral

96

RM 0.50

RM 48.00

Jamuan Pelajar

96

RM 1.50

RM 144.00

Jamuan Guru dan Penceramah

22

RM 5.00

RM 110.00

Cenderahati

1

RM 20.00

RM 20.00

Fail

96

RM 0.50

RM 48.00

Pen

96

RM 0.50

RM 48.00

Marker Pen

10

RM 3.00

RM 30.00

DAN LOGISTIK

BIL.

PERALATAN

Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 2008.

JUMLAH KESELURUHAN

5

RM 448.00

4. PENUTUP

4.1 Penutup Secara keseluruhannya aktiviti Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 2008 ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua pihak yang terlibat terutamanya ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama dan komitmen yang memberangsangkan bagi menjayakan program ini. Penglibatan guru–guru dan para pelajar amat memuaskan dari awal sehingga ke akhir program ini berlangsung. Sesungguhnya, program seperti ini wajar diadakan serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program ilmiah ini sangat berguna untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

__________________

_________________

( WAN SUHARTI BINTI WAN KAMARUDDIN )

(EN. KWOK CHEE YEN)

6

LAMPIRAN BERGAMBAR TAKLIMMAT PROGRAM

Taklimat daripada Cik Darmawati PENDAFTARAN PESERTA

Pelajar mendaftar di Kaunter Pendaftaran 7

CERAMAH KEPIMPINAN

En. Morjani memberi ceramah kepada pelajar

Penyampaian sijil kepada Pencermah Jemputan

8

LATIHAN DALAM KUMPULAN AKIVITI 1: ESCAPISME

Taklimat aktiviti kepada pelajar

Guru-guru melakukan demonstrasi aktiviti Escapisme

9

AKTIVITI 2: KAPAL KARAM

Pelajar melakukan kerja berkumpulan

Pelajar membincangkan strategi kumpulan masing-masing

10

AKTIVITI 3: RAKIT

Aktiviti Rakit

Pelajar berpelukan semasa menjalankan

11

JAMUAN MAKAN

Penyedian makanan oleh Puan Anis

Pelajar menikmati amuan makan tengah hari

12

PENTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Ucapan penangguhan oleh GPK HEM, En. Kwok

Penyampaian sijil kepada wakil peserta

13

SESI BERGAMBAR

Barisan guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam Kursus Kepimpinan 2008

14

Related Documents


More Documents from "Yat Cumil"

December 2019 34
Modul 7.docx
December 2019 34
Mind Map
June 2020 18
Majalah Quantum Smkbp 2008
December 2019 29