10. Laporan In-house Traning Kssm Pendidikan Moral Tingkatan 2.docx

  • Uploaded by: Hidayah Adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 10. Laporan In-house Traning Kssm Pendidikan Moral Tingkatan 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 547
  • Pages: 3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CANOSSA CONVENT, PERKAMPUNGAN POTUGIS, UJONG PASIR, MELAKA.

1. Tajuk : Taklimat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Moral Tingkatan 3 2. Pengenalan : PPPM 2013-2025 menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menjadikan sistem pendidikan negara berprestasi tinggi. Aspirasi tersebut akan direalisasikan melalui beberapa inisiatif. Bagi aspirasi perpaduan, inisiatif perkukuhan perpaduan di sekolah akan dilaksanakan. Inisiatif perkukuhan perpaduan di sekolah merangkumi aktiviti kurikulum, kokurikulum, sukan, dan program RIMUP. Diperkukuhkan melalui semakan semula dan penambahbaikan terhadap kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Penambahbaikan ini perlu diketahui dan difahami oleh guru-guru supaya mereka dapat menanamkan konstruk perpaduan dalam diri murid melalui pelaksanaan PdP kedua-dua mata pelajaran ini. Bagi merealisasikan

hasrat

PPPM, Unit Pendidikan Moral dan Sivik, BPK, KPM membuat

penambahbaikan dalam empat aspek iaitu aspek kurikulum, pedagogi, bahan sokongan dan pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral

3. Objektif Program : Taklimat KSSM ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan yang jelas kepada guru-guru Pendidikan Moral tentang penambahbaikan terhadap kurikulum Pendidikan Moral Tingkatan 3 untuk tahun 2019. Selain itu, guru juga diberi penerangan tentang perbezaan KBSM dan KSSM yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 supaya guru-guru lebih memahami tujuan sebenar penambahbaikan ini. Taklimat selama dua jam ini juga mendedahkan kepada guru pembelajaran abad ke-21 yang boleh digunakan oleh guru semasa PdPc Pendidikan Moral supaya pengajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Cadangan aktiviti dalam dokumen kurikulum Pendidikan Moral menjalankan PdPc

yang menggalakkan perpaduan akan memudahkan guru

yang menjurus ke arah penerapan perpaduan. Guru-guru juga didedahkan

dengan Pendekatan Modular yang akan digunakan dalam rancangan pengajaran harian mereka. Guru-guru juga diberikan pilihan cadangan akitiviti pembelajaran luar bilik darjah yang perlu diadakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

4. Pelaksanaan Program : a) Tarikh : 15 November 2018 b) Tempat : Bilik Guru SMK Canossa Convent c) Masa : 2.10 – 3.30 petang d) Kehadiran : i.

Peserta : -

Cik Lim Whan Phen (GKMP Kemanusiaan)

ii.

-

Puan Choo Pau Yen

-

Puan Mariah binti Tardan

-

Encik Faisal bin Mustafa

-

Puan Ain Amirah binti Ismail

-

Tn Hj Ismail bin Abdullah

-

Encik Nornizam bin Jamal

Penceramah : Puan Norhidayah binti Adam

5. Isu-isu pelaksanaan: a) Pengaplikasian Konsep Pembelajaran Abad ke21 semasa Pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian objektif pengajaran. b) Aktiviti luar bilik darjah termasuk di dalam 32 jam PdP setahun. c) Mengenalpasti kekangan terhadap aktiviti bilik darjah

6. Kekuatan : a) Tajuk atau tema yang akan diajar bukan sahaja perlu memberi tumpuan pada kandungan kurikulum tetapi berkaitan dengan konstruk perpaduan yang amat penting kepada pelajar yang pelbagai kaum. b) Pendedahan kepada guru tentang pengajaran abad ke-21 dan cara pembelajaran aktif amat membantu guru menjadikan pengajaran lebih menarik dan menyeronokkan. c) Guru akan membuat salinan DSKP dan mengasingkannya kepada beberapa bahagian mengikut aspek seperti Nilai Universal, profil murid, kemahiran berfikir dan huraian KSSM supaya memudahkan penulisan rancangan pengajaran harian. 7. Kelemahan : a) Seramai tiga orang guru Pendidikan Moral tidak dapat hadir ke taklimat ini kerana menjadi pengawas SPM, cuti bersalin dan cuti sakit b) Guru-guru memerlukan perbelanjaan dan masa yang kritikal untuk mengadakan aktiviiti luar bilik darjah. c) Bagi sekolah yang kurang mempunyai kemudahan teknologi seperti computer, LCD, dan rangkaian internet menyukarkan guru menggunakan pengajaran abad ke-21.

8. Gambar Aktiviti Program :

Disediakan oleh, ……………………………………….. (NORHIDAYAH BINTI ADAM) Guru Pendidikan Moral SMK Canossa Convent, Melaka.

Related Documents


More Documents from "Zulkurnain bin Abdul Rahman"