Wilayah Ekonomi Pantai Timur - Utusan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wilayah Ekonomi Pantai Timur - Utusan as PDF for free.

More details

  • Words: 659
  • Pages: 2
rm112b majukan ecer -- perdana menteri lancar pelan pembangunan 12 tahun pantai timur oleh nor aziah jaafar abdullah ahmad badawi menyempurnakan majlis pelancaran wilayah ekonomi pantai timur (ecer) sambil diperhatikan oleh abdul ghani othman, idris jusoh, adnan yaakob, effendi norwawi dan mohd. hassan merican di kuala terengganu, semalam. – gambar mahathir ali. kuala terengganu 29 okt. – datuk seri abdullah ahmad badawi hari ini melancarkan pelan pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (ecer) membabitkan pelaburan rm112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan datang bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan. perdana menteri berkata, di bawah pembangunan ecer, 227 projek akan dilaksanakan bagi mempercepatkan pertumbuhan wilayah itu untuk dinikmati kira-kira 3.9 juta penduduk pahang, terengganu, kelantan dan daerah mersing di johor. menurut beliau, rancangan pembangunan ecer bakal memberi sinar harapan kepada golongan berpendapatan rendah terutama yang masih dihimpit kemiskinan tegar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan bersama-sama mengecapi nikmat yang dibawa pembangunan negara. ‘‘ecer menumpukan kepada usaha untuk mencapai taraf wilayah maju yang dinamik dan berdaya saing menjelang 2020 dan memangkin pembangunan sosioekonomi demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat,” kata abdullah ketika berucap pada majlis pelancaran ecer serta pelancaran ecer peringkat negeri terengganu di pantai awam batu burok di sini. pada majlis itu, perdana menteri turut melancarkan dua projek utama pembangunan ecer di terengganu iaitu kuala terengganu city centre (ktcc) dan taman ilmu selain menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman berhubung penubuhan pusat nukleus ternakan dan penyelidikan kambing di hulu terengganu. pada majlis yang turut dihadiri pemimpin keempat-empat negeri terlibat, abdullah memberitahu, kerajaan pusat akan menyediakan 39 peratus daripada peruntukan pelaburan manakala pihak swasta (20 peratus), inisiatif pembiayaan swasta (27 peratus) dan syarikat-syarikat milik kerajaan (14 peratus). menurut perdana menteri, dalam pelan itu kerajaan mengambil pendekatan agar semua negeri pantai timur dimajukan sebagai sebuah wilayah bersepadu yang bekerjasama menggembleng usaha, tenaga dan sumber kekayaan asli untuk mencapai kemajuan bersama. katanya, lima kelompok pembangunan yang menjadi kunci kemakmuran wilayah itu telah dikenal pasti untuk dibangunkan iaitu pertanian, pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan serta pendidikan. beliau berkata, kelompok-kelompok pembangunan itu akan mempelbagaikan aktiviti ekonomi di wilayah tersebut. ‘‘sektor pertanian yang selama ini menjadi tulang belakang ekonomi sebahagian besar penduduk pantai timur akan diperkasakan secara komersial dengan teknologi moden serta pemasaran yang lebih mantap. “kerajaan juga akan menyokong warga tani kita untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan dan bukan makanan,” ujarnya.

abdullah memberitahu, bagi mengurangkan kemiskinan di wilayah itu, lima projek agropolitan yang bakal memberi faedah kepada 14,000 keluarga miskin tegar di seluruh pantai timur akan dilaksanakan. kehadiran bagi sektor pelancongan pula, jelasnya, keindahan alam pantai timur akan dimanfaatkan bagi menarik kedatangan pelancong selain membina resort dan hotel bertaraf antarabangsa yang bakal membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan. menurutnya, kerajaan menjangkakan usaha itu bakal menarik kehadiran seramai 7.4 juta pelancong luar negara dan 21.4 juta pelancong tempatan ke pantai timur menjelang 2020. ‘‘dalam membangunkan wilayah ini, kita beriltizam untuk mengekalkan nilai-nilai budaya dan warisan yang menjadi teras citra pantai timur dan dalam masa sama mencapai pembangunan yang dinamik dan berdaya maju,” ujarnya. perdana menteri berkata, kerajaan juga akan memajukan sektor pembuatan dengan tumpuan terhadap industri hiliran berasaskan minyak sawit, kayu dan susu getah yang dijangka mampu menyumbang sebanyak 29 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (kdnk) wilayah berkenaan. abdullah menjelaskan, di bawah ecer, kerajaan menyasarkan pertumbuhan kdnk negeri-negeri pantai timur pada kadar purata 7.2 peratus setahun sehingga 2020. bagi menjayakan kesemua projek itu, ujarnya, peningkatan modal insan berkualiti akan diberi perhatian melalui penubuhan universiti serta pusat-pusat pendidikan dan latihan selain program celik teknologi maklumat (it). ‘‘kerajaan akan menyokong program pembangunan ini dengan menyediakan prasarana asas untuk meningkatkan daya saing wilayah ini kerana kedudukannya yang menghadap ke negaranegara asia timur berpotensi untuk menjadi gerbang perdagangan, industri pembuatan, perkhidmatan dan logistik dari negara-negara berkenaan,” ujarnya. selari dengan pembangunan sektor ict dalam negara, katanya, kemudahan prasarana kabel optik di pantai timur juga akan ditingkatkan selain menubuhkan international digital business exchange (idbx) di batu rakit di sini yang akan berperanan sebagai ibu sawat internet terpenting di rantau ini.

Related Documents