Kandungan
Muka Surat
PENGENALAN
2
JAWATANKUASA PELAKSANA
5
ATURCARA
7
BELANJAWAN
8
PERATURAN AM PERTANDINGAN
10
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
16
BORANG PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI
19
BORANG PASUKAN BOLA TAMPAR WANITA
20
1
KERTAS KERJA CADANGAN KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKA TUN RAHAH KALI PERTAMA TAHUN 2019
1.0
PENGENALAN Bola tampar merupakan satu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Jadi, kami dari kelas 1.02 Tahfiz Kohort ke-3 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Mini Bola Tampar terbuka kepada seluruh warga SMKA Tun Rahah, Sungai Besar, Selangor. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial. Karnival ini juga bertujuan untuk memudahkan proses interaksi antara pelajar dengan seluruh warga SMKATR di samping saling mengenali antara satu sama lain.
2.0
OBJEKTIF 2.1
Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan pelajar.
2.2
Melahirkan pelajar yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang akademik dan sukan.
2.3
Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar dan seluruh warga SMKATR.
2.4
Peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
2.5
Membina keyakinan diri dan semangat yang kental serta dapat menghadapi cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masyarakat.
2
3.
PENGANJUR Program ini dianjurkan oleh Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah 1.02 Tahfiz Kohort ke-3.
4.
TARIKH 24 Mac 2019
5.
TEMPAT Gelanggang Bola Tampar SMKA Tun Rahah, Sungai Besar, Selangor
6.
PENYERTAAN Seluruh warga SMKA Tun Rahah, Sungai Besar, Selangor
7.
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Sila lihat lampiran A
8.
ATURCARA PROGRAM Sila lihat lampiran B
9.
BELANJAWAN PROGRAM Sila lihat lampiran C
3
10.
PENUTUP Adalah amat diharapkan pelaksanaan program "Karnival Mini Bola Tampar" ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Akhirnya, diharapkan agar seluruh warga SMKATR dapat memberikan kerjasama dan menyertai karnival ini bagi mendapat manfaat sebagaimana yang diharapkan.
Disediakan oleh : ………………………………………………………… (EN MUHAMMAD SYUKRI BIN BUANG) Setiausaha, Karnival Mini Bola Tampar, SMKA TUN RAHAH Disemak oleh :
………………………………………….. (ENCIK KAMARUDIN BIN DAUD) Penyelaras, Karnival Mini Bola Tampar, SMKA TUN RAHAH Diluluskan oleh :
…………………………………… (HAJI MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF) Pengetua, SMKA TUN RAHAH LAMPIRAN (A) JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR
PENGERUSI
: HAJI MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF
4
NAIB PENGERUSI
: EN MUHAMMAD ILYAS
PENYELARAS
: EN KAMARUDIN BIN DAUD
SETIAUSAHA
: EN MUHAMMAD SYUKRI BIN BUANG
BENDAHARI
: EN MOHD FAIQ IZZUDDIN BIN SAHAR
JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG:
EN TUAN MUHAMMAD AZRI BIN TUAN ISMAIL EN AHMAD BUKHARI BIN YUSOF EN AHMAD AKMAL HAKIM BIN ZAKARIA EN AHMAD BUSHRO BIN MOHAMAD SALLEH PN AIDA SYAZANA BINTI MOHD HATTA PN AISYARAH BINTI AZHAR
JAWATANKUASA PENGADIL
EN AHMAD FARID BIN MD NOR PN AMIRA BALQIS BINTI ABD RAZAK PN FINA SAKINAH BINTI ABD SHUKOR EN MUHAMMAD ZAIDI BIN MOHD ISHAH
JAWATANKUASA PENYEDIAAN PERALATAN PERMAINAN
EN HANIS AFIFI BIN MOHD ALWI EN MUHAMMAD ASYRAF BIN OTHMAN PN HANISAH BINTI ARIFFIN
JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAMATA
EN MOHD FAIRULNAIM BIN YAAKUB PN NORNAJWAH BINTI AHMADAN EN MUHAMMAD SAIFULLAH BIN RUSLI
JAWATANKUASA MAKANAN
EN MOHD IZWANUDDIN BIN ABD RAHIM 5
PN NURUL ALYA BINTI MOHD ZOL
JAWATANKUASA DOKUMENTASI
EN MOHD TAUFIQ BIN SALAM PN NURUL FAEEZ BINTI BAWAWI
JAWATANKUASA PERMAINAN
EN MOHAMMAD NURASYRAF BIN YAHYA PN NUR ZAHIDAH BINTI MARZUKI
LAMPIRAN ( B )
ATURCARA PROGRAM
7:30 pagi
: Pendaftaran Peserta
8:00 pagi
: Perasmian Karnival Mini Bola Tampar SMKA TUN RAHAH Kali Pertama oleh Pengetua SMKATR
8:30 pagi
: Pertandingan Peringkat Kumpulan Lelaki dan Perempuan
1.00 petang
: Rehat
2.00 petang
: Pertandingan Peringkat Suku Akhir
3.30 petang
: Pertandingan Peringkat Separuh Akhir
4.30 petang
: Pertandingan Akhir : Pertandingan Penentuan Tempat ketiga dan keempat
5.00 petang
: Perasmian Penutup Karnival Mini Bola Tampar SMKATR Kali Pertama oleh Pengetua SMKATR 6
: Penyampaian Hadiah dan Cenderahati 6.15 petang
: Bersurai
LAMPIRAN ( C )
ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM BIL
DUIT MASUK
PERKARA
JUMLAH
MAKANAN
RM 970
HADIAH PERMAINAN
RM 490
RM 20 X 8 pasukan
RM 160
SUMBANGAN SMKATR 1.
2.
YURAN PENYERTAAN
JUMLAH KESELURUHAN BIL 1.
KEPERLUAN PERALATAN - PAPAN MARKAH - PAPAN KENYATAAN
7
RM 1620
PERKARA
JUMLAH
-
BAHAGIAN STOR UNIT GERKO SMKATR
2.
3.
4.
HADIAH PERMAINAN
MAKANAN - PEGAWAI - PESERTA
MINUMAN
Pingat Johan (L) - 10 keping x RM10.00 Pingat Naib Johan (L) - 10 keping x RM10.00 Pingat Ketiga (L) - 10 keping x RM10.00 Pingat Johan (W) - 10 keping x RM10.00 Pingat Naib Johan (W) - 10 keping x RM10.00 Pingat Ketiga (W) - 10 keping x RM10.00
RM 600
15 x RM10 8 pasukan x 9 peserta x RM10
RM 870
2 TONG X RM 20
RM 40
JUMLAH KESELURUHAN
8
RM 1510
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKA TUN RAHAH KALI PERTAMA PERATURAN AM PERTANDINGAN
1.
NAMA KEJOHANAN KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKA TUN RAHAH KALI PERTAMA
2.
PENGANJUR PDPLI-KDC KOHORT 3 1.02 TAHFIZ
3.
PENGELOLA KOHORT 3 1.02 TAHFIZ
4.
TEMPAT SMKA TUN RAHAH, SUNGAI BESAR, SELANGOR
9
5.
TARIKH ( 24 MAC 2019 )
6.
PERMAINAN
6.1
Karnival mini bola tampar dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut:-
Bola Tampar Lelaki – Double knockout. Bola Tampar Wanita – Double knockout.
7.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada:7.1.1
Undang-undang pertandingan di bawah MAVA dan Persektuan Bola Tampar Antarabangsa.
7.1.2
Peraturan Am dan undang-undang permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.
PENDAFTARAN 8.1 Pengesahan penyertaan permainan para 6.1 mesti diterima pada atau sebelum tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 8.2
Bilangan pengurus dan peserta adalah seperti berikut: Pengurus Pasukan
:
8
Peserta-Peserta
:
72
:
80 orang.
Jumlah Keseluruhan
10
8.3
Borang Pendaftaran Perlawanan mesti diserahkan kepada Penyelaras Permainan selewat-lewatnya 15 minit sebelum perlawanan bermula.
8.4
Yuran Penyertaan dikenakan sebanyak RM 30.00 bagi setiap pasukan yang mendaftar.
9.
PENYERTAAN
9.1 Acara sukan ini terbuka kepada semua kakitangan, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah sahaja.
9.2 Bilangan pemain untuk didaftarkan bagi setiap pasukan adalah sepertimana di dalam syarat-syarat pertandingan sukan yang berkaitan termasuk seorang pengurus. 9.3 Setiap pemain atau peserta dikehendaki mengemukakan bersama-sama borang penyertaan, 2 keping gambar terbaru berukuran passport dan salinan Kad Pengenalan.
10.
SISTEM PERTANDINGAN 10.1
Sekiranya kurang dari empat (6) pasukan mengambil bahagian, pertandingan tidak akan dijalankan.
10.2
Cara Dua Kumpulan 11
10.2.1 Pusingan Awal (a)
Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B di mana pertandingan akan dijalankan secara liga bagi setiap kumpulan.
(b)
Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan hanya dua pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam kumpulan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara automatik dipindahkan ke kumpulan yang kurang.
10.2.2
Pusingan Kalah Mati (a)
Semua permainan di peringat separuh akhir dan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.
(b)
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak secara automatik ke peringkat separuh akhir.
(c)
Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan bertemu Naib Johan Kumpulan A.
(d)
Pemenang kedua-dua perlawanan di peringkat separuh akhir akan bertemu di peringkat akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
(e)
Kedua-dua pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir akan di bertanding bagi menentukan tempat ketiga.
11.
SISTEM PEMBERIAN MATA 12
11.1
12.
Dalam setiap perlawanan, mata akan diberikan seperti berikut: a.
Menang
-
3 mata
b.
Seri
-
1 mata
c.
Kalah
-
0 mata
KEMENANGAN PERCUMA 12.1.
Mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma sebelum memulakan perlawanan (diperingkat kumpulan / liga) dengan sengaja atau tidak, semua keputusan pertandingan sebelumnya yang melibatkan mana-mana pasukan yang menarik diri akan diambil kira.
12.2.
Keputusan perlawanan-perlawanan berikutnya yang melibatkan pasukan yang menarik diri tersebut akan dikiranya sebagai kemenangan percuma
kepada
lawannya
mengikut
permainan-permainan
yang
berkaitan.
14.
PERUBATAN Pihak pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan untuk tujuan kecemasan sahaja. Ubat-ubatan untuk kegunaan pasukan semasa pertandingan adalah tanggungjawab pasukan sendiri.
15.
HADIAH Pihak pengelola akan menyediakan hadiah-hadiah untuk Johan, Naib Johan dan tempat ketiga.
17.
BANTAHAN 13
17.1.
Setiap bantahan mesti disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM 50.00 dan akan dikembalikan jika bantahan diterima. Jika bantahan ditolak, wang bantahan tidak akan dikembalikan.
17.2.
18.
Keputusan Panel juri Bantahan/Rayuan adalah muktamad.
RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan harta benda kepunyaan pegawai / pemain samada ketika perlawanan mahupun sepanjang pertandingan berlangsung. Segala risiko adalah tanggungan sendiri.
20.
PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN 20.1
Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.
20.2
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.
20.3
Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan.
14
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKATR KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 1.
PENGANJUR/PENGELOLA Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Kohort ke-3 kelas 1.02 Tahfiz.
2.
PENDAFTARAN 2.1
Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar SMKA Tun Rahah, Sungai Besar, Selangor.
2.2
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sembilan (9) orang pemain menggunakan Borang yang telah disediakan.
15
2.3
Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
3.
KATEGORI 3.1
4.
Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua kategori iaitu : (a)
Kategori Lelaki
(b)
Kategori Wanita
TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 4.1
Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.
4.2
Perlawanan akan bermula pada 23 Mac 2018. Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3
Pasukan yang berlawan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya gagal berada di gelangggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
4.4
Perlawanan akan dijalankan dengan cara enam (6) pemain sepasukan. Setiap pasukan hendaklah mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika kurang dari jumlah pemain yang sepatutnya, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah.
16
5.
FORMAT PERTANDINGAN 5.1
Pasukan-pasukan
yang
bertanding
dibahagikan
kepada
dua
(2)
Kumpulan A & B dan dijalankan secara kalah mati dua pusingan (double knockout) dan akan dijalankan secara best of 3 sets. 5.2
Pusingan separuh akhir akan menemukan Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B melawan Naib Johan Kumpulan A. Pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara best of 5 sets.
6.
PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 6.1
Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26-24, 27-25….)
6.2
Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2, set penentuan (set ketiga atau set kelima) akan dimainkan sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai.
6.3
Undang-undang lain adalah mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA).
6.4
Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.
6.5
Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor di sebelah belakang. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak dibenarkan.
7.
PENGADIL PERTANDINGAN Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pejngadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad. 17
8.
BANTAHAN Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Perkara 7 dan 17, Peraturan Am Karnival Mini Bola Tampar SMKA TUN RAHAH yang disediakan oleh pihak penganjur kejohanan ini.
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKA TUN RAHAH KALI PERTAMA BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI)
Nama Pasukan : ................................................................................. Nama Pengurus Pasukan : .................................................................................. Nombor Telefon : .................................................................................................. Bil.
Nama Pemain
No. Kad Pengenalan
1. 2. 3. 4. 5.
18
6. 7. 8. 9. Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 22 Mac 2018
................................................ (T/tangan Pengurus Pasukan)
KARNIVAL MINI BOLA TAMPAR SMKA TUN RAHAH KALI PERTAMA BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (WANITA)
Nama Pasukan : ................................................................................. Nama Pengurus Pasukan : .................................................................................. Nombor Telefon : .................................................................................................. Bil.
Nama Pemain
No. Kad Pengenalan
1. 2. 3. 4. 5. 6.
19
7. 8. 9. Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 22 Mac 2018
................................................ (T/tangan Pengurus Pasukan) 1.0
Refleksi Setelah melalui proses penghasilan kertas kerja dan penganjuran karnival bola
tampar SMKA TUN RAHAH kali pertama, saya dapati terdapat banyak kekurangan dan beberapa kekuatan hasil penganjuran kali ini. Antaranya : 1.1
Kekuatan 1.1.1 Penganjuran kali ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya senaraikan. Pertamanya, penganjuran kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga SMKATR sehingga ada yang memohon agar membuka lebih penyertaan agar lebih banyak pasukan yang dapat menyertai serta dapat 1.1.2
mencungkil bakat pelajar di SMKATR dalam sukan bola tampar. Di samping itu, kemudahan peralatan yang terdapat di SMKATR amat mencukupi dari segi bola tampar, net, gelanggang, papan
1.1.3
putih, papan skor, kerusi pengadil, wisel dan sebagainya. Selain itu, penganjuran kali ini mendapat kerjasama yang amat baik oleh jawatankuasa pelaksana dan membolehkan karnival ini
1.1.4
dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Penganjuran karnival ini juga dapat mencapai objektif yang direncanakan iaitu dapat merapatkan silaturrahim antara seluruh warga SMKATR dan juga dapat mengekalkan cara gaya hidup sihat di kalangan warga SMKATR.
1.2
Kelemahan 1.2.1
Penganjuran kali ini juga tidak dapat lari dengan beberapa kekurangan yang pastinya terdapat pada setiap kali penganjuran. 20
Antaranya, penganjuran kali ini mendapat sambutan yang amatamat menggalakkan daripada seluruh warga SMKATR KPI sehingga ada yang tidak dapat menyertainya kerana terdapat had yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu hanya 8 pasukan sahaja disebabkan pertandingan hanya berlangsung selama 1.2.2
sehari. Di samping itu, kemudahan peralatan yang terdapat di SMKATR mencukupi akan tetapi peralatannya sudah terlalu lama dan
1.2.3
usang. Selain itu, penganjuran kali ini tidak dapat dilaksanakan dengan lebih meriah atau lebih baik kerana terdapat kekangan kewangan dan waktu pertandingan dijalankan. Jumlah perbelanjaan dan jumlah pendapatan yang diperolehi tidak tepat sehinggakan pihak kami terpaksa mengutip sejumlah wang pendaftaran. Namun begitu, pertandingan bola tampat tersebut boleh diperbaiki jikalau kertas kerja pertandingan dapat disiap dan diluluskan lebih awal. Ini memudahkan AJK-AJK mula melaksanakan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, pengiklanan perlu dijalankan lebih awal untuk menarik lebih banyak penyertaan dan
1.2.4
juga pendapatan. Penganjuran kali ini juga terdapat kelamahan dari segi keadaan gelanggang itu sendiri. Gelanggang tersebut sudah terlalu lama dengan
keadaan
lantainya
sudah
beralun
dan
tiada
penyelenggaraan oleh pihak SMKATR. Keadaan gelanggang yanng bersebelahan dan berdekatan juga boleh mengganggu konsentrasi pemain dari gelanggang yang lain. 1.3
Peluang 1.3.1
Melalui penganjuran kali ini, kami membuka mata ramai pihak supaya mengambil peluang ini untuk mengadakan penganjuran karnival yang lebih baik dan lebih teratur pada masa yang akan
1.3.2
datang. Penganjuran karnival kali ini juga dapat mencungkil bakat-bakat yang
terpendam
warga
SMKATR
dan
seterusnya
boleh
mengetengahkan lagi bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
21
1.3.3
Selain
itu,
dengan
penganjuran
karnival
ini
juga
dapat
memberikan jawatankuasa pelaksana program satu pengalaman yang berharga dan dengan itu mereka akan dapat mengendalikan program-program atau majlis-majlis lain yang akan datang dengan lebih baik. 1.4
Ancaman 1.4.1
Semasa penganjuran kali ini, ada juga terdapat beberapa penganjuran program oleh organisasi lain pada tarikh dan masa
1.4.2
yang sama. Pada awal proses penganjuran karnival ini, kami mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Ini kerana jadual pembelajaran di SMKATR terlalu padat sehingga ada yang beranggapan macam mana nak adakan karnival ini sedangkan jadual pembelajaran yang sangat padat.
Akhir sekali, terdapat pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dapat lihat hasil daripada penganjuran ini. Diharapkan agar pihak penganjuran yang akan datang dapat menganjurkan program seperti ini dengan lebih baik lagi.
22
2.0
Rujukan 2.1
Buku Rujukan Wee Eng Hoe (2013), Siri Sukan Popular Bola Tampar, Oxford Fajar.
2.2
Laman Web
http://www.fivb.com/ https://www.facebook.com/Malaysia.Volleyball/? hc_ref=ARRuP203_N8-T2mHuHj8y8ntmeHJ5-
rXRBk3DMd47jFHLuqGhOcKuAN7Gde4XaqBIyU https://www.pdfcoke.com/document/348613856/Kertas-KerjaPengelolaan-Pertandingan-Bola-Tampar
23