Wilayah Ekonomi Koridor Utara - Utusan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wilayah Ekonomi Koridor Utara - Utusan as PDF for free.

More details

  • Words: 332
  • Pages: 1
bukan cari populariti – pm -- koridor utara bertujuan tingkat taraf hidup rakyat oleh johari shawal dan metra syahril mohamed kangar 3 sept. – datuk seri abdullah ahmad badawi berkata, langkah kerajaan mewujudkan wilayah ekonomi koridor utara (koridor utara) bukan untuk mencari populariti malah ia juga tiada kena-mengena dengan pilihan raya umum akan datang. menurut perdana menteri, wilayah itu diwujudkan kerana kawasan utara semenanjung amat memerlukan pembangunan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat selepas kewujudan wilayah pembangunan iskandar (wpi) di selatan. “ada yang tidak mengendahkan koridor utara malah ada yang perli dengan kewujudannya. jangan sombong, jangan tolak,” katanya. beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan konvensyen ekonomi bumiputera perlis 2007 dan pelancaran pecah tanah pusat biotek herba, taman teknologi malaysia perlis di sini hari ini. turut hadir ialah isteri perdana menteri, datin seri jeanne abdullah; menteri besar perlis, datuk seri shahidan kassim dan isteri datin seri shamsiah md. yassin. menurut abdullah, pembangunan di kawasan utara termasuk perlis memerlukan perhatian khusus mengikut pelan pembangunan koridor utara. “kewujudan koridor utara tentunya dapat meningkatkan lagi ekonomi rakyat di sebelah utara. bukan sahaja ekonomi malah mutu, nilai dan apa sahaja aspek berkaitan kemajuan dapat dipertingkatkan hasil daripada usaha yang bersungguh-sungguh,” katanya. projek koridor utara yang melibatkan empat negeri di utara iaitu pulau pinang, perak utara, kedah dan perlis dilancarkan oleh perdana menteri pada 30 julai lalu yang secara dasarnya memfokuskan kepada tiga teras ekonomi utama iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. abdullah berkata, beliau akan memantau sendiri pembangunan koridor utara di semua empat negeri itu dari semasa ke semasa. “wakil-wakil rakyat juga diminta lihat dan pantau perjalanan projek berkaitan koridor utara ini. mereka mesti ambil tahu kerana ia adalah projek kerajaan. “semua pihak harus ambil serius, jangan sambil lewa dan hangat-hangat tahi ayam,” katanya. sementara itu, konvensyen ekonomi bumiputera perlis 2007 mengeluarkan beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya pembangunan perlis memberikan fokus kepada lima sektor strategik iaitu menjadikan perlis sebagai negeri industri ilmu, pusat pengeluaran biji benih negara, pusat produk dan ekstrak herba, pusat industri halal dan pusat logistik.

Related Documents