Bm-variasi

  • Uploaded by: nisah_icah2587
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm-variasi as PDF for free.

More details

  • Words: 600
  • Pages: 13
DEFINISI BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR • Kamus dewan mendefinisikan bahasa halus sebagai bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang lebih lembut dan digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. • Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan.Contohnya ialah perkataan membuta bagi maksud tidur. • Za’ba mengaitkan konsep ‘halus’ dan ‘kasar’ini dengan bahasa kiasan.Mengikut Za’ba,bahasa kiasan ialah bahasa yang memperkatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada yang lain,sama ada dengan menyebutkan bandingan atau tanpa bandingan.Tujuan penggunaan bahasa kiasan adalah supaya maksud yang hendak disampaikan itu lebih jelas.

• Za’ba membincangkan pelbagai jenis bahasa kiasan.Antaranya ialah kiasan asal,kiasan berpindah,kiasan bersandar dan kiasan melompat.Secara langsung yang berkaitan dengan bahasa halus dan bahasa kasar ialah kiasan pemanis. • Kiasan pemanis ialah variasi bahasa yg digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud dengan cara membayangkannya dengan perkataan atau ungkapan lain dengan tujuan memaniskan atau menundungi sesuatu perkara yang tidak elok bunyinya jika disebut secara halus.

Contoh Bahasa Halus Bentuk yang kurang manis

Berak Kencing Isteri Hamil Mati Menguburkan

Bahasa Halus

Buang air besar Buang air kecil Orang rumah Berbadan dua Menghembuskan nafas yang akhir Mengebumikan

• Mengikut Za’ba lawan kiasan pemanis ialah kiasan yang menyebutkan sesuatu perkara yang elok dengan perkataan yang kasar atau tidak manis,dengan kata lain,bahasa kasar.Berikut ialah beberapa contohnya: Bahasa kasar

Muntahkan darah Buntang Membuta membelengset

Bentuk yang lebih manis

Makan Mati dengan terbeliak mata Tidur Tidur

• •



Variasi ini disebut juga sebagai bahasa dalam. Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan sewaktu merujuk golongan diraja atau sewaktu berhubung dengan mereka. Dapat dikenal pasti empat aspek entang penggunaan bahasa istana,iaitu: 1.penggunaan kata ganti nama diri, 2.penggunaan gelaran, 3.penggunaan perkataan dan ungkapan khusus,dan 4.unsur pemulukan dan pendinaan.

• 1.Penggunaan kata ganti nama diri  Dalam bahasa istana,kata-kata ganti nama diri ini tidak sama dengan yang terdapat dalam bahasa biasa.  Berikut ialah beberapa contoh: (a)beta :kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh raja. (b)patik :kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan golongan diraja. (c)tuanku :kata ganti nama diri kedua yang membawa maksud ‘tuan yang mulia’ :digunakan sebagai kata ganti nama diri yang ketiga bagi raja. (d)baginda:kata ganti nama diri ketiga bagi raja.

• 2.Penggunaan gelaran  Setiap ahli keluarga diraja diberi gelara.Kita dapat mengenali mereka melalui gelaran-gelaran ini.  Gelaran-gelaran tersebut ialah: • Tengku • Tunku • Ungku • Ku • Raja

• 3.Penggunaan Perkataan Dan Ungkapan Khusus.  Perkataan dan ungkapan khusus merujuk sejumlah perkataan dan frasa khusus yang digunakan sewaktu merujuk golongan diraja.Bagi masyarakat biasa terdapat perkataan-perkataan lain pula.  Berikut ialah beberapa contoh: Perkataan bagi masyarakat biasa Tidur Makan Mandi Tinggal Meninggal Sakit Bersetuju

Perkataan dalam bahasa istana Beradu Santap Bersiram Bersemayam Mangkat Gering berkenan

• 4.Unsur Pemulukan Dan Pendinaan  Dalam perhubungan semuka dengan raja,rakyat biasa kerap menggunakan ungkapan-ungkapan yang memperlihatkan unsur pemulukan dan pendinaan.  Pemulukan ialah meninggi-ninggikan kedudukan seseorang iaitu raja.  Pendinaan pula bermaksud merendahrendahkan diri.  Berikut ialah beberapa contoh: Patik pohon perkenan tuanku…. Titah tuanku patik junjung. Ampun tuanku,beribu-ribu ampun,sembah patik mohon diampun.

Bahasa Biasa  Digunakan oleh orang kebanyakan untuk hubungan harian.  Lazimnya bersifat tidak formal dan digunakan dalam konteks tidak rasmi.Walau bagaimanapun,boleh juga bersifat formal.  Struktur ayat,pada umumnya mematuhi tatabahasa.  Menggunakan sistem panggilan yang umum dipakai.  Mengalami perkembangan yang pesat,terutamanya apabila pembinaannya dirancang secara sistematik.

PENUTUP • Variasi bahasa wujud disebabkan sifat masyarakat yang berbeza-beza.Perbezaan – perbezaan ini mewujudkan situasi yang berlainan,yang memerlukan penggunaan bahasa,yang walaupun pada asasnya sama tetapi berbeza-beza.Tiap-tiap penutur bahasa dikehendaki mengetahui perbezaan-perbezaan ini dan menggunakannya dengan betul.Yang melanggar peraturan ini,sama ada secara sengaja atau tidak sengaja,dikatakan ‘tidak tahu bahasa’.