1.
PENGENALAN Ajaran menurut bahasa bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk,
teori, mazhab atau hukuman (Kamus Dewan 2007: 20). Sesat menurut bahasa bermaksud tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru atau menyimpang dari jalan yang benar (Kamus Dewan 2007: 1478). Kombinasi perkataan “ajaran sesat” menurut Kamus Dewan bermaksud ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam (Kamus Dewan 2007). Menurut Panel Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (JAKIM 2010: 3), ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran Islam tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Berdasarkan pada beberapa definisi yang dikemukakan dan bersesuaian dengan situasi di Malaysia dengan ketentuan tertentu dari sudut kepercayaan, pengamalan dan pengabdian di negara ini, maka ajaran sesat didefinisikan sebagai sebarang ajaran yang didukung oleh orang Islam atau bukan Islam dengan dakwaan bahawa ajaran tersebut adalah berlandaskan ajaran Islam. Sedangkan pada hakikatnya ajaran tersebut bertentangan dengan sumber utama Islam iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak dan qias serta bercanggah dengan pegangan atau pandangan ASWJ dari sudut akidah, syariat dan akhlak.
2.
QADIANI
Ajaran Qadiani berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Bapa beliau bernama Mirza Ghulam Murtadha sementara ibunya Chiragh Bibi. Mirza Ghulam Murthada disifatkan sebagai berketurunan Parsi berasal dari Samarkand sebelum berhijrah ke India dan menetap di Qadian.Setelah menetap di India, Mirza Ghulam Murthada berjaya menjawat kedudukan penting dalam sistem pentadbiran British di India dan menjadi penyokong kuat pihak British. Mirza Ghulam Ahmad dikatakan dilahirkan pada 13 Februari 1835. Beliau menerima pendidikan awal dalam bidang keagamaan dari guru-guru agama yang datang mengajar di rumahnya. Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai al-Masih dan kemudiannya sebagai Nabi pada1901. Tindakan ini telah dikecam hebat oleh masyarakat Islam di India hingga menyebabkan berlakunya peristiwa mubahalah yakni perakuan bersumpah bagimenentukan siapa yang benar dan salah antara Mirza Ghulam Ahmad dan Maulana Sanaullah Amritsari. pendapat yang mengatakan bahawa pertapakan ajaran Qadiani di Malaysia bermula pada 1
1906 melalui Sher Muhammad Khairuddin, seorang anggota polis dari India yang bertugas di Selangor. CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN QADIANI
1.Menganggap pemimpinnya adalah nabi pada 1904, Mirza juga disebutkan pernah mengakui sebagai Nabi Isa bagi penganut Kristian dan Krishna kepada penganut Hindu.16 Memetik ungkapan majalahSinar Islam keluaran November 1985, Mirza Ghulam Ahmad disebutkan sebagai,“…Aku Adam, aku Seth, aku Nuh, aku Ibrahim, aku Ishaq, aku Ismail, aku Ya’qub, aku Yusuf, aku Musa, aku Daud, aku Isa, dan aku adalah penjelmaan sempurna dari Nabi Muhammad saw” 2. Menghapuskan jihad Mirza menyebutkan Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat beliau, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad.Beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk mengiyakan Kerajaan British dan menentang jihad. Pembentukan ajaran ini yang secara langsung akan memudahkan British menguasai Islam.
3. Mengishtiharkan Qadian sebagai tempat menunaikan haji Kalangan Ahmadiyah percaya bahawa“Menunaikan Haji di Mekah tanpa melakukan Haji di Qadian adalah Haji yang kering dan kosong kerana menunaikan Haji di Mekah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardunya” 4. Menghukum kafir selain pengikut Qadian Khalifah Kedua, Mahmood Ahmad menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad merupakan kalangan kafir.
3.
TAREKAT NAQSYABANDIYYAH KHALIDIYYAH
Tarekat Naqsyabandi diasaskan oleh Muhammad bin Baha al-Din al-Bukhara yang lebih dikenali dengan Baha al-Din Muhammad bin Muhammad al-Husaini al-Hasani al-Uawaysi alBukhara iaitu dengan panggilan Syah Naqsyaband (al-Kurdi 1368: 515). Kalimah Naqsyabandi berasal dari Parsi yang menggabungkan dua perkataan Naqsy (lukisan) dan Band (ikatan) (al-Kurdi 1368: 539). Syah bermaksud pemimpin kerohanian ianya 2
dinisbahkan pada beliau kerana jasa- jasa beliau dalam mendidik anak muridnya dalam ilmu kerohanian (Houtsma et. al. 1987: 841). Bermula dari Naqsyabandiyyah Khalidiyyah inilah berterusannya ajaran Naqsyabandiyyah serta reformasi-reformasi serta beberapa pembaharuan yang berlaku dan ianya merupakan perkembangan terakhir dalam Naqsyabandiyyah. Kerana itu Syeikh Khalid terus dihubungkan dengan Tarekat Naqsyabandiyyah sehingga tarekat tersebut lebih dikenali dengan Naqsyabandiyyah Khalidiyyah. Menurut pandangan Hooker, beliau berpendapat bahawa Yang Di Pertuan Muda Raja Ali merupakan murid kepada Syeikh Ismail alMinangkabawi yang mendidik Raja Ali sehingga mampu membimbing tarekat Naqsyabandi serta layak di anugerahkan dengan gelaran Syeikh Murshid dalam tarekat ini (Ahmad Fauzi Basri 1991: 614).
Di Malaysia, amalan talqin dan baiah dalam Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dilakukan oleh syeikh sendiri dan dibantu oleh khalifah mereka. Tatacara penerimaan bai8ah perlu melalui beberapa prosedur iaitu (Mustafa Kamil 2000: 204-205): •Murid pada mulanya sekali diminta mandi taubat dan mengambil wudhu’ •Solat sunat Taubat dua rakaat dengan niat bertaubat dari segala dosa-dosa. Selepas solat murid dikehendaki mengingati dalam hati bahawa dia banyak dosa dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. •Setelah itu murid datang ke hadapan syeikh dalam keadaan duduk tawarruk terbalik dengan melipatkan kaki ke sebelah kiri lalu mengucapkan salam pada syeikh. •Syeikh akan meminta murid memandang atau bertawajjuh kepada hati secara khayalan. •Syeikh akan mengajarkan atau mentalqinkan kepada murid dengan zikir Ism al-Zat(B) pada hati sebanyak lima ribu kali sehari semalam. CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN TAREKAT NAQSYABANDIYYAH KHALIDIYYAH
1. Kekuatan wali. Yang di Pertua gabenor Mekah mengarahkan wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. 2. Mengagungkan kubur Berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur 3. Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah serta menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb 3
4.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN AJARAN SESAT
Ajaran sesat tidak akan dapat bertapak, berkembang dan tersebar tanpa adanya sebarang sebab atau faktor yang mendorong munculnya ajaran tersebut. Antara faktor-faktor penyebaran ajaran sesat sebagaimana yang digariskan oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007) ialah kelemahan dalam peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan Islam, kelemahan menangani unsur negatif media massa, kelemahan menjauhkan pengaruh budaya barat dalam kehidupan dan kelemahan membasmi kepercayaan purba dan adat istiadat yang menyalahi Islam dalam kehidupan.
4.1 Kelemahan Dalam Peruntukan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Kelemahan dalam peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang adalah faktor utama ajaran sesat dapat bertapak di negara ini. Antara penyebabnya ialah Mahkamah Syariah di Malaysia tidak diberi kuasa secara meluas dalam menjatuhkan hukuman. Ini kerana Mahkamah Syariah hanya dibatasi terhadap perkara-perkara atau kesalahan-kesalahan yang tidak disebut dalam senarai Mahkamah Persekutuan dan sekadar kuasa yang diberi Undang-undang Persekutuan. Di sini jelas bahawa kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad dan dikawal oleh perlembagaan.
4.2 Kelemahan Sistem Pendidikan Islam Pendidikan Islam amat penting yang dapat menjaga kefahaman dan pengamalan Islam seseorang. Dengan pengajaran ilmu Islam yang baik maka penganut Islam itu dapat hidup dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang baik. Di negara ini, sistem pendidikan
Islam diberikan tempat dalam kurikulum pengajian kebangsaan
dan lebih bersifat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama Islam dan bukan terhadap ajaran Islam itu sendiri. Ini dilihat dari sudut agama Islam itu tidak diajarkan secara total dengan meliputi aspek akidah, syariat dan akhlak Islam.
4
4.3 Kelemahan Menjauhkan Pengaruh Budaya Barat Dalam Kehidupan. Secara sedar atau tidak bahawa telah lama wujud konspirasi ke arah penjajahan minda dan jiwa manusia seluruh dunia yang dirancang oleh musuh-musuh Islam. Segala maklumat dan berita terlebih dahulu disekat dan ditapis oleh agensi-agensi terkemuka seperti CNN, BBC, News Network, Reuters dan seumpamanya. Tujuannya hanyalah untuk menyembunyikan segala keburukan mereka dan mempamerkan segala kebaikan mereka. Inilah penjajahan yang perlu disedari oleh umat Islam agar minda dan jiwa kita tidak boleh diperkotak-katikkan seterusnya tunduk serta memperakui segala tindakan mereka yang tidak bertamadun. Bahkan ia cuba diperelok dan diperindah atas dakwaan “Kebebasan” dan “Hak Asasi Manusia. 5. LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH 5.1 Mendalami Ilmu agama dengan lebih mendalam. bagi seorang yang beragama islam dalam mengenal, mengetahui dan membanteras ajaran sesat dan menyeleweng adalah bermula dengan proses menuntut ilmu. Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa ilmu adalah cahaya, penyuluh dan penyelamat. Begitu juga antara bentuk ibadah yang paling utama dan ketaatan yang paling agung yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan menuntut ilmu terutama ilmuilmu syarak atau ilmu-ilmu berkaitan kepercayaan dan pengamalan Islam. Ilmu syarak yang dimaksudkan adalah ilmu-ilmu yang membahaskan isi kandungan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Sebahagian ulama ada menyebutkan bahawa keperluan manusia pada pengetahuan ilmu syarak lebih besar dan utama berbanding keperluan mereka terhadap makanan dan minuman. Rasulullah s.a.w bersabda: ِّ َّّلِلِّ و ِّلكِّتابِّ ِّه ول َِّرسو ِّل ِّه وألَئِّ َّم ِّة ال ُم ْسلِّمِّ ينَ وعا َّمتِّ ِّه ْم:َ ِّل َم ْن؟ قال: قُ ْلنا.ُصي َحة ِّ ِّ َّالدينُ الن. Maksudnya: “Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Baginda SAW bersabda: Bagi Allah, bagi KitabNya, Bagi RasulNya dan bagi para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang awam mereka.” (Riwayat Muslim) 5.2 Keutuhan pengetahuan agama dalam institusi kekeluargaan. Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Boleh dikatakan semuanya bermula dari rumah atau keluarga. Sesungguhnya karakter, perwatakan, peribadi dan pemikiran seseorang itu terbentuk melalui rumah dan keluarganya. Ibu bapalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. 5
Merekalah yang bertanggungjawab mendidik dan menyemai akidah, syariat dan akhlak Islam dalam diri setiap anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan erti kehidupan. Merekalah yang bertanggungjawab memandu anak-anak untuk berjaya dan cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Justeru, peranan ibu bapa amatlah besar dan signifikan. Ibu bapa adalah pembina utama setiap individu dalam masyarakat atau dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa adalah sebahagian pembina utama umat Islam. Rasulullah SAW ada menyebutkan peranan ibu bapa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA bahawa Baginda bersabda: Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua ibu bapanyalah
yang
membuatkannya
menjadi
Yahudi,
Kristian
atau
Majusi.
Sebagaimana ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah mendapatkan hidung, telinga dan angota-anggota lainnya cacat terpotong?”
5.3 Pembanterasan dari akar umbi oleh institusi Agama. Sesungguhnya institusi agama sangat berperanan dalam membasmi ajaran sesat. Di Malaysia, seluruh negeri mempunyai Jabatan Agama Negeri. Bahkan institusi agama negeri tersebut dinaungi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sayidina Ali RA menyatakan: " ومن أرادهما معا ً فعليه بالعلم، ومن أراد اآلخرة فعليه بالعلم،"من أراد الدنيا فعليه بالعلم Maksudnya: “Sesiapa yang inginkan (kejayaan) dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan (kejayaan) akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan (kejayaan) dunia dan akhirat maka maka hendaklah dia berilmu.”
8. KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama islam kita seharusnya mendalami dan juga mengenali ajaran islam yang sebenarnya tanpa lari daripada pegangan alhli sunnah wal jamaah. Dimana dengan adanya sumber rujukan ini dapatlah kita tahu akan serba sedikit berkaitan ajaran sesat yang giat tersebar di negara kita ini. Maka, sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam sesungguhnya segala amalannya akan
6
menjadi sia-sia di akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang-orangyang rugi. Firman Allah s.w.t: َ َو َمن يَ ْبت َِّغ َاإل ْسالَ ِّم دِّينا ً فَلَن يُ ْقبَ َل مِّ ْنهُ َوه َُو فِّي اآلخِّ َرةِّ مِّ نَ ْالخَاس ِِّّرين ِّ غي َْر Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran; 3 : 85) Agama Islam juga telah lengkap dan tidak ada lagi syariat yang disembunyikan atau wahyu yang akan diturunkan lagi serta tidak perlu kepada penambahan amal ibadat yang tidak bersandarkan syariat islam yang sebenar. Firman Allah swt: ً اإل ْسالَ َم دِّينا ِّ علَ ْي ُك ْم ِّن ْع َمتِّي َو َر َ ُْاليَ ْو َم أ َ ْك َم ْلتُ لَ ُك ْم دِّينَ ُك ْم َوأَتْ َم ْمت ِّ ضيتُ لَ ُك ُم Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Dengan adanya fatwa- fatwa yang telah di keluarkan oleh majlis agama dan pejabat MUFTI negeri-negeri di seluruh Malaysia dan dalil-dali naqli daripada Al-Quran dan Hadis dapatlah kita kenal akan aktiviti dan juga perbuatan-perbuatan yang menyeleweng dan menyimpang daripad islam dan pegangan ahli sunnah wal jamaah.
7
RUJUKAN
8