Bil 1
2
3
4
1.0)
Fact Penyelewengan akidah oleh fahaman syiah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Syariat fahaman syiah yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-sunnah
syiah merosakkan akhlak ummah dengan amalanamalan dan fahaman yang dibawa dalam ajaran ini. Fahaman syiah memberi ancaman kepada ummah
Idea Menyekutukan Allah dengan Para Imam mereka iaitu kepercayaan kepada Imam 12 belas
Learning issues Apakah bentuk penyelewengan akidah yang dilakukan oleh ahli fahaman syiah?
Action Rujukan: Internet Buku ilmiah
Syariat yang dibawa oleh pengasas fahaman syiah diadaadakan bermaksud supaya syariat yang di bawah oleh Rasulullah diketepikan dan diperkecilkan dan perkara ini jelas bertentangan dengan Al-quran dan Assunnah Penghinaan terhadap rasulullah, para sahabat, isteri Rasulullah dan pengamalan taqqiyah kepada pengikut ajaran ini. Ajaran yang di bawa oleh syiah mengelirukan umat islam dengan menanamkan bibitbibit permusuhan terhadap ahli sunnah.
Apakah fahaman dan ajaran yang dikemukakan oleh pengasas fahaman syiah?
Rujukan: Buku Internet: Blog
Adakah syiah mengkafirkan para sahabat dan mencintai ahlul bait?
Rujukan : Intenet Buku ilmiah
Bagaimanakah fahaman syiah boleh dianggap memberi ancaman kepada ummah?
Rujukan: buku ilmiah
PENDAHULUAN 1
Syiah merupakan satu mazhab dalam Islam yang menolak kepimpinan daripada tiga khalifah Sunni yang pertama. Syiah dalam konteks fahamannya jelas berbeza dengan Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ahlul bait. Hal ini kerana, Syiah menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. Terdapat dua pendapat yang menjelaskan kewujudan Syiah dalam Islam. Pendapat pertama mengatakan Syiah timbul ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali R.A dan Muawiyah R.A. Secara tidak langsung, satu kesimpulan dapat dibuat yang mengatakan pengikut Ali R.A beraliran Syiah dan pengikut Muawiyah R.A pula beraliran Sunnah Wal Jamaah. Namun, hakikat yang sebenar bukan seperti apa yang didakwa apabila ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat ahli Sunnah Wal Jamaah terlihat lebih cenderung kepada Ali R.A. Pendapat kedua pula menyatakan Syiah muncul setelah kematian Husain bin Ali R.A. Kematian Husain dikaitkan dengan peristiwa apabila Husain keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya. Namun, mereka mengkhianati Husain dan rentetan daripada perbuatan khianat itu, mereka menyebabkan Husain terbunuh di Karbala. Setelah itu, muncul sekelompok Muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dibela, kelompok yang lain pula menghukum kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar daripada pemerintahan Bani Umayyah. Akibatnya, berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong Husain terbunuh lalu mereka digelar Syiah. Seterusnya, aliran Syiah terpecah kepada tiga cabang dan mempunyai pengikutnya sendiri. Golongan Syiah yang paling terkenal dan terbesar adalah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah dan juga Ja’afariyah yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil termasuklah al-Kaisainiyyah, alzaidiyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam bertujuh. Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan keturunanya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
2
Contoh yang paling hampir dengan kita adalah pergerakan Hizbullah di Lubnan dari golongan Syiah Imam Dua Belas. Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan untuk melakukan ritual harian mereka dan fahaman mereka juga ditolak oleh Majlis Fatwa Malaysia. Perkataan Syiah (murfad) disebut sebanyak 4 kali dalam Al-Quran iaitu dalam surah As-Saffat ayat 8384, surah Maryam ayat 69, surah Al-Qasas ayat 15 dan surah Al-Bayyinah. Namun, apa yang dimaksudkan oleh Al-Quran bukanlah khusus kepada puak Syiah ini tetapi umum kepada umat Nabi Ibrahim A.S dan umat Nabi Musa A.S. Apa yang pasti ajaran Syiah adalah menyimpang daripada ajaran Islam. Ijtihad kebanyakan ulamak Sunni mendapati golongan Syiah Ja’afariyah dan Zaidiyah adalah menyeleweng kerana mendewakan Ali R.A. Imam Al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri juga menentang keras Syiah kerana mengandungi pengajaran Batiniah.
3
2.0)
SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH DI MALAYSIA 2.1)
IBNU SABA’ DAN SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH
Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah adalah merupakan mahzab politik yang paling lama wujud di dalam islam. Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman Bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali Bin Abi Talib (Muhammad Abu Zuhrah, 1996: 32). Bagi menjelaskan mengenai sejarah kemunculan fahaman syiah terdapat pendapat yang mengaitkan kemunculan fahaman ini adalah daripada seorang Yahudi yang bernama Abdullah Bin Saba’ yang mengaku sebagai seorang muslim, mencintai Ahlul bait 1, berlebih-lebihan di dalam menyanjung Ali bin Abu Talib dan mendakwa adanya wasiat mengenai kekhalifaan Saidina Ali yang akhirnya mengangkat darjat Saidina Ali sehingga kepada tingkat ketuhanan dan hal ini turut di akui oleh buku-buku syiah sendiri.(Abdullah Muhammad: 03). Walaupun pengikut syiah tidak mengakui kewujudan Abdullah Bin Saba’ dan mendakwa bahawa golongan Ahli Sunnah sengaja mereka-reka identiti ini bagi menghentam kepercayaan pengikutnya dan menjauhkan orang ramai daripada mazhab ini, namun wujud dalam kitab-kitab syiah yang membenarkan kewujudan fahaman ini ( Syeikh Husain Al- Musawi, 2008: 30-31). Kemunculan Ibnu Saba’ ini dapat dilihat melalui beberapa penjelasan yang dikemukakan oleh Syeikh Husain Al- Musawi (2008: 34) dalam bukunya. Salah satu penjelasan yang dikemukakan adalah, Diriwayatkan oleh Abu Abdullah2,beliau berkata: “ Laknat Allah terhadap Abdullah Bin Saba’. Dia mendakwa ketuhanan Amirul Mukminin 3, sedangkan Amirul Mukminin hanya seorang hamba Tuhan yang amat patuh. Celakalah bagi sesiapa yang berdusta ke atas kami4. Terdapat satu golongan manusia yang mengatakan tentang kami apa kamiu sendiri tidak mengatakannya. Kami berlepas diri daripada mereka di sisi Allah SWT” Kemunculan Ibnu Saba’ inilah yang menjadi pencetus kepada perpecahan dalam kalangan umat islam dengan menyelinap masuk ke dalam agama islam dengan cara munafik dan berpura-pura masuk islam kerana ingin memerangi orang islam dari dalam disebabkan mereka tahu bahawa islam tidak mungkin dapat diperangi secara berhadapan. Oleh itu mereka merancang strategi untuk memecah belahkan umat islam dengan menjadikan Saidina 1
Keluarga Nabi Muhammad S.A.W Nama jolokan bagi ja’far al-Sodiq. Imam keenam dalam tradisi islam syiah. 3 Saidina Ali Bin Abu Talib 4 Ahli Bait 2
4
Ali sebagai senjata mereka dengan cara berpihak kepadanya, berpura-pura mencintai dan setia kepadanya dan seterusnya menyebarkan racun fitnah dan kerosakan dalam kalangan umat islam pada zaman pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan. Ibnu Saba’ terus menerus mengajak manusia untuk menolong dan mendukung Saidina Ali bin Abu Talib,dan tidak taat kepada Saidina Uthman serta menghasut mereka untuk menarik bai’at dari Saidina Uthman. Dalam hal ini ramai orang-orang Mesir yang terpengaruh oleh perkataan dan pendapat Ibnu Saba’ lalu membelot daripada Khalifah Uthman
(Dr. Ihsan, 2002: 27-32), sehinggalah
membawa kepada pemberontakan yang akhirnya menyebabkan Saidina Uthman dibunuh. Pembunuhan Saidina Uthman ini akhirnya menyebabkan lahirnya dua golongan dalam masyarakat islam pada ketika itu yang menyokong kepada Saidina Ali dan golongan kedua adalah penyokong Muawiyah yang menuntut kepada pembelaan terhadap pembunuhan Saidina Uthman. Syiah yang membawa maksud “pengikut” atau “penyokong”. Kemunculan syiah melalui para pengikut Saidina Ali yang disebut “syiah Ali” dan pengikut muawiyah yang disebut sebagai “syiah Muawiyah”5 pada awalnya adalah merupakan satu kumpulan yang pada hakikatnya tidak membabitkan akidah dan pegangan agama, namun perkataan ini kemudiannya berkembang dan digunakan secara meluas oleh mereka yang mendakwa sebagai golongan pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait sehingga perkataan “syiah” menjadi nama khusus bagi mereka. Golongan “syiah Ali” pada awalnya tidak menganuti akidah seperti yang dianuti oleh syiah pada hari ini, seperti membenci para sahabat, mengingkari sunnah Rasulullah dan sebagainya, namun disebabkan akidah dan ajaran yang diserapkan oleh Ibnu Saba’ maka syiah ini telah jauh terpesong daripada akidah Ahli Sunnah dan berpecah kepada beberapa puak yang kesemuanya berpegang kepada asas pemikiran yang digagaskan oleh Ibnu Saba’ yang bertujuan merosakkan akidah, menghancur dan mengubah syariat serta memecah belahkan umat islam6. Secara umumnya, fahaman syiah ini muncul setelah kewafatan Rasulullah dan pada ketika itu berlakunya perpecahan dalam kalangan umat islam. Hal ini disebabkan berlakunya perbalahan pendapat yang mengatakan bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi imam dan menjawat jawatan Khalifah selepas kewafatan baginda lalu golongan ini berpihak kepadanya. Dalam hal ini mereka berpendapat bahawa apabila wafatnya Rasulullah S.A.W, maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah 5
gerakan syiah pada ketika ini menuntut kepada muawiyah untuk memberikan bai’ah kepada Saidina Ali, atas perlantikan saidina Ali sebagai khalifah yang sah, namun muawiyah menuntut agar tindakan diambil terlebih dahulu kepada pembunuh Saidina Othman sebelum mereka mengiktiraf mereka sebagai Kahlifah. Pertentangan ini yang akhirnya menwujudkan golongan “syiah Ali” dan “syiah Muawiyah” 6 Jabatan Islam Selangor (2011). Sejarah Perkembangan Syiah dan Perkaitannya dengan Ahli Bait. Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, hlm 1-2
5
Sayyidina Ali bin Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki . Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya justeru itu mereka harus diperangi. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah7. 2.2)
PERKEMBANGAN SYIAH DI MALAYSIA
Fahaman syiah di Malaysia terbahagi kepada tiga kelompok iaitu syiah Taiyibi Bohra 8, syiah Isma’iliyah Agha Khan9 dan Syiah Ja’fariyah atau Imamiyah Ithna Asyariyah iaitu yang lebih dikenali dengan Syiah Imam Dua Belas (Dr. Anis Malik, 2012). Di Malaysia, Syiah Imamiyah mempunyai pengaruh dan pengikut yang sangat ramai jika dibandingkan dengan dua kelompok syiah yang lain. Menurut sumber daripada Berita Harian (2011) kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia adalah kesan langsung daripada Revolusi Iran 1979 yang dieksport ke seluruh dunia dengan membawa dua agenda penting iaitu menukar pegangan umat islam di seluruh dunia kepada ideologi syiah dan mengembangkan empayar parsi khususnya di Rantau Teluk. Revolusi ini dieksport ke luar negara dengan membawa slogan membela golongan mustadh’afin10 daripada penindasan kelompok Mustakbirin (rejim jahat) dengan menjadikan perjuangan Khomeini menumbangkan kerajaan Monarki Shah Iran dan sokongan mereka kepada rakyata Palestin menentang penjajahan Israel. Menerusi dua slogan inilah, pemikiran revolusi iran berjaya menembusi gerakan islam sedunia termasuk di rantau Asia Tenggara yang begitu dahagakan seorang “idola” dalam perjuangan mereka membebaskan negara daripada cengkaman kuasa Barat dan Zionos pada abad ke-20. Perang Iraq-Iran (1980-1988) adalah merupakan pemangkin kepada merebaknya pemikiran Revolusi Iran yang berteraskan aqidah Syiah dengan lebih cepat termasuklah di Malaysia. Kejayaan Ayatullah Khomeini dalam Revolusi Iran ini menyebabkan beliau mendapat liputan yang sangat meluas di Malaysia sehinggakan media-media massa pada ketika itu menggembargemburkan mengenai kehebatan beliau menyebabkan Iran mula mendapat tempat dalam 7
Jabatan Agama Islam Selangor (2011). Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahagian Penyelidikan Dan pembangunan, hlm 14 8 Berasal dari india dan dikenali di Malaysia dengan golongan yang memiliki “kedai Bombay”. Kelompok yang berpusat dilembah klang ini mempunyai tanah perkuburan, masjid dan pengikutnya yang tersendiri yang dianggarkan berjumlah 200-400 orang. 9 Kelompok yang dikenali dengan nama “kedai Peerbhai” ini bergerak di sekitar lembah klang juga. Jumlah pengikutnya tidak dikenal pasti jumlahnya tetapi bilangannya lebih kecil daripada kelompok Bohra. 10 Orang lemah
6
kalangan rakyat Malaysia sendiri. Hasil daripada peristiwa ini maka, syiah mula disebarkan secara meluas melalui kunjungan rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan pemimpin Iran ke Malaysia dan kunjungan itu diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran syiah11. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur. Selain itu, ramai pelajar Malaysia turut dihantar belajar ke Iran dan bantuan biasiswa turut disediakan oleh kerajaan Iran bagi menggalakkan lebih ramai pelajar datang menuntut ilmu di Iran bagi memudahkan penyebaran dakwah syiah dalam kalangan pelajar. Selain menghantar pelajar Malaysia ke Iran, Malaysia juga turut menerima ramai pelajar Iran datang untuk menyambung pengajian di sini seterusnya menyebarkan fahaman syiah dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Disamping itu, perluasan fahaman ini diperkukuhkan lagi dengan penyebaran buku-buku, risalah dan kitabkitab syiah yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan ajaran yang di bawah oleh fahaman ini. segala usaha yang dilaksanakan oleh Iran pada ketika itu, tidak mendapat tentangan daripada ramai pihak disebabkan oleh fahaman ini berselindung di sebalik nama agama islam dengan menggunakan label pencinta Ahlul Bait dan pengikut kepada anak cucu Rasulullah.
3.0)
ISU-ISU PEMBELAJARAN
11
Jabatan Agama Negeri Selangor (2000). Himpunan Ajaran, Amalan, dan Fahaman yang Telah Diwartakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh. Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, hlm 132
7
3.1)
Isu Pembelajaran 1: Apakah Bentuk Penyelewengan yang Dilakukan Oleh Puak Syiah
Penggantian Dan Perubahan Di Dalam Al-Quran (At-Tahrif Fi Al-Qur’an) Penyelewengan akidah melalui aspek at-tahrif fi Al-Quran bermaksud penggantian dan perubahan di Al-Quran.Golongan Syiah berpandangan bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan.Perkara ini dibuktikan apabila ulama Syiah dengan jelas sekali berkata : ‘’..Al-Quran yang ada di tangan kaum muslimin sekarang telah terdistorsi (berubah), yang ada di dalamnya sekarang tidak sebagaimana teks asli turunnya.Sebenarnya Allah Ta’ala telah menurunkan bermacam-macam hukum dan hikmah dalam AlQuran yang tidak tercantum dalam teks Al-Quran yang ada sekarang. Penomeran ayat dan pengurutan surat Al-Quran juga tidak sebagaimana mestinya ketika teks aslinya turun. Maka, akan kamu temukan banyak ayat yang salah dalam peletakannya. Perubahan dalam Al-Quran ini telah lama terjadi…’’12 Hal ini jelas apabila golongan ini telah mengklaim Al-Quran telah dirubah, diganti, banyak sekali ayat dibuang dan tidak sedikit kalimat-kalimat dihapus dan kata mereka, pelakunya adalah tokoh-tokoh sahabat dan orang-orang Islam terkemuka kerana dengki kepada dengki kepada Ali bin Abu Thalib, membangkang kepada anak keturunannya dan menghilangkan warisan Rasulullah SAW (Ihsan Ilahi Dhahir, 2002 : 20). Ihsan Ilahi Dhahir (2002 : 104) turut menyatakan terdapatnya hadis terkenal Syiah yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Ya’qub Al-Kulaini berkata : ‘’…jika seseoramg mengklaim mengumpulkan seluruh isi Al-Quran seperti yang diturunkan pertama kali, ia pembohong kerana yang mengumpulkan dan menghafalnya seperti diturunkan hanyalah Ali bin Abu Thalib dan para imam sepeninggalannya…’’ Hadis ini juga kelihatan terpesong dari asas akidah Islam yang sebenar kerana menganggap Sayyidina Ali bin Abu Thalib yang mengumpul dan menghafaz Al-Quran walhal manusia pertama yang mendapat wahyu daripada malaikat Jibril mengenai isi kandungan Al-Quran ialah Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, kitab At-Tabrasi tulisan Al-Haji Mirza Hussain bin Muhammad Taqie An-Nuri Al-Tabrasi mengatakan bahawa kitab suci Al-Quran telah terlibat 12
Dokumenter Bahaya Syiah. Diperoleh pada November 29 daripada http://www.youtube.com/watch? v=bOalHanQJ2g
8
dengan penambahan dan pengurangan (H.Salahuddin Abdullah, 1994 : 7-8). Kenyataan ini sudah tentu akan menyelewengkan akidah kerana mengikut keyakinan fahaman Sunnah Wal Jamaah, Al-Quran akan terpelihara isinya dari dahulu, kini dan hingga ke hari akhirat. Ihsan Ilahi Dhahir (2002 : 94) turut menyatakan bahawa Al-Quran ada di dalam Masaf kerana Allah Ta’ala telah menjamin untuk melindunginya dari segala perubahan, penggantian, pengurangan dan penambahan. Ia sesuai dengan Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr : 9 : ‘’…sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya kami pasti memeliharanya…’’ Oleh itu, penyelewengan aqidah at-tahrif fi Al-Quran ini dengan jelas telah menyekutukan Allah SWT kerana sebagaimana yang diketahui, untuk menjadi muslim yang sebenar, seseorang itu perlulah menyakini bahawa Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah itu adalah benar dan merupakan perintah daripada Allah SWT. Kesesatan puak Syiah terserlah apabila
sengaja mencetuskan penyelewengan akidah melalui lunas bahawa terdapatnya
perubahan dan penggantian dalam Al-Quran, walhal apa yang dikatakan adalah kebohongan semata-mata kerana sehingga akhirat tiada satu pun kalimat Al-Quran yang akan diganti, tiada satupun titiknya dibuang, tiada satupun harakatnya yang dihapus dan yang pastinya isi kandungan Al-Quran adalah sahih dan terpelihara.
Pelantikan Imam Adalah Secara Nas ( Al- Walayah) Dalam soal pemerintahan negara, metodologi pemilihan Khalifah bagi sesebuah pemerintahan adalah menggunakan 3 cara iaitu Bai’ah, Istikhlaf dan rampasan kuasa (Abdul Rahim al-Dahlawi 1995: 271). Ketiga-tiga cara ini adalah disepakati oleh Islam dalam penentuan untuk memilih Khalifah. Apabila telah terpilih melalui tiga cara ini, rakyat perlu taat kepada pemerintahan tersebut. Bagi Syiah, mereka menambah satu lagi cara pemilihan iaitu melalui nas. Melalui cara nas ini ada sebahagian ulama Ahli Sunah yang menyokong pandangan ini, antara mereka adalah Ibn Hazm, Hasan al-Basri dan Ahmad bin Hanbal (Ibn Taimiyyah 1322: 35). Tetapi Syiah menggunakan cara ini untuk mempertahankan pandangannya bahawa Ali adalah pemilihan dari Allah. Mengenai perlantikan khalifah secara nas ini juga disentuh oleh pemimpin Syiah iaitu Syeikh Muhamad Redha dalam kitabnya Aqaid Imamiyyah (al-Muzaffar 1961: 78) : “Kami beriktiqad bahawa imam-imam seperti Nabi, tidak berlaku melainkan apa yang didatangkan oleh nas daripada Allah s.w.t atau lisan Rasul atau lisan imam 9
yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum imamah sama seperti nabi, tiada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui kecuali dengan ketentuan Allah”. Golongan Syiah beriktikad di dalam hati bahawa konsep khalifah dalam pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w adalah melalui pemilihan Allah yang dinaqalkan oleh Nabi s.a.w. Bagi mereka tiada konsep Syura dalam pemerintahan Islam dan Syura yang digunakan dalam pemilihan Saidina Abu Bakar r.a setelah kewafatan Nabi adalah tidak sah. Mereka juga turut menentang pemilihan Saidina Umar r.a dan Uthman r.a dengan mengatakan bahawa kedua mereka ini dipilih bukan melalui pemilihan Syura, malah ianya ditentukan oleh Khalifah sebelumnya sehingga saidina Ali r.a terpaksa mendiamkan diri demi menjaga kemaslahatan umat dari berpecah pada ketika itu. Iktikad meletakkan Saidina Ali r.a adalah sepatutnya menjadi pemerintah Islam yang pertama selepas kewafatan Nabi adalah kerana berasaskan pemahaman dari sabda Nabi s.a.w di dalam khutbah haji wida’ atau wada’ iaitu khutbah terakhir Nabi s.a.w pada ketika itu yang mengangkat saidina Ali r.a sebagai walinya iaitu pada 10 Hijrah (Nabi wafat pada 11 Hijrah). Mereka memahami maksud wali pada khutbah Nabi s.a.w tersebut adalah sebagai pengganti Nabi selepas kewafatan beliau.Mereka menentang keras terhadap penafsiran atau pemahaman terhadap kalimah ‘Maula’ dalam khutbah Nabi s.a.w tersebut kepada makna selain dari pengganti atau khalifah selepas kewafatan beliau.Khutbah Nabi s.a.w pada ketika ini adalah dianggap oleh pengikut Syiah sebagai peristiwa Ghadeer Khum yang mana peristiwa khutbah ini berlaku di sebuah tempat bernama Ghadeer Khum.Pada ketika ini, setelah selesai jemaah haji yang ada pada ketika, Nabi s.a.w mengarahkan jemaah haji supaya berhenti dahulu kerana beliau mahu menyampaikan satu khutbah yang penting.Nabi mengumpulkan umat Islam seramai 120 ribu orang dan menahan mereka dari pergi dahulu sebelum mendengar khutbah baginda. Di tengah panas yang terik Nabi memberi khutbah, antara khutbah beliau yang mengangkat saidina Ali sebagai ‘maula’ baginda adalah dengan Nabi mengangkat tangan saidina Ali r.a sambil berkata (al-Kulaini 1992: 355): “Siapa yang menjadikan aku maulanya (pelindung), maka Ali adalah maulanya”. Pemahaman isi kandungan maksud Nabi s.a.w terhadap ayat ini menurut pandangan Syiah adalah dengan maksud pengganti beliau sebagai Khalifah.Tetapi menurut ulama Ahli Sunah 10
adalah maula tersebut bermaksud sahabat sahaja. Golongan Syiah beralasan bahawa adakah logik pada akal manusia yang mana ketika peristiwa tersebut berlaku, Nabi s.a.w mengumpulkan 120 ribu orang jemaah haji yang sudah bergegas mahu pulang ke tempat masing-masing yang mana sebahagiannya mahu ke Syam, sebahagian lain mahu ke Iraq dan sebagainya, hanyalah semata-mata mahu mengatakan bahawa Saidina Ali r.a adalah maula dengan maksud sahabat baginda sahaja. Malah hadith ini juga adalah banyak diriwayatkan oleh ulama Ahli Sunah sendiri tanpa khilaf.Maka masalah berlaku atau tidak berlakunya peristiwa ini tidak timbul kerana tiada khilaf antara Sunni dan Syiah tentang peristiwa yang disebut dalam hadith. Imam-Imam Dalam Mazhab Syiah Adalah Maksum Kepercayaan dan pegangan Golongan Syiah ini adalh mendakwa bahawa Imam-Imam mereka adalah maksum13 dan wajib untuk di taati. Kemaksuman para Imam ini adalah sama dengan kemaksuman Nabi s.a.w yang mana mereka terpelihara dari sebarang dosa kecil mahupun besar yang boleh mencacatkan kemaksuman mereka.Imam Saidina Ali r.a, Imam Hasan bin Ali r.a, Imam Hussain bin Ali r.a, Imam Ali Zainal Abidin bin Hussain, Muhamad Baqir bin Ali, Imam Jaafar al-Sadiq bin Muhamad Baqir, Imam Musa al-Kazem bin Jaafar, Imam Ali Ridha bin Musa, Imam Muhammad al-Jawad, Imam Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad, Imam Hasan al-Askari bin Ali al-Hadi, Imam al-Mahdi al-Muntazar adalah imamimam yang disebut dalam hadith menurut kepercayaan mereka sebagai imam yang memang sudah ditentukan oleh Allah sebagai pemimpin dan ianya telah dinaqalkan melalui hadith Rasulullah s.a.w. Kesemua imam ini adalah dianggap maksum oleh peganut fahaman Syiah. Selain itu, bukan imam ini sahaja yang maksum malah ada juga sebilangan manusia yang lain maksum seperti Fatimah al-Zahra iaitu puteri Rasulullah sendiri. Kedudukan maksum puteri Rasulullah ini adalah lebih tinggi kemaksumannya dari para 12 imam ini. Dalam kitab Aqaid Imamiah karangan Syeikh Muhamad Redha al-Muzafar ada menyebut (al-Muzaffar 1961: 72): “Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti Nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara dari sifat-sifat yang keji dan buruk yang nyata dan tersembunyi, sejak kecil hinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimanam mereka terpelihara dari sifat 13
Maksum adalah satu kekuatan yang menghalang tuannya dari melakukan maksiat dan kesalahan dimana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram sekalipun mampu berbuat demikian.. Dengan kata lain, maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat sehingga ke maratabat tidak melakukan kesalahn sama sekali
11
lupa, tersalah dan lain-lain.Kerana imam-imam adalah pemelihara syariat dan orang yang menegakkan hokum Syariat.Keadaan mereka seperti Nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum adalah dalil yang mengatakan Nabi itu maksum. Tiada perbezaan antaranya”. Keyakinan Kepada Ar-Raj’ah Penyelewengan akidah melalui aspek Ar-raj’ah merujuk kepada kepercayaan puak Syiah yang beranggapan bahawa para imam akan dibangkitkan sebelum kiamat dan kumpulan yang telah mati untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang yang merampas hak mereka (Ahmad Nasim Abdul Rauf, 2011 : 15).Kepercayaan mereka ini menuntut bahawa kebangkitan semula para imam, musuh-musuhnya dan para pemimpin Syiah adalah untuk pembalasan kepada musuh-musuh Syiah. Kepercayaan mereka mentafsirkan bahawa setiap manusia yang telah diberi autoriti oleh Allah untuk kembali semula imam Mahdi akan dibangkitkan semula ketika kiamat hampir menjelang. Ini telah dijelaskan dalam kitab Aqaid Imamiah karangan Muhamad Redha. (Al-Muzaffar 1961: 83) : ‘’…Sesungguhnya pendapat Syiah tentang Raj’ah itu ialah kerana mengambil dari Ahli Bait di mana Allah akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini dalam bentuk yang asal lalu sebahagian dari golongan yang memuliakan suatu puak yang lain dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad dan tidak kembali ke dunia kecuali orang yang tinggi darjat imannya atau orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah dengan orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitkan semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firmannya, di mana orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka tidak boleh kembali lagi. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali kedunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan. Firman Allah: “Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan Kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan Kami bersifat hidup dua kali, maka Kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. oleh itu Adakah sebarang jalan untuk (Kami) keluar (dari neraka)?...". 12
Keyakinan puak Syiah amat berbeza dengan akidah Sunah Wal Jamaah kerana keyakinan sunah Wal Jamaah terhadap kemunculan Imam Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman untuk memberi keadilan terhadap kelalaian dan kezaliman yang terdapat di muka bumi. Pada pemerintahan imam Al-Mahdi ini, umat akan merasakan nikmat di bawah kekuasaannya dan belum pernah ada kenikmatan yang dirasakan sebelumnya. bukan sekadar memberi keadilan tetapi turut memberikan pembalasan kepada musuh-musuh mereka. Keyakinan terhadap Imam Mahdi adalah salah satu tonggak penting daripada tingkat keimanan yang mesti mesti diimani kerana kemunculannya di penghujung zaman menjadi salah satu penanda besar akan datangnya hari kiamat. Keadaan ini sangat berbeza dengan keyakinan puak Syiah kerana mengikut keyakinan mereka kedatangan imam Mahdi bukan sahaja untuk membawa keadilan namun turut memberikan pembalasan kepada musuh-musuh mereka.
3.2)
Isu pembelajaran 2: Apakah Fahaman Dan jaran yang dibawa oleh pengasas fahaman syiah
1) NIKAH MUT’AH 13
Mut’ah14 memiliki keistimewaan yang besar dalam fahaman syiah yang mana bagi golongan ini nikah mut’ah adalah halal untuk dilakukan dan menjadi kewajiban kepada mereka untuk melakukannya. (Dr. Husain al- Musawi, 2008:81) Mut’ah telah dieksploitasi dengan seburukburuk eksploitasi dan wanita pula dihina dengan seburuk-buruk hinaan oleh golongan ini. Ramai orang yang memuaskan keinginan seks mereka dengan berselindungkan mut’ah dan atas nama agama berdasarkan firman Allah yang bermaksud: kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna) (surah An-nisa’:24) Berdasarkan ayat suci al-quran diatas, Allah memerintahkan kewajiban untuk membayar mahar untuk sebuah akad pernikahan yang sah di sisi agama islam, namun ayat tersebut telah dimanipulasikan dan disalah tafsirkan oleh golongan syiah semata-mata untuk kepentingan mereka dan kepuasan mereka. Justeru itu, timbulnya amalan nikah mut’ah dalam fahaman ini dan bagi membuktikan kesahihannya mereka telah mencipta dan mengemukakan beberapa riwayat yang menggesa kepada mut’ah, menyediakan pahala kepada yang melaksanakannya serta balasan buruk kepada orang yang meninggalkannya bahkan sesiapa yang tidak mengamalkannya akan dianggap bukan muslim (Dr. Husain al-Musawi, 2008: 81). Hal ini kemudian dikukuhkan lagi oleh golongan syiah dengan mengemukakan hadis palsu yang disandarkan ke atas Nabi Muhammad SAW yang mana dalam hadis palsu tersebut dikatakan bahawa Rasulullah bersabda bahawa “ sesiapa yang bermut’ah dengan wanita muslimah seolah-olah telah menziarahi kaabah sebanyak 70 kali”. Selain itu, golongan syiah juga menyatakan bahawa As- Saduq telah meriwayatkan daripada As- Shadiq telah berkata: “ sesungguhnya Mut’ah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingakarinya , dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain daripada agama kami” . Kata-kata ini jelas mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima mut’ah 15. Hal mut’ah adalah merupakan perkara yang biasa bagi golongan syiah sehinggakan mereka membenarkan bermut’ah dengan kanak-kanak tanpa mengira usia. Hal ini diceritakan juga oleh Syeikh Dr. 14
Nikah Mut’ah ialah nikah yang mengehadkan tempoh masa tertentu dalam akad nikah seperti seorang lelaki berkata kepada seorang wali perempuan “ kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu selama sebulan”. Nikah ini adalah tidak sah bagi Ahli Sunnah tetapi sah pada pandangan Syiah. 15 Syeikh Al-Alamah Dr. Husain Al- Musawi (2008). Kenapa Aku Meninggalkan Syiah? (Terjemahan). Kedah: AlMuttaqin Media, hlm 82
14
Husain ketika mana dia mengikuti imam Khomeini bermusafir, mereka singgah di rumah kawan baik imam Khomeini untuk berehat. Ketika mereka bersembang imam Khomeini terlihat anak perempuan rakan baiknya yang berumur sekitar empat atau lima tahun pada ketika itu. Disebabkan kecantikan budak tersebut maka imam Khomeini meminta kepada ayahnya iaitu Sayid Shahib untuk bermut’ah dengan anak perempuannya pada malam itu. Di keesokan paginya, Syeikh bertanya kepada imam Khomeini berkaitan nikah mut’ah dengan kanak-kanak kecil. Beliau menjawab: “ Sayid Husain, sesungguhnya bermut’ah dengan kanak-kanak tersebut adalah harus tetapi dengan bercumbu-cumbuan, berciuman dan takhfiz 16. Adapun bersetubuh, dia (kanak-kanak) masih belum mampu untuk melakukannya”.17 Selain itu, walaupun golongan syiah ini menghalalkan mut’ah namun amalan ini hanya dibenarkan kepada wanita golongan awam sahaja, kerana mereka mengharamkan bermut’ah dengan wanita daripada golongan sayid syiah. Hal ini jelas menunjukkan diskriminasi golongan tertentu untuk memenuhi hajat dan nafsu mereka semata-mata sehingga sanggup berbohong menggunakan nama agama. 2) TAQIYYAH Taqiyah adalah merupakan antara prinsip-prinsip paling penting Syiah dalam pergaulan dengan Ahli Sunnah. Taqiah adalah menyembunyikan kebenaran, iktikad dan menzahirkan apa yang bukan daripada hati (Syeikh Dr. Husain, 2008: 31). Taqiah mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Syiah. Ulama Syiah Al-Mufid dalam Tash-hîhul I’tiqâd berkata: “Taqiyah adalah merahsiakan al-haq (keyakinan Syiah) dan menutupi diri dalam meyakininya di hadapan para penentang (orang-orang yang berseberangan dalam keyakinan) dan tidak mengusik mereka dengan apa saja yang akan menyebabkan bahaya bagi agama dan dunia (orang-orang Syiah). Manakala Yusuf al-Bahrani iaitu tokoh Syiah pada abad 12 H pula menyatakan bahawa taqiyah, “Maksudnya menampakkan kesamaan sikap dengan para penentang dalam apa yang mereka yakini karena takut kepada mereka.” Al-Khomeini pula berkata: “Taqiyah bererti seseorang mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan realiti atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan aturan syariah bagi menyelamatkan nyawa, kehormatan atau kekayaannya.” 18 Melalui tiga definisi 16
meletakkan zakar antara dua peha Ibid., hlm 85-87 18 Ustaz Abu Minhal (2011). Taqiyah, Topeng Kemunafikan Kaum Syi'ah. Dipetik daripada laman Web http://almanhaj.or.id/content/3115/slash/0/taqiyah-topeng-kemunafikan-kaum-syiah/ pada Disember 6, 2013 17
15
taqiyah dari tiga Ulama besar Syiah dapat disimpulkan bahawa makna taqiyah adalah menzahirkan apa yang bukan daripada hati. Taqiyah juga digunakan kepada orang yang bertentangan dengan syiah sahaja, bukan bertaqiah kepada semua orang. Selain itu, taqiyah digunakan dalam urusan agama sahaja dan untuk mengelakkan kecelakaan kepada agama, diri dan harta19. Syiah dilihat sangat berlebih-lebihan dalam berpegang teguh kepada Taqiyah hingga menjadikannya salah satu prinsip mereka. Bahkan mereka mengatakan bahawa salah seorang imam maksum mereka berkata seperti yang diriwayatkan Muhammad bin Ya’qub AlKulaini daripada Ja’far As-Sodiq telah berkata20: “ Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Barangsiapa tidak bertaqiyah, ia tidak mempunyai iman” Selain itu, Al-Kulaini juga ada menukilkan dalam bukunya Ushulul Kaafi bahawa Abu Abdillah berkata: “hai Abu Umar sesungguhnya Sembilan puluh Sembilan peratus dari agama ini adalah Taqiyah, tidak ada agama bagi orang yang tidak ber-Taqiyah”21 Inilah agama dan keyakinan orang-orang syiah yang mana agama mereka ini tidak lain adalah menyembunyikan kebenaran dan menampakkan kebatilan 22. Bagi mereka taqiyah ini adalah merupakan kewajiban dan ajaran syiah ini tidak akan tegak tanpa taqiyah23. Hal ini amat bertentangan dengan Rasulullah SAW yang mana baginda amat melarang kebohongan (dusta), sekaligus mengecamnya dan menyuruh jujur sekaligus memujinya, seperti yang diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim, “hendaklah kalian jujur (tidak berbohong), kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke syurga. Jika seseornag sentiasa jujur dan memiliki sifat jujur, ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Tinggalkan kebohongan, kerana kebohongan membawa kepada keburukan dan keburukan membawa ke neraka. Jika seseorang sentiasa bohong dan memiliki sifat bohong, ia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong” (Di riwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Sufyan bin Abdullah Ats-Tsaqafi juga ada meriwayatkan bahawa, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
19
Ibid., 31 Dr. Ihsan Ilahi Dhahir (2002). Virus Syiah: Sejarah Alienisme Sekte. Jakarta: Darul Falah, Penerbit Buku Islam Kaffah., hlm 168 21 Muhammad Syeikh Abdullah bin Muhammad (terjemahan Abu Salman). Menyingkap Kesesatan Akidah Syiah. Dipetik daripada laman web http://www.slideshare.net/marinanawia/buku-menyingkap-aqidah-syiahkecil pada November 22, 2013 hlm 36-37 22 Ibid., hlm 169 23 Ibid., hlm 38 20
16
“pengkhianatan besar ialah engkau bercakap sesuatu kepada saudaramu, ia membenarkan perkataanmu sedang engkau bohong dalam percakapan tersebut” (diriwayatkan oleh Abu Daud) 3) MENYEKSA TUBUH PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM) Pada sepuluh hari pertama dari bulan Muharam setipa tahun, orang-orang syiah akan mengadakan ritual kesedihan dan ratapan. Saat itu mereka akan melakukan demonstrasi di jalan-jalan dan lapangan-lapangan umum dengan memakai pakaian serba hitam sebagai lambang kesedihan mereka dan tujuan mereka melakukan perbuatan ini adalah sebagai mengenang gugurnya Saidina Husain dan atas keyakinan bahawa perbuatan ini adalah merupakan pendekatan kepada Allah yang paling agung . Dalam acara ini mereka memukulmukul pipi dengan tangan, memukul dada dan punggung, menangis dan berteriak dengan menyebut “ Ya Husai- Ya Husain!!”(Syeikh Abdullah:60). Manakala pada 10 Muharam, mereka akan melakukan lebih lagi iaitu memukul diri sendiri dengan cemeti dan pedang sebagaimana yang terjadi di negara yang dikuasai Rafidhah seperti Iran . Semangat untuk menyakiti dan melukai tubuh sendiri akan kian terlucut dengan rangsangan syair-syair kisah terbunuhnya Husain bin ‘Ali Radhiyallahu ‘anhu di padang Karbala yang diperdengarkan, karya tokoh-tokoh Syi’ah. Kisah tersebut dibumbui dengan berbagai kebohongan serta cacian terhadap para Sahabat Radhiyallahu ‘anhum (Dr. Ali Musri, 2013) . Selain itu, orang-orang Syiah juga meyakini Hari ‘Asyura sebagai hari sial yang membawa celaka. Sejak awal bulan Muharram bahkan selama sebulan penuh mereka tidak melakukan hal-hal penting di rumah, seperti tidak berpergian, tidak melakukan pernikahan, tidak berhias, tidak memakai pakaian yang bagus, tidak memakan makanan yang enak dan lain-lain. Anak yang lahir di bulan Muharram juga mereka yakini bernasib sial. Berdasarkan artikel Dr Ali Musri (2013) , Syeikh Fadhil ar-Rumi rahimahullah, seorang ulama Dinasti Uthmaniyah mendudukkan kesalahan Syiah dalam masalah ini : “Adapun menjadikan tanggal sepuluh Muharram sebagai hari berduka karena terbunuhnya Husain bin Ali Radhiyallahu ‘anhuma yang dilakukan kaum Syiah, hal itu adalah perbuatan orang-orang sesat sewaktu di dunia. Tetapi, mereka mengira telah melakukan sesuatu yang amat baik. Padahal, Allah Azza wa Jalla dan Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam saja tidak pernah memerintahkan untuk menjadikan hari musibah para nabi atau hari kematian mereka sebagai hari berduka. Apalagi terhadap hari kematian orang-orang yang kedudukannya di bawah mereka..” 17
Pada kesempatan lain beliau menyatakan: “Diantara bentuk bid’ah yang dilakukan sebahagian manusia pada hari ‘Asyura adalah menjadikan hari tersebut sebagai hari berduka. Mereka meratap dan bersedih serta menyiksa diri pada hari tersebut. Disamping itu, mereka mencaci para Sahabat Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah meninggal, berdusta atas nama keluarga Nabi Shallallahu ‘aliahi wa sallam, dan melakukan berbagai kemungkaran lainnya yang dilarang dalam al-Qur’ân dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta kesepakatan kaum Muslimin.” 4) PENYELEWENGAN DALAM SOLAT Golongan syiah telah melakukan penyelewengan terhadap solat yang diwajibkan ke atas setiap umat islam meliputi tatacara melaksanakan ibdah dan pertikaian mengenai kewajiban ibadah solat. Salah satu penyelewengan yang dilaksanakan dari sudut Ibadah solat adalah dengan melaksanakan jama’ solat tanpa alasan yang munasabah dan mewajibkan rukhsah solat ini dilaksanakan. Golongan Syiah tidak seperti golongan Islam yang lainnya kerana mereka menjama’ sembahyang Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak walaupun mereka tidak bermusafir. Sekalipun kebanyakan ahli fiqah Syiah telah membuat fatwa bahawa disunatkan sembahyang pada waktunya yang tertentu, tetapi dari segi amalinya mereka melakukan jama’ dan ini yang biasa berlaku di masjid-masjid Syiah Dalam masalah waktu solat ini ianya sekarang lebih dikenali dengan bahasa mudahnya iaitu menjamakkan waktu Zohor dan Asar dan waktu Maghrib dengan Isyak. Perkara ini dijelaskan oleh Lutpi Ibrahim dalam buku beliau Minhaj Kebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas
dan
Ijtihad)
(Lutpi
Ibrahim
1993:
36):
“Ja'fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zahor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab”. Perkara ini juga telah disentuh oleh Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam akhbar Harian Metro bahawa golongan Syiah ini menjamakkan atau mengumpulkan waktu Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya’ pada setiap waktu dalam semua keadaan tanpa memerlukan sebab seperti musafir atau dalam keadaan hujan (Harian Metro. 2010. 17 Disember). Selain itu, dalam mazhab Syiah, apabila seseorang hendak melakukan solat, maka baginya perlu sujud di atas tanah, batu atau sesuatu hasil dari tanah yang tidak dijadikan makanan dan pakaian. Ianya cukup sekadar meletakkan dahi sahaja, tetapi lebih baik jika dapat meletakkan dahi beserta hidung. Jika kita bersujud dengan dahi diatas sesuatu yang 18
boleh dibuat pakaian atau makanan maka ianya tidak sah. Dengan ini, jika kita bersujud di atas karpet atau sesuatu yang berupa kain yang boleh dibuat pakaian, maka tidak sah solat. Bagi Syiah lagi, sujud yang paling afdhal adalah bersujud di atas tanah Karbala’ (turbah), iaitu tanah tempat wafatnya Saidina Hussain r.a. 4) SEMBAHYANG JUMAAT Islam telah mensyariatkan sembahyang Jumaat dan mewajibkannya ke atas setiap orang yang beriman dengan Allah, Rasul, dan kitab-Nya tetapi kebanyakan ahli fiqah Syiah telah berijtihad walaupun terdapat nas yang jelas ini dan mereka berpendapat bahawa orang Islam masih boleh memilih sama ada untuk sembahyang Zohor atau sembahyang Jumaat. Mereka menambah bahawa syarat wajib mendirikan sembahyang Jumaat ialah adanya imam iaitu Imam Mahadi.Semasa ketiadaannya, sembahyang Jumaat tidak wajib ke atas setiap orang Islam. Oleh itu, orang Islam boleh memilih sama ada sembahyang Jumaat atau Zohor. Terdapat banyak hadith yang direka pada zaman permulaan pertelingkahan yang berlaku di antara Syiah dengan yang menggelar diri mereka dengan Syiah.Ini dalah bertujuan untuk menghalang Syiah daripada pergi bersembahyang Jumaat yang merupakan syiar Islam yang agung dan supaya mereka tidak bergaul dengan kumpulan Islam yang lainnya serta tidak bersama-sama dengan mereka dalam menyebarkan syiar Islam. 6) SUJUD DI ATAS TANAH HUSEIN Kebanyakan rumah kaum Syiah terdapatnya tanah khusus, yang digunakan untuk sujud ketika menunaikan sembahyang.Tanah khusus yang dimaksudkan ialah tanah Karbala’ iaitu tempat syahidnya Husain, dimana jasadnya yang suci itu disemadikan di situ.Terdapat pendapat oleh ahli fiqah Syiah mengenai sujud di atas tanah Husein.Mereka membezakan di antara sujud kepada sesuatu dan sujud di atas sesuatu (dari segi hukumnya). Dengan perkataan lain, sujud di atas tanah tidak bermaksud sujud kepada tanah tersebut. Sujud dalam mazhab Syiah tidak diharuskan kecuali dilakukan di atas tanah dan benda-benda yang berkaitan dengan tanah.Mereka tidak diharuskan sujud di atas pakaian yang berjahit atau makanan.Kebanyakan orang yang sujud di atas tanah mengucup tanah tersebut dan mengambil keberkatan daripadanya. Kadangkala mereka akan makan sedikit daripada tanah tersebut sebagai penawar untuk menyembuhkan penyakit sedangkan hukum memakan tanah dalam mazhab fiqah Syiah adalah haram. Mereka juga mereka bentuk tanah dalam pelbagai bentuk dan membawanya apabila mereka bermusafir dan menganggap tanah tersebut suci dan mulia. Terdapat berjuta-juta kaum Syiah di timur dan barat yang masih lagi sujud di atas 19
tanah Karbala’ dan masjid-masjid mereka dipenuhi oleh tanah-tanah tersebut. Tetapi, apabila mereka menunaikan sembahyang di masjid puak-puak Islam lain, mereka menyembunyikan tanah tersebut kerana bimbang akan mendapat kritikan serta tentangan terhadap amalan mereka. 7) KEFARDHUAN IBADAH HAJI Berkenaan kefardhuan ibadah haji di sisi Syiah, golongan Ahli al-Sunnah wal-Jama'ah tidak menafikan ia juga adalah ibadah yang diwajibkan menurut ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Ashariyyah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ajaran Syiah benar-benar terlepas daripada sebarang keraguan berkenaan ibadah haji.Jika dirujuk kepada kitab-kitab Syiah dan pandangan para ulama mereka, terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan dalam pegangan Syiah berkaitan ibadah haji.Antaranya adalah berkenaan status menziarahi makam Sayyidina Husayn r.a yang seolah-olah lebih besar pahalanya berbanding menunaikan ibadah haji dan kedudukan tanah Karbala yang seolah-olah lebih suci daripada tanah Makkah. Antara riwayat-riwayat yang dapat dinyatakan di sini adalah seperti berikut: “Diriwayatkan daripada al-Sadiq, Ja'far bin Muhammad bahawa beliau berkata, "Ziarah Husain bin Ali adalah wajib atas setiap yang mengakui keimaman Husain daripada Allah 'Azza wa Jalla". Lalu beliau berkata lagi, "Menziarahi Husain menyamai seratus haji yang mabrur dan seratus umrah yang diterima". Selain itu, tanah Karbala yang menjadi tempat persemadian jasad Sayyidina Husain juga dianggap sebagai tanah yang suci sehingga ia dijadikan tempat sujud oleh penganut Syiah. Keutamaan yang seperti ini tidak pula wujud pada tanah-tanah yang lain termasuk tanah Makkah yang merupakan tanah haram serta tanah Madinah yang menjadi tempat pemakaman Rasulullah S.AW. Antara riwayatnya seperti berikut: “Allah akan menjadikan Karbala sebagai pusat dan tempat berkumpul para malaikat dan orang-orang mukmin.Ia akan memiliki kemulian, akan tersebar padanya berbagai keberkatan. Seandainya seseorang berdoa di sana kepada Rabb-nya, nescaya Allah akan memberikan dengan satu doa sahaja seribu kali lipat kerajaan dunia. Berbagai tempat di bumi saling berbangga, Ka’bah yang di tanah haram berbangga di atas Karbala. Maka Allah wahyukan kepadanya: Wahai Ka’bah tanah haram diamlah engkau! Jangan engkau berbangga diatas Karbala! Sesungguhnya dia bumi yang penuh berkat”. Dalam riwayat Syiah yang lain disebutkan, “Allah telah menciptakan padang Karbala sebelum menciptakan bumi Ka’bah (kota suci Makkah) selama dua puluh empat ribu tahun. 20
Ia (Karbala) telah suci dan berkat sebelum penciptan para makhluk. Ia senantiasa demikian sampai Allah jadikan ia sebagai tempat yang paling afdhal (mulia) di dalam surga”. Riwayat-riwayat seperti ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian golongan Ahli alSunnah wal-Jama‘ah terhadap Syiah kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa Syiah mempunyai tempat yang lebih utama untuk diziarahi selain daripada Baitullah di Makkah dan makam Nabi SAW di Madinah. Pandangan melampau Syiah terhadap ziarah kubur Sayyidina Husain dan kesucian tanah Karbala berbanding Makkah ini juga, berkemungkinan menyebabkan timbul persepsi di kalangan sesetengah golongan Sunni bahawa penganut Syiah tidak mewajibkan ibadah haji di Makkah.
3.3)
Isu Pembelajaran 3: Adakah Syiah Mengkafirkan Para Sahabat?
Akidah at-Takfir as-Sahabah adalah akidah yang mempercayai majoriti para sahabat telah murtad. Semua pengikut Syiah atau sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab Syiah pasti akan menemui pernyataan tentang mengkafirkan para sahabat. Hal ini kerana, di dalam kitabkitab Syiah itu terdapat riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat. Bukan itu sahaja, pernyataan tersebut juga kadangkala berbaur penghinaan, melaknat, memaki hamun dan menuduh sahabat melakukan Tabarri iaitu satu sikap suka berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang terhadap mereka. Pengkafiran para sahabat oleh Syiah dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, yang merupakan pengasas revolusi Iran. Beliau dalam kitabnya Kasyhful Asrar menulis “Abu Bakar dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum Allah yang terang (jelas). Mereka berdua telah banyak mempermainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak cucunya (Imam Khomeini: Kasyhful Asrar : 116). Selain itu, Syiah juga mengkafirkan para sahabat dengan cara meyakini dan mempercayai bahawa para sahabat Nabi Muhammad SAW semuanya murtad selepas baginda wafat dan hanya segelintir sahaja yang masih beragama Islam. Berdasarkan dakwaan Syiah, 21
sahabat Rasullulah yang masih bertahan untuk beragama Islam adalah Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Keyakinan Syiah ini sangat tidak masuk akal. Bagaimana mungkin Nabi Muhammad SAW gagal membina para sahabatnya sedangkan baginda tinggal bersama mereka selama 23 tahun. Baginda juga ada mengkhabarkan bahawa umatnya menjadi umat terbanyak yang akan masuk syurga, jadi adalah mustahil jika sahabat yang beriman hanyalah tiga orang sahaja. Selain itu, Syiah juga mengatakan tidak sahnya iman seseorang kecuali dia melepaskan diri daripada Abu Bakar R.A, Umar al-Khattab, Uthman R.A, Aisyah R.A, Hafsah R.A dan lainnya. Sebab utama mereka mengisyhtiharkan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman R.A sebagai kafir kerana mereka dianggap telah merampas jawatan khalifah daripada Saidina Ali. Manakala para sahabat lain yang turut mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Uthman juga diwartakan kafir. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata cacian dan laknat yang diabadikan dalam bentuk doa yang dikenali sebagai Doa Dua Berhala. Berikut adalah kandungan dalam doa tersebut “ Ya Allah laknatilah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Toghu (Abu Bakar dan Umar), dua pendusta, dua anak perempuannya (Aisyah dan Hafsah) yang mana mereka berdua menyalahi perintah engkau, mengingkari nikmatmu dan menderhaka terhadap wahyu engkau…Ya Allah, laknatilah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka dan wali-wali mereka dan penyokongpenyokong mereka dan kekasih-kekasih mereka. Maka sesungguhnya, mereka telah meruntuhkan institusi kenabian (Al-Syed Manzur Hussain : Tuhfah Al-Awwam : 330). Syiah Imamiyah juga menganggap doa ini cukup penting untuk diamalkan kerana mempunyai pelbagai fadhilat seperti Allah akan menulis 70,000 kebaikan bagi siapa yang membaca doa ini sekali. Orang-orang Syiah juga amat berdendam dengan Saidina Umar sehingga mereka meraikan pembunuhannya. Pembunuh Saidina Umar, Abu Lukluah pula disanjung apabila kuburnya sentiasa diziarahi dan mendapat gelaran Baba Syuja’uddin (pintu keberanian yang agama). Mengatakan para sahabat dan isteri Nabi Muhammad SAW sebagai kafir, menunjukkan seolah-olah baginda telah gagal dalam usaha mendidik para sahabat dan isteri sehingga semuanya murtad selepas kewafatan baginda. Leih dasyat lagi, dakwaan ini seperti 22
menunjukkan Allah SWT itu bersifat lemah kerana melantik seorang Nabi yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Penghinaan Kepada Ahlul Bait Keluarga Rasullulah SAW yang disebut dengan istilah Nubuwwah atau keluarga kenabian terdiri daripada 5 orang iaitu Rasullulah SAW sendiri, Ali bin Abi Talib, Fatimah R.A, Hassan dan Hussin. Mereka adalah orang-orang yang disebut sebagai Ahlul Bait dalam Al-Quran kerana terpilih sebagai orang-orang yang disucikan oleh Allah dari salah dan dosa melalui Peristiwa Al-Kisa. Ia dijelaskan berdasarkan sebuah hadis sahih yang mana Aisyah menjelaskan bahawa pada suatu pagi, Rasulullah SAW keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang diperbuat daripada bulu domba. Kemudian, Hassan datang lalu Rasulllulah SAW menempatkannya di bawah Kisa tersebut. Kemudian, Hussain pula datang dan masuk ke dalam kisa itu juga. Selepas itu, Fatimah juga ditempatkan oleh Rasullulah di bawah kisa tersebut. Kemudian, Ali R..A datang dan Rasulullah mengajaknya ke bawah kisa dan berkata “Sesungguhnya, Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersihnya”(Surah Al-Ahzab: ayat 33). Berdasarkan surah yang sama pada ayat 32-33, terdapat juga pendapat yang merujuk para isteri Nabi Muhammad SAW juga merupakan Ahlul Bait. Syiah mengaku sebagai pencinta Ahlul Bait, hakikatnya kata-kata dan ucapan mereka berlainan daripada apa yang sepatutnya. Mereka berani menghina Rasulullah SAW dan isteriisteri baginda. Seorang pelampau Syiah, Yasir Habib juga pernah mengadakan majlis sambutan maraikan Saiyyidah Aisyah R.A yang dikatakan berada di dalam neraka dan melaknatnya sebagai “penghulu ahli neraka”. Majlis yang diadakan di Kota London itu dihadiri puluhan pelampau Syiah yang melaknat isteri Rasulullah SAW tersebut sepanjang majlis. Menguatkan
kesimpulan
Ketua
Majlis
Tarjih
Pimpinan
Cabang
Istimewa
Muhammadiyah Mesir tahun 2007-2009, mereka mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan Syiah menghina isteri dan sahabat Nabi Muhammad SAW. Pertama, Syiah menuduh Aisyah dan Hafsah telah meracuni baginda sedangkan ia merupakan kedustaan 23
yang sangat jelas apabila Syiah mendakwa orang yang mengetahui hal ehwal Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah R.A, arif tentang keistimewaan mereka, pasti akan mengatakan perkara meracuni baginda ini benar. Kaum Syiah juga menuduh Ummul Mukminin, Aisyah R.A benar-benar melakukan perkara sumbang seperti yang dikatakan oleh orang-orang munafik dan menganggap bahawa Allah belum membebaskannya dari tuduhan zina. Melalui tafsir yang dipegang oleh kaum Muslimin sepanjang zaman, terdapat ayat mengenai pembebasan Aisyah dari segala tuduhan palsu. Perkara ini membuktikan bahawa Syiah memang benar-benar berbeza dengan Islam yang dianuti oleh kaum Muslimin. Namun, Ali al-‘Amili al-Bayadhi dalam al-Shirath al-Mustaqim Ila Mustahiqai alTaqdim mempercayai penyucian itu adalah bagi Nabi Muhammad SAW dari perbuatan zina, bukan untuk Aisyah sebagaimana yang disepakati oleh Musaffirin. Namun, Allah memperjelaskan keadaan yang sebenar dalam surah An-Nuur ayat 26 yang membawa maksud perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya pula. Perkara ini merupakan bukti nyata penghinaan kaum Syiah terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin Aisyah dan Hafsah R.A. Secara tidak langsung, Syiah juga menuduh Nabi Muhammad SAW adalah orang yang tidak mengetahui orang-orang yang buruk disekitarnya sehingga baginda menjadikan mereka sebagai mertua, isteri dan menantu. Apa yang menyedihkan, Syiah turut menuduh puteri Rasulullah, Fatimah meninggal dunia dalam keadaan dendam pada Saiyidina Abu Bakar R.A kerana persoalan tanah Fadak yang merupakan warisannya tetapi dikelola oleh khalifah Islam pertama itu. Persoalannya, layakkah Fatimah R.A mendapat gelaran sebagai ‘Sayyidatul Nisa Ahlil Jannah’ itu mempunyai sifat dendam terhadap orang lain, terutamanya kepada orang sangat berjasa kepada ayahnya. Kita juga sudah maklum, Siti Fatimah R.A adalah puteri Rasulullah SAW yang telah mendapat pendidikan langsung dari baginda sehingga tidak diragukan lagi bahawa Siti Fatimah R.A telah mewarisi akhlak mulia ayahnya. Apa yang kaum Syiah tuduhkan terhadap Fatimah R.A merupakan fitnah yang sangat besar kerana sememangnya bertentangan dengan sifatnya yang lemah lembut dan pemaaf serta penuh kasih sayang terhadap sesama muslim. 24
3.4)
Isu Pembelajaran 4: Bagaimanakah Fahaman Syiah Boleh Dianggap Memberi Ancaman Kepada Ummah?
Kebanyakan orang Islam pada hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada ajaran Syiah ini kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengena dengan ajaran islam yang suci. Pengikut puak Syiah ini memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri daripada para sahabat, tabi’in, tabii at-tab’in yang telah begitu banyak menabur jasa kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam denga penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi hingga ke hari ini. Menyentuh tentang bahaya syiah kepada ummah, sememangnya pengamalan amalan syiah telah memberikan banyak impak yang buruk terutamanya kepada ummah. Salah satunya adalah akan membawa kepada perpecahan ummah. Hal ini kerana menurut fahaman syiah, mereka menganggap golongan ahli sunnah wal jamaah yng berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dasyat kekufurannya daripada iblis. Hal ini telah dikemukan oleh Syeikh Mufid bahawsanya “ golongan imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir”. Selain itu juga mereka turut menganggap bahawasanya ahli sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam adalah anak zina. Perkara yang lebih menghinakan terhadap umat Islam adalah mereka bahawasanya ahli sunnah lebih hina daripada anjing di sisi mereka. Perpecahan ummah juga berlaku apabila anggapan terhadap ahli Sunnah mengenai harta. Bagi puak Syiah, harta ahli SUnnah adalah halal, boleh dicuri, dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada hart ahli Sunnah yang dirampas itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui riwayat daripada Abi Abdillah yang berbunyi “ambillah harta Nasyibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada ahrtayang berbunyi “ambillah harta Nasyibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami”. Golongan syiah juga menganggap ahli sunnah sebagai najis dan mereka juga mendakwabahawa sembelihan ahli sunnah tidak halal. Oleh itu, inilah antara natijah kedatangan syiah ke dalam masyarakat Islam.
25
Selain daripada akan memecahbelahkan ummah, fahaman syiah ini juga boleh menjejaskan ummah kerana mereka mempercayai perkara-perkara bida’ah, kurafat, tahyul serta
mengamalkannya.
Golongan
ini
menganggap
Kufah
adalah
tanah
haram.
Bersembahyang dan membuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar. Mereka meriwayatkan dari Abi Absdiallah A.S bahawa beliau berkata “ sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah Muhammad dan Kufah adalah Tanah Haram Ali A.S. sesungguhnya Ali S.A menharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah”. Bagi puak Syiah, mereka juga sangat mengagungkan tanah karbala yang dikatakan sanagt suci. Mereka menganggap tanah tersebut sebagai penawar yang boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit. Tambahan pula, puak Syiah ini juga turut merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan menganggap sunat mandi pada hari tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui apa yang telah diperkatakan oleh Khomeini iaitu “di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu ialah mandi dua hari raya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz. Mereka turut mengadakan hari perkabungan keana kesyahidan Sayyidina Hussain di Karbala pada 10 hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran. Pembawaan ajaran Syiah ini juga turut memberikan impak negatif yang sangat hebat iaitu akan mewujudkan sifat keganasan dalam kalangan ummah. Syiah menganggap orangorang Islam dari kalangan ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Diriwayatkan dari Daud b. Farqad katanya: “Aku berkata kepada Abi Abdillah A.S. apa katamu tentang membunuh Nasyibi? Beliau berkata: “halal darahanya tapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah. Sifat Imam Mahadi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan ahli Sunnah. Mereka mengatakan apabila munculnya Imam Mahdi nanti, orangorang Syiah akan menghadapkan setiap Nasyibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam itu walayah, maka ia dibebaskan. Jika tidak ia akan dipenggal lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. Imam Mahdi yang diantikan 26
kemunculannya itu mengikut kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram. Syeikh Mufid menyebutnya bahawa: “ apabila Imam Mahdi muncul dia akan merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudia menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya: “mereka inilah pencuri Kaabah”. Pertubuhan Syiah juga telah memberi impak terhadap imej baik Islam. Pembawaan fahaman Syiah telah merosakkan dan memusnahkan imej Islam. Islam yang suci dengan ajaran Tauhidnya akan tercemar dengna kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama sau golongan dari islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini. Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharam yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharam dan kemuncaknya pada 10 Muharam itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upaca-upacara keugamaan seperti Hindu Thaipusam dan kawadi atau upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang Jakun di Afrika. Setiap daripada kita umat Islam merasa sedih atas kesyahidan Sayyidina Umar di tangan Abu lu’luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sangat mengagungkan kejadian tersebut sehingga mereka merayakan hari berlakunya tragedy pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka telah gelarkan Abu Lu’luah sebagai Baba Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya. Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi. Selain itu, ajaran syiah juga telah menyebabkan hilangya keyakinan kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana pembawa-pembawa yang sudah dianggap perosak, pengkhianat dan perampas hak Ali dan ahlul Bait selain dari orang yang bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadithhadith. Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat. 4.0)
KESIMPULAN
27
Secara kesimpulannya, perbincangan ini merumuskan bahawa fahaman yang menjadi anutan golongan Syiah secara jelas telah bercanggah dengan akidah Islam yang sebenar iaitu bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Wal Jamaah kerana ianya meliputi penyelewengan dari sudut akidah, syariat dan umum. Ia bukan sahaja merosakkan akhlak ummah dan menyalahi ijma’ para ulama, tetapi ianya turut lebih parah apabila ia telah menyongsangkan nas-nas yang telah ditanzilkan oleh Allah s.w.t sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulama kepada umat manusia. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih kuat dalam mendepani cabaran gerakan ini dengan berkesan melainkan umat Islam perlu kembali berpegang teguh dengan ilmu akidah yang sahih warisan Nabi s.a.w dan para sahabat r.a.Keazaman untuk berpegang teguh kepada akidah Islam sebenar haruslah seperti keazaman Nabi Ibrahim A.S iaitu yang disebutkan dalam Surah Al-Mutahanah, ayat 4 iaitu : ‘’…Sesungguhnya kami berlepas diri daripada apa yang kamu sembah selain Allah. Kami engkari (Kekufuanmu) dan telah nyata antara kami dan permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata…’’ Oleh itu, dalam mendepangi gerakan Syiah ini juga, pastinya umat Islam wajib mempertahankan kesucian ajaran Islam yang sebenar daripada terus dinodai oleh anasiranasir golongan tersebut, selain turut perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas demi memastikan dakyah gerakan ini dapat dibendung daripada ia terus disebarkan secara zahir ataupun tersembunyi dalam iklim dan komuniti muslim.
5.0)
REFLEKSI 28
Sepanjang proses menyiapakn tugasan yang diberikan, terdapat beberapa refleksi yang dapat dikemukakan. Dari segi kekuatan, kami mempunyai ahli kumpulan yang begitu komited dalam menyiapkan tugasan. Kami telah dibahagikan bahagian masing-masing oleh ketua kumpulan dan setaip ahli kumpulan telah menyumbangkan tenaga dan idea masing-masing dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga saling bantu-membantu antara satu sama lain terutama sekali dalam mencari bahan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan isu syiah ini. Selain itu, tempoh masa yang diperuntukkan oleh pensyarah juga mencukupi kerana tugasan ini telah dimaklumkan kepada kami lebih awal. Oleh itu, kami mempunyai masa yang cukup untuk melakukan gerak kerja dengan lebih tersusun. Selain itu juga, kami mendapati sumber bahan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan syiah agak senang untuk didapati terutama sekali bahan bacaan oleh kerana isu ini merupakan satu isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat. Dari segi kelemahan pula, kami tidak mempunyai ruang masa yang sama antara satu sama lain. Oleh itu perjumpaan antara ahli kumpulan agak terbatas kerana kekangan masa antara satu sama lain. Namun demikian itu bukanlah bermaksud kami tidak membuat sebarang perjumpaan untuk perbincangan, tetapi kami hanya melakuakn beberapa kali perjumapaan dan kami mengambil inisiatif dengan berbincang melalui kemudahan laman sosial. Dari segi peluang pula, kami mempunyai banyak peluang terutamanya dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam bab syiah ini. Setelah kami membuat banyak kajian terhadap isu ini, kami mendapat lebih kefahaman terhadap isu syiah yang menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Bagi penambahbaikan di masa akan datang, kami akan lebih teliti dari segi pembahagian tugasan dan juga dari sudut perbincangan dengan ahli kumpulan. Kami akan membuat perancangan awal berkenaan dengan tugasan masing-masing dan juga jadual perjumpaan untuk mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan. Selain itu juga, kami akan mengambil inisiatif untuk mengadakan temubual dengan pihak yang lebih arif berkaitan dengan isu yang diberikan seperti pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam di mana-mana negeri dan banyak lagi.
LAMPIRAN 29
Mendapatkan bahan bacaan di pepustakaan Tuanku Bainun Upsi
Antara bahan bacaan yang kami perolehi
RUJUKAN 30
Beberapa tulisan Jalaluddin Rakhmat mengkafirkan sahabat Nabi SAW (2012). Diperoleh pada Disember 5, 2013 daripada http://www.voa-islam.com/read/liberalism/2011/12/30/17248/dusta-syiahDr. Ihsan Ilahi Dhahir (2002). Virus Syiah: Sejarah Alienisme Sekte. Jakarta: Darul Falah, Penerbit Buku Islam Kaffah. Dokumenter
Bahaya
Syiah.
Diperoleh
pada
November
29
daripada
http://www.youtube.com/watch?v=bOalHanQJ2g. H.Salahuddin Abdullah (1994). Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah). Selangor : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan Harian Metro. Penyelewengan Akidah Syiah. 17 Disember 2010. Ihsan Ilahi Dhahir (2002). Virus Syiah : Sejarah Alienisme Sekte. Jakarta : Darul Falah. Jabatan Agama Islam Selangor (2011). Sejarah Perkembangan Syiah dan Perkaitannya dengan Ahli Bait. Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan JAIS Jabatan Agama Islam Selangor (2011). Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahagian Penyelidikan Dan pembangunan JAIS Jabatan Agama Negeri Selangor (2000). Himpunan Ajaran, Amalan, dan Fahaman yang Telah Diwartakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh. Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan JAIS Lutpi Ibrahim. 1993. Minhaj Kebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cet. I. al-Wahdah Publication. Muhammad Abu Zuhrah (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi, hlm. 32. Munif Munzir. Revolusi Iran Cetus Perkembangan Syiah. Berita Harian bertarikh 28 Mei 2011 Syeikh Abdullah bin Muhammad (Terjemahan oleh Abu Salman). Menyingkap Kesesatan Akidah Syiah. Dipetik daripada laman web http://www.islamhouse.com/370711/id/id/books/Menyingkap_Kesesatan_Aqidah_Syi ah pada 22 November 2013 Syeikh Al-Alamah Dr. Husain Al- Musawi (2008). Kenapa Aku Meninggalkan Syiah? (Terjemahan). Kedah: Al-Muttaqin Media Ustadz DR. Ali Musri Semjan Putra. Pesta Duka Di Hari ‘Asyura. Artikel bertarikh 17 November
2013.
Dipetik
daripada
laman
http://faktasyiah.wordpress.com/2013/11/17/pesta-duka-di-hari-asyura/
web pada
November 22, 2013 31
Ustaz Abu Minhal (2011). Taqiyah, Topeng Kemunafikan Kaum Syi'ah. Dipetik daripada laman Web http://almanhaj.or.id/content/3115/slash/0/taqiyah-topeng-kemunafikankaum-syiah/ pada Disember 6, 2013
32
33