PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH
Modul Pembelajaran EDUP2033 PEDAGOGI
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan November 2015
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
November 2015 (Kemas Kini September 2017) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
November 2015 (Kemas Kini September 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii
MUKA SURAT
KANDUNGAN Notis Hak Cipta
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii
Falsafah Pendidikan Guru
ii
Kandungan
iii
Panduan Pelajar
iv - v
Ikon Modul
vi
Agihan Tajuk RMK
vii - viii
Tajuk Pembelajaran Unit 1 – Proses Pembelajaran
1
Unit 2 – Model-Model Pengajaran
23
Unit 3 – Pengajaran Mikro dan Penulisan Refleksi
43
Unit 4 – Pedagogi Masa Kini
53
Rujukan
65
Panel Penulis Modul
67
Panel Pemurni Modul
68
iii
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.
iv
HASIL PEMBELAJARAN
PERBINCANGAN
PENYELIDIKAN
AKTIVITI
REFLEKSI
RUJUKAN
PENGALAMAN
v
AGIHAN TAJUK Nama Kursus Kod
: PEDAGOGI : EDUP2033
Kandungan modul ini dibahagi kepada empat unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
Topik/Tajuk 1. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pengertian Pengajaran dan pembelajaran Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran
Jumlah Jam Pembelajaran (45) Jam
Modul (18 Jam)
Bersemuka (27 Jam)
2
-
2
2. Proses Pembelajaran
5
Unit 1 5 jam
-
5
-
5
5
Unit 2 5 jam
-
Kesediaan Belajar Pengamatan Penanggapan Ingatan Lupaan Pemindahan Pembelajaran
3. Teori-Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Behaviouris Teori Pembelajaran Kognitif dan Kontruktivis Teori Humanistik Implikasi teori-teori terhadap pengajaran dan pembelajaran 4. Model-Model Pengajaran Model Pemprosesan Maklumat
vi
Catatan
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
Perlu dibaca sebelum interaksi
bersemuka
Model Behavioural Model Sosial Model Personal Implikasi model-model pengajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran
5. Konsep pedagogi, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran Konsep pedagogi Pendekatan pengajaran Strategi pengajaran Kaedah dan teknik pengajaran 6. Pengajaran Mikro dan Penulisan Refleksi Konsep dan kepentingan pengajaran makro Perancangan dan penulisan RPH Kemahiran asas pengajaran mikro Pelaksanaan pengajaran mikro Penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran 7. Pedagogi Masa Kini Kerangka kemahiran pedagogi Ciri-ciri pedagogi masa kini Implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran 8. Pedagogi Relevan Budaya Konsep dan Definisi Pedagogi Relevan Budaya Elemen-Elemen dalam Pedagogi Relevan Budaya
10
10
4
4
vii
-
Unit 3 6 jam
Unit 4 2 jam
10
4
2
4
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
Usaha Memupuk Hubungan Etnik antara Masyarakat Malaysia 45 jam
18 jam
27 jam
Catatan : Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda
viii
UNIT 2
PROSES PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran Unit Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat: 1. Menganalisis proses kesediaan belajar.
2. Membanding dan membezakan konsep Persepsi dan Penanggapan. 3. Menjelaskan proses ingatan dan lupaan dalam proses pembelajaran. 4. Menjelaskan bagaimana pemindahan pembelajaran dapat dilakukan. 5. Menghuraikan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajarann pembelajaran.
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang proses pembelajaran yang melibatkan kesediaan belajar, pengamatan, ingatan, lupaan, pemindahan pembelajaran dan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.
2.1
Pengenalan
Dalam proses pembelajaran, manusia menggunakan organ deria untuk memperolehi maklumat melalui pemilihan rangsangan di persekitaran mereka. Ianya kemudian diproses untuk dijadikan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Proses ini dianggap sebagai perubahan tingkah laku.
2.2 Kesediaan Belajar
2.2.1 Konsep Kesediaan Belajar Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah
1
memberi
pendapat
mereka
mengenai
kesediaan
belajar
mengikut
teori
pembelajaran tertentu. Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut:
Tahap Kesediaan
Emosi
a) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan Berasa puas dapat membuatnya. b) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan Dukacita tidak dapat membuatnya. c) Individu belum bersedia dan dipaksa untuk membuatnya.
Dukacita
Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran mengaitkan
bermazhab kesediaan
Kognitif. belajar
Jean William
dengan
Fritz Piaget
peringkat
(1896–1980)
pembelajaran
mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu: a) peringkat deria motor (0-2 tahun) b) peringkat pra operasi (2-6 tahun) c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
Jerome Seymour Bruner (1915 - 2016) berpendapat bahawa kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya.
2.2.2 Jenis-jenis kesediaan belajar
1.
Kesediaan Kognitif.
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir, menaakul,
menganalisis,
mensistensis
(menbentuk
konsep)
dan
menilai
(menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
2
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai kebolehan/kesediaan kognitif untuk pembelajaran Tahun Dua apabila dapat melaksanakan tugasan berikut: a) dapat menyebut A hingga Z. b) dapat membilang nombor 1 hingga 50.
Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya, perkembangan
intelek
seseorang
adalah
berkadar
secara
terus
dengan
pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila memasuki sekolah menengah, mereka mula sanggup dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti berikut:
Kesediaan Kognitif Rendah
Kesediaan Kognitif Tinggi
Dapat melihat satu aspek sahaja dalam Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek/idea. Egosentrik;
tidak
sesuatu objek. dapat
melihat Struktur
pandangan orang lain.
pengetahuan
mula
menjadi
formal. Memahami konsep abstrak. Membentuk
hipotesis
ketika
menyelesaikan masalah.
2.
Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka
3
pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah.
Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak berkesan walaupun pelajar itu telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan pembelajaran adalah seperti berikut: Kesediaan afektif
Pembelajaran
Aktif dan agresif
Tinggi
Pasif dan lemah
Rendah
Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Stanford (1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan oleh berapa kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya.
3.
Kesediaan Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti: a) Mengikat tali kasut b) Menulis c) Melukis d) Memegang pensel e) Menyebut bunyi dan lain-lain
4
Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan permainan alat muzik.
2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar
Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kesediaan belajar termasuklah kematangan, sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina, perbezaan individu dan pengalaman.
(1)
Kematangan
Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik, mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar.
(2)
Sikap dan Minat
Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan belajar. Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk belajar dan akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Disebaliknya, mereka yang tidak
bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada pembelajaran.
(3)
Perbezaan Kadar Perkembangan
Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap individu mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik.
Dengan itu, murid
daripada kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang sama semasa menjalankan aktiviti.
5
(4)
Perbezaan Jantina
Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki.
Ini dapat dilihat dengan jelas
bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada lelaki daripada tahun empat hingga kepada tingkatan menengah rendah. Perbezaan dari segi sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi kesediaan belajar. Lelaki biasanya lebih minat mengambil sains dan matematik manakala perempuan akan mengambil ekonomi rumahtangga dan mata muridan lain.
Perbezaan dalam nilai budaya
terhadap jantina yang akan mempengaruhi kesediaan belajar. Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala lelaki pula diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif.
(5)
Perbezaan Individu
Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza. Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi lemah dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan prestasi baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata lain, guru tidak digalakkan melabel murid mereka sebagai „bodoh‟ atau bijak mengikut pencapaian prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.
(6)
Pengalaman
Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru. Oleh itu, guru digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan pengajaran mereka. Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru.
2.2.4 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar
Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak guru. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya 6
murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza. Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai.
Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluankeperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar. Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti secara kumpulan. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid.
2.3
Pengamatan
2.3.1 Definisi dan Konsep Pengamatan
Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Pengamatan melibatkan penggunaan pengalaman terdahulu untuk mengumpul dan menginterpretasikan rangsangan yang dirakamkan oleh deria. Ia menggabungkan kedua-dua aspek dunia luar (maklumat rangsangan) dan juga dunia dalaman (maklumat pengetahuan terdahulu) (Matlin, 1994). Best (1999) menyatakan bahawa proses pengamatan adalah satu proses yang menggunakan input kederiaan dan menukarkannya kepada kod-kod yang lebih abstrak. Kod-kod ini terbentuk dalam sistem saraf di mana tenaga fizikal disimpan.
Menurut Sekuler dan Blake (1994), pengamatan merangkumi penterjemahan urutan peristiwa-peristiwa secara berterusan dari dunia fizikal luar penerima kepada corak aktiviti yang terdapat di dalam sistem saraf penerima, kemudiannya berakhir dengan pengalaman dan gerak balasnya terhadap peristiwa tersebut. Oleh itu, bagi 7
memahami proses pengamatan, seseorang itu hendaklah mengetahui komponenkomponen yang terkandung di dalam urutan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dan cara komponen itu berinteraksi. Menurut Slavin (1997), pengamatan merupakan suatu interpretasi yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu.
Secara spesifiknya, pengamatan atau persepsi merupakan gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), atau tanggapan. Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya.
Rajah 1: Proses Pengamatan
Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997).
Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran „motosikal‟ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu 8
yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini. Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan dalam bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri.
Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau. Namun
begitu,
penetapan
makna
maklumat
tersebut
bergantung
kepada
pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Di dalam kehidupan harian kita, kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu, malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.
2.3.3 Teori Pembentukan Pengamatan
Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama.
9
Rajah 2: Contoh ilustrasi yang mengandungi gestalt dan latar. Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah bergantung kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan nilai pelajar.
Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut: (a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar (c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri (e) Prinsip Lengkapan (f) Prinsip Terangkum
Aktiviti 1
Berdasarkan Hukum Pragnanz, berikan contoh-contoh yang sesuai berkaitan prinsip-prinsip pengamatan.
2.4
Penanggapan
2.4.1 Konsep Penanggapan
Penanggapan didefinisikan sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria, kesedaran dan kefahaman. Mengikut Solso (2001), konsep merupakan bayangan mental, idea dan proses, manakala pembentukan konsep pula adalah terhasil daripada ketajaman fikiran individu dalam mengklasifikasikan objek10
objek atau idea-idea. Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.
Dalam proses pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat penting. Ianya memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis, menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan tertentu.
2.4.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan
a. Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk penanggapan. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.
b. Imaginasi Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.
c. Kecerdasan Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan
perkaitan-perkaitan
ini
dalam
proses penyelesaian
masalah.
Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.
11
d. Penguasaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah.
e. Contoh-contoh Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satusatu konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep.
2.5 Ingatan
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan
maklumat
yang
diterima
dalam
otaknya,
menyimpan
dan
mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
2.5.1
Proses Ingatan
Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. 12
Menurut Gagne, maklumat-maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
2.5.2
Jenis-jenis ingatan
Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta.
Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan.
Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan. Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu: a)
ingatan sematik;
b)
ingatan episodik;
c)
ingatan prosedural; dan
d)
ingatan perdana. 13
Ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang
hayat
daripada
interaksi
manusia
dengan
persekitarannya.
Ia
merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain.
Ingatan episodik merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.
Ingatan prosedural melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap.
Ingatan perdana melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadang-kadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang.
2.5.3
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu:
a)
Bahan pembelajaran – bahan pembelajaran yang mudah, kurang menarik
dan tidak mencabar akan mudah dilupakan. Bahan pembelajaran yang terlalu sukar akan menyebabkan murid sukar menguasainya manakala bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, kesukarannya boleh diatasi dengan 14
usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terusmenerus. Bahan pembelajaran yang panjang pula memerlukan pembacaan yang berulang kali untuk mengingatinya. Bahan pembelajaran yang bermakna seperti set suku kata yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada set suku kata yang tidak bermakna.
b)
Kaedah pembelajaran - ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan
semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara bahagian (ada rehat sebentar) adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Untuk mengekalkan ingatan selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.
c)
Faktor peribadi - antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif,
emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran. Kanak-kanak lebih mudah belajar dan mudah ingat berbanding mereka yang telah berusia. Mereka yang bermotivasi samada motivasi intrinsik atau ekstrinsik akan lebih berkesan pembelajaran yang dilalui.
Aktiviti 2
Bincangkan bagaimanakah ingatan jangka pendek boleh dijadikan ingatan jangka panjang?
2.6
Lupaan
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson 15
(1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
2.6.1
Jenis-jenis lupaan
Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu: a)
lupaan keusangan - berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan.
b)
lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik.
c)
lupaan
penggantian di
mana
ia
berlaku
apabila
maklumat
baru
menggantikan segala ingatan yang lama. d)
lupaan
gangguan
yang
wujud
akibat
pembelajaran
baru
atau
pembelajaran lama.Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru. e)
lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.
f)
lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila muridmurid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”. 16
g)
lupaaan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan.
2.6.2
a)
Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan
Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.
b)
Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar.
c)
Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
d)
Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.
e)
Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.
f)
Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya.
g)
Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan, guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual.
17
2.7
Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)
Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.
2.7.1 Jenis-jenis pemindahan pembelajaran
Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan pemindahan negatif.
Pemindahan positif Pemindahan positif dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar
(lateral
transfer)
dan
Pemindahan
menegak
(vertical
transfer).
Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid
mempelajari
konsep
sisi
empat,
maka
murid-murid
dapat
menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.
Pemindahan negatif Pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu 18
yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.
Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. Pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.
Pemindahan pengantara berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.
Pemindahan set pembelajaran ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik.
Pemindahan sifar, bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.
2.7.2
Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran
Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas 19
diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.
2.7.3
Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
a) Menentukan pencapaian objektif eksplisit. Pelajar yang diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting. b) Mengutamakan
pemerolehan
konsep
dan
memupuk
kemahiran
berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”. c) Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik. d) Mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
, huraian
konsep
dengan
contoh yang sesuai akan
memudahkan
pelajar
memahami
konsep
tersebut.
20
Contohnya,
guru
menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkangjongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas. Kesimpulan
Menurut
Razhiyah
(2006),
setiap
kanak-kanak
yang
mempunyai
masalah
pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat
bimbingan
yang
sepatutnya.
Jadi,
guru
hendaklah
memikirkan,
merancangkan strategi pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan muridmurid dapat diwujudkan. Guru juga harus menerapkan amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan muridmurid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran.
Penyelidikan : penerokaan pelbagai media
Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Proses Pembelajaran dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang
Pengalaman
Hasilkan satu infografik berkaitan proses pembelajaran yang telah anda 21 pelajari dalam unit ini.
Refleksi :
Berdasarkan proses pembelajaran yang anda telah pelajari, bagaimanakah anda dapat membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.
UNIT 4
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir unit pelajar dapat : 1. 2. 3.
Menjelaskan jenis-jenis model pengajaran Mengkaji kategori/jenis model-model pengajaran dan membuat 22 perbandingan am tentang ciri-cirinya Mengkaji kategori/jenis model-model pengajaran dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran
Sinopsis Model-Model Pengajaran
Unit ini merangkumi subtopik-subtopik Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioural, Model Sosial dan Model Personal. Dalam membincangkan ciri-ciri dan prinsip-prinsip setiap model pengajaran,
implikasi model-model pengajaran
terhadap pengajaran dan pembelajaran juga ditekankan. Pengetahuan ini akan memberi panduan kepada guru dalam merancang tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan. Selain itu, pengetahuan ini sesuai dalam membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik tentang proses pengajaran serta sebagai panduan asas bagi guru membuat pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya.
4.1
PENGENALAN
Apakah maksud model pengajaran? Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi, dan iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid. Model pengajaran adalah “a description of a learning environment, including our behavior as teachers when that model is used” (Joyce, Weil, & Calhoun,2009, p. 24). Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
23
Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan. Hasil kajian terhadap pelbagai model pengajaran yang telah dibangunkan oleh para penyelidik, Joyce dan Weil (2009) telah mengkategorikan empat kumpulan model iaitu: i.
Model Pemprosesan Maklumat
ii.
Model Behaviouris
iii.
Model Sosial dan
iv.
Model Personal
PENGALAMAN:
Sebelum anda pergi lebih jauh, cuba buat refleksi terhadap apa yang telah berlaku ketika zaman kanak-kanak anda. Senaraikan apa yang dilakukan oleh ibu bapa atau guru untuk membantu anda belajar perlakuan-perlakuan yang berikut: 1.Bagaimana memakai baju sekolah? 2. Bagaimana menunggang basikal? 3. Bagaimana anda menghafal sifir? Adakah terdapat langkah-langkah atau aktiviti yang digunakan?
4.2 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
24
Rajah 4.1: Model Pemprosesan Maklumat
SEJARAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT Robert M.
Gagne dalam
bukunya
Essentials of
Learning for Instuction
(1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsanganrangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deriaderia manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam
sesuatu
pembelajaran,
iaitu
fasa
motivasi,
fasa
kefahaman,
fasa
penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
4.2.1 PRINSIP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT 25
4.2.2 Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1) Pengekodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 2) Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 4) Lupaan ('forgetting') Proses
yang
menyebabkan
maklumat
'hilang'
atau
sukar diingatkembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
26
Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Bruner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain. Fasa Pengajaran Konsep :1) Kemukakan matlamat. 2) Contoh-contoh input. 3) Ujian untuk pencapaian konsep. 4) Analisis proses pemikiran pelajar. Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan. Pembelajaran konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. (Matserippdhl 2008) Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contohcontoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pembelajaran hukum melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne • Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit. • Pembelajaran berkesan meliputi lapan langkah yang meliputi lapan fasa pengajaran berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran. 4.2.3 MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT AUSUBEL
Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan pembelajaran penemuan.
Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori. 27
Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.
Menggunakan
prinsip
pembelajaran
resepsi
iaitu
model
pengajaran
ekspositori.
Menggunakan penyusunan awal – mengingati konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari. Lapan jenis Pembelajaran untuk Memperoleh Maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada perigkat yang mudah keada peringkat yang kompleks: 1. Pembelajaran Melalui isyarat • Berbentuk primitif Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran. 2.
2)2.
Pembelajaran stimuli-tindakan • Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu. Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya.
3.
Pembelajaran Melalui Rantaian • Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-
3)
tindak balas selepasnya. Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan. 4. 4) 4
Pembelajaran melalui Asosiasi Verbal • Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
5. 5)
Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan • Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Contohnya : Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu 28
sahaja sebutan seperti semak dan bela. 6.
Pembelajaran konsep • Merujuk
kepada
pembelajaran
membentuk
konsep
dengan
perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama. Contohnya : Beg, buah-buahan dan buku.
7.)7. 7 7Pembelajaran prinsip • Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Contohnya : Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
8.
Pembelajaran Penyelesaian Masalah • Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara
8
penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Contohnya : Menyelesaikan masalah matematik.
4.2.4 Implikasi Model Pemprosesan Maklumat ke atas pengajaran dan pembelajaran
i.
Penglibatan pelajar amat digalakkan
ii.
Proses pemikiran meningkat dengan lebih berkesan
iii.
Pelbagai jenis contoh dalam pelajaran perlu disediakan untuk membantu pelajar membentuk konsep
iv.
Penaakulan pelajar secara induktif dapat dipupuk
PENYELIDIKAN : PENEROKAAN PELBAGAI MEDIA Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang modelmodel pengajaran dengan melayari internet serta membuat pembacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.
29
4.3
MODEL BEHAVIORAL Model
ini
berasaskan
model
eksperimen
pelaziman
klasik
Pavlov,
pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Skinner dan kajian Watson. Model ini merupakan mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Sebagai contoh, cuba bayangkan kita sedang menaiki tangga yang tidak pernah kita jumpai dalam keadaan gelap. Sudah pasti semasa mengambil beberapa langkah, kita akan berasa teragak – agak. Mengapa ini berlaku ? Kerana jikalau kita angkatkan kaki kita terlalu tinggi, kita akan terasa seolah – olah kaki tersebut sedang terapung agak lama di udara sebelum terpijak tangga yang berikut. Jikalau kita hanya angkatkan kaki sedikit sahaja , besar kemungkinan kita akan tertendang anak tangga seterusnya . Melalui maklumbalas yang kita terima , lama kelamaan kita dapat menjangkakan betapa tinggi atau rendah kaki kita perlu diangkatkan dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain sehingga kita berasa selesa menaiki tangga tadi. Sehubungan dengan itu , model ini mengesyorkan
program
–
program
yang
boleh
digunakan
untuk
mengurangkan fobia, mengembalikan kemahiran – kemahiran sosial dan menangani
kebimbangan,
dan
sebagainya
.
Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behaviouris adalah Pengajaran Langsung (Good et al., 1994) dan Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968). 4.3.1 Pengajaran Langsung Pengajaran langsung berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran sosial. Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka objektif yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar; menyediakan
pengalaman
pembelajaran 30
seperti
amalan
di
mana
pembelajaran pelajar boleh dipantau dan maklum balas disediakan; serta memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di dalam bilik darjah mendapat ganjaran. Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran –kemahiran asas, dimana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Pengajaran
langsung
pembelajaran pembelajaran.
pelajar,
terdiri aliran
daripada aktiviti
tiga
aspek,
pengajaran
iaitu dan
jenis
hasil
persekitaran
Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang
pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah, maka pengajaran
jenis ini berpusatkan guru dan
mengandungi lima langkah, iaitu:
penentuan set
penerangan/demonstrasi
praktis/latihan terbimbing
maklum balas
amalan/praktis lanjutan
Pengajaran ini direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan dan diajar secara langkah demi langkah serta berpusatkan guru. Pengajaran langsung berasaskan teori behaviorisme dan pembelajaran sosial.
Langkah-langkah dalam proses pengajaran langsung (i) Pengenalan menarik perhatian pelajar, dalam bentuk seperti mengenal maklumat baru.
(ii) Perkembangan Merangkumi penerangan jelas tentang maklumat dengan memberikan banyak contoh
(iii) Latihan Terbimbing Latihan secara aktif lebih
dapat meningkatkan ingatan, pembelajaran akan
automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran
kepada situasi baharu. 31
(iv) Penutup Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali apa yang diajar
(v) Latihan Kendiri Bertujuan menentukan tahap penguasaan yang dicapai yang dicapai oleh pelajar
(vi) Penilaian Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada secara formatif atau kumulatif.
AKTIVITI 2:
Fikirkan satu aktiviti pengajaran langsung di dalam bilik darjah anda. Bentangkan dalam kelas anda.
4.3.2 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari.
Model ini memastikan
majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas.
Pembelajaran masteri melibatkan
pengajaran berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu. Pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
32
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan murid dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan penggunaan masa.
Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah:
Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilaian dilaksanakan.
Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri
Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya; dan
menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai.
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar
Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif/hasil pembelajaran.
Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang singkat.
Guru perlu berkemahiran dalam : i.
Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
ii.
Mengetahui perbezaan antara murid
33
iii.
Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
iv.
Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar
v.
Menyimpan rekod kemajuan murid
vi.
Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
vii.
Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.
4.4
MODEL SOSIAL
Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran Model ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara berfungsi sebagai seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork). Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar menggunakan berkebolehan
kemahiran
mendengar
dan
memahami
konteks,
menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk
memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna model sosial mementingkan unsur interaksi sosial sambil pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
mengumpul maklumat
mengkaji dan menganalisis maklumat
menilai dan mentafsir
membuat kesimpulan
4.4.1 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran
koperatif
pembelajaran
aktif
yang
yang
dipelopori
berupaya
untuk
Slavin
(2005)
mengubah
merupakan
suatu
situasi
pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik serta berpusatkan
34
pelajar. Mereka dapat belajar dalam satu pasukan yang heterogen, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Hemich et al., 2005).
Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokrati, di mana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan dalam menstrukturkan kumpulan dan prosedur. Lima konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif, kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran koperatif dan struktur pembelajaran koperatif ( Kagan, 1994)
(a)
Pasukan
Mewujudkan satu pasukan biasanya mengandungi 3 atau 4 ahli
yang
heterogen, iaitu terdiri daripada ahli-ahli yang cerdas, sederhana dan lemah. Pembentukan kumpulan adalah secara rawak atau ditentukan oleh guru berdasarkan kebolehan, jantina dan etnik dengan tujuan untuk mencapai heterogeniti dalam pasukan.
(b)
Pengurusan pembelajaran koperatif
Penyediaan suatu situasi yang kondusif, antaranya peraturan kelas, kedudukan pelajar yang sesuai, kemahiran memberikan arahan, memperoleh perhatian pelajar, kemahiran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan.
(c)
Keinginan untuk bekerjasama
Tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan dikekalkan, iaitu pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem ganjaran atau penghargaan.
Guru perlu mereka bentuk tugasan yang memerlukan
sumbangan daripada semua ahli dalam kumpulan dimana pelajar yang lemah akan dibimbing oleh ahli-ahli lain untuk mencapai keseluruhan gred yang baik.
(d)
Kemahiran untuk bekerjasama 35
Pelajar perlu bantuan dalam aspek kemahiran mendengar, menyelesaikan konflik, menentu dan mengubah sesuatu serta mahir mendorong ahli lain untuk memperoleh pembelajaran.
Cara untuk memupuk pembentukan
kemahiran sosial merangkumi belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan .kemahiran sosial. Menurut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.
(e)
Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif mempunyai prinsip-prinsip, iaitu PIES, yang terdiri daipada bergantungan positif (P: Positive Independence); Akauntatabiliti individu (I: Individual Accountability); Penglibatan seimbang (E: Equal Participation); Interaksi bersemuka(S: Simultaneous Interaction).
Strategi pembelajaran kooperatif telah dikembangkan dalam perbagai variasi, di antaranya adalah Think-Pair-Share, Students Teams Achievement Devition, Teams Games-Turnament, Jigsaw, dan sebagainya.
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Layari laman web untuk menjelaskan yang berikut: 1. Prinsip-prinsip PIES dalam pembelajaran koperatif. 2. Implikasi model sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4.5
MODEL PERSONAL
Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. 36
Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek
dalam
melahirkan personaliti yang seimbang.
4.5.1
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal.
Model ini ingin membentuk satu
komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi. Dalam model ini, pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran. Guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar. Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah ataupun tugasan. Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak direktif (non-directive) adalah:
Menentu hala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.
Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi. Berikut adalah fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directive Fasa 1 Kenal pasti dan mendefinisi situasi Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar
37
Fasa 2 Meneroka masalah. Pelajar digalak untuk menerangkan masalah. Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar
Fasa 3 Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah. Guru memberikan sokongan kepada pelajar.
Fasa 4 Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan Guru memperjelaskan keputusan-keputusan yang mungkin diambil
Fasa 5 Integrasi/kesepaduan. Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif. Guru memberikan sokongan kepada pelajar.
Tindakan luar daripada temu bual: Pelajar sendiri mengambil tindakan positif
Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of Learning: Tools for Teaching. (edisi kedua) Buckingham: Open University Press.
Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran
Persekitaran
pembelajaran
perlu
diwujudkan
supaya
individu
membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan
dan
berjaya
keharmonian kendiri.
38
mencapai
penghargaan
diri
serta
Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.
Kandungan
dan
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran
tidak
dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru, maka model non-direktif ini bergantung pada faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Oleh itu guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.
AKTIVITI 3: Lengkapkan jadual berikut dengan membuat huraian ringkas tentang ciri-ciri yang ditekankan mengenai model-model pengajaran yang telah dipelajari.
Model –Model Pengajaran
Ciri-ciri yang ditekankan
Model Pemprosesan maklumat
Model Behaviouris
Model Sosial
Model Personal
39
AKTIVITI 4: Lengkapkan jadual berikut dengan memberi langkah-langkah pengajaran berdasarkan jenis model pengajaran.
Jenis model
Kaedah
Contoh langkah -langkah pengajaran
pengajaran Model
Inkuiri
pemprosesan maklumat
Ekspositori
Model behavioral
Pengajaran langsung
Pembelajaran masteri
Model sosial
Pembelajaran koperatif 40
Main peranan dan simulasi
Model personal
Sinetik
AKTIVITI 5: Hasilkan sebuah peta konsep i-Think yang menunjukkan banding beza model pengajaran behaviouris dengan model pengajaran personal.
4.6
IMPLIKASI MODEL-MODEL PENGAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru digalakkan mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya satu model daripada setiap kumpulan model untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan
disyorkan menggabungkan model-model daripada kumpulan yang berlainan
tiada satu modelpun yang lebih berkesan atau kurang berkesan berbanding dengan yang lain dan tidak ada mana-mana model yang menyeluruh
41
4.7
KESIMPULAN
Pengetahuan tentang model –model pengajaran memberi panduan kepada guru tentang langkah-langkah mengajar supaya mereka boleh merancang dan melaksanakan proses pengajaran.
Membentuk rangka pelajaran lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan. Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran
REFLEKSI: Berdasarkan pembacaan dan latihan yang anda telah sesuai digunakan dalam subjek pengkhususan anda. Beri rasional pemilihan model pengajaran tersebut.
42
UNIT 6
PENGAJARAN MIKRO DAN PENULISAN REFLEKSI
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat: 1. mengetahui tentang kemahiran asas dan pelaksanaan pengajaran mikro. 2. mengetahui tentang penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran.
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang pengajaran mikro yang merangkumi perancangan dan penulisan rancangan pengajaran harian, kemahiran-kemahiran asas dan pelaksanaannya. Ianya juga menerangkan tentang penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran.
6.1
Pengenalan
Pengajaran mikro merupakan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang menekan. Ia memberi tumpuan ke atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu secara beransur-ansur dan berperingkatperingkat.
Penulisan refleksi
adalah suatu
proses merenung, menganalisis,
mencari alasan, cadangan dan tindakan utnuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. menjalankan
Di samping memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk aktiviti
susulan
yang
sesuai
ianya
juga
bertujuan
memberi
maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi situasi sebenar bilik darjah.
6.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro 43
Pada kebiasaanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Ia memberi peluang yang luas kepada pelatih mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi yang lebih terkawal. Di antara kemahiran-kemahiran mengajar yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah:
Kemahiran penyampaian set induksi
Kemahiran penggunaan papan tulis
Kemahiran penyoalan
Kemahiran pengelolaan variasi rangsangan
Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran pembelajaran
Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan
Kemahiran pelaksanaan penutup
Aktiviti 1 Mengapakah pengajaran mikro penting kepada seseorang guru pelatih? Berikan pendapat anda.
6.2.1 Kemahiran penyampaian set induksi
Set Induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpulan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang b oleh
digunakan untuk menyampaimkan set induksi atau permulaan pelajaran ini.
Di
antaranya ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya. Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan 44
merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran. 6.2.2 Kemahiran penyoalan
Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.
Misalnya, di dalam set induksi, iaitu peringkat permulaan sesuatu
pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesa n.
Di peringkat penutup,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing murid
menemui sesuatu kesimpulan.
Justeru, guru pelatih harus
menguasai kemahiran penyoalan ini untuk mencapai kejayaaan dalam aktiviti pengajarannnya.
6.2.3 Kemahiran pengelolaan variasi rangsangan
Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pe nyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti pengajarannya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan
perhatian murid adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajaran guru tidak dipelbagaikan.
Kemahiran variasi rangsangan meliputi
kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria murid, menukar corak interaksi di antara guru dengan murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.
6.2.4 Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran pembelajaran
45
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsepatau
isi
kandungan pelajaran kepada murid, biasanya pada peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Contohnya, guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata, guru menerangkkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk-bentuk geometri, guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi gambar-gambar atau guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks. Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.
6.2.5 Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan (Peneguhan)
Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam keadaan ini guru akan memberi pujian kepada murid itu sebagai pengukuhan tingkahlaku itu. Peneguhan boleh berupa positif atau negatif.
6.2.6 Kemahiran pelaksanaan penutup
Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran.
Aktiviti-aktiviti
rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian
terhadap pelajaran yang berikutnya. Terdapat dua jenis penutup yang biasanya digunakan, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
Penutup kognitif adalah
penutup yang bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran 46
yang telah dipelajari. Penutup kognitif ini boleh dilakukan melalui aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan. Penutup sosial adalah penutup yang bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada murid-murid supaya mereka ingin terus belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan.
6.3
Pelaksanaan Pengajaran Mikro
Pelaksanaan pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih membina kemahiran pengajarannya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilk darjah. Untuk mencapai tujuan ini, segala kelemahan mengajar yang timbul dalam sesi pengajaran mikro harus dikenal pasti serta diperbaiki dengan latihan semula. Justeru, aktiviti penilaian yang dijalankan oleh pensyarah dan sekumpulan guru pelatih memainkan peranan penting dalam membantu guru pelatih yang terlibat dalam latihan pengajaran mikro supaya mencapai perubahan tingkah laku untuk menambahkan keberkesanan terhadap penguasaan kemahiran mengajar yang tertentu.
Peranan penyelia atau pensyarah, melalui aktiviti penilaian dan dalam usaha membantu guru pelatih memperbaiki kelemahan mengajar ialah:
menilai aktiviti pengajaran dengan merujuk kepada borang bimbingan
mengenal pasti kelemahan-kelemahan kemahiran mengajar yang timbul
mendiagnosis punca kelemahan-kelemahan itu
mengemukakan
cadangan
yang
boleh
memperbaiki
kelemahan-
kelemahan tersebut.
Selepas sesi pengajaran mikro, perbincangan harus diadakan di antara pensyarah penyelia dan guru pelatih yang terlibat dengan menggunakan rakaman video dan borang bimbingan.
Perbincangan ini harus ditumpukan kepada kelemahan-
kelemahan kemahiran mengajar yang telah dikenal pasti serta cadangan-cadangan untuk memperbaiki kelemahan mengajar yang berkenaan.
47
REFLEKSI
Adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan berjaya mencapai hasil pembelajaran yang dirancang. Mengapa?
6.4
Penulisan Refleksi Dan Penambahbaikan Pengajaran
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guruguru adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refleksi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru. Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective Practitioner” dalam
tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi
pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh digunakan untuk memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik. Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan keputusan yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
48
Refleksi akan memberi input yang berharga untuk memperbaiki diri dan peribadi seorang guru. Proses mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara yang kurang berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru yang cekap dalam mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih bermutu.
6.4.1 Jenis-jenis penulisan refleksi Secara umumnya terdapat empat jenis penulisan refleksi yang biasa digunakan oleh apabila menulis amalan refleksi (Hatton & Smith, 1995) iaitu:
a) Penulisan deskriptif (descriptive writing) - Penulisan jenis ini hanya menerangkan situasi atau peristiwa di bilik kelas dengan catatan ringkas dan mudah misalnya mencatat tarikh, tempat dan tindakan yang diambil. Catatan biasanya tidak memberi penjelasan berdasarkan sebab dan akibat. Malahan catatan yang dibuat tidak dianalisis secara mendalam dan dihubungkan dengan kaedah, sikap dan kepercayaan guru.
Contoh penulisan: -
Sesi PdP gagal ditamatkan disebabkan pelajar lewat datang ke kelas selepas aktiviti PJK.
-
Waktu perhimpunan sekolah telah mengambil sebahagian besar waktu PdP.
b) Penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) - Penulisan bentuk ini lebih baik daripada bentuk di atas. Penulisan memiliki unsur penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang berlaku. Guru mengambil tindakan penaakulan dan proses merenung kembali sesuatu peristiwa. Melalui proses ini guru dapat membina sebab dan akibat terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Contoh penulisan:
49
-
Guru menggunakan petikan video berbahasa Inggeris bagi menerangkan elemen sejarah dunia yang diambil daripada National Geography. Disebabkan pelajar sangat lemah dalam matapelajaran dan kefahaman bahasa Inggeris menyebabkan sebahagian besar mula bercakap sesama sendiri dan tidak memberi fokus kepada tayangan video. Guru sepatutnya menyediakan terjemahan berbahasa Melayu bagi membantu kefahaman pelajar. Langkah lain yang boleh diambil ialah menayangkan sebahagian kecil scene dan menerangkan dalam bahasa Melayu agar fokus pelajar terhadap tayangan video dapat dikekalkan.
c) Penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) - Penulisan bentuk ini merupakan penulisan refleksi monolog seseorang guru. Guru akan bersoal jawab secara bersendiri dalam mengaitkan sebab dan akibat yang rasional.
Contoh penulisan: -
Saya kurang persediaan untuk mengajar topik tokoh-tokoh reformis negara. Malahan nama tokoh gagal disebut dengan betul misalnya Syed Sheikh al-Hadi dan Jose Rizal disebut secara teragak-agak dan salah. Nama dan sebutan asal dari bahasa Arab dan Sepanyol sepatutnya dicari sebelum memulakan kelas. Kegagalan memperincikan nama tokoh telah menyebabkan saya hilang keyakinan mengajar sesetegah topik dengan berkesan.
d) Penulisan refleksi kritikal (critical reflection) - Pendekatan ini sangat disyorkan untuk diikuti oleh guru dalam penulisan refleksi. Penuisan refleksi bentuk ini mengaitkan peristiwa di dalam kelas dengan Falsafah Pendidikan Negara, teori, metodologi, peristiwa semasa, Wawasan Negara, citra perpaduan, politik, ekonomi dan sosial. Kebaikan refleksi Kritikal
Ciri-ciri refleksi bermula dengan mengingat kembali. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) dan bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif. Ringkasnya, refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan proses pengajaran
50
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Ini dilakukan untuk mempertingkatkan
kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksanakan ialah:
Hendaklah dibuat selepas berkenaan.
sesi pengajaran pembelajaran oleh guru
Aspek aspek yang diberi penekanan ialah sejauh manakah
objektif yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?
Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti dan pengajaran tersebut?
Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut?
6.4.2 Penambahbaikan pengajaran
Penambahbaikan pengajaran amatlah penting diberi perhatian oleh guru-guru terutama dari segi kaedah penyampaian isi pelajaran, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
eksploitasi
teknologi
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran,
penyediaan bahan pengajaran, perluasan ilmu dan pengetahuan guru yang global dalam sesuatu topik.
Aspek-aspek yang perlu penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
Eksploitasi
teknologi ”Information and Communication Technology” (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kreativiti penyampaian contohnya, pengajaran dan pembelajaran yang realistik serta penglibatan aktif pelajar.
Sokongan pengajaran dan pembelajaran seperti strategi ”Head-Count” mata pelajaran sendiri. pelajaran
tertentu
Strategi untuk pelajar lemah dalam pembelajaran mata perlu
diberi
penekanan
khusus
meningkatkan prestasi mereka.
Penyediaan bahan bantu belajar/bahan bantu mengajar.
51
untuk
membantu
Set induksi yang menarik contohnya, bercerita, menayangkan sedutan filem, memainkan lagu yang ada kaitan dengan tajuk dan aktiviti yang bertepatan dengan tajuk pengajaran yang boleh menarik perhatian serta minat muridmurid.
Penyelidikan: Penerokaan Pelbagai Media
Baca dan buat ulasan artikel kajian “Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajaran Mikro melalui Analisis Video” yang boleh diperolehi di pautan https://goo.gl/No15AH atau scan QR Code di sebelah.
Pengalaman
Bagaimanakah penulisan refleksi dapat membantu guru menambahbaik amalan mereka di bilik darjah?
52
UNIT 7
PEDAGOGI MASA KINI
Hasil Pembelajaran Unit Pada akhir unit , pelajar akan dapat : 1. Menjelaskan ciri-ciri pedagogi masa kini. 2. Membincangkan implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sinopsis Unit ini merangkumi subtopik tujuh ciri pedagogi masa kini serta membincangkan implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengaplikasi pedagogi masa kini ini akan memberi panduan kepada guru dalam merancang dan melaksana proses pengajaran dan pembelajaran mengikut trenda serta seiring dengan ledakan teknologi maklumat.
7.1 Pengenalan
Salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berhasrat supaya pembelajaran abad ke-21 boleh melahirkan murid yang intelektual, berkeupayaan
produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK). Pendidikan abad ke-21 perlu memastikan bahawa pengalaman persekolahan relevan kepada
murid dalam kehidupan mereka serta kemahiran yang perlu
dikuasai dalam dunia ini. Maka guru perlu dapat menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dan relevan supaya murid berupaya menguasai pelbagai kemahiran seperti kerja berpasukan secara kolaboratf, menyelesaikan masalah, komunikasi dan berupaya mencipta sesuatu. Pembelajaran abad 21 yang bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik memerlukan peranan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru.
Guru yang berkualiti dan bersedia melengkapkan diri dengan 53
kemahiran pedagogi abad ke-21 menjadi sandaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Ramai belia tidak berjaya mendapat kerja kerana saingan sesama mereka yang tinggi. Apakah kemahiran yang menjadi keutamaan dalam kerjaya masa kini?
7.2 CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI
Pedagogi masa kini diibaratkan mahaguru yang melatih para doktor dan jurutera dengan
menekankan
90 %
kepada
penguasaan
ilmu
yang
mendalam
dan menguasai kemahiran bidangnya. Para guru mesti mempunyai persenaliti dan kualiti yang terbilang, berakauntabiliti kepada negara, dan mahir memindahkan pengalaman
klinikal
untuk
membina
sikap
serta
kepercayaan yang
betul
kepada generasi yang akan datang.
1.
Komunikasi dan Kolaborasi
Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama. Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasamauntuk menjayakan sesuatu projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi adalah untukmenyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu prosespenyampaian dan pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan.Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digitalyang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kemahiran pengucapanlisan, bertulis, dan mendengar serta menaakul. 54
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikanserta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat. Komunikasi yang berkesan dapat diukur apabilamesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat, dan jelas oleh penerima. Keupayaan guru yang dapat berkomunikasidengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibubapa dan orang awam. Hal ini demikian kerana komunikasi memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan hubungan denganpelanggan atau sasaran pendengar dan hal ini memberi impak yang positif.
Ciri-ciri komunikasi dalam pedagogi masa kini adalah kebolehan seperti yang berikut:
komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa.
menyampaikan idea dengan jelas.
membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap pendengar
2.
berunding untuk mencapai persetujuan
berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya
mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain
menggunakan kemahiran bukan lisan.
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untukberinteraksi. Murid masa kini berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer dan pelbagaimedia.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi media
maklumat
telah
menjadi
alat
standard
dalam
dunia
pendidikan.Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu pembelajaran, maka kemahiran penggunaan TMK perludipindahkan kepada murid secara bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 55
Terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan TMK jika teknologi ini digunakan dengan berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan dalamtalian.
Penggunaan multimedia
meningklatkan penguasaan murid
seperti
CD-ROM dapat
membantu
dalam pembelajaran. Hal demikian
kerana
sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia yang telab dan mudah untuk murid mengaksesmaklumat sendiri. Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal ini bermaknahamopir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungandan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekilah lain. Lima ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefonpintar; sifat penyambungan (connectivity) seperti Wi-Fi; sifat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter; engin pencarian seperti Google dan Yahoo; dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia.
Pendekatan pengajaran masa kini banyak berasaskan projek terutama mata pelajara Sains dan Sejarah. Murid digalakkan meneroka maklumat daripada pelbagai
sumber
di
luar bilik
darjah
secara bersemuka
dan mendapatkan
maklumat daripada media internet.
3.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu.Bagi mencapai hasrat ini, murid haruis berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
4.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran
berasaskan
projek
merupakan
kaedah
pembelajaran
apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid. Guru akan 56
memberi arahan dan penjelasan tentang projek yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara handson dan
minds-on serta
melakukan
aktiviti
kajian.
Pembelajaran
berasaskan
projekadalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.
Pembelajaran melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikehendaki mengenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan dan perlu dibentangkan.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek
Projek dijalankan secara individu atau berkumpulan.
Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah siap.
Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan kebolehan murid.
AKTIVITI 1 :
Bincangkan kepentingan pembelajaran berasaskan projek dari aspek meraikan perbezaan individu.
57
5.
Penyelesaian Masalah
Setiap
manusia
mempunyai
masalah
tersendiri
dalam
hidup.
Kemahiran
menyelesaikan masalah merupakan satu keperluan untuk menguruskan masalah yang timbul. Dalam kontek pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan
satu
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
berasaskan
pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif. Murid dapat menjana idea yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan.
Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Mencari maklumat dengan masalah yang diberi 3. Membuat hipotesis atau ramalan 4. Menguji hipotesis 5. Membuat penilaian 6. Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan.
Kaedah penyelesaian masalah melibatkan murid bergerak secara aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberi secara berhatihati (Glen & Wilkie, 2000). Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauh atau atas talian.
6.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar dirancang
mengikut
konteks
persekitaran
murid.
Aktiviti
merancang
dan
memindahkan isi pelajaran kepada murid berdasarkan kurikulum semasa, iaitu KSSR dan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Para guru disaran berhati-hati dan kreatif serta memahami latar belakang muridnya semasa memilih aktiviti pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungkan isipelajaran berasaskan kurikulum standard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam persekitaran sekolah
58
dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:
Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang melibatkan aktiviti hand-on dan minds-on.
Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik darjah yang selesa, makmal yang lengkap dan teratur serta alat bantu belajar yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid
Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial serta budaya murid.
Adanya kerjasama antara semua pihak
Menekankan pentingnya penyelesaian masalah
Saling sokong menyokong
Belajar dengan suasana tidak membosankan
Belajar dengan seronok
Pembelajaran terintegrasi;
Menggunakan berbagai sumber
murid aktif dan kritif
Pengalaman
Berdasarkan artikel jurnal “Pengajaran Kontekstual untuk Pembelajaran Sains Bermakna”, nyatakan faedah-faedah yang murid perolehi apabila guru mengaplikasikan pengajaran secara kontekstual. Artikel boleh diperoleh di https://goo.gl/r1kksL atau imbas QR Code di sebelah
59
7.
Kreativiti dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi
penting untuk diterapkan dalam pendidikan bagi
menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti. Kreativiti ditafsirkan sebagai suatu proses berfikir yang menghasilkan idea.
Kebolehan
kreatif pula ialah
kebolehan seseorang menghasilkan idea baharu dan mengumpulkan data.
Menurut Kamus Dewan (2007), inovasi ialah sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Wikipedia
pula mentakrifkan inovasi
sebagai suatu aplikasi menyelesaikan masalah kepada yang lebih baik, memenuhi syarat baharu, dan menepati keperluan dalam sesuatu pasaran sedia ada. Maka inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti untuk penghasilan baharu berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada. Maka hasilnya adalah sesuatu yang unik, mudah dan bernilai.
AKTIVITI 2
Lengkapkan jadual berikut: Bil 1.
Ciri-ciri Pedagogi Masa
Contoh aktiviti dalam PdP
Kini Komunikasi dan kolaboratif
2.
Literasi TMK
3.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
4.
Penyelesaian masalah
5.
Pembelajaran berasaskan projek
6.
Kreativiti dan Inovasi
60
7.
Pembelajaran Kontekstual
7.3
Aspek Kemahiran Abad Ke-21 Yang Perlu Dikuasai:
1. Cara pemikiran baru iaitu kreativiti, kritis, penyelesaian masalah, membuat
keputusan dan pembelajaran. 2. Cara bekerja iaitu komunikasi dan kerjasama. Pertukaran idea dan
pemikiran menerusi tulisan dan lisan. 3. Pelbagai Bahasa. Keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa
akan memberikan keistimewaan dan kelebihan. 4. Kemahiran mengurus. Membantu dan mengurus orang lain melaksanakan,
menyelesaikan konflik dan masalah. 5. Kerja berpasukan. Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai
sasaran dan matlamat. 6. Kreativiti. Menyumbangkan idea kreatif dan artistik dalam menyelesaikan
masalah. 7. Keupayaan untuk menyesuaikan diri. Kemampuan untuk menghadapi dan
menyesuaikan diri dengan perubahan. 8. Sifat empati. Kemampuan untuk memahami perasaan orang lain. 9. Pengurus stres. Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan
mengenal pasti punca stres. 10. Etika kerja. Mempamerkan etika dan displin kerja yang baik dan bertahap
tinggi. 11. Disiplin diri. Mengawal tingkah laku dalam hal peribadi dan kaunseling. 12. Tanggungjawab. Mempunyai aspirasi dan akauntabiliti. 13. Pemikiran. Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran orang
lain. 14. Kemahiran tatabahasa. Keupayaan mengeluarkan pandangan dan idea
yang bernas. 15. Kemahiran analitikal. Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan
abstrak. 16. Ekonomi dan pengurusan. Kemampuan menggunakan prinsip-prinsip
ekonomi dan perniagaan. 61
17. Kemahiran
matematik.
Kemampuan
untuk
menggunakan
dan
mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan. 18. Kemahiran
komputer.
Keupayaan
menggunakan
komputer
dalam
perkhidmatan kaunseling. 19. Telekomunikasi. Keupayaan menggunakan talian komunikasi sebagai alat
perhubungan dalam kaunseling.
7.4
Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21 1. Guru perlu menguasai subjek( kandungan kurikulum). 2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi(pengajaran dan pembelajaran). 3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi pelajar. 4. Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology). 5. Menerapkan elemen seni dalam pendidikan 6. Mahir menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. 7. Memiliki kemahiran kaunseling 8. Menerapkan
nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlu beretika untuk
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Penting untuk menjaga hubungan sesama manusia.
AKTIVITI 3
Bincangkan bagaimana guru dapat membentuk murid yang berani mencuba perkara baharu serta berupaya menjana idea.
7.5
Ciri-Ciri Murid Abad Ke-21
Murid abad ke-21 ialah murid yang celik dalam aspek akademik dan teknologi maklumat. Antara aspek yang harus miliki seperti: 1. Murid mempunyai keupayaan membuat hubung kait 2. Bijak menyoal guru dan rakan-rakan 3. Yakin berkomunikasi
62
4. Berani mengambil risiko 5. Dahagakan ilmu 6. Perasaan ingin tahu 7. Dapat menjana idea 8. Fleksibel 9. Tidak mudah putus asa 10. Kebolehan mendengar dan membuat refleksi 11. Kemahiran kritis 12. Menguasai kemahiran literasi 13. Berani mencuba 14. Mampu membuat perubahan 15. Berintegriti
7.6
Implikasi Pedagogi Masa Kini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1.
Strategi
pembelajaran harus berpusatkan murid. Murid memainkan
peranan penting dan memberikan keutamaan kepada minat murid. 2.
Media pengajaran yang utama ialah komputer dan TMK kerana media pengajaran sangat membantu dalam proses PdP.
3.
Suasana pembelajaran yang aktif dengan semua murid mengadakan perbincangan bersama rakan di dalam kumpulan dan di dalam kelas.
4.
Pembelajaran
kendiri
masih
berfungsi
dalam
pelbagai
aras
pembelajaran. 5.
Persekitaran bilik darjah menjadi kondusif dengan bilangan murid yang dikecilkan dan dilengkapi dengan LCD projektor.
6.
Murid faham dan mematuhi arahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
7.
Semua ahli saling menghormati, berkomunikasi dengan yakin, dan menghargai pendapat orang lain.
8.
Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan digalakkan terlibat secara aktif
9.
Penilaian murid dijalankan dengan pelbagai kaedah dan berasaskan pencapaian.
63
10. Pembelajaran kolaboratif diangkat sebagai kaedah yang paling berkesan dalam PdP.
Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk manusia berkualiti yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. masyarakat dan negara. Justeru itu memperadabkan manusia bukan bergantung kepada kehebatan teknologi yang digunakan semata-mata. Kefahaman yang mendalam dan jelas tentang aspek kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran mengatasi segalanya. Melalui kefahaman ini terbentuk satu pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang berkualiti yang diispirasikan oleh sistem pendidikan negara.
REFLEKSI
Sejauh manakah amalan pedagogi masa kini dapat menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia?
64
RUJUKAN
Arends, R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co. Bandura, A.(1977). Social learning theory.Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall. Block, J.H. & Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Macmillan. Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co. Boon, P.Y. & Ragbir, K. (1997). Educational psychology 1. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York: Holt, Rinehart and Winston. Bruner, J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press.
D‟zul Haimi Hj. Md.Zain.(2003). Seni Islam .Batu Caves,Selangor: Univision Press Sdn.Bhd. Feldman, E.B. (1996). Philosophy of art education. New Jersey: Prentice Hall Good, T.L. & Brophy, J.E. (1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New York:HarperCollins.
Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.). Buckingham: Open University Press Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2009). Model of teaching (8thed.). Boston: Allyn Bacon/Pearson
Ken Neo T.K .& Neo Mai. ( 2000 ).The multimedia pavillion: Trends and technologies. K.L :Meway Computec Sdn .Bhd. Feldman, E.B. (1997). Becoming human through art. NAEA 5Oth Anniversary Printing.New Jersey: Prentice Hall Jack A.Hobbs (1985) Art in context- Third edition . Harcourt Brace :Jovanovich Publisher Ken Neo T.K. & Neo Mai. ( 2000 ). The mighty PC. K.L :Meway Computec Sdn .Bhd. Leigh, B. (2000). The changing face of Malaysian crafts –identity,industry and ingenuity. London : Oxford University Press. McDonald, S.( 1970). The history and 65philosophy of art education. London : University of
London Press Ltd.
Preble,D., & Preble,S. (1994). Art form ( 5 th.ed.) New York : Harper Collins.
http://www.senirupa.net/detail.php?id=69 www.ums.edu.my/ppib/nota_seni_26_konsep_warna.doc www.ums.edu.my/appl/sek_img/plums/Sekolah%20Pengajian%20Seni.pd f http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-seni-visual.html www.lacma.org/islamicart/eia.htm www.chineseart.com www.india-forum.com http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-senivisual.html
66
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN
EDUP2033 PEDAGOGI NAMA PN. HJH SHAMSIAH BINTI MD NASIR Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik 71760 Bandar Enstek NEGERI SEMBILAN
PN. HJH FAUZIAH HASHIM Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik 71760 Bandar Enstek NEGERI SEMBILAN
EN NOR AZNAN B HJ MAHMOOD Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang Jln College 93200 KUCHING
HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, Jln College 93200 KUCHING.
KELAYAKAN Kelulusan: M. Ed. (Perniagaan dan Keusahawanan) UKM B. Accounting (Hons) UKM Sijil Perguruan (Pengajian Perdagangan) MPT Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan Guru Perakaunan dan Kemahiran Hidup
Kelulusan: M. Ed. (Teknologi Maklumat) UKM B. Sc. (Sains Komputer) Kent State University Dip Pend. (Matematik) UIA Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan Guru Matematik
Kelulusan: M. Sc Biologi, UPM B.Sc Hons (Management) Forestry, UPM Dip Edu, UIA Pengalaman: Pensyarah Sains dan Matematik Guru Sains dan Kemahiran Hidup
Kelulusan: M.Ed. (Kurikulum dan Pedagogi) UKM B.Sc Hons (Science Human Development) UPM Dip. Perguruan (Pengajian Melayu Sekolah Rendah) Pengalaman: Pensyarah Pedagogi Pendidikan Guru Bahasa Melayu
67
PANEL PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN EDUP2033 PEDAGOGI NAMA PN. HJH SHAMSIAH BINTI MD NASIR Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek 71760 Negeri Sembilan
PN. HJH FAUZIAH HASHIM Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek 71760 Negeri Sembilan
KELAYAKAN Kelulusan: M. Ed. (Perniagaan dan Keusahawanan) UKM B. Accounting (Hons) UKM Sijil Perguruan (Pengajian Perdagangan) MPT Pengalaman Pensyarah Ilmu Pendidikan Guru Perakaunan dan Kemahiran Hidup
Kelulusan: M. Ed. (Teknologi Maklumat) UKM B. Sc. (Sains Komputer) Kent State University Dip Pend. (Matematik) UIA Pengalaman Pensyarah Ilmu Pendidikan Guru Matematik
68