VARIASI IMBANGAN AIR
1. Edaran air dunia adalah berasaskan daripada punca utama iaitu matahari. Cahaya matahari yang memanaskan permukaan lautan, daratan mengakibatkan berlakunya proses sejatan dan sejat peluhan. 2. Air yang tersejat akan membentuk awan-awan dan akan terus mengalami proses perluwapan yang menghasilkan kerpasan. 3. Kerpasan yang turun dalam pelbagai bentuk akan turun dalam lautan dan daratan. 4. Air yang turun di daratan akan mengalami proses tranpirasi oleh tumbuh- tumbuhan , proses serapan ke dalam tanah ( sebagai aliran air dalam tanah ) dan lebihannya akan mengalir masuk ke dalam alur-alur, sungai dan masuk kembali ke lautan ( sebagai aliran air permukaan ). Akhirnya semua air ini akan kembali ke lautan bagi melengkapkan imbangan air dunia. 5. Keseimbangan ini wujud di mana jumlah air yang tersejat sama dengan jumlah air yang dibekalkan melalui kerpasan. 6. Konsep Imbangan Air Dunia mengikut Purata Hujan Tahunan oleh MORE. 7. More menganggapkan purata hujan tahunan dunia sebagai 100 unit dimana 84 unit disumbang melalui sejatan dari lautan 16 unit melalui sejatan dan sejat peluhan di daratan. 8. Kerpasan yang turun pula sebanyak 77 unit di lautan, 23 unit di daratan. 9. Kerpasan yang turun didaratan pula sebanyak 7 unit akan kembali kelautan sebagai air larian permukaan, manakala dalam proses sejatan sebanyak 7 unit wap air dibawa oleh angin sebagai aliran lintang dan turun sebagai hujan di darat. 10. Edaran Hidrologi ini berada dalam kekeimbangan yang sempurna.
Variasi Imbangan Air Mengikut Ruang Dan Masa
Faktor Perbezaan Imbangan Air.
a. MASA I. Bergantung kepada faktor musiman – ekuinoks musim bunga atau luruh, Solstis musim panas atau musim sejuk. Wap air bagi sebarang garis lintang begitu tinggi pada musim panas ( bulan julai) di hemisfera utara. Daripada musim sejuk (bulan januari) – kerpasan lebih daripada sejatan. II. Waktu pagi , tengahari, petang dan malam dipengaruhi oleh pancaran mtahari III. Pusingan fenomena kejadian EL NINO / LA NINA setiap 4 tahun sekali.
b. RUANG I. Kedudukan pada garisan lintang / latitud – Nilai kerpasan dan nilai sejatpeluhan mengikut garislintang boleh menentukan lebihan dan kurangan air – Wilayah yang menerima lebihan air ialah kawasan antara garislintang 0o – 10o utara dan selatan iaitu bertentangan dengan zon pertemuan khaltulistiwa – Garisanlintang 10o – 40o utara dan selatan – berlaku kurangan air yang ketara- nilai sejatpeluhan lebih kerpasan - Kedua-dua kutub – sejatan dan kerpasan adalah kecil dan hampir seimbang
Taburan suhu sedunia mempengaruhi jumlah kerpasan.
II. Aspek Topografi bukit hadap / lindung angin. -
Bahagian cerun yang menghadap angin di kawasan tanah tinggi / banjaran menerima taburan hujan lebih banyak
-
Kawasan lindungan hujan kurang lembapan dan hujan.
III. Sifat Keluatan / Kebenuaan -
Hemisfera selatan ( kelautan ) – lebihan air
-
Hemisfera utara ( kebenuaan ) – kurangan air
IV. Kawasan lapang / rimbunan tumbuhan
-
Kawasan litupan hutan mengalami kadar sejatpeluhan tinggi maka kadar lembapan dan kerpasan yang tinggi.
-
Kawasan yang mengalami penyahutanan mengalakkan kejadian aliran air permukaan iaitu banjir kilat.
V. Kawasan Bandar / Pinggir bandar / Luar bandar. -
Kawasan permukaan berturap kadar aliran air permukaannya tinggi berlaku banjir kilat / lebihan air.
-
Kawasan tidak berturap kadar susupan tinggi simpanan air lebih banyak di bawah tanah.
VI. Ketinggian -
Kawasan tanah tinggi mengalami imbangan air sedikit kerana susupan tinggi dan pergerakan air menuruni cerun
-
Kawasan tanah rendah mempunyai banyak simpanan air dalam bentuk aliran mendatar seperti takungan sungai, tasik dan laut.
VII. Hujan - Kawasan yang menerima taburan dan jumlah hujan yang banyak mempunyai kerpasan yang tinggi seperti kawasan tropikal lembap - Kawasan yang kurang menerima hujan mempunyai jumlah kerpasan yang rendah/sejatan tinggi seperti di kawasan beriklim gurun panas.
VIII. Batuan - Ciri-ciri batuan seperti keporosan dan ketelapan boleh mempengaruhi imbangan air tanah dalam lapisan akuifer. - Jenis batuan telap air dapat menampung air dipermukaannya dalam jumlah yang lebih banyak seperti tanah liat dan batu syal. - Batuan yang tidak telap air akan membenarkan air mengalir melaluinya maka
simpanan air dipermukaan kurang seperti batu kapur dan kuarza