Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral

  • Uploaded by: Ali Mohd
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral as PDF for free.

More details

  • Words: 4,363
  • Pages: 29
UNIT 4

PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral. 2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) 3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.

1

TAJUK 1

PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Pengenalan Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian? Penilaian

merupakan

satu

proses

sistematik

yang

dijalankan

dengan

tujuan

mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Jenis Penilaian 1.1.1 Penilaian Formal Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral

sama

dengan penilaian bagi mata pelajaran lain? Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil.

Skop ujian sumatif

adalah luas dan ia

lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

2

Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:

UJIAN FORMATIF Menghasilkan maklumat

Fungsi

UJIAN SUMATIF balik Pensijilan murid pada akhir kursus

kepada murid dan guru tentang Masa diberi Kesukaran

kemajuan murid Sepanjang pengajaran Berubah-ubah mengikut segmen

item Jenis alat

sangat senang dan ada yang susah Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun

Contoh

bentuk khusus Ujian bulanan, lembaran kerja, UPSR, buku skrap dan lain-lain

Pada akhir satu-satu kursus atau unit Semua peringkat. Ada penilaian yang

PMR,

Peperiksaan

SPM, Sijil

STPM,

Perguruan,

peperiksaan akhir tahun

1.1.2

Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : i.

Pemerhatian

ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan iii. Rekod Anekdot iv. Hasil kerja pelajar v. Temu bual

i) Pemerhatian

3

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan. ii) Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR Nama :

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kelas:

TINGKAH LAKU Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang Bersopan santun Memberi kerjasama kepada rakan dan guru Selalu bersikap adil Menepati masa Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor

Tempoh : PEMERHATIAN (YA) (TIDAK)

iii) Skala Pemeringkatan Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat

4

amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif

yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.

Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol. Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN) Nama :

Kelas : TINGKAH LAKU 1

SEMESTER 1 2 3 4 5

1. Mematuhi peraturan sekolah 2. Berdiri tegak semasa 3.

menyanyikan lagu `Negaraku’ Berbaris semasa

4.

perhimpunan Memberikan salam

apabila

berjumpa dengan guru 5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas 6. Mendengar arahan guru 7. Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan 8. Memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih Skor Jumlah Besar Skala :

1- sangat rendah 2- rendah 3- sederhana 4- baik 5- sangat baik

iv) Rekod Anekdot

5

Tahun: 1

SEM ESTER 2 2 3 4 5

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tarikh 9.7.04

Jenis Perlakuan

Tahun : ________________ Komen

Bergaduh di dalam kelas

17.8.04

Berbual-bual semasa perhimpuan

23.8.04

Tidak memakai lencana sekolah

2.9. 04

Merosakkan meja di dalam kelas

3.9. 04

Meniru semasa ujian matematik Tandatangan Guru ___________________

V) Hasil Kerja Pelajar Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja. Vi) Temu bual

6

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Soalan 1 Anda telah pun faham tentang penilaian

formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan

perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.

PERBEZAAN

PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN SUMATIF

Fungsi

Masa diberi

Contoh Soalan 2 Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-

PERBANDINGAN

PENILAIAN FORMAL

Fungsi

Kelebihan

7

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Kelemahan

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Rumusan Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Bacaan Asas: Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rujukan: Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

TAJUK 2

PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Pendahuluan Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.

8

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: •

Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.



Menentukan Jadual penentuan ujian



Menulis item-item soalan.



Menyunting item.



Menjalankan praujian.



Mentadbir ujian atau peperiksaan.

2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif. •

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.



ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru.



ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.



ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

9

Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.

Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut :

Soalan 1 Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. Oleh sebab perkhidmatan anda di sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru besar. Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka, pentadbir

sekolah

melantik

anda

sebagai

setiausaha

peperiksaan

yang

bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Huraikan tugas-tugas dan cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Masa untuk rehat. Sila minum dulu. Selepas ini anda bolehlah teruskan pembacaan bagi tajuk yang berikutnya.

2.2

Penyediaan Jadual Penentuan Ujian

Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang akan dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan Ujian (JPU). Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk:

10



menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,



dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian adalah : •

memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji,



menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan



membina carta-carta dua hala.

JADUAL PENENTUAN UJIAN Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras kemahiran

Penge isi ta-

atau

huan

kandungan

(5.0%)

Kefaha-

Aplikasi

Analisis

Sintesis Peni-

haman (25%)

laian (55%)

11

(10%)

(2.5%)

(2.5%)

Jumlah

Nilai kebersihan Fizikal

1

1

2

1

1

2

1

1

4

6

1

4

11

3

1

2

4

1

1

1

&

mental Nilai harga Diri Sayang terhadap keluarga Tanggung jawab terhadap

1

20

masyarakat Cinta

akan

8

Negara Kebersihan

&

2

Keindahan Alam Sekitar Jumlah 3 10 22 4 1 40 Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11 soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu disediakan untuk ujian berkenaan. Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:

12



5.0% aras pengetahuan



25%

aras kefahaman



55%

aras aplikasi



10%

aras analisis



2.5% aras sintesis



2.5% aras penilaian

JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:•

menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.



menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.



merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.



menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.



menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.



membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.



membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Latihan 2.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1 Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah, anda diberi amanah sebagai salah seorang penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal soalan bagi matapelajaran ini. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30 soalan Tahun 4. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian

13

RUMUSAN •

JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan,



JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan



Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya

2.3

Pembinaan Item Ujian

Pendahuluan Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif.. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-

Soalan Objektif •

Soalan Subjektif •

Soalan aneka pilihan

pendek

- jawapan terbaik •

- Positif dan negatif - Cantuman •

Soalan memerlukan jawapan yang Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita



Soalan betul salah

Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

14

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai

prestasi

pelajar.

Setiap

jenis

ujian

mempunyai

kebaikan

dan

kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka. Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:•

merangkumi semua bidang matapelajaran.



masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.



objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.



emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :•

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.



tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.



menggalakkan pelajar meneka jawapan.



pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:•

senang dibina dan ditadbir.



menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.



boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.



peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:•

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

15



ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.



pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.



pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik) Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda A.

Memarahi mereka

B.

Menasihati mereka

C.

Tidak mempedulikan mereka

D.

Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

2. Contoh soalan objektif (Cantuman) Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar I

Menebang pokok sesuka hati

II

Membuang sampah ke dalam sungai

III

Menanam pokok bunga di kawasan lapang

IV

Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula

V

Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. III,IV dan V sahaja 3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif) Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali

16

A. Membayar ganti rugi kepada jiran B. Melarikan diri dari tempat kejadian C. Menggantikan pasu bunga yang baru D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran 4. Contoh soalan betul / Salah a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya.

(

)

b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan

(

)

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat) a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ________________________ b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita kerana ____________________________________________________ 6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek) a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana

letih dan lapar.

Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri 1.________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________ 3.________________________________________________________________

Latihan 2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

17

Soalan 1 Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.

Soalan 2 Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4 Rumusan:

1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. 2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons secara bertulis.

3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur,

kemudian

mentakrifkannya

supaya

item

ujian

boleh

dibina

untuk

mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Bacaan Asas Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Rujukan Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

18

TAJUK 3

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)

Pengenalan Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah berasaskan matlamat KBSR. Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang

19

diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh. 3.1 Tujuan-tujuan PKSR 1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna 2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan 3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan 4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi 3.1.1 Skop Penilaian PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai, sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)

3.1.2 Pendekatan PKSR PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut: •

Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kefahaman



Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum



Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum



Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu



Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral

20

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda memerlukan bantuan

Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas. Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah.

Latihan 3.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1 Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.

Contoh: Situasi

Soalan

Jawapan anda A.

Satu acara Hari Kebangsaan Apakah

anda

akan

di Kuantan ialah perarakan buat apabila terjumpa B. kereta

berhias.

Dalam wang itu?

keadaan yang penuh sesak dua

helai

wang

C.

RM10.00

telah tercicir daripada poket

D.

seorang pengunjung

21

3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah. Masalah 1:

Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran? Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot). Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai

22

Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?

Latihan 3.2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian anda.

Rumusan Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Bacaan Asas: Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

23

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rujukan: Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.

Soalan Tutorial 1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik (1jam) 2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)

3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and (2 jam)

24

Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.

25

Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.

PANEL PENULIS MODUL BIL

1

NAMA

KELAYAKAN BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi

2

B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun

Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor.

26

3

Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor

B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun

Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

5

6

7

8

PANEL PEMURNI MODUL Bil.

1.

2.

Nama PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru

PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim

Kelayakan B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

27

Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor

3.

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) M.Ed. Pengurusan (UM) Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4.

Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80530 Larkin Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6.

Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi USM Diploma Pendidikan: Siviks UM Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun

28

29

Related Documents


More Documents from "Zulkurnain bin Abdul Rahman"