Nama Pena: MOHD FAIZUL ALI AKA AJOI Email:
[email protected] http://www.mohdfaizul.com/karyaku CERPEN:Wanginya Bunga Kantan “hah, dah siap pun,” Farah gembira nasi gorengnya sudah siap. Dia pun mengambil bekas untuk disiapkannya untuk bekalan untuk orang yang tersayangnya, Hadi. Hadi adalah kekasihnya yang samasama berlajar dengannya di Universiti. Farah adalah gadis biasa yang suka memasak. Tapi menunya adalah nasi goreng. Nasi goreng ini adalah untuk Hadi. Dia memasakkannya dengan penuh kasih sayang. Cintanya kepada Hadi bukan kepalang. Dia membungkus rapi bekas yang mengandungi nasi gorengnya. Dia terus bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Hadi. Tujuannya adalah satu. Mengabiskan masa pada malam itu dengan kekasihnya di Dataran MBSA berhampiran Masjid di Shah Alam. Hadi sudah menunggu dibawah. Farah yang turun terkedek-kedek melemparkan senyumannya kapada Hadi.Hadi amat sukakan senyuman dari Farah kerana senyumannya itu terserlah lesung pipitnya yang kecil disebelah kanannya.Comel. Farah memboncengkan motorsikal Kris milik Hadi. Farah tidak kisah dia menaiki motorsikal Hadi yang sedikit kotor kerana sudah beberapa minggu tidak basuh. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Mereka bercouple memilih jejaka yang mempunyai kereta.Alasan mereka adalah kerana mereka lebih selesa dengan menaiki kereta dan tidak berasa penat. Sampai sahaja mereka disana, mereka mencari tempat yang sesuai. Ramai juga disana.Farah dan Hadi hanya duduk ditepi padang itu.Farah kemudiannya membuka bungkusan bekas nasi goreng yang dimasaknya tadi.Dia menghulurkan kepada Hadi. Suasa disitu diterangi lampu limpah yang menerangi kawasan pada disitu.Disitulah tempat lepak untuk mereka berpicnic bersama. Ramai orang yang berada disitu mengambil ketenangan pada malam hari.Beberapa couple berada disitu,juga terdapat juga yang telah berkeluarga bermain dengan anakanak mereka.Seronok Hadi melihat gelagat mereka. Hadi dan Farah makan nasi goreng tersebut.Hadi makan dengan penuh selera manakala Farah melihat gelagat Hadi itu tersenyum sendirian. Dia gembira sangat bila orang yang dikasihinya makan masakannya. “Hadi memandang kearah hotel bluewave yang berada dihadapannya. Dia mengira bilik-bilik yang cerah berpenghuni.Di situ terdapat lebih belasan bilik yang terang lalu dia berkata “Sayangku, lihat disitu ada dua belas bilik yang cerah,” katanya menunding jarinya kearah bilik tersebut.Farah mengalih pandangannya kearah hotel tersebut lalu mengangguk mengiakan apa yang diakatakan oleh Hadi itu.
“Ramai jugak yang mengawan malam ni ek,” kata Hadi selamba. Berkerut mata Farah sambil dia memandang muka Hadi yang mempunyai sebiji jerawat kecil didahinya itu.Secara spontan Farah mencubit lemak yang berisi di lengan Hadi. “Oh, Gatal eh. Ambil ni,” dipulas beberapa kali. Hadi mengerang kecil, kesakitan.Lalu dia menepis tangan Farah itu. Dia menggosok-gosok tempat yang dicubit oleh Farah itu berulang-kali. Sait benar dia rasa. “Alah, abg bergurau aje la. Tu pun tak boleh ke?” “tak boleh, otak ni penuh dengan corrosion, berkarat sungguh. Tak tahu malu,” Kata Farah merajuk. “okey lah jangan la macam tu. Abang dah makan dah nasi goreng ni habis,” kata Hadi menunjukkan bekas yang telah kosong itu.Dia cuba memujuk. Farah tersenyum kembali. Dia suka sangat melihat Hadi mengabiskan makanan yang dimasaknya itu. ************ Resepi:Nasi goreng Farah Bahan-bahan: Nasi putih, kiub pati ayam secukup rasa,bawang merah, bawang putih,beberapa butir cili yang ditumbuk,bunga kantan,telur dan sayur (boleh masukkan ikan bilis,daging dan ayam bergantung apa yang ada dalam peti sejuk) Cara penyediaannya sila ikuti apa yang Farah lakukan dibawah. Ingat:Kesedapan bergantung kepada air basuhan tangan si pemasak. Apabila semua bahan-bahan telah disediakan,Farah memanaskan kuali. Dia memasukkan sedikit minyak. Kata Farah kalau guna mentega pun boleh, sedap juga.Apa yang penting adalah experimen.Buat nasi goreng sampai jadi sedap. Apabila minyak sudah panas, Farah mengambil bawang merah dan bawang putih untuk ditumis. Apabila baunya sudah naik, Farah memasukkan cili dan kemudian dia memasukkan pati ayam secukup rasa kedalam kuali. Selepas itu, dia membiarkan seketika sambil mengacau bahanbahan yang berada dalam kuali itu. Kemudian, Farah mengambil nasi putih lalu dimasukkan didalam kuali.Digaulnya sehingga rata dan dia pun memasukkan pula bunga gantang yang dipotong halus itu. Dia menggaulkan nasi tersebut sehingga betul-betul masak dan naik baunya.Akhirnya siap juga nasi gorengnya itu. Farah mendekati kuali dan mengambil bau wangian nasi gorengnya itu. Wangian nasi goreng itu menaikan seleranya. “Pasti Hadi suka nasi goreng aku ni,” bisik Farah dalam hatinya. ****** Muka Farah merah. Dia geram kerana Hadi asyik sahaja lambat. Sejak akhir-akhir ini, perangai Hadi semakin berubah. Tapi mengapa? Itulah persoalan yang berada didalam fikirannya.
Farah berulang kali melihat jamnya ditangan. Manakala sebelah tangannya mencebet bungkusan nasi gorengnya itu. Dari jauh kelihatan Hadi datang dengan motorsikalnya. Hadi melemparkan senyumannya dari jauh. Motorsikalnya itu menghampiri Hadi.Senyuman dari Hadi itu menghilangkan kembali kemaahan Farah. Farah suka melihat Hadi tersenyum. Dia pun naik motorsikalnya lalu mereka menuju ke dataran MBSA.Diatas motorsikal, Farah memarahi Hadi lalu dia bertanya “kenapa lambat sangat ni, dah lama sayang tungu tau?” “Alah, tadi mandi dulu, pastu siap-siap. Nape ni asyik marah-marah sahaja ni. Tak suka la,” kata Hadi sambil memulas minyak motorsikalnya itu. “Ye la asyik lambat je. Tadi buat ape hah. Ehm mesti asyik dengan internet dia tu je pastu lupa plak kat kita ni.Dia ni kita cepuk dia karang baru tau,” “Ala dia ni asyik nak marah-marah jer, kenapa?” “Selalu lambat,ehm,” bibir Farah mungcung masam mencuka.Dia kemudian diam diatas motorsikal manakala Hadi turut dia tetapi kadang-kadang ada juga lagu yang dia nyanyikan atas motorsikal itu. Memang menjadi tabiat dia apabila membawa Farah diatas motorsikal itu, dia akan menyanyi lagu-lagu yang entah siapa penciptanya bersandarkan lirik yang wajib ada adalah nama Farah itu. Seperti penggubah lagu jika dia bersama dengan Farah. Hadi Sebenarnya agak pendiam tetapi apabila bersama dengan Farah, dia menjadi riang. Mungkin kerana Farah adalah orang yang sangat dia cintai dan sayangi, dia tidak segan berbuat apa-apa dengan Farah. Mulutnya menjadi becok dan kadang-kadang Farah berasa tidak tahan melayan kerenah dari Hadi itu. ******* Hadi melihat jam ditangan. Dia sudah terlewat 10 minit. “Pasti Farah marah lagi ni,” Dia terpaksa logout akaun ebaynya walaupun ada order yang perlu dibuat. Antara ebay dan cinta mana lebih penting? Sudah tentulah si dia. Hadi mencapai seluar jean Lee yang tergantung di dalam biliknya. Kemudian dia terus menyarung seluar tersebut. Dalam kekalutan itu, dia mengambil gel rambutnya. Rambut Hadi adalah ikal mayang. Jika dia menggayakan dengan gel itu persis P Ramlee walaupun dulu pernah ada orang kata mukanya mirip Nash yang popular dengan lagu Pada surga diwajahmu.Dia meneleng kekanan dan kekiri melihatkan gaya rambutnya itu. “Saya juga,” kata Hadi ketawa kecil sendirian.Kemudian dia mencari kunci motorsikalnya.Hadi menggaru-garu kepala. “Mana pulak kuncinya. Dia menoleh jam tangannya.Dia sudah terlewat 15 minit. “Aarrrgggghhhh,” Mundar-mandir dia depan, belakang,kiri dan kanan mencari kunci motorsikalnya.Rupa-rupanya tertindih dibalik batal peluknya. Cepat-cepat dia meluru keluar dan menghidupkan enjin motorsikal.baru dia hendak bergerak, dia baru tersedar helmetnya tertinggal pulak.Dia bingkas bangun membuka pintu dan
mengambil helmetnya, terus mencapai motorsikal dan meluncur laju.Lampu hijau dihadapan, cepatcepat dia memerah minyak motorsikal namun dia tidak sempat melepasi simpang tersebut lalu dia berhenti digarisan trafik light itu. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak menghirau jam ditangannya kerana sememangnya sudah terlambat. Manakala telefon bimbitnya sudah beberapa kali berbunyi tetapi tidak diangkatnya. “Ehm Cik Farah, tunggu sat.Jap je dah dekat ni,” kata Hadi dalam hati.Matanya meliar melihat sekeliling.Disebelah kirinya adalah pintu kedua UiTM.Kenderaan keluar dari situ berpusu-pusu. Selepas beberapa saat, kenderaan dari arah kanan pula masuk kedalam UiTM.Hadi menunggu dengan sabar. selepas lampu hijau kembali, Hadi memecut laju dan terus ke rumah Farah.Dari jauh dia nampak Farah sedang duduk menunggu.Muka dia masam seperti cuka.Untuk mengelakkan keadaan lebih keruh, Hadi dari jauh lagi membuat muka tidak malunya itu dengan menguntumkan senyuman dengan harapan dapat meredakan kemarahan Farah.Farah masih lagi marah. Dia bangun dan terkedek-kedek pergi kearah Hadi sambil membawa bungkusan nasi gorengnya itu. “Sorry,sorry sangat-sangat,” kata Hadi merayu jangan marah kepadanya.Sempat dia mengenyit mata beberapa kali dan memungcungkan mulutnya kembang kuncup kepada Farah. Farah yang merajuk itu kembali tersenyum kerana dek kelakuan Hadi itu.Dia ketawa kecil sambil tangannya mencubit lengan Hadi.tetapi Hadi menyambutnya dengan ketawa besar.Farah melihat sekeliling. Nasib baik tiada orang katanya. “eh, dia ni malulah kalau orang lain tengok,” kata Hadi selamba. Benarlah kata orang, seburuk mana pun kekasih hati kita,kita tetap sayang dan menerima seadanya.Farah meletakkan bungkusan bekalnya itu kedalam raga motorsikal itu dan mereka terus menuju ketempat biasa iaitu di Dataran MBSA. ****** Hadi mengusap-ngusap perutnya kerana kenyang. Nasi goreng Farah itu sedap sekali. Berat Hadi barubaru ini naik sehingga 70 kg lebih manakala Farah pula tidak mengalah,berat badannya sudah mencecah 60kg.Semakin membulat mereka berdua.Tetapi mereka tidak memperduli sangat keadaan itu walaupun kadang-kadang ada kerisauan dihati mereka. Mungkin hati mereka gembira. Pelbagai perkara yang ditempuh oleh mereka. Bermacam-macam peristiwa,manis dan pahit namun semua itu tidak sama kali mengubah cinta mereka.Hadi sukakan Farah bukan kerana fizikalnya tetapi pada hati budinya manakala Farah pun begitu juga.Masakan mereka boleh bertahan sampai sekarang. Ada bunga kantan yang terselit dalam celah giginya. Sebenarnya oleh kerana tidak menjaga dengan betul gigi itu, akibatnya sebatang gigi garham Hadi berlubang. Jika dia makan pasti ada makanan yang terlekat dicelah gigi yang berlubang itu. Farah sedar tentang giginya itu tapi dia terima seadanya walaupun kadang-kadang waktu pagi mereka pergi sarapan bersama,Farah terlihat dicelah gigi Hadi ada seperti mentega kecil yang masih melakat di giginya(kadang-kadang Hadi tidak mandi pagi sama macam Farah 2x5). Mengikut ramalan Farah, gigi Hadi itu mungkin bertahan sehingga umur 35tahun.Selepas itu
Hadi kena pakai gigi palsu.Apa pun dia tidak kisah itu semua. Dia tidak seperti orang lain mencari cinta seperti pemburu cinta. Apabila mendapat hasil buruannya dia akan membiarkan apabila sudah mendapatnya dan kemudian memcari buruan yang lain. ***** Farah mengcekak pinggangnya.Basah ketiak Farah yang sedang sibuk memasak didapur lalu ditarik lengan bajunya keatas.Dia bersungguh memasak nasi goreng itu dengan penuh kasih sayang. Dia melakukannya dengan ikhlas. Jika tidak begitu,sudah lama dia meninggalkan Hadi yang masih lagi menganggur dan mencari orang kaya yang boleh menyenangkan dia kemudian hari.Tetapi Farah masih lagi belajar. Dengan keadaan Hadi yang masih belum bekerja dan dia masih lagi berlajar, maka dia terpaksa memasak bagi menjimatkan kos. Farah mencium haruman masakannya.Dia teringat dia kembali apabila dia bertanya kepada Hadi, kenapa Hadi sangat suka nasi gorengnya? “Saya suka nasi goreng ini sebab ada bunga kantan ni,” Jawab Hadi sambil menghulurkan sisa bunga kantan yang terlekat dicelah giginya kepada Farah.