2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

  • Uploaded by: shakir
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko as PDF for free.

More details

  • Words: 2,449
  • Pages: 15
2.0 Diari Mingguan Pengurusan Ko-Kurikulum Minggu

:1

Aktiviti

: Sesi perkenalan dan pembelajaran BAB 1 dan BAB 2

Tarikh

: 10 Januari 2009 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan Aktiviti : i.

Sesi pengenalan dengan pensyarah UKT 1013 Pengurusan Ko-Kurikulum , Encik Anizan Bin Md Noor memperkenalkan diri.

ii.

Sesi pengenalan diikuti oleh pengenalan empat orang instructors yang akan meninjau Setiap aktiviti mengikut pembahagian kumpulan masing-masing.

iii.

Sesi pembelajaran bagi bab 1 berlansung dan diikuti oleh sesi pembelajaran bab2

iv.

Bab 1 adakah difokuskan mengenai pengenalan , sejarah, konsep, falsafah dan matlamat kokurikulum di Malaysia

v.

Bab 2 pula adalah mengenai komponen kokurikulum, kemahiran mengurus kokurikulum , tugas jawatankuasa kerja PPAKK dan pelaksanakan aktiviti kokurikulum.

Refleksi

:

Setelah mempelajari pengenalan terhadap pengurusan kokurikulum, saya lebih memahami tentang Ko-Kurikulum berbanding sebelum ini. Sebelum mempelajari pengkhususan ini, saya menganggap kokurikulum merupakan subjek di luar bilik darjah dimana ianya wajib disertai oleh setiap pelajar yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang pelajar. Ko-Kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dimana sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran Ko-Kurikulum dilaksanakan samada melalui empat bahagian kokurikulum iaitu badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Selain itu, saya dapat mengetahui tentang sejarah, konsep, falsafah dan matlamat Ko-Kurikulum. Seterusnya, saya telah mempelajari tentang pengurusan Ko-Kurikulum dalam bab 2. Di dalam bab ini, saya

mempelajari komponen Ko-Kurikulum, kemahiran mengurus, tugas jawatankuasa kerja PPAKK dan pelaksanakan aktiviti Ko-Kurikulum. Melalui pembelajaran ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya di dalam mengurus sesuatu majlis mahupun aktiviti disamping mengetahui cara yang lebih terperinci perlaksanan aktiviti yang dirancang.

Minggu

:2

Aktiviti

: Pembelajaran bab 3 , Penubuhan kelab dan persatuan dan pengagihan tugasan bagi setiap kumpulan dilakukan

Tarikh

: 17 Januari 2009 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan Aktiviti : i.

Pembelajaran bab 3 iaitu penubuhan kelab dan persatuan.

ii.

Mengetahui definasi kelab dan persatuan serta peraturan-peraturannya.

iii.

Contoh perlembagaan ditunjukkan oleh pensyarah dan pensyarah menerangkan bagaimana ianya dibentuk

iv.

Pensyarah membahagikan kami kepada 5 kumpulan beserta dengan tugasan masingmasing dan dipimpin oleh seorang instructors.

v.

Setiap kumpulan mengadakan mesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa tertinggi.

Refleksi

:

Pada minggu ini saya telah mempelajari bab 3 tentang penubuhan kelab dan persatuan dimana disedari bahawa bukan mudah untuk membentuk sesebuah persatuan mahupun kelab, perancangan yang rapi diperlukan. Selepas sesi pembelajaran, pensyarah mengagihkan kami kepada 5 kumpulan beserta dengan tugasan masing-masing dan dipimpin oleh seorang instructors. Pembahagian kumpulan adalah bergantung kepada pembahagian kokurikulum iaitu sukan dan permainan, kelab, persatuan, unit beruniform dan kebudayaan. Bagi kumpulan saya

iaitu kumpulan 4, kami menerima tugasan dalam bidang sukan dan permainan. Instructors kumpulan saya ialah Encik Azzarul. Setelah itu, kami bermesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawantankuasa. dan menentukan aktiviti yang akan kami jalankan nanti. Kelab sukan dan permainan yang kami tubuhkan ialah Kelab Senam Robik 2009 dan program yang akan kami anjurkan adalah program senam ria dengan konsep santai.

Tugasan

:

i.

Rancang dan adakan satu acara yang berasaskan sukan dan permainan

ii.

Sediakan perlembagaan kelab dan kertas kerja untuk dibentangkan pada minggu berikunya.

iii.

Laporan untuk masyuarat aktiviti disediakan

Minggu

:3

Aktiviti

: Pembelajaran bab 4 iaitu berkaitan tentang penubuhan pasukan pakaian seragam

Tarikh

: 24 Januari 2009 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan Aktiviti : i.

Proses pembelajaran bab 4 pengurusan kokurikulum

ii.

Pembelajaran adalah berkaitan tentang pengenalan kepada PPS dan dasarnya.

iii.

Selepas belajar, setiap kumpulan diberi masa setengah jam untuk proses perbincangan aktiviti yang akan dijalankan oleh kumpulan masing-masing.

Refleksi

:

Setelah

mempelajari

bab

4

ini,

saya

mengetahui

bahawa

PPS

merupakan

suatu

persatuan/badan/pasukan/pertubuhan/pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan setiap ahlinya memakai pakaian seragam yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah diwartakan atau termaktub dalam peraturan dan undang-undang PPS berkenaan. Penubuhan PSS bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Saya juga dapat mempelajari bagaimana proses penubuhan seseatu PSS yang juga merupakan perkara baru bagi saya. Selepas sesi pembelajaran tamat , kami diminta untuk membincangkan aktiviti kumpulan masing-masing berdasakan aktiviti yang akan dijalankan. Pendapat instructor kumpulan juga diminta bagi memastikan program yang akan dijalankan adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah kami.

Minggu

:4

Aktiviti

: Pembelajaran bab 5 , Pentadbiran dan pengurusan persatuan/ kelab dan pasukan beruniform di sekolah - kesetiausahaan

Tarikh

: 7 Februari 2009 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan Aktiviti : i.

Proses pembelajaran bab 5 diadakan.

ii.

Kandungan pengajaran adalah berkaitan dengan tugas seorang setiausaha.

iii.

Selepas belajar, setiap kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang aktiviti bagi kumpulan masing-masing seperti minggu- minggu sebelumnya.

Refleksi

:

Seorang setiausaha perlulah berdedikasi dan sedia melakukan segala tugas yang diamanahkan. Tugas seorang setiausaha adalah melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan suratmenyurat, pengoperasian dan pengendalian fail dan rekod,

pendokumentasian data dan

maklumat bagi memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Setelah sesi pembelajaran, kami diminta untuk membincangkan aktiviti kumpulan masing-masing serta menetapkan tarikh aktiviti. Kumpulan 4 telah menetapkan tarikh bagi program kami adalah pada 1 Mac 2009 iaitu pada hari ahad.

Minggu

: 5

Aktiviti

: Membincangkan bab 6,7,8 tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pengurusan risiko dan pertandingan.

Tarikh

: 14/2/2009 (sabtu )

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan aktiviti:

Mulanya degan bab 6 tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum, dalam bab ini kami belajar tentang dasar pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Manakala, dalam bab 7 kami belajar matlamat pengurusan keselamatan dan langkah-langkah pengurusan risiko, tujuan kami belajar adalah semasa kami menjalankan sesuatu aktiviti, kami perlu memastikan keselamatan bagi setiap

pelajar supaya dapat mencegah risiko atau kemalangan daripada berlaku. Bagi bab 8, kami telah belajar tujuan pertandingan dan jenis-jenis pertandingan yang terdapat dalam kokurikulum contoh perlawanan, kalah mati, liga dan cabar mencabar. Selepas habis kuliah kami, setiap kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang aktiviti bagi kumpulan masing-masing. Jurulatih hendak setiap kumpulan dapat menghantar kertas kerja

kepada dia sebelum

menjalankan aktiviti masing-masing.

Refleksi : Hari ini saya telah mempelajari banyak pengetahuan antaranya terdapat strategi semasa melaksanaan aktiviti kokurikulum, kami perlu menetapkan matlamat dan objektif, menyediakan sumber kepakaran dan kemudahan asas yang sesuai dan mencukupi serta lokasi yang sesuai. Bukan itu sahaja, saya berasa rupanya mengadakan suatu aktiviti adalah perkara tidak mudah, semasa kami menjalankan aktiviti, kami ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan bagi setiap pelajar supaya dapat mencegah risiko atau kemalangan daripada berlaku. Sebelum kami mengadakan sesuatu aktiviti, kami perlu mengenalpasti risiko atau bahaya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti kokurikulum. Juga dalam sesuatu aktiviti, kami perlu menyediakan peralatan pertolongan cemas, bukan itu sahaja, kami diri sendiri pun harus mengetahui cara-cara pertolongan kecemasan supaya kami dapat menolong orang semasa berlaku sebarang kemalangan. Selain itu, tujuan mengadakan pertandingan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar atau peserta menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan secara tidak langsung ia dapat meningkat keyakinan pelajar atau peserta.

Tugasan:

Pensyarah menyuruh setiap kumpulan perlu menyediakan perlembagaan dan kertas kerja bagi kumpulan masing-masing serta membentang kertas kerja di kuliah pada minggu hadapan.

Minggu

: 6

Aktiviti

: Presentation perlembagaan dan kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti kumpulan masingmasing.

Tarikh

: 21 /2/2009 (sabtu )

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan aktiviti:

Mulanya dengan kumpulan pertama iaitu Kelab Alunan Suara Melody Kita, program yang dianjurkan oleh kelab tersebut ialah pertandingan nyanyian medley pada hari 14/3/2009(Sabtu), tema lagu yang dipilih mesti berkaitan warisan budaya sepanjang zaman. Kumpulan kedua pula adalah kelab sejarah, program yang akan dijalankan adalah explorace, tajuk explorace iaitu selami sejarah dalam beriadah. Aktiviti mereka akan diadakan pada hari 15/3/2009. Tujuan explorace tersebut untuk mengingatkan golongan pelajar terhadap sejarah asal usul budaya di Malaysia, antaranya aktiviti terdapat iaitu teka rasa, permainan tradisional, kuiz dan sebagainya. Seterusnya sampai kumpulan ketiga iaitu kelab pengakap, mereka akan menganjurkan kem perkhemahan asas pengenalan pengakap pada tarikh 21/3/2009 sehingga 22/3/2009 selama 2 hari 1 malam. Tujuan menganjurkan kem tersebut adalah membantu mahasiswa atau mahasiswi lebih mengenali kemahiran pengakap. Akhirnya adalah kumpulan keempat iaitu kelab senamrobik, program yang akan dianjurkan adalah program senamria 2009 pada hari 1/3/2009 (Ahad), tujuannya untuk memupuk pengetahuan kesihatan di kalangan pelajar UPSI

Refleksi :

Hari ini saya telah mengetahui program-program yang akan dianjurkan oleh kumpulan masingmasing pada masa yang akan datang. Untuk menyiapkan satu perlembagaan dan kertas kerja dalam masa satu minggu adalah perkara yang tidak mudah, ia memerlukan kerjasama ahli-ahli kumpulan bukan sahaja bergantung setiausaha aktiviti. Dalam masa satu minggu, kami telah menbuat 2 kali perjumpaan untuk berbincang bagaimana melancar aktiviti tersebut. Semasa membuat perlembagaan dan kertas kerja, kumpulan kami telah mengalami banyak masalah contoh terdapat beberapa ahli tidak dapat hadir, atau pendapat antara ahli tidak sama. Namun kumpulan kami telah berjaya mengatasi masalah tersebut dengan baik, apabila terdapat ahli kumpulan memberi pendapat, kami cuba menerima pendapat bagi semua ahli-ahli, seterusnya kami memilih pendapat atau idea yang paling terbaik dan sesuai untuk aktiviti kami. Walaupun dalam proses tersebut, kami telah mengalami banyak masalah, tetapi akhirnya kami dapat mengatasi bersama-sama dan berkerjasama untuk menghasilkan kertas kerja kumpulan kami.

Minggu

: 7

Aktiviti

: Presentation perlembagaan dan kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti kumpulan masingmasing.

Tarikh

: 28/2/2009 (sabtu )

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Auditorium 2

Kandungan aktiviti: Mulanya dengan kumpulan kelima iaitu Kelab Belia UPSI, program yang akan dianjurkan ialah program explorace kembara amal pada 29/3/2009(Ahad) di Dewan Rahman Talib, setiap kumpulan diwajib menghantar 10 peserta untuk menyertai program tersebut. Selepas itu, kumpulan ketiga akan menyambung setelah kumpulan kelima menghabiskan dan mereka hanya membentangkan

perlembagaan

kelab

kelana

siswa

kerana

kumpulan

ketiga

tidak

membentangkan perlembagaan kelab mereka pada minggu lepas. Setelah semua kumpulan sudah

menghabiskan pembentangan masing-masing, jurulatih telah mengajar kami tentang garis panduan format surat antaranya terdapat surat rasmi, memo, mini mesyuarat, kesalahan bahasa dalam surat rasmi dan sebagainya.

Refleksi : Saya telah banyak belajar tentang garis panduan format surat, contoh dalam minit mesyuarat, paling atas akan dimulakan dengan nama pengerusi dan akhir dengan nama setiausaha. Di samping itu fungsi makluman adalah hanya untuk ahli-ahli tertentu sahaja, contohnya jika perkara yang dibincang adalah berkaitan peralatan, maka fungsi makluman hanya untuk AJK peralatan sahaja. Juga dalam mini mesyuarat tidak perlu sebarang tandatangan.

PENGALAMAN AKTIVITI KENDIRI

Minggu

: 8

Aktiviti

: Program Senam Ria, Kelab Senam Robik 2009

Tarikh

: 1/ 3 /2009 (ahad )

Masa

: 10.00 pg – 12.30 tghari

Lokasi

: Padang UPSI

Kandungan aktiviti : i.

Program yang dijalankan oleh kumpulan 4, kelab Senam Robik 2009 iaitu Program “Senam Ria” yang merangkumi aktiviti senam robik dan sukaneka

ii.

Aktiviti senam robik yang dilakukan diketuai oleh seorang instructor jemputan dan ajk aktiviti kumpulan 4

Setiap kumpulan perlu menghantar peserta bagi menyertai setiap acara sukaneka yang dilakukan iaitu acara couple run, telaga botol, cari gula dalam tepung, belon beracun dan ping pong sudu.

iii.

Refleksi : Aktiviti yang dilakukan oleh kumpulam 4 pengurusan kokurikulum adalah santai dan menyeronokkan. Dalam aktiviti senam robik yang dilakukan saya dapat memanaskan badan dan bersenam dengan cara yang relaks. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara senam robik yang baru seperti poco-poco dan lain lagi. Di dalam aktiviti sukaneka yang dilakukan, saya dapat melepaskan tekanan dan merehatkan diri sambil melakukan aktiviti cerdas. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, keperluan oksigen di dalam otak akan bertambah dan dapat mencerdaskan otak berfikir secara kreatif dan kritis.

Minggu

: 11

Aktiviti

: Perkhemahan Asas Pengenalan Pengangkap

Tarikh

: 21/ 3 /2009 – 22 /3/2009

Masa

: Dua hari

Lokasi

: Sg Samak, Tanjung Malim

Kandungan aktiviti : Aktiviti pengajaran asas pengangkap dijalankan. Peserta juga diajar bagaimana menyesuaikan diri apabila berada di dalam hutan selain pelbagai aktiviti yang mencabar dilakukan. Refleksi : Saya tidak dapat menyertai aktiviti ini kerana hanya 6 orang setiap kumpulan dibenarkan menyertainya. Tetapi melalui rakan – rakan saya mendapati bahawa aktiviti ini dapat menigkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi kehidupan selain mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu barau tentang dunia pengangkap.

Minggu

: 12

Aktiviti

: Program Explorace Kembara Amal

Tarikh

: 29 / 3 /2009 (ahad )

Masa

: 8.30am-12.30pm

Lokasi

: Dewan Rahman Talib

Kandungan aktiviti : i.

Explorace amal dilakukan, diantara aktiviti amal di dalam explorace tersebut adalah mengutip daun kering, mengutip derma dan membasuh bas. Dimana sambil berseronok, sambil beramal

ii.

Sementara itu, di dewan ditayangkan klip video kejadian di Palastin da kutipan derma juga diadakan

Refleksi: Melalui aktiviti ini, saya dapat menjalankan kerja amal disamping berseronok menyertai pertandingan explorace. Walaupun pengendalian agak tidak memuaskan kerana ada satu cheakpoint yang lami pergi, mereka tersalah membaca klu dan menyebabkan kami terpaksa berlari dengan jauh. Walaupun begitu, saya tetap seronok menjalankan aktiviti sepanjang program berlansung.

Pengalaman aktiviti kendiri

Minggu

: 13

Aktiviti

: Pertandingan Nyanyian Medley

Tarikh

: 10/4/2009 (Ahad)

Masa

: 8.30pm-11.30pm

Lokasi

: Dewan Rahman Talib

Kandungan aktiviti: i.

Pertandingan konsert di antara kumpulan diadakan

ii.

Setiap kumpulan menghantar wakil bagi pertandingan nyanyian solo dan nyanyian berkumpulan

iii.

Persembahan daripada penganjur

Refleksi : Aktiviti yang diadakan sangat menarik dan tidak membosankan. Setiap peserta mempunyai kelebihan tersendiri dan mereka mampu menunjukkan keyakinan mereka dalam bidang nyanyian walaupun vokal yang dibawa tidak mantap. Tidak kering gusi saya melihat telatah semua peserta yang bertanding. Juara solo dipegang oleh kumpulan 2 manakala juara berduet dimenangi oleh kumpulan 3.

Pengalaman aktiviti kendiri Minggu

: 13

Aktiviti

: program explorace persatuan sejarah

Tarikh

: 12/4/2009 (ahad),

Masa

: 8.30am-12.00pm

Lokasi

: Padang UPSI

Kandungan Aktiviti : i.

Aktiviti explorasi sejarah dijalankan dimana pelbagai aktiviti mengenai sejarah diterapkan di dalam aktiviti explorasi berikut.

ii.

Dimana pelajar yang tidak terlibat di dalam progran explorasi dikekendaki berada di dalam dewan kuliah B, di situ tayangan klip video tentang kemerdekaan dijalankan.

Refleksi: Bagi saya, aktiviti yang dijalankan adalah menarik selain dapat menimbulkan kembali ingatan saya tentang sejarah kemerdekeen negara kita Malaysia.

Selain itu, aktiviti yang

dijalankan di setiap cheakpoint juga amat menarik dan tidak membosankan. Tetapi pada saya , sepatutnya aktiviti ini dijalankan lebih awal memandangkan minggu peperiksaan hampir tiba.

Minggu

: 13

Aktiviti

: Pembentangan laporan aktiviti kumpulan

Tarikh

: 11 / 4 / 2009

Masa

: 8.00 pg – 10.00 pg

Lokasi

: Auditorium c

Kandungan aktiviti : Hanya pembentangan kumpulan diadakan untuk memberikan laporan sepanjang aktiviti masing-masing dilakukan. Laporan adalah merangkumi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Pensyarah memberikan amanat terakhir kepada para pelajar.

Refleksi:

Segala laporan dan panduan aktiviti yang dijalankan dan ilmu yang disampaikan akan saya gunakan apabila tiba di sekolah nanti.

Minggu

: 14

Aktiviti

: Pembentangan laporan aktiviti kumpulan

Tarikh

: 18/ 4 / 2009

Masa

: 8.00 pg – 10.00 pg

Lokasi

: Auditorium c

Kandungan aktiviti : Hanya pembentangan kumpulan diadakan untuk memberikan laporan sepanjang aktiviti masing-masing dilakukan. Laporan adalah merangkumi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Pensyarah memberikan amanat terakhir kepada para pelajar.

Refleksi: Segala amanat yang diberikan dan ilmu yang disampaikan akan saya gunakan apabila tiba di sekolah nanti.

Related Documents

Pen Gurus An Hem
December 2019 31
Pen Gurus An Islam
December 2019 33
Pen Gurus An
May 2020 23
Pen Gurus An Tekanan
November 2019 37
Pen Gurus An
May 2020 27

More Documents from "ismi"