Bismillah ……… Assalamualaikum wbkt Salam sejahtera dan salam Melaka Berwibawa. Pintar,Hijau, Bersih, Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Yang Berusaha Tuan Hj Abdullah bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kurikulum Yang Berusaha Puan HJH Zaidah binti Md Nor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha En. Tan Peng Kuan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Para Kaunselor kaunselor, barisan GKMP, Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis penyampaian Sijil dan hadiah ini. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-murid baik dari segi aakademik, kokurikulum, sahsiah dan rohani sepanjang bulan februari yang lepas. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat muridmurid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa yang akan datang. Kita mulai senarai penerima hadiah, medal dan sijil pada hari ini dengan penyampaian hadiah kejohanan renang peringkat MSSNM. Pada 19 hingga 21 Februari 2019 telah brlangsungnya Kejohananan Renang Mssnm di Pusat Akuatik, Stadium Hang Jebat. Atlet kita telah Berjaya mendapat 3 pingat emas dalam acara 50m kuak lentang, 100m
kuak lentang, dan 200m kuak lentang. 2 pingat perak dalam acara 100m bebas dan 400m bebas. Manakala 3 pingat gangsa dalam acara 200m kuak dada, 200m dan 50m gaya bebas. Oleh itu, saya menjemput, Yang Berusaha Encik Tan Peng Kuan, Guru Penolong Kanan KOKU untuk menyampaikan pingat dan sijil kepada atlet renang, Saudari Mahirah Maamor. Dipersilakan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pingat dan sijil untuk kejohanan olahraga MSSNM yang telah diadakan pada _______________________________. Atlet kita telah memenangi pingat _________ dalam acara______________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ __________________________________ Seterusnya, acara seterusnya iaitu peyampaian hadiah untuk pertandingan yang telah berjalan sewaktu sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Bagi pertandingan _______________________ pemenangnya adalah ___________________________________ __________________________. Saya menjemput ___________________________________ ______________________________
Hadirin Sekalian, Bulan Bahasa Melayu yang telah dianjurkan sepanjang bulan Februari telah berakhir. Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang bulan tersebut, antaranya ialah Pertandingan Nyanyian Solo, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Syair, Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu, Pertandingan SAHIBBA, dan Pertandingan Silangkata. Hadirin yang dimuliakan, Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Kurikulum Tuan Haji Ismail bin Abdullah unuk menyampaikan hadiah. Bagi pemenang Pertandingan Menulis Esei. Pemenang bagi tingkatan 1M adalah Andrea Leanne Alcantra , bagi tingkatan 1B Goh Pei Qi….. Seterusnya, pemenang teka silang kata. Bagi menengah rendah, tempat pertama telah dimenangi oleh adik Noreen Aisyah dari tingkatan 2M, tempat kedua dimenangi oleh Stella Raudhah Kamal Singh dari 1M….. Bagi peringkat menengah atas, temapat prtama dimenangi oleh saudari Chong Hui Yee dari tingkatan 5Sains2….. Pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair… Pertandingan bercerita… Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail kerana sudi menyampaikan hadiahhadiah pertandingan sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis, tanpa berlengah masa lagi, majlis menjemput Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
hadiah bagi pertandingan-pertandingan berikut. Dipersilakan… Untuk pertandingan pidato, tempat pertama telah dimenangi oleh saudari Naz Alleya Natasha bt Mohamad Nazri dari tingkatan 4 PA, tempat kedua telah dimenangi oleh Ashleigh Anne Scully dari tingkatan 4Sains1 dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Noreen Cheo dari tingkatan 4PA. Pertandingan Nyanyian Solo …… Pertandingan Sahibba …………. Terima kasih kepada Puan Hajah Zaidah diatas kesudian menyampaikan hadiahhadiah pertandingan sebentar tadi. Selesainya penyampaian hadiah-hadiah ini bermakna labuhlah tirai bulan bahasa melayu bagi memberi laluan kepada bulan bahasa inggeris. Sebelum saya mengundur diri, saya mewakili ahli jawatan kuasa bulan bahasa melayu inigin menyusun jari memohon maaf andai sepanjang berlangsungnya bulan bahasa melayu ini, telah berlakunya kesilapan dari pihak kami. Sesungguhnya khilaf itu datang dari kami, manusia biasa. Yang baik dan indah itu dari sisi Ya Rabbul Izzati. Saya serahkan majlis kepada pengawas bertugas. Terima kasih.