1
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan bergembira kerana dengan kurnia dan hidayah-NYA berjaya jua kami menyiapkan satu kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Piagam Madinah: Asas Kepada Perpaduan”.
Terlebih dahulu kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Syaidatun Nazirah Abu Zahrin yang mengajar kursus Hubungan Etnik (ZZZT1043) set 17, yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami. “Terima kasih atas cabaran”.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada staf-staf Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) yang telah membantu mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kertas kerja ilmiah ini dan telah menyediakan tempat untuk kumpulan kami membuat perbincangan berkenaan tajuk kertas kerja ilmiah ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Wacana Ilmu di Keris Mas kerana menyediakan sumber rujukan yang sangat bermanfaat, tidak lupa juga kepada rakan-rakan satu fakulti kerana membantu kami dari segi memberi tunjuk ajar, meminjam laptop dan sebagainya. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik mereka semua.
2
Akhirnya, kami mengharapkan dengan wujudnya kajian ilmiah ini, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami semua tentang asas perpaduan kaum dengan melihat Piagam Madinah sebagai model dan langkah-langkah pembentukan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia antara Cina, India dan Melayu. Akhirnya, Islam juga dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim mengikut acuan Islam, melalui al-Quran dan al-Sunnah. Keharmonian ini penting supaya negara Malaysia dalam keadaan aman, makmur, maju dalam ekonomi, sahsiah dan stabil dari segi politik. Semoga negara Malaysia dapat membentuk perpaduan yang jitu sebagaimana yang telah ditunjukan masyarkat Madinah. Insyaallah.
3
PENDAHULUAN
Kertas kerja ilmiah ini membincang tentang persoalan kerjasama antara pelbagai kaum atau pelbagai segmen di dalam sesebuah negara bagi mewujudkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Bagi negara atau masyarakat yang mempunyai kepelbagaian dalam masyarakatnya dan mempunyai perbezaan budaya, bahasa, agama, mazhab, dan cara hidup akan menyebabkan wujudnya kelompok masyarakat yang berpecah-pecah. Menurut smith masyarakat pelbagai kaum ataupun masyarakat plural wujud apabila, ... a formal diversity in the basic or compulsory institution. The basic institution system embraces kinship, education, religion, property and economy, recreation and certain sodalities and culture (Smith 1965). Apa yang dijelaskan Smith ini ialah masyarakat pelbagai kaum mempunyai perbezaan atau segmented. Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan konflik antara kaum. Melalui kertas kerja ilmiah ini dapat menghuraikan bagaimana sesebuah negara yang pelbagai segmen mengeratkan hubungan antara segmen.
Kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Piagam Madinah: Asas Kepada Perpaduan” memberi fokus kepada masyarakat di Madinah dan perbincangan mengenai Piagam Madinah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam, berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Ia juga membincangkan mengenai persoalan kerjasama antara masyarakat di Madinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan sebelum ini sering bertelagah, berkelahi, dan bergaduh sesama sendiri. Kertas kerja ini melihat bagaimana Piagam Madinah dijadikan sebagai asas bagi membentuk perpaduan di kalangan penduduk di kota Madinah.
4
Perbincangan juga melihat perpaduan dalam konteks negara di Malaysia dan sejauh mana Piagam Madinah boleh dijadikan rujukan kepada kita untuk membentuk ikatan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang secara umumnya dikategorikan kepada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata terdapat sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik. Sekiranya tiada usaha-usaha untuk menguatkan perpaduan antara kelompok ini, bila-bila masa sahaja akan berlaku keretakan seperti kejadian 13 Mei 1969.
Topik ini penting diperbincangkan kerana ia menghuraikan tentang isu semasa iaitu mengenai kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam sesebuah pemerintah. Ia juga menganalisis kandungan Piagam Madinah dan membuat perbandingan dengan Perlembagaan Malaysia. Ia juga penting dibincangkan untuk mengetahui sama ada Perlembagaan kita mengikut prinsip-prinsip Islam. Topik ini juga penting dibincangkan kerana menghuraikan bagaimana Islam mempunyai kemampuan untuk memecah tembok atau benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia dengan Piagam Madinah dijadikan sebagai satu model penyelesaian yang berasaskan Al-Quran dan Al- Sunnah. Sekali gus dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim mengikut acuan Islam, melalui prinsip kebebasan beragama.
5
BAB SATU PIAGAM MADINAH DAN PERPADUAN
1.1
PENGENALAN
Kertas kerja ilmiah ini memberi fokus kepada masyarakat majmuk di Madinah dan juga di Malaysia. Apabila kita merujuk kepada apa yang wujud dalam masyarakat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW, kita akan dapati masyarakat tersebut memiliki ciri-ciri masyarakat majmuk. Hai ini adalah berdasarkan masyarakat tersebut terdiri daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi dan Parsi. Bangsa-bangsa ini pula berpecah kepada beberapa kelompok seperti bangsa Arab terdiri daripada Muhajirin dan Ansar. Kelompok Ansar pula terbahagi kepada suku Aus dan Khazraj. Begitu juga dengan kaum Yahudi. Anda juga pendapat yang membahagikan masyarakat Madinah kepada tiga kelompok iaitu Muslim, Munafik dan bukan Muslim. Masyarakat Madinah bukan sahaja berbeza dari segi keturunan dan bangsa, mereka juga menganut berbilang agama seperti Islam, Yahudi, Kristian dan sebagainya.
Bagi masyarakat di Malaysia pula, secara umumnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Di kalangan etnik-etnik ini pula mengamalkan sistem hidup yang berbeza di samping agama dan kebudayaan tradisional masing-masing. Disebabkan perbezaan agama ini telah membawa kepada perbezaan fahaman, budaya dan cara hidup yang sukar untuk disatukan. Masyarakat Melayu amnya kebanyakan menganut agama Islam, masyarakat Cina menganut Buddhism, Comfusesm, Kristian serta berbanga dengan semangat kecinaan. Masyarakat India pula menganut agama Hindu, Kristian dan Islam. Menurut Prof. Madya Hj Azam Hamzah, beliau membahagi penduduk Malaysia kepada dua kategori utama, iaitu penduduk peribumi dan bukan peribumi. Penduduk peribumi sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu. Selain orang Melayu, terdapat juga pelbagai kumpulan etnik peribumi lain seperti orang Asli di
6
semenanjung, dan pelbagai etnik peribumi di Sabah dan Serawak. Penduduk bukan peribumi terdiri daripada orang Cina, orang India serta sebilangan kecil etnik-etnik lain.
1.2
PIAGAM MADINAH
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi atau negara yang berasaskan rakyat harus mempunyai sebuah perlembagaan yang mengatur dan menjadi petunjuk bagi sesebuah negara. Tidak mungkin sesebuah negara dianggap sebagai demokrasi sekiranya tidak mempunyai suatu perlembagaan. Sebaliknya, suatu negara yang tidak mempunyai perlembagaan, akan dikatakan negara yang diktator, anarki dan autokrasi. Persoalannya di sini, bilakah perlembagaan muncul di dunia ini? Para sarjana sering kali melihat kemunculan perlembagaan yang pertama di muka bumi ini pada abad ke 18 iaitu apabila lahirnya Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1787 dan Perlembagaan Perancis pada 1795 (Zainal Abidin 1973). Ada pula yang mengatakan Perlembagaan pertama yang muncul ialah pada abad 13, apabila munculnya Magna Charta dari Inggeris pada 1215, sebagai perlembagaan tidak bertulis (Convention or unwritten Constitution) yang pertama.
Menurut satu penyelidikan, piagam politik yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan yang pertama kali muncul ialah pada abad ke 7. Bukan di Amerika Syarikat atau Perancis dan bukan pula di Inggeris, tetapi perlembagaan yang pertama itu lahir di sebuah kawasan di Asia, iaitu di Arab, sebagai suatu persetujuan bersama antara masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai suku, puak dan agama. Menurut Zainal Abidin(1973), Piagam Madinah dianggap sebagai Perlembagaan yang pertama di dunia. Ia mendahului Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perancis hampir 12 abad sebelumnya, bahkan ia mendahului Magna Charta Inggeris, hampir 6 abad. Para sarjana barat turut bersetuju dengan pendapat ini, W. Montgomery Watt merujuk kepada kerajaan berkata “ negara Islam yang pertama muncul dalam abad ke 7, dengan suatu Perlembagaan yang pertama yang dipanggil sebagai Piagam Madinah”.
7
Asas kepada pembentukan negara Islam Madinah adalah sebuah dokumen bertulis yang dipanggil Sahifah Madinah atau Piagam Madinah. Piagam Madinah secara umumnya bermaksud piagam atau perlembagaan yang ditulis secara rasmi dalam sejarah dunia. Dalam Sirat Rasulullah SAW oleh Ibn Ishaq (150/767) dan Al-Sirah AlNabawiyyah oleh Ibn Hisyam (218/834) piagam atau sahifah dari segi istilah Arab merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Dalam bahasa inggeris piagam ini disebut sebagai The Charter Of Madinah atau The Constituation of Madinah atau secara ringkasnya disebut The Charter, The Document atau The Covenant. Piagam ini dianggap dokumen bertulis kerana menetapkan batas undang-undang, prinsip-prinsip asas pentadbiran dan garis kerja menjaga keamanan al-Madinah sebagai sebuah negara berdaulat.
Dari segi sejarah, asas kepada pengubalan piagam ini adalah dibuat dalam dua pihak iaitu pihak pertama adalah rasulullah SAW sendiri manakala pihak kedua adalah antara orang Islam dengan orang Yahudi di satu pihak dan orang Islam sesama Islam, yakni antara Muhajirin dan Ansar di pihak yang lain. ketiga-tiga gologan ini dipanggil ahl al-Sahifah menunjukkan mereka sendiri mempersetujui piagam yang digubal pada tahun 622 Masihi bersamaan 1 Hijrah walaupun tarikh sebenar terbentuknya piagam ini masih belum jelas kerana ahli sejarah seperti Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisham tidak menyebut secara teperinci namun apa yang pasti pigam ini wujud di awal tempoh pemerintahan kepimpinan nabi. Sebelum wujudnya piagam ini, terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan faktor dalam membentuk negara Islam Madinah. Permulaan dalam peristiwa penting ini adalah Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Perjanjian ini wujud kerana beberapa rombongan penduduk Madinah telah menemui Nabi Muhammad SAW dan menyatakan keimanan mereka kepada nabi.
Selain itu, beberapa rentetan peristiwa seperti penentangan yang hebat oleh kaum Quraisy Makkah terhadap Rasulullah SAW dan penganut Islam serta jemputan penduduk
8
Madinah telah mendorong Nabi Muhammad untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah. Bandar Madinah sebelum kedatangan nabi telah diberi nama Yastrib merupakan bandar pilihan sebagai tempat hijrah kerana kesesuaian sama ada dari segi agama, moral dan sosioekonomi. Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana Allah SWT telah disifatkan sebagai orang yang beriman dan berjihad dan mereka ini diberikan rahmat oleh Allah SWT. Maka peristiwa hijrah inilah yang menjadi pemangkin dalam merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah.
Pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Madinah telah dipersetujui secara sebulat suara oleh masyarakat Madinah. Nabi dilihat bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi seorang pemimpin yang berhemah tinggi. Hal ini telah menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian lama. Pemilihan tersebut merupakan cabaran yang berat dan besar bagi nabi untuk menyebarkan dakwah islam kerana Madinah pada ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum yang sememangnya berbeza fahaman. Maka lahirlah Piagam Madinah yang telah menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang terunggul baik dari segi bahasa mahupun isinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan anggun, di samping mampunyai susunan undang-undang yang lengkap dan kuat menyerlahkan keistimewaannya walhal pengarangnya iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang ummi(tidak tahu membaca).
Perlembagaan ini telah menyatukan penduduk Madinah. Piagam ini mengatur hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan semua gejala buruk dapat dihapuskan. Piagam ini juga menetapkan konsep persamaan antara semua orang sama ada orang perseorangan atau berkumpulan. Hal ini digambarkan dengan jelas oleh al-Shaykh Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti dalam bukunya yang bertajuk Fiqh al-Sirah Jilid 2 apabila beliau memilih Piagam Madinah sebagai asas terpenting dalam menguatkan kesatuan dalam penduduk Madinah selain pembinaan masjid dan persaudaraan muslim. Di samping itu, piagam ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada
9
perbezaan antara pemerintah dan yang diperintah. Konsep dalam Islam itu sendiri yang bersifat sama taraf menunjukkan Islam menganggap semua manusia tanpa mengira darjat atau pangkat adalah sama di sisi Allah SWT. Dengan ini penindasan dapat dielakkan seterusnya mewujudkan semangat perpaduan yang tinggi.
1.3
DEFINISI
1.3.1
Definisi Perpaduan
Sebenarnya perkataan perpaduan berasal dari perkataan ‘padu’ yang boleh diertikan sebagai mampat, pejal, tumpat, bergaul, berpadu, bercampur menjadi satu, teguh dan erat (Kamus Dewan 1989). Perpaduan boleh diertikan sebagai “satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam sesebuah unit politik”. Dalam tulisan Mohd. Ramley (1970/1), beliau mengambarkan perpaduan itu berdasarkan perhubungan yang sihat di antara kaum. Beliau membuat kesimpulan bahawa perpaduan itu merupakan “hidup percampuran dapat mengurangkan darjah prasangka dan menimbulkan hubungan yang sihat antara rasras yang berlainan”. Perpaduan ini bukan sahaja terhad kepada perpaduan dalam agama tetapi juga meliputi perpaduan wilayah, perpaduan ekonomi, perpaduan politik, perpaduan pendidikan, perpaduan kebudayaan dan perpaduan sosial. Sebagaimana yang terkandung dalam Piagam Madinah yang mewujudkan pelbagai perkara yang menjadi asas kepada perpaduan penduduk di Madinah. Dalam konteks perpaduan di Malaysia, Malaysia mencatat beberapa faktor yang membolehkan perpaduan kaum di capai di negara ini. Menurut Ismail Ab. Rahman (2002) antara faktor yang membolehkan perpaduan di capai di Malaysia ialah perpaduan melalui penghayatan dan amalan-amalan prinsip-prinsip Rukun Negara dan rancangan-rancangan pembangunan negara yang dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun rapi.
Berdasarkan beberapa definisi dan penjelasan terpilih ini yang boleh dianggap sebagai mewakili pandangan terbanyak kita dapat mengenalpasti ide-ide yang terkandung
10
dalam konsep perpaduan. Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat mengemukakan makna komprehensif perpaduan seperti berikut. Perpaduan ialah percantuman dan pengukuhan antara kaum atau segmen yang boleh membawa persamaan dan kesejahteraan.
1.3.2
Perpaduan Menurut Al-Quran
Dalam Islam sentiasa menekankan pentingnya perpaduan terutamanya di kalangan umat Islam itu sendiri dan juga antara umat lain. Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, terdapat banyak firman-firman Allah SWT yang menekankan keperluan perpaduan dalam mewujudkan keharmonian umat. Sebagai salah satu dasar perpaduan sebagaimana tersirat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “wahai manusia, sesunguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak, supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenali”. Surah al-Hujurat ayat 13.
Ayat ini menekankan bahawa Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku bukan untuk bermusuhan antara satu sama lain tetapi supaya mereka mengenal dengan mudah untuk mempertingkatkan kerjasama antara mereka dan bukan untuk mencerca antara satu sama lain. Pembahagian-pembahagian kelompok ini ialah untuk memudahkan rujukan atau pengenalan bukannya untuk perpecahan. Adapun manusia terbahagi kepada bangsa-bangsa, qabilah-qabilah dan keluarga adalah perkara biasa dan tabi’i. Mengasihi bangsa adalah fitri kejadian manusia, tetapi tidaklah meletakkan bangsa mengatasi segala-galanya, sehingga menindas kaum lain (Ibrahim 2001). Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
11
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah SWT dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah SWT mempersatukan hati-hatimu, maka jadilah kamu semua bersaudara kerana nikmat Allah SWT”. Surah Ali ‘Imran ayat 103.
Kedua-dua ayat tersebut menyatakan prinsip awal atau dasar perpaduan adalah supaya saling kenal mengenali antara satu sama lain. Untuk itulah Allah SWT menjadikan mereka berpuak-puak dan berkelompok. Adapun asas kebahagian yang tabi’i di dalam Islam bukan kerana keturunan atau keluarga atau satu umat, tetapi kebahagian yang sebenarnya ialah tertakluk kepada ketinggian peribadi dan ketinggian jiwa dari sampah nafsu. Inilah asas yang boleh mencantumkan seluruh manusia dan kemudiannya terbentuk sebuah masyarakat antarabangsa, seterusnya tertegak sebuah negara dunia.
1.3.3
Perpaduan Menurut Al-Sunnah
Perpaduan menurut Al-Sunnah juga bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam. Dalam konteks masyarakat di Madinah, perpaduan ummah bukan hanya kepada umat Islam. Menurut Piagam Madinah, orang Yahudi (bukan Islam) adalah ummah bersama-sama orang Islam. Ini bermakna bahawa perpaduan ummah meliputi golongan bukan islam yang hidup bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok masyarakat. Menurut Islam, sesiapa yang berakhlak baik dan mengerjakan amalan soleh berhak menerima penghargaan dan sanjungan sama ada dilahirkan di Timur atau di Barat. Manakala seorang yang melakukan keburukan dan perbuatan keji, dialah yang rendah dan hina tidak kira sama ada ianya kulit putih atau hitam. Di dalam hal ini Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam khutbah Haji Wida’ berhubung dengan prinsip ini: “Wahai manusia ingatlah bahawa tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu, ingatlah tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang ‘ajam dan tidak ada
12
kelebihan orang ‘ajam ke atas orang Arab dan tidak ada kelebihan orang yang berkulit hitam ke atas orang berkulit merah kecuali orang yang bertaqwa”.
Islam telah membuktikan bahawa Islam dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan sama rata di kalangan seluruh manusia. Bukti yang paling tepat dapat dilihat adalah melalui Piagam Madinah yang merupakan asas kepada perpaduan di kalangan masyarakat di Madinah. Islam telah membanteras seluruh saki baki perbezaan jenis warna kulit, bahasa dan kaum. Islam juga telah menhapuskan tembok pemisah masyarakat dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sombong dan menghina saudara yang lain. Lebih tegas lagi Nabi Muhammad telah memberi amaran keras kepada umat Islam yang memusuhi umat bukan Islam dalam sabdanya: “sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti aku, dan sesiapa yang menyakiti aku maka ia menyakiti Allah”.
Keutuhan dan perpaduan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ini dapat mewujudkan kehidupan yang baik antara muslim dan non muslim. Namun, ramai yang beranggapan bahawa perpaduan dalam Islam tidak melibatkan orang bukan Islam. Di dalam negara Malaysia misalnya, masih terdapat lagi yang mempersoalkan kerjasama antara orang Islam dan bukan Islam. Mereka mempersoalkan bahawa orang Islam tidak boleh berkerjasama dengan orang bukan Islam kerana mereka terdiri daripada golongan kafir. Keadaan inilah yang menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi, prasangka dan sebagainya. Dalam hal ini, umat Islam perlu memahami terlebih dahulu bahawa Islam muncul dan berkembang dalam masyarakat pelbagai agama, sama ada pada zaman Makkah, mahupun selepas Hijrah, iaitu zaman Madinah. Hal ini, memberi kefahaman yang jelas, bahawa kerjasama dan saling bantu membantu perlu untuk mencapai kehidupan yang harmoni dalam sesebuah negara. Ini bermakna perpaduan antara umat Islam dengan bukan Islam memang wujud. Kerjasama dan saling bantu-membantu adalah asas perpaduan masyarakat majmuk di Madinah. Kedudukan umat bukan Islam di Madinah juga diiktiraf dalam Perlembagaan Madinah dan hal ini
13
telah digambarkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “sesiapa yang menzalimi mu’ahad (iaitu yang ada perjanjian damai dengannya) atau mengurangi haknya, atau membebankan di luar kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa rela hatinya sendiri, maka akulah pembantahnya pada hari Kiamat” (Hadis riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)
1.3.4
Masyarakat Majmuk
Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam memahami konsep masyarakat Shamsul Amri (2007), telah mengariskan beberapa ciri-ciri masyarkat iaitu berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar), mempunyai kepimpinan, dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta). Berdasarkan pentakrifan ini, dapatlah kita memahami bahawa masyarakat Madinah ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Begitu juga dengan negara Malaysia. Menurut Kamus Dewan (1994) pula masyarakat majmuk boleh diertikan sebagai: “masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.” Definisi ini menjelaskan masyarakat majmuk yang merupakan gabungan daripada beberapa bangsa, agama, bahasa, dan sebagainya. Apabila kita merujuk kepada apa yang wujud dalam masyarakat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW, kita akan mendapati masyarakat tersebut memiliki ciri-ciri masyarakat majmuk. Ini adalah berdasarkan masyarakat tersebut terdiri daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi, Parsi dan Sebagainya. Menurut Abdul Latif (1998) antara unit-unit dan anggota masyarakat ini mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Antara hakhak dan tanggungjawab yang diutamakan oleh Islam ialah hak-hak untuk hidup,
14
kebebasan diri, maruah dan peribadi, kebebasan berfikir, beragama dan menyatakan pendapat, kebebasan bergerak, keadilan dan kehakiman, samarata, tanggungjawab menegak kebaikan dan mencegah keburukan, politik dan kenegaraan, ekonomi, perburuhan, keperluan asasi, pendidikan dan kekeluargaan.
15
BAB DUA KE ARAH PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH
2.1
PENGENALAN
Dalam bab ini, penulis memfokuskan kepada perbincangan mengenai ke arah pembentukan Piagam Madinah. Sebelum dibincangkan bagaimana Piagam ini dibentuk, haruslah diketahui bahawa piagam ini melibatkan pelbagai pihak antara kaum Aus dan Khazraj, puak Yahudi, Nasrani dan juga kaum Arab yang berasal dari Makkah. Adalah lebih baik jika diceritakan dahulu tentang asal usul pelbagai kelompok ini secara ringkas, sebelum diceritakan bagaimana Piagam Madinah dibentuk.
Madinah al Munawwarah pada asalnya dikenali sebagai Yathrib. Selepas Nabi Muhammad SAW membentuk kerajaan di Yathrib, baginda telah menukar nama Yathrib kepada Madinah al Munawwarah yang bermaksud ‘bandar bercahaya’. Yathrib ialah sebuah tempat yang mempunyai tanah yang subur dan air yang banyak disamping dikelilingi oleh kawasan batu hitam gunung berapi. Kawasan yang paling penting di kawasan ini ialah Harrah Waqim di Timur dan Harrah al Wabarah di Barat. Harrah Waqim lebih subur dan lebih diduduki berbanding Harrah al Wabarah. Sejak dari dahulu lagi Yathrib terkenal dengan kebun-kebun tamar, buah-buahan dan ladang bijirin. Yathrib juga turut berperanan sebagai tempat persinggahan kafilah-kafilah perdagangan di antara Yaman dan Sham atau Makkah dan Sham. Di dalam buku Sirat Al-Rasul dan Al-Khulafa Al-Rashidun (1999) Yathrib merupakan bandar kedua terpenting di al-Hijaz dan terletak kira-kira 500 km ke utara Makkah.
16
2.2
PENDUDUK DI MADINAH
Terdapat pelbagai jenis kaum atau kelompok di Madinah pada masa itu. Kehidupan mereka lebih bergantung kepada bidang pertanian. Kebanyakan mereka cuba merebut hak dan penguasaan terhadap tanah tanaman bagi menaikkan taraf mereka. Penindasan dan eksploitasi sering berlaku antara kaum di Madinah. Antara penduduk di Yathrib ialah puak Arab iaitu Aus dan Khazraj, Yahudi dan Nasrani. Dalam perbincangan ini, penulis hanya menyentuh dua puak utama iaitu kelompok Arab dan juga Yahudi. Penulis juga akan menyentuh kelompok Arab yang berasal dari Makkah iaitu kaum ‘Muhajirin’.
2.2.1
Penduduk Arab (Ansar)
Masyarakat Arab yang terbesar di Yathrib ialah kabilah Aus dan Khazraj yang berasal daripada keturunan al-Azd yang hebat di Yamen (Akram Diya al Umari 1992). Puak ini berpindah dari Yaman ke kawasan Utara pada masa yang berbeza. Perpindahan yang paling awal adalah pada 207 Masihi ketika Khuzaah berpindah ke Makkah.
Ahli
sejarawan masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai sebab perpindahan puak Azd. Sebahagian ahli sejarah berpendapat perpindahan kaum Azd adalah disebabkan kemusnahan empangan Ma’rib dan banjir al’ Aram. Sebahagian lagi mengaitkan perpindahan kaum Azd adalah disebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi serta penguasaan Rom ke atas laut Merah. Walaupun mereka berbeza pendapat tentang faktor penghijrahan kaum Azd, tetapi ahli sejarawan bersepakat tentang tarikh penghijrahan kaum Azd adalah selepas kedatangan Yahudi ke Yathrib. Masyarakat Yahudi terlebih dahulu menetap di Yathrib sebelum kedatangan Masyarakat Arab dari Yaman. Kelompok Arab ini berhijrah ke Yathrib pada akhir kurun keempat Masihi, manakala kelompok Yahudi mula berhijrah ke Yathrib sekitar tahun 70 Masihi. Sidyu pula menjelaskan tarikh perpindahan mereka pada 300 Masihi dan dominasi mereka di Yathrib pada 492 masihi. Terdapat beberapa perubahan di dalam ekonomi dan populasi yang menjurus kelebihan kepada Kaum Arab di Yathrib. Perubahan ini telah meningkatkan jumlah populasi mereka dan kekayaan mereka. Tiada statistik mengenai jumlah puak Aus dan Khazraj yang sebenar namun kedua-dua puak ini pernah menyediakan 4000
17
pahlawan Islam yang terdiri daripada orang lelaki dewasa ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah pada 8 Hijrah. Walaupun puak Yahudi mula menetap di Yathrib berbanding puak Aus dan Khazraj, terdapat sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa beberapa Masyarakat Arab seperti Bani Baliyy, Bani Sulaym dan Bani Ghassan telah mendiami kawasan berhampiran Yathrib sebelum kedatangan Yahudi (Anwar Zainal dan Wan Kamal 1999).
Puak Khazraj terdiri daripada beberapa suku seperti Malik, Ady, Mazin dan Dinar yang mendiami kawasan tengah dan utara Yathrib sementara puak Aus menduduki kawasan selatan dan timur Yathrib. Sebahagian besar masyarakat Arab di Yathrib berkecimpung dalam bidang pertanian di sebabkan faktor iklim yang tidak terlalu panas dan terdapat kawasan beroasis yang sesuai untuk tanaman seperti anggur, tamar, gandum dan lain-lain bijirin. Ini termasuk kegiatan penternakan kambing, biri-biri, lembu dan unta. Ada di kalangan mereka yang turut bergiat dalam bidang perdagangan memandangkan Yathrib mempunyai pasar-pasar perniagaan seperti Suq Bani Qaynuqa dan Suq al-Bazzazin. Ini ditambah pula dengan kedudukan Yathrib yang menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah pedagang-pedagang yang sentiasa berulang-alik di antara Yaman dan Sham.
Dalam aspek agama pula, umumnya kabilah Aus dan Khazraj mengikut fahaman yang dianuti oleh kabilah Quraish memandangkan peranan mereka sebagai penjaga ka’bah yang memimpin hal ehwal keagamaan dan ibadat ketika itu. kabilah Aus dan Khazraj menyembah dan memuja berhala Manat yang terletak di kawasan Banu Hadhyal di Qudayd. Bagaimanapum mereka tidaklah terlalu fanatik kerana amalan penyembahan tersebut hanyalah sebagai ikutan kepada Ahl Makkah. Penduduk Yathrib turut menyambut dan merayakan dua perayaan besar iaitu al-Nayruz dan al-Mahrajan yang berasal dari pengaruh parsi. Bagaimanapun setelah kedatangan Islam kedua-dua hari kebesaran tersebut digantikan dengan Ayt al-Fitr dan Ayd al-Adha.
18
2.2.2
ORANG YAHUDI
Terdapat pelbagai teori yang berbeza mengenai kaum Yahudi di Madinah dan di Hijjaz mengenai tempat mereka berpindah dan waktu mereka datang ke kawasan itu. Satu teori yang sering digunakan ialah perpindahan mereka dari al-Sham pada abad pertama dan kedua sebelum tahun masihi bermula setelah kaum Roman menguasai Syria dan Mesir pada abad pertama S.M. dan Nabateans pada abad kedua S.M. Kedatangan kaum Rom menyebabkan kaum Yahudi berpindah ke semenanjung Arab yang jauh dari kekuasaan Rom. Walaubagaimanapun, perpindahan kaum Yahudi ke Hijjaz meningkat setelah kegagalan pemberontakan Yahudi menentang Roman yang telah dihalang oleh pemerintah Titus pada 70 Masihi. Sebahagian Yahudi yang berpindah datang ke Yathrib. Sekumpulan Yahudi yang lain tiba ke Yathrib setelah kegagalan pemberontakan seterusnya pada pemerintahan Hadrian antara 132 hingga 135 Masihi. Kumpulan ini membentuk masyarakat Yahudi di Madinah dan di Hijjaz.
Terdapat tiga kumpulan atau suku terpenting orang Yahudi di Yathrib. Mereka ialah Bani al Nadir, Bani Qurayzah dan Bani Qaynuqa yang merupakan majoriti orang Yahudi di Yathrib. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah datang ke Yathrib dan menetap di situ kerana kesuburan tanah di situ dan kepentinganya sebagai laluan perdagangan ke Syria. Mereka menetap di Harrah Waqim yang teletak di timur Yathrib yang merupakan kawasan yang paling subur. Puak Yahudi yang terkenal ialah Qaynuqa, yang mempunyai pendapat yang bertentangan mengenai asal-usul puak mereka sama ada mereka ialah kaum yahudi yang berpindah ke Hijaz atau orang Arab yang telah bertukar agama kepada Yahudi. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah menganggap diri mereka sebagai golongan ‘Kahinin’ iaitu para pendita. Terdapat juga puak-puak kecil Yahudi yang lain seperti Bani Marthad, Bani Muawiyah, Bani Naghisah, Bani Za’ura dan Bani Tha’labah. Mereka ini dipercayai sebagai orang Arab yang terpengaruh dengan agama Yahudi.
Tidak terdapat maklumat mengenai jumlah Yahudi pada masa itu, namun berdasarkan buku sirah hanya menekankan jumlah pahlawan bagi setiap puak. Terdapat
19
700 orang bagi setiap puak Bani Qaynuqa dan Bani al Nadir dan diantara 700 hingga 900 bagi Bani Qurayzah. Jumlah bagi ketiga-tiga puak adalah lebih 2000 orang pahlawan (Akram Diya al Umari:1992). Sejak kedatangan mereka ke Yathrib, kebanyakan orang Yahudi berkecimpung dalam kegiatan pertanian. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah dikatakan memiliki tanah-tanah subur yang terdapat di selatan Yathrib. Bani Qaynuqa pula didapati bekerja sebagai peniaga-peniaga dan tukang emas serta mungkin juga sebagai tukang besi yang buat senjata. Walaupun orang Arab telah sedia ada di Yathrib, tetapi mereka lebih kecil berbanding bilangan orang Yahudi yang lebih mahir dalam pertanian. Mereka terpaksa hidup di bawah perlindungan orang Yahudi.
2.2.3
Orang Islam dari Makkah (Muhajirin)
Di dalam Masyarakat Madinah juga terdapat penduduk Islam yang berasal dari Makkah. Penghijrahan orang-orang Islam ke Yathrib adalah disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Quraysh yang telah sampai ke kemuncaknya. Adalah penting untuk mengekalkan keimanan orang-orang Islam yang lemah serta menjaga agamatersebut daripada ianya terkubur. Tambahan pula masyarakat Islam Yathrib telah menawarkan diri mereka untuk mempertahankan dan melindungi Islam. Sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW mendapat keizinan daripada Allah SWT untuk berhijrah, baginda telah membenarkan para sahabat untuk berhijrah ke Yathrib. Beberapa orang sahabat yang terdiri daripada pelbagai keluarga mengambil inisiatif untuk berhijrah sama ada secara bersembunyi atau terbuka mengikut keadaan masing-masing. Meskipun terdapat pelbagai halangan daripada pihak Quraysh tetapi sebahagian besar daripada orang-orang Islam akhirnya dapat berhijrah ke Yathrib (Ibn. Hisham 468).
2.3
YATHRIB SEBELUM PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH
Masyarakat Yahudi dan Arab merupakan dua buah komuniti besar di Yathrib. Pada peringkat awalnya hubungan kaum Aus dan Khazraj dengan masyarakat Yahudi berjalan baik dan mereka saling berkerjasama dalam bidang perniagaan dan pertanian. Orang Arab
20
yang sedia ada di Yathrib terpaksa hidup di bawah perlindungan orang Yahudi. Begitu juga dengan kaum Aus dan Khazraj yang mulanya terpaksa hidup di bawah naungan orang Yahudi. Mereka mengusahakan tanah-tanah yang kurang subur yang masih belum diteroka. Penghijrahan orang Arab secara beramai-ramai ke Yathrib menyebabkan kedudukan orang Yahudi terancam. Permusuhan mula timbul di antara orang Arab dengan orang Yahudi disebabkan soal tanah (O’ Leary 1973 dalam Sirat Al-Rasul dan AlKhulafa Al Rashidun). Orang yahudi meluaskan kawasan pertanian mereka dengan merampas tanah-tanah orang Arab. Hal ini sudah pasti tidak dapat dibiarkan oleh orang Arab. Selain itu, orang Arab telah dipujuk oleh orang Masehi di Syam di bawah kekuasaan Bizantium agar memusuhi kaum Yahudi. Orang Masehi membenci orang Yahudi kerana mereka mempercayai bahawa orang Yahudi adalah orang yang menyeksa dan menyalib Nabi Isa AS (Muhammad Hussain Hoekal 1979).
Penguasaan politik oleh orang Yahudi di Yathrib hampir lenyap apabila Malik bin al-Ajlan dapat menewaskan al-Fityun (raja Yahudi) yang membolehkan beliau menguasai segala bentuk pentadbiran dan urusan di Yathrib iaitu sekitar pertengahan kedua kurun keenam Masihi. Hal ini menyebabkan pihak Yahudi tidak berdaya menentang serta menjatuhkan mereka sebaliknya mengambil inisiatif mencetuskan permusuhan di antara kabilah Aus dan Khazraj. Puak Yahudi juga seringkali mendalangi beberapa siri peperangan yang panjang di antara kedua-dua pihak seperti peperangan Sumayr dan yang terakhir peperangan Bu’ath yang tercetus pada tahun kelima sebelum Hijrah.
Permusuhan antara kaum Aus dan Khazraj berlaku apabila puak Yahudi berjaya memerangi kedua-dua kabilah Aus dan Khazraj secara halus sehingga menimbulkan kebencian antara Aus dan Khazraj. Puak Yahudi cuba mewujudkan pergaduhan antara kedua-dua puak dengan mewujudkan api pergaduhan. Kaum Yahudi sedar akan bahaya yang sedang menimpa kaum mereka sekiranya orang Arab terus berkuasa di Yathrib. Oleh itu dendam orang Yahudi makin mendalam terhadap kaum Aus dan Khazraj, begitu juga dengan orang Arab terhadap orang Yahudi. Kaum Yahudi melihat peperangan
21
mereka dengan kaum Aus dan Khazraj sudah tentu akan menghapuskan kaum mereka dari Yathrib. Lebih-lebih lagi kedua-dua puak itu bersahabat baik dengan orang-orang Arab yang seagama dengan ahli kitab. Setelah penelitian terhadap keadaan mereka, mereka mendapati berperang bukanlah satu cara untuk menang dalam keadaan mereka. Oleh itu, mereka cuba memecah-belahkan orang Arab dengan cara menyebarkan fitnah dan provokasi di antara puak Aus dan Khazraj untuk menimbulkan rasa benci di kalangan puak Aus dan Khazraj dan usaha mereka berjaya. Oleh itu, kaum yahudi berjaya meyelamatkan diri. Ditengah-tengah permusuhan puak Aus dan Khazraj, kaum Yahudi boleh memperbesar perdagangan dan kekayaan mereka. Kuasa yang telah mereka hilang sebelum ini berjaya diambil kembali. Mereka mendalangi kebanyakan pertelagahan dan peperangan yang tercetus di antara kedua-dua pihak seperti Yawm Sumayr, Yawn alSararah, Yawm Hatib dan Yawm Bu’ath.
2.4
PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH
Sebaik sahaja tiba di Madinah Nabi Muhammad SAW telah menyusun dan melaksanakan beberapa asas utama untuk membina sebuah masyarakat baru yang bersatu padu dan mampu bekerjasama di bawah prinsip-prinsip Islam di antara perkara asas yang telah dilaksanakan oleh baginda ialah mendirikan Masjid, mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin dan mengadakan perjanjian dengan penduduk-penduduk Madinah iaitu Piagam Madinah.
Pembentukan Piagam Madinah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ditulis ketika Rasulullah sampai di Madinah. Bahagian ini merangkumi perjanjian damai dengan puak Yahudi. Perjanjian ini ditulis bagi menjamin peranan puak Yahudi kepada Madinah yang dijadikan Negara Islam. Selain itu, ianya juga adalah satu cubaan bagi mengelakkan pengkhianatan kaum Yahudi dengan berkomplot untuk menjatuhkan Madinah. Sebagai balasan kepada Yahudi, perjanjian itu juga adalah sebagai hak yang diberikan untuk menjaga keselamatan mereka di Madinah. Ianya di bentuk kerana sebahagian Yahudi takut akan kehilangan hak mereka dan bagi mengelakkan
22
penentangan dari mereka. Bahagian kedua Piagam Madinah pula ditulis selepas Perang Badar. Selepas perang Badar, Islam di Madinah menjadi semakin kuat. Oleh itu, Bahagian kedua ditulis bagi menjamin kedudukan dan hak Muhajirin dan Ansar. Kedudukan dan hak kedua-dua pihak perlu dijaga bagi menjamin kestabilan masyarakat di Madinah. Dengan penulisan bahagian kedua, tidak timbul rasa ketidakpuasan pada hati setiap pihak. Selain itu, ia ditulis bagi menjalin hubungan yang lebih rapat antara Muhajirin dan Ansar. Setiap orang Islam dianggap sebagai saudara di dalam Islam, jadi secara tidak langsung ia mewujudkan suatu komuniti Islam yang kuat di bumi Madinah.
23
BAB TIGA ASAS-ASAS PERPADUAN UMMAH DALAM PIAGAM MADINAH
3.1
PENGENALAN
Seperti yang telah diterangkan dalam bab 2, sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW yang membawa ajaran Islam di Madinah, penduduk Madinah hidup dalam secara berkelompok, berpuak-puak, bermusuhan antara satu sama lain, benci-membenci, dan bergaduh sesama sendiri. Semangat asabiyyah dan semangat kabilah telah tertanam dalam diri mereka menyebabkan tiada suatu asas yang dapat menyatukan semua segmen di Madinah. Di tambah lagi dengan kelicikan puak Yahudi yang sengaja menyemai permusuhan di antara puak Aus dan Khazraj. Sikap Yahudi yang menjadi ‘batu api’ ini dapat dilihat apabila berlaku pertarungan di antara orang Arab, mereka akan menyebelahi mana-mana puak yang mereka kehendaki dalam pertarungan. Umpanya, pada mulanya bani al-Nadir, bani Qurayzah dan bani Qaynuqa menyebelahi puak Khazraj menentang puak Aus. Tetapi, tidak lama sebelum Hijrah, disebabkan penentangan sesetengah golongan dalam puak Khazraj, hanya bani Qaynuqa sahaja yang masih terus menyebelahi puak itu, sedangkan bani al-Nadir dan bani Qurayzah telah menyebelahi puak Aus (Watt 1956). Keadaan penyatuan di Madinah semakin rumit apabila muncul pula puak Quraysh yang beragama Islam (Muhajirin) berhijrah ke Madinah.
Hal ini merupakan cabaran utama Nabi Muhammad SAW untuk membentuk sebuah masyarakat baru yang bersatu padu dan mampu bekerjasama di bawah prinsipprinsip Islam. Orang Arab memang terkenal dengan semangat asabiyyah. Mereka sangat bermegah dengan keturunan dan memandang rendah kepada kabilah lain. Mereka sanggup menyerang kabilah lain dengan sebab yang kecil. Keadaan masyarakat Madinah yang ketika itu terdiri daripada pelbagai suku, puak, kabilah seperti kaum Aus dan Khazraj, golongan Quraysh dari Makkah, orang Yahudi dan Nasrani. Keadaan ini
24
memerlukan Nabi Muhammad SAW melaksanakan suatu langkah dan kaedah yang menjadi asas untuk menyatukan mereka semua.
Antara langkah yang telah disusun oleh Nabi Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai cara untuk menyatukan penduduk Madinah ialah dengan pembinaan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin dan mengadakan perjanjian dengan penduduk Madinah iaitu pembentukan Piagam Madinah. Namun, penulis hanya memberi fokus kepada pembentukan Madinah sebagai asas kepada perpaduan di kalangan masyarakat Madinah. Hal ini kerana perjanjian ini melibatkan pelbagai lapisan Masyarakat yang berbeza dari sudut keagamaan serta kebudayaan. Pembentukan Piagam Madinah ini telah berjaya menentukan hak-hak dan tugas-tugas orang-orang Islam dan penduduk-penduduk tempatan di samping mewujudkan persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutamanya Yahudi.
Umumnya Sahifah al-Madinah ini telah menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan penduduk Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam, Yahudi dan Mushrikun. Ianya menyusun pembentukan sebuah negara kota di Madinah serta menggariskan hak-hak tanggungjawab dan peraturan-peraturan di antara mereka berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Melalui Sahifah Madinah ini kesejahteraan dan keamanan Madinah dapat dikekalkan meskipun terdapat pihak (Yahudi) yang cuba mengingkarinya. Sebelum kedatangan Islam, mereka tidak mempunyai satu sistem perundangan yang jelas dapat dijadikan panduan kepada seluruh penduduk. Sungguhpun terdapat asas perundangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka iaitu keadilan, kebebasan dan persamaan, semua asas itu tidak dilaksanakan dengan baik. Kesannya berlaku ketidakadilan, berleluasanya kezaliman, tiada kebebasan individu dan rakyat tidak diikat oleh sistem perundangan yang baik (Kamaruzaman Yusuf, Rupawan Ahmad dan Zubaidah 2001). Selepas pembentukan Piagam Madinah, telah wujudnya satu sistem yang dapat menyatukan seluruh penduduk Madinah. Masyarakat Islam dari zaman Nabi
25
Muhammad di Madinah sehinggalah sekarang telah berjaya menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam bidang perundangan dan sistem kehakiman.
3.2
PRINSIP-PRINSIP PERPADUAN UMMAH DALAM PIAGAM MADINAH
Perpaduan ummah yang dimaksudkan bukanlah sekadar perpaduan antara orang Islam tetapi ia juga melibatkan perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Di dalam kamus Dewan ‘ummah’ bermaksud para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut nabi, seluruh rakyat, orang ramai, segolongan manusia, bangsa seluruh bangsa manusia dan sekalian manusia. Ini bermaksud ‘Ummah’ yang disebut dalam Piagam Madinah seperti dalam fasal satu “Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara yakni ummat, bebas dari pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya ’’, tidak hanya terbatas kepada orang Islam tetapi juga meliputi orang bukan Islam di Madinah. Hal ini terbukti dari apa yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah. Baginda SAW telah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah dengan mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam terlebih dahulu sebelum membentuk perpaduan semua penduduk (Mohd. Napiah 2002). Oleh itu, perpaduan ummah bukan bermaksud semua penduduk menganut agama Islam tetapi yang penting semua penduduk bukan Islam hendaklah bersedia hidup bersama umat Islam dengan harmoni di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Antara prinsip-prinsip perpaduan ummah yang terdapat dalam Piagam Madinah ialah;
3.2.1
Kebebasan Kebudayaan
Piagam Madinah telah membentuk kebangsaan negara Madinah melalui satu perpaduan khusus laitu perpaduan yang berdasarkan agama. Namun demikian tetap membenarkan budaya satu-satu suku yang murni diteruskan seperti biasa tanpa halangan. Begitu juga setiap suku mempunyai tanggungjawab bersama di dalam kes pertahanan
dan
perundangan tradisi:- “ Bahawa mereka adalah satu umat dan orang-orang islam di luar golongan lain”.139 Maksudnya:
“Umat” di sini adalah jemaah islamiah yang
26
khusus laitu orang-orang yang beriman dan kaum muslimin sebagaimana yang tercatat di dalam perkara pertama. Adapun maksud di luar golongan orang lain iaitu golongan musyrikin non muslim dan Yahudi. Jika kita melihat dalam konteks negara Malaysia, beberapa masalah di Malaysia dari segi tanggapan tentang pertukaran agama, kadangkadang timbul persoalan yang sering ditimbulkan oleh sebahagian orang-orang yang tidak faham konsep Islam mengatakan bahawa orang yang baru memeluk Islam, harus meninggalkan kebudayaan bangsa mereka dan sebahagian pula menganggapkan dirinya bukan bangsa asal lagi
adalah salah (Zainal Abidin Ahmad 1973). Lantaran ini
mempengaruhi non muslim memusuhi seseorang keluarganya yang memusuhi islam. Ini adalah tidak tepat, sebagaimana yang tercatat di dalam perkara 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, dan 11 (Piagam Madinah) “ Kaum Muhajirin di kalangan quraisy tetap menurut adat kebiasaan baik yang berlaku di kalangan mereka”. Maka kebudayaan China atau India boleh diguna pakai sekiranya tidak menyalahi dengan etika murni Islam dan setiap bangsa boleh memelihara haknya selama tidak menimbulkan pepecahan dan permusuhan.
3.2.2
Masalah Tebusan
Masalah bayaran darah atau tebusan hak masing-masing bukan hak pemerintahan. Cuma pemerintahan membuat pengadilan secara adil. Wang penebusan ini pemerintahan akan berikan kepada siapa yang berhak. Dengan keterangan yang di atas tadi tidak timbul sikap perkauman di dalam islam, kerana setiap etnik akan menerima layanan yang adil. Semua berada dalam satu makna bangsa Negara Madinah. Bukan bangsa etnik suku atau daerah.
3.2.3
Jaminan Kemanusiaan Dan Perdamaian
Islam menanamkan roh dan semangat membantu golongan atau etnik yang lemah atau kurang mampu di atas prinsip persaudaraan seagama, tanpa mengira keturunan kaum, sikap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, yang kuat membantu yang lemah, yang lemah bergantung kepada yang kuat, suatu amalan yang terpuji di dalam islam. Semoga
27
dengan
hubungan antara etnik bukan berdasarkan kelas ekonomi ataupun politik
sebagaimana tercatat di dalam Piagam Madinah dalam fasal 11 “bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan secara baik, untuk membayar atau menerima wang tebusan darah”.
3.2.4
Melarang Menimbulkan Perpecahan Sesama lslam
Bagi mengelakkan berlaku pepecahan sesama sendiri, sesama Islam, piagam melarang sama sekali mengadakan perjanjian dengan pihak musuh lslam. Kes-kes seperti ini biasanya dijadikan alasan kepada musuh Islam dengan meletakkan Islam tidak dapat mengawal perpaduan umatnya, sedangkan hakikatnya mereka ini telah melangar perintah Allah dan Rasulnya sehingga melemahkan umat islam. Menurut (Prof. Dr. Ahmad Shalaby 1949) dalam bukunya bertajuk’’ Masyarakat Islam” Bertumpah darah antara saudara sesama Islam adalah suatu perkara yang tidak ada sangkut paut dengan Islam dan bertentangan dengan ajaran islam sendiri sebagaimana dijelaskan di dalam fasal 12 “seseorang mukmin tidak boleh membuat apa-apa perjanjian dengan orang-orang yang bersekutu dengan mukmin lain tanpanya.” Begitu juga dalam fasal 14 “tidak boleh seseorang mukmin membunuh seseorang mukmin lain kerana seseorang kafir, dan tidak boleh ia menolong mana-mana orang kafir menentang seseorang mukmin.” Dalam kes Malaysia, contohnya orang China kafir untuk menceroboh melayu muslim atau India muslim yang lain. Dalam negara Malaysia tidak sewajarnya orang-orang Bertarung sesama sendiri, tambah lagi membuat perjanjian dengan musuh Islam untuk menghancurkan orang Islam lain, oleh itu seluruh orang harus bersatu di bawah satu kepimpinan islam yang tulen.
3.2.5
Larangan Membunuh
Tindakan membunuh, memusuhi mereka yang tidak bersalah bertentangan dengan Piagam Madinah meskipun orang yang dibunuh itu adalah orang bukan Islam. Oleh itu
28
hukuman yang setimpal dengan perbuatan ini dijelaskan dalam fasal 21 iaitu, “Barang siapa membunuh orang beriman yang tidak bersalah dengan bukti yang cukup, maka ia harus mendapat balasan yang setimpal kecuali apabila keluarganya si terbunuh sukarela menerima tebusan darah.” Tugas untuk orang yang terbunuh bukan hanya terletak di tangan pemerintah semata-mata, tetapi tanggungjawab semua orang-orang beriman kerana ini juga dianjurkan supaya bersatu menentang pembunuhan kejam. Beginilah bayangan perpaduan piagam ini, dengan meletakkan tanggungjawab bersama dan tidak dibenarkan sama sekali berdiam diri. Sebagaimana yang telah dijelaskan selanjutnya di dalam perkara 21 “semua orang beriman hendaklah bersatu menghadapinya, dan tidak harus bagi mereka melainkan bangkit menentangnya”
3.2.6
Melindungi Orang-Orang Yang Lemah
Masyarakat Madinah wujud bersatu padu dengan sebuah masyarakat yang anggotanya berdiri sama tinggi, setaraf dan mereka semua dapat memenuhi tuntutan hak asasi dirinya. Sebagaimana yang sering terjadi wujudnya kelasan ekonomi yang berbeza mendorong kepada perbezaan fahaman dan sentimen yang tidak dapat dikawal. Oleh itu, bila mana jurang perbezaan kelas ini terjamin dengan sendirinya masyarakat itu akan terpelihara perpaduannya. Di Madinah, wujudnya golongan yang merasakan nasibnya terbela, lantaran itu perpaduan tetap teguh, seperti mana melindungi golongan yang lemah menjadi suatu kemestian dalam kalangan penduduk Madinah kerana ia telah termaktub dalam Piagam Madinah sebagaimana dalam fasal 15 “Bahawa jaminan Allah itu sama. Dia melindungi yang lemah daripada perbuatan mereka”.
3.2.7
Tugasan Terhadap Negara
Tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat sebagai suatu agama yang mengamalkan prinsip kebangsaan sejagat, yang memberi pengiktirafan terhadap seluruh kaum yang bersaksikan kepada Allah Yang Maha Esa, Nabi Muhammad SAW pesuruhnya, telah meletakkan tanggungjawabnya kepada semua kaum di Madinah dengan memerintahkan
29
supaya seluruh kaum bersatu padu melawan dan menentang perbuatan yang bercorak kejahatan, kezaliman permusuhan, kerosakan dan permusuhan terhadap hak asasi dan ketenteraman awam sebagaimana yang tercatat dalam fasal 13 “Bahawa mukmin yang bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan di kalangan mereka, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman, atau dosa atau perseteruan, atau kerosakan di kalangan mukmin, dan mereka hendaklah bersatu sama-sama menentannya walaupun ia anak salah seorang daripada mereka.”
3.2.8
Perdamaian
Segala perdamaian antara orang-orang Islam dan musuh Islam, mestilah berlaku untuk semua orang Islam. Segala perdamaian mestilah menyeluruh dan dipatuhi. Dari itu tidak harusnya berlaku dua kepimpinan dalam satu masa. (Sherwani, Harun Khan berdasarkan bukunya Studies in Muslim Politik Toughtand Admistration 1968). Kesetiaan mestilah diberikan
kepada seorang pemimpin sahaja. Untuk mengelakkan berlakunya
percanggahan dalam mana-mana perjanjian piagam Madinah telah menjelaskan dalam fasal 17 “Bahawa pendamaian orang-orang mukmin itu adalah satu; seseorang mukmin tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain tentang sesuatu perang pada jalan Allah SWT , melainkan (atas dasar) persamaan dan keadilan di kalangan mereka.”
3.3
KONSEP PERSAMAAN
3.3.1
Hak Mengamalkan Sistem Nilai Masing-Masing
Piagam madinah yang digubal oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah berteraskan wahyu dan sudah tentunya apa yang disampaikan oleh wahyu sentiasa releven sehingga ke akhir zaman. Salah satu unsur yang menjadi teras dalam pembentukan piagam ini adalah prinsip persamaan. Fasal 1 piagam madinah telah menyebut:
30
“ Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara yakni ummat, bebas dari pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya ’’( Zainal Abidin Ahmad 1973 ).
Mereka yang dimaksudkan dalam Piagam Madinah itu adalah penduduk madinah pada ketika itu. Di mana mereka mempunyai kedudukan yang sama dalam sistem sosial walaupun berlainan agama dan budaya. Islam pada prinsipnya memberi kebebasan kepada manusia mengamalkan adat resam dan kebudayaan. Akan tetapi, kebebasan manusia itu terbatas malah hanya relatif. Allah SWT sahaja yang mempunyai kemerdekaan yang mutlak. Pun begitu ianya tetap merupakan kebebasan. Sebagaimana cahaya yang lemah juga merupakan cahaya. Persamaan dalam hak untuk bebasan atau erti kata lain persamaan hak kemerdekaan di dalam memilih tindakan dan tanggungjawab bersama memberikan kepada manusia keluhuran dan martabat tinggi serta menegakkan kehidupan moral.
Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW berlangsung di madinah, penduduk madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari sudut keagamaan serta kebudayaan seperti Muslimin yakni Muhajirin dan Ansar, Yahudi yakni bani Qurayzah, Nadir, dan Qaynuqa. Oleh itu, nabi Muhammad saw telah meletakkan unsur perpaduan yang mana setiap daripada kaum yang mendiami kota madinah haruslah bersetuju taat dan saling bekerjasama
bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan
kehidupan mereka. Begitu juga halnya dengan negara Malaysia, yang mempunyai penduduk yang berbeza agama, kepercayaan, dan kebudayaan. Setiap kaum dan etnik di Malaysia tidak terikat dengan pengaruh mana- mana etnik lain. Masing- masing mempunyai persamaan hak untuk bebas mengamalkan sistem nilai masing- masing dalam kehidupan dengan syarat tidak menyinggung sensitiviti kaum lain atau dengan kata lain saling hormat- menghormati antara satu sama lain.
31
Al- Quran juga menegaskan, menghormati peribadi orang lain dengan secara terangterangan adalah diperintahkan, bahkan ada larangan untuk memperolokkan orang lain sebagaiman fiman Allah swt dalam surah Al- Hujurat ayat 11 :
“
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggilmemanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Laranganlarangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim”.
Konsep persamaan hak untuk mengamalkan sistem nilai masing- masing juga ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam fasal 25 Piagam Madinah yang menyebut:
“ Bahawa kaum Yahudi dari Bani Awf adalah satu ummah bersama- sama orang mukmin; mereka bebas dengan agama mereka sendiri dan orang islam dengan agama mereka begitu juga orang- orang yang bersekutu dengan mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri” ( Anwar Zainal Abidin 1999 ).
Negara islam yang diasaskan oleh nabi Muhammad saw berjaya melaksanakan dan mewujudkan kesatuan islam yang tinggi nilainya. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai
32
Qabilah dengan bermacam- macam adat resam dan kebudayaan dapat disatupadukan. Perasaan perseteruan dan pertenglingkahan dipadamkan dan mereka semua disatukan dengan kesatuan pemikiran islam yang berlandaskan Quran serta patuh kepada kepimpinan Nabi Muhammad SAW dengan tidak berbelah bahagi. Hati- hati mereka Berjaya didekatkan dan diserasikan untuk mencairkan perasaan “ Asabiyyah dan Qawmiyyah ” yang selama ini menguasai diri mereka. Pegangan mereka kini menjadi satu iaitu ajaran dan syariat Allah SWT. Tidak wujud perbezaan di kalangan Arab mahupun Ajam kerana yang membezakan mereka ualah ketakwaan kepada Allah SWT, bukannya pangkat atau kekayaan.
3.3.2
Hak Kebebasan Politik Antara Muslim dan Non-Muslim
Secara umumnya, di kebanyakan negara sedang membangun, aspek etnik selalu nya mencorakkan pentas politiknya. Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruh oleh aspek etnik. Oleh itu, usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi secara berkesan.
Pada pokoknya, islam itu hampir bersifat demokrasi. Hukum adalah hukum dari tuhan. Walaupun begitu, islam juga dapat diputuskan melalui ijma’ ulama’. Islam dalam teori politiknya tidak melarang seorang muslim untuk menentang suatu keputusan baru. Dalam sejarah Nabi Muhammad SAW selalu bermesyuarat dengan para sahabatnya untuk mengambil sesuatu keputusan penting. Modul ini kemudiannya turut dipraktikkan oleh para pemimpin sama ada muslim mahupun non muslim di Malaysia. Para pemimpin bebas mengeluarkan buah fikiran masing- masing dengan syarat mengikut saluran yang betul.
33
Walaubagaimanapun, oleh kerana status syara’ tentang manusia ditetapkan oleh Allah swt, maka orang yang tidak mahu menerima terkeluar dirinya dari hukum dan menyebabkan dirinya terhalang untuk menikmati hak- hak tersebut selagi ia menjauhkan diri dari islam. Fasal 23 dalam piagam Madinah menyebut:
“ Apabila timbul perbezaan pendapat diantara kamu di dalam satu hal, maka kembalikanlah penyelesaiannya kepada hukum Allah dan keputusan Muhammad saw ” . ( Zainal Abidin Ahmad 1973 )
Hal ini tidak berkurangan hak bagi seseorang yang menolak islam kerana Al Quran menghukum tiap- tiap perpecahan atau wujudnya lapisan sosial sebagai bertentangan dengan watak manusia majmuk sebagaimana yang tersebut dalam surah Al Qasas ayat 4:
“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) Dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. ia menindas sepuak di antaranya Dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan Yang membuat kerosakan.”
Fasal 16 piagam madinah menyebut:
“ Bahawa sesungguhnya kaum bangsa Yahudi yang setia kepada negara kita, berhak mendapat bantuan dan perlindungan. Tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum ” ( Zainal Abidin Ahmad 1973 )
34
Daripada fasal ini dapat kita simpulkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat mementingkan perpaduan
bagi membina keamanan masyarakat selain untuk
memperteguh serta memelihara jaminan keselamatan masyarakatnya. Perbezaan taraf yang membawa penindasan dihapuskan sama sekali bagi mengelakkan ketidaksepaduan. Semua individu dihormati dan diberikan hak- haknya tanpa mengira bangsa dan agama selama mana ia tunduk serta patuh kepada perundangan islam.
3.3.3
Persamaan Sosial Antara Manusia
Al Quran mengakui ketinggian martabat manusia yang bererti bahawa Tuhan itu memuliakan manusia ke atas makhluk- makhluk yang lain sebagaimana firman Allah dalam surah Israk ayat 70 : “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.”
Disebut dalam piagam madinah bermula dari fasal 2 hinggalah fasal 9. Penegasan-penegasan yang terdapat di dalamnya ialah mengakui segal hak yang sudah dimiliki oleh rakyat semenjak dari semula, termasuk juga kebiasaan yang baik yang tidak bertentangan dengan perikemanusiaan. Fasal- fasal ini melanjutkan berlakunya kebiasaan yang baik, demi pengakuan hak asasi yang asli bagi manusia, iaitu hak hidup dan hak keselamatan serta ketenteraman mereka. Pengakuan ini akhirnya diluaskan kepada hak asasi, sebagaimana yang dicantumkan di dalam ajaran- ajaran islam seperti yang termasuk dalam hukum syariat ( Zainal Abidin Ahmad 1973 ).
35
3.4
PENUTUP
Beberapa aspek yang disentuh di dalam bab ini berkenaan Piagam Madinah: Asas kepada perpaduan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok, segmen, puak, kepentingan dan sebagainya menjadi suatu bangsa yang bersatu padu, tolong menolong dan membantu antara satu sama lain. Hal ini terbukti apabila kesanggupan puak Ansar membantu puak Muhajirin yang datang ke Madinah dengan sehelai sepinggang. Melihat keadaan sedemikian golongan Ansar tidak membiarkan golongan Muhajirin begitu sahaja malah menyediakan serta memberikan mereka apa yang termampu dan terdaya. Sebagai contoh, beberapa orang di kalangan Ansar telah memberikan kebun-kebun tamar dan tanah kepada mereka untuk diusahakan dengan keuntungan dibahagi dua. Terdapat seorang Ansar iaitu Sad bin Rabi’ telah memberikan separuh daripada hartanya kepada Abd. Rahman bin Awf. Ini jelas menunjukan bahawa Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang sebelum ini bermusuh dan berpecah belah.
Rumusnya, pembentukan Piagam Madinah telah berjaya membawa perubahan besar dalam Masyarakat Madinah. Dalam masa yang singkat, ia telah berjaya membawa kemajuan dalam pembangunan masyarakat. Kestabilan politik dan ekonomi telah tercapai di Madinah walaupun terdapat puak yang mengingkari perjanjian (Yahudi), namun, ia tidak menghalang penyatuan di Madinah. Jelaslah di sini, pembentukan piagam ini adalah satu pernyataan kelahiran satu kerajaan yang bersatu padu, menyatukan pelbagai daerah, suku dan agama yang selama ini tidak pernah bersatu.
36
BAB EMPAT PIAGAM MADINAH : PENTERJEMAHAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA
4.1
PENGENALAN
Dalam bab kali ini, penulis akan melihat perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia terutamanya antara Cina, India dan Melayu. Setelah melihat bagaimana masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai puak berjaya disatukan melalui kaedah Islam oleh Nabi Muhammad SAW, kini kita melihat pula dalam konteks Malaysia, dapatkah Piagam Madinah dijadikan model dalam menyatupadukan kaum di Malaysia? dan bagaimana menterjemahkan Piagam Madinah dalam melaksanakannya di Malaysia?
4.2
PERPADUAN DI MALAYSIA
Isu perpaduan sering kali menjadi fokus utama dalam kalangan pemimpin negara ini yang inginkan perpaduan dicapai antara kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan sama ada dari kalangan pemerintah, pihak pembangkang, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pandangan-pandangan berbeza ini timbul kerana dipengaruhi keadaan realiti politik dan ekonomi dalam masyarakat. Walaupun pelbagai pendekatan dan cara telah dilakukan untuk merealisasikan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia, namun Malaysia yang berbilang etnik dan agama belum dapat menyelesaikan perbezaan ini sekalipun sudah merdeka lebih 50 tahun, malah masih lagi mengutamakan dan memperjuangkan kepentingan dan identiti kumpulan etnik masing-masing. Mereka lebih cenderung untuk berfikir, merasa dan bertindak sebagai anggota dari kumpulan etnik yang tertentu. Hal ini kerana kaum Melayu, Cina dan India mempunyai perbezaan dari segi pendidikan, nilai, budaya, keturunan dan sebagainya. Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan konflik antara kaum. Di dalam tulisan Rizal Yaakop tentang politik etnik dan perkembangan politik baru dalam karya Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum (2002) mengambil pendapat daripada Smith dan Van den Berghe yang melihat masyarakat
37
berbilang kaum cenderung untuk mengekalkan kelangsungan identiti masing-masing serta mempertahankan sistem nilai budaya dan idea yang berbeza antara kelompok masyarakat. Keadaan inilah yang menyukarkan proses membuat keputusan di peringkat nasional yang akhirnya mencetuskan konflik. Justeru itu, perlulah pemimpin negara yang mewakili setiap etnik berusaha untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan di kalangan rakyat bagi mencapai kestabilan politik dan seterusnya kemajuan dari segi ekonomi.
Permasalahan hubungan antara kaum ini sebenarnya berpunca daripada pihak penjajah iaitu British yang mengamalkan konsep ‘pecah dan perintah’. Kesan penjajah yang memisahkan ras-ras utama dengan cara penaklukan, pemerintahan dan pembentukan sempadan menyebabkan masyarakat pelbagai kaum terasing antara satu sama lain dan masing-masing dengan identiti mereka sendiri. Keadaan ini yang menyebabkan masyarakat berbilang kaum cenderung dengan pengaruh etnik masingmasing. Kolonialisme dalam polisi ‘pecah dan perintah’ ini menyerapkan prinsip ‘consciuosness of kind’ iaitu memastikan survival setiap orang dan etnik itu berjuang berdasarkan ruang kepentingan etnik masing-masing. Dalam ertikata lain setiap etnik bergelut dalam linkungan kehidupan perkauman yang sempit (Zakir 2008). Furnival turut berpendapat faktor kolonialisme amat jelas mempengaruhi identiti masyarakat apabila merujuk kajiannya terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, ramai pakar sains juga memperakui kebahagian penduduk di negera yang mempunyai masyarakat majmuk bergantung kepada kejayaan usaha menyatupadukan rakyat masing-masing. Berdasarkan perspektif ini, jalan keluar bagi konflik antara kaum bergantung kepada kerjasama antara golongan elit setiap kaum. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia. Kerjasama antara golongan elit Barisan Nasional telah membawa kepada kestabilan politik negara dan kerjasama ini mengekalkan Pemerintahan BN selama 51 tahun. Mengulas mengenai kerjasama ini, Mohamed Khir Johari menganggap kerjasama ini sebagai blok konkrit yang kukuh di mana orang Cina diibaratkan pasir, India diibaratkan air dan Melayu diibaratkan simen. Bila digaul bersama ia akan membentuk sebuah blok konkrit yang terikat kukuh.
38
Tolenrasi pemimpin dari kalangan elit menjadi sentimen kaum di Malaysia reda. Namun begitu, ia tidak bermakna masalah perkauman di negara ini telah selesai, sentimen perkauman di negara ini masih ada, cuma ia tidaklah mencetuskan sentimen perkauman yang membawa kepada pergaduhan, pembunuhan dan sengketa sebagaimana yang berlaku di Afrika, Lebanon, Filipina, Myanmar dan sebagainya. Begitu juga kejadian yang berlaku di negara maju seperti kes nasionalisme Quebec di Kanada, nasionalisme Scot, nasionalisme Welsh, pemberontakan di Ireland Utara dan pengasingan orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Sentimen perkauman di Malaysia lebih nampak ketara apabila berlakunya musim Pilihan Raya Umum. Kenyataan ini ada benarnya apabila kita melihat kejadian yang berlaku semasa berlansungnya Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969, isu-isu perkauman sering dimainkan dalam kempen Pilihan Raya misalnya berkenaan isu-isu bahasa dan isu hak-hak keistimewaan orang Melayu. Keadaan inilah yang membawa kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969. Memang tidak dapat dinafikan sehingga kini politik perkauman sering dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik di negara ini. Umumnya pembentukan parti politik juga dibentuk berasaskan kaum seperti parti politik UMNO untuk orang melayu, begitu juga dengan MCA dan MIC untuk orang Cina dan India. Pembentukan parti politik berasaskan kaum tidak salah, tetapi apa yang perlu kita pertimbangkan ialah setiap politik memperjuangkan kepentingan satu etnik dan cuba hendak menindas etnik lain hendaklah dihapuskan terlebih dahulu dan membentuk pertubuhan politik yang bercorak perpaduan nasional serta boleh disertai seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan kepercayaan (Ibrahim Bin Haji Che’ Noh. 2001). Namun begitu kita memperakui terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama rasmi Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan dalam perkara 3.
Berbalik kepada hubungan antara kaum di Malaysia, sememangnya sentimen kaum di kalangan etnik reda, tetapi perlu difahami di sini, walaupun reda tetapi benihnya masih membara, seketika reda dan seketika pasang. Menurut Ibrahim Bin Che’ Noh (2001) pasang surut ini biasanya terletak kepada isu-isu yang menyentuh perasaan manamana kaum. Oleh itu, benih ini tidak boleh dilenyapkan dengan senang bahkan perlukan
39
kepada kesebatian antara kaum menjadi bangga dengan semangat “kita rakyat Malaysia”. Namun demikian kotak-kotak permisahan tetap wujud. Oleh itu, penulis cuba mencadangkan agar Piagam Madinah dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi pemimpin negara bagi merealisasikan pemerintahan negara Islam di Malaysia, sebagaimana
pemerintahan
negara
Islam
Madinah
yang
berjaya
menyatukan
penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan menjadi contoh tamadun yang unggul.
4.3
MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM DI MALAYSIA
Piagam Madinah telah menggariskan beberapa asas dan prinsip utama dalam pemerintahan negara Islam Madinah. sebagai sebuah dokumen perlembagaan yang dihasilkan untuk masyarakat dan negara Madinah ketika itu, namun beberapa kandungan masih lagi berkaitan. Menurut Abdul Monir (2003) prinsip dan asas yang terdapat dalam Sahifah Madinah ada yang berbentuk umum dan universal maka semestinya sesuai untuk sepanjang masa dan mudah untuk diterjemahkan. Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan wahyu Allah SWT dan adalah kita sebagai umat Baginda harus mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh, bukannya menjadikan barat sebagai contoh untuk mentadbir negara ini. Sememangnya apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan Sunnah kepada kita membenci Sunnah membawa kita kepada kekufuran, kefasikan dan penderhakaan.
Pemimpin negara kita sering kali mencari jalan penyelesaian untuk mencapai perpaduan yang teguh di kalangan etnik. Pelbagai kaedah, pendekatan dan idea yang dikemukakan oleh pemimpin negara untuk memperkukuhkan perpaduan di Malaysia, tetapi sayangnya pemimpin negara tidak melihat kepada pendekatan Islam dalam memecah tembok dan benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia. Hakikatnya Perlembagaan Persekutuan sendiri dibentuk oleh orang barat. Penulis merasakan perlunya Malaysia membentuk negara Islam di Malaysia ini sebagaimana negara Islam di Madinah
40
dan perlunya Piagam Madinah dijadikan model kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Perlembagaan British. Pemimpin-pemimpin Islam perlu mengambil pelajaran dan tauladan di dalam pentadbiran kerajaan khususnya. Di samping itu, pembentukan kerajaan Islam adalah suatu Sunnah. Maka, mendirikan kerajaan Islam adalah wajib untuk memastikan kesesuaian ajaran al-Quran dan perkataan, perbuatan dan persetujuan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW tidak dinodai.
Meskipun
Tun
Dr.
Mahathir
Mohamad
pernah
suatu
ketika
dahulu
mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, namun hakikatnya Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Perlembagaan Malaysia sendiri digubal oleh suatu Pesuruhjaya perlembagaan yang dianggotai oleh pakar-pakar yang bukan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka bukan beragama Islam. Perlembagaan ini tidak membuat rujukan kepada prinsip-prinsip cara pemerintahan Islam dan ia berpandu kepada apa yang dikatakan sebagai pemerintahan cara Westminster. Perdana Menteri kita yang pertama yang kita sangat hormati telah menegaskan bahawa Malaya ialah negara yang sekular dan pendapat itu telah diterima oleh banyak tokoh politik zaman beliau (Ahmad bin Mohamed Ibrahim 1999). Adalah tidak benar mengatakan Malaysia sebagai negara Islam hanya kerana agama rasminya ialah Islam. Salleh Abas KHN telah menyatakan bahawa tidak syak lagi Islam bukan hanya kumpulan dogma dan upacara agama sahaja akan tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia, sama ada peribadi atau umum, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan keadilan. Cara peraturan hidup ini dengan segala ajaran dan nilai moralnya adalah berasaskan kepada wahyu Ilahi yang disampaikan dalam al-Quran dan Rasul yang akhir, Nabi Muhammad SAW dan Sunnah baginda yang boleh dikatakan Islam. Menurut Jafril Khalil (2002) pula, Malaysia adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam. Tetapi secara garis kasar Malaysia merupakan negara nasionalis, sebab negara Islam menurut al-Maududi adalah suatu negara yang secara esensi memakai ideologi Islam sepenuhnya. Hujah yang seterusnya yang mengatakan Malaysia bukan negara Islam ialah kerana terdapat undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah akan tetapi setelah lebih 50
41
tahun kerajaan memerintah usaha untuk meminda undang-undang itu supaya ia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undang Islam tidak ternampak hasilnya. Justeru itu penulis menyarankan agar Malaysia mendirikan kerajaan Islam seperti mana kerajaan Islam yang dibentuk Nabi Muhammad SAW di Madinah. Piagam Madinah perlu dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi pemimpin negara bagi merealisasikan pemerintahan negara Islam di Malaysia, sebagaimana pemerintahan negara Islam Madinah yang berjaya menyatukan penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan menjadi contoh tamadun yang unggul.
Di dalam kerajaan Islam, kerjasama antara kaum di Malaysia tidak bertentangan dengan Islam, selama mana kerjasama ini tidak menjejaskan kesucian ajaran Islam dan tidak menzalimi bukan Islam. Berpegang pada firman Allah SWT dalam Surah AlHujurat ayat 11: “
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggilmemanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Laranganlarangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim”. Di dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah ayat ke 8-9, pula: “
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang
42
berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu. Dan ingatlah sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Di sini jelaslah bahawa kerjasama dengan orang bukan Islam dibenarkan dalam Islam selagi mana mereka tidak memerangi umat Islam. Di dalam Piagam Madinah, Ibrahim Bin Che’ Noh (2001) telah merumuskan kedudukan Non-Muslim di Madinah dan antaranya ialah bukan Islam bebas mengamalkan dan menganut agama mereka dengan aman damai, mereka bebas mendirikan tempat ibadat untuk mereka, mereka bebas makan minum, pakai mengikut cara dan kebudayaan mereka, mereka bebas mencari rezeki untuk saraan hidup mereka, mereka dibebaskan dari memegang senjata tanpa kerelaan, mereka berhak memilih ketua mereka, mereka sama mempunyai perlindungan keselamatan dari musuh terhadap dirinya, keluarga, hartanya dan kerajaan, kedudukan mereka sama dengan orang muslim dari segi hak dan kewajipan, kecuali dari segi ketenteraan dan menjadi pemimpin tertinggi dan seterusnya mereka diberi pilihan sama ada berhukum mengikut syariat Islam atau sebaliknya.
Dari sini jelaslah kepada kita orang bukan Islam di Malaysia tidak akan rugi apa-apa sekiranya negara Islam diwujudkan di Malaysia, bahkan hak mereka akan lebih terpelihara. Hal ini kerana dalam Islam tidak ada pilih kasih atau berat sebelah. Lebih tegas lagi Nabi Muhammad telah memberi amaran keras kepada umat Islam yang memusuhi umat bukan Islam dalam sabdanya: “sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti aku, dan sesiapa yang menyakiti aku maka ia menyakiti Allah”. Sekiranya Islam didirikan di Malaysia, maka semangat bangga diri ‘Kami Rakyat Malaysia’ akan terlaksana dengan baik dan sempurna. Oleh itu penulis cuba membawa wadah Islam yang menjamin hak-hak minoriti bukan Islam sebagaimana yang dapat dirumuskan tentang hak bukan Islam iaitu yang berkenaan status agama, ia ditentukan oleh prinsip umum al-Quran “Tiada Paksaan Dalam Agama”. Berkenaan dengan
43
perundangan pula, kedudukan orang bukan Islam ditentukan oleh syariat jika mereka merujuk dan berhakim kepada umat Islam. Sekiranya mereaka tidak merujuk kepada umat Islam, mereka hendaklah menyelesaikan masalah mereka berdasarkan perundangan agama mereka, selama mana undang-undang itu dianggap oleh mereka datang dari sumber agama mereka.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan suci dan tulin haruslah memilih jalan Islam untuk mengikat tali perpaduan antara kaum. Sekiranya pendekatan dan cara untuk mewujudkan perpaduan antara kaum banyak yang merujuk kepada dunia barat dan mengapa pula kita tidak cuba memilih pendekatan yang ditunjukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam merealisasikan benih-benih perpaduan di antara etnik di Malaysia. Ditegaskan lagi, Islam tetap memberi kebebasan kepada orang bukan Islam dengan layanan yang sama rata selama mana mereka tidak memusuhi Islam. Hal ini terbukti apabila masyarakat Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya melaksanakan tugas mendirikan masyarakat dengan gigih dan cekal. Mereka berjaya menunaikan amanah Allah SWT dengan penuh jujur sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh bagi masyarakat manusia seluruhnya.
44
KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa Piagam Madinah merupakan asas kepada pembentukan perpaduan di kalangan suku, puak, agama, kabilah dan sebagainya. Keadaan di Madinah sebelum ini hidup dalam keadaan yang bermusuhan, bergaduh, benci membenci, berperang dan wujud semangat assabiyyah yang tinggi kepada kabilah. Namun Nabi Muhammad SAW berjaya menyatupadukan semua puak ini menjadi satu Ummah yang unggul walaupun terdapat puak Yahudi yang mengkhianati perjanjian. Piagam Madinah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam, berpandukan kepada AlQuran dan Sunnah. Ia juga membincangkan mengenai persoalan kerjasama antara masyarakat di Madinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan sebelum ini sering bertelagah, berkelahi, dan bergaduh sesama sendiri. Piagam Madinah yang dibentuk ini mengambil kira hubungan sesama Islam dan juga bukan Islam. Hal inilah menjadi asas kepada perpaduan di Madinah.
Dalam konteks Malaysia, Piagam Madinah boleh dijadikan rujukan kepada kita untuk membentuk ikatan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang secara umumnya dikategorikan kepada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata terdapat sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik. Sekiranya tiada usaha-usaha untuk menguatkan perpaduan antara kelompok ini, bila-bila masa sahaja akan berlaku keretakan seperti kejadian 13 Mei 1969. Piagam Madinah mempunyai kemampuan untuk memecah tembok atau benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia dengan Piagam Madinah dijadikan sebagai satu model penyelesaian yang berasaskan Al-Quran dan Al- Sunnah. Sekali gus dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim mengikut acuan Islam, melalui prinsip kebebasan beragama. Piagam Madinah perlu dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi pemimpin negara bagi merealisasikan pemerintahan negara Islam di Malaysia, sebagaimana pemerintahan negara Islam Madinah yang berjaya
45
menyatukan penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan menjadi contoh tamadun yang unggul
Pembentukan kerajaan Islam adalah suatu sunnah. Maka mendirikan kerajaan Islam adalah wajib untuk memastikan kesucian ajaran al-Quran dan perkataan, perbuatan, dan persetujuan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW tidak dinodai. Sebagaimana yang tertera dalam Piagam Madinah ini, tentang cara dan bentuknya, strategi dan rancangannya boleh diaplikasikan dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Penulis berharap kerajaan kita akan mampu mewujudkan sebuah negara yang berlandaskan Islam.