Utusan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Utusan as PDF for free.

More details

  • Words: 343
  • Pages: 1
teroka perikanan laut dalam utusan malaysia 28 julai 2004 ms 08 dalam negeri

kuala lumpur 27 julai - golongan nelayan perlu menyahut cabaran untuk meneroka sektor perikanan laut dalam yang kini hampir keseluruhannya dikuasai oleh nelayan asing. menteri pertanian dan asas tani, tan sri muhyiddin yassin berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan ratusan lesen bagi menjalankan kegiatan itu tetapi hampir kesemua pengusaha terbabit memberikan tugas menangkap ikan itu pada nelayan thailand. ``memang itu tidak salah tetapi sampai bila pun kita tidak mempunyai kepakaran sendiri dengan awak-awak dan tekong yang bukan dari orang kita,'' katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agong persatuan nelayan kebangsaan (nekmat) kali ke-19, di hotel grand seasons, di sini hari ini. beliau memberitahu, malaysia mempunyai lebih 38,000 nelayan laut dalam yang terdiri di kalangan rakyat thailand. ``sudah tiba masanya isu ini dapat ditangani dan diperhalusi dengan meletakkan industri perikanan laut dalam ini sebagai satu sektor yang mesti dikuasai oleh rakyat kita sendiri,'' katanya. bagi mencapai hasrat itu, muhyiddin meminta setiap persatuan nelayan di negara ini bersatu tenaga dengan menggunakan pendekatan tertentu seperti mengalakkan sektor perikanan laut dalam, akuakultur, menggunakan teknologi moden, mewujudkan industri hiliran dan sebagainya. ``peranan koperasi nelayan juga sudah hilang agresifnya dalam memastikan keperluan nelayan dijaga. justeru saya minta koperasi nelayan balik kepada tujuan asalnya iaitu membantu nelayan dan bukan sekadar meraih keuntungan secara sendiri,'' katanya. dalam majlis itu, dua memorandum persefahaman (mou) ditandatangani antara pusat remote sensing negara (macres) dengan jabatan perikanan malaysia dan macres dengan nekmat. memorandum itu ditandatangani bagi membolehkan nelayan menggunakan teknologi tinggi untuk mengesan kepadatan ikan di perairan negara melalui penggunaan satelit yang akan menyalurkan maklumat kepada nelayan. turut hadir ialah timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, datuk seri mohd. shariff omar; ketua pengarah perikanan, datuk junaidi che ayob, pengerusi nekmat, jusoh awang dan pengarah macres, datuk nik nasruddin mahmood. pada sidang akhbar pula, muhyiddin berkata, nelayan perlu bijak memberikan nilai tambah kepada pendapatan mereka dengan menceburkan diri dalam bidang akuakultur atau ikan hiasan. ``saya difahamkan dua bidang ini boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada nelayan sekiranya dijalankan dengan menggunakan teknik yang betul,'' katanya.

Related Documents