koridor sabah dilancar - bakal tarik pelaburan rm105 bilion dalam tempoh 18 tahun kota kinabalu 29 jan. – datuk seri abdullah ahmad badawi hari ini melancarkan koridor pembangunan sabah (sdc) dengan suntikan peruntukan tambahan sebanyak rm5 bilion bagi membasmi kemiskinan di negeri ini serta mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar secara menyeluruh. projek pembangunan koridor keempat malaysia selepas pelancaran wilayah pembangunan iskandar (wpi), koridor ekonomi wilayah utara (ncer) dan wilayah ekonomi pantai timur (ecer) itu dijangka menerima pelaburan berjumlah rm105 bilion dalam tempoh 18 tahun pelaksanaannya. menurut perdana menteri, projek-projek di bawah sdc bukan sahaja bakal merubah wajah sabah dengan menyediakan landskap baru ekonomi tetapi juga memastikan kemiskinan dapat dikurangkan secara konsisten di seluruh pelosok negeri ini. ‘‘kita akan memastikan koridor pembangunan ini dapat membawa sabah supaya setanding dengan arus perdana di negara kita dan rantau ini. ‘‘melalui projek ini, kita akan menjadikan sabah antara lima tempat yang paling selesa didiami di benua asia dan yang paling utama ialah kita akan membasmi kemiskinan secara total,” kata abdullah ketika berucap melancarkan rangka tindakan sdc di pelabuhan kontena teluk sepanggar dekat sini hari ini. lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir pada majlis itu yang bakal mencetuskan pembangunan hebat kepada ekonomi sabah. pelancaran sdc turut disaksikan secara lintas langsung oleh pemimpin dan penduduk di keningau dan lahad datu, dua lokasi yang menjadi tumpuan pembangunan sdc. menurut abdullah, suntikan peruntukan tambahan sebanyak rm5 bilion kepada sabah adalah bagi menjayakan projek-projek berimpak tinggi agar faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat. perdana menteri berkata, peruntukan bagi projek-projek yang telah dikenal pasti dalam jangka masa rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) itu akan disediakan melalui kajian semula projek serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal rmk-9. sabah sebelum ini menerima peruntukan sebanyak rm20.1 bilion di bawah rmk-9 yang meliputi peruntukan pembangunan sebanyak rm18.4 bilion sementara inisiatif pembiayaan swasta (pfi) pula sebanyak rm1.7 bilion. dalam ucapannya, perdana menteri memberitahu, pelan pembangunan sdc yang dirangka untuk pelaksanaan selama 18 tahun itu bakal menyaksikan kebangkitan sabah untuk mencapai kegemilangan berasaskan lima aspek iaitu: 1. sabah dimajukan sebagai pintu gerbang utama rantau asia tenggara bagi tujuan perdagangan, pelaburan dan pelancongan. 2. sabah menjadi sebuah negeri yang rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera tanpa mengira bangsa dan agama. 3. sabah sebagai sebuah negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih bermutu. 4. sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan untuk semua. 5. sabah sebuah negeri yang selesa untuk didiami dengan kualiti hidup yang tinggi serta kepelbagaian budaya, warisan dan alam sekitar.
sumber maklumat:utusan malaysia (30 januari 2008)