Sukan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sukan as PDF for free.

More details

  • Words: 474
  • Pages: 3
Definisi sukan Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Takrifan sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: •

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.



Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Definisi perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Definisi integrasi Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

Sejarah Sukan Malaysia (SUKMA) Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

Sukan Olimpik Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece. Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

Jenis-jenis sukan Lumba •

dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)



tenaga manusia (lumba lari, renang,... )



tenaga luar (perahu layar, F1,...)

Lawan •

pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)



gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)



kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)

Pencapaian •

pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)



kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)



sasaran (menembak, golf, memanah,...)

Gabungan semua •

Olahraga

Related Documents

Sukan
May 2020 34
Sukan
May 2020 45
Plan Sukan
April 2020 20
Sukan Ragam
April 2020 39
Sukan Hakim.pdf
October 2019 36
Sukan Lasak
May 2020 9