Ulasan Artikel Marzuki_scribd

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Artikel Marzuki_scribd as PDF for free.

More details

  • Words: 3,536
  • Pages: 15
Ulasan Artikel Marzuki, S., A. Ghani, M.F. (2007). Pembentukan Model Sekolah Berkesan Malaysia : Satu Kajian Delphi. Journal Pendidikan 2007, Jilid 27(1). Pendahuluan : Mengikut pengkaji-pengkaji, pada umumnya, agenda untuk memperbaiki sekolah adalah bertumpu pada peningkatan pencapaian murid-murid.

Kajian-kajian sedemikian dilaksananakan dengan

meluas pada awal 1980-an di serata dunia seperti di Britain, Holland, Israel dan Australia dengan mengambil kira dapatan kajian dari pengkaji-pengkaji sekolah berkesan di Amerika Syarikat. Mana kala di Malaysia, pandangan Mortimore telah menjadi asas kajian pengkaji-pengkaji tempatan. Adalah sukar bagi sekolah di negara-negara membangun di mana taraf sosio-ekonomi yang masih rendah melaksanakan program sekolah berkesan yang berasaskan dapatan kajian dari negara-negara maju. Ini adalah sebab pihak sekolah memerlukan strategi yang bersesuaian dengan konteks, permasalahan dan keperluan pembangunan setempat.

Maka pengkaji-pengkaji tempatan gagal

membentuk sebuah model sekolah berkesan yang bersesuaian dengan konteks, permasalahan dan keperluan pembangunan di Malaysia.

Menurut Scheerens (2001), konteks tempatan mungkin

membentuk dan berinteraksi dengan dengan keadaan-keadaan yang dijangka mempertingkatkan keberkesanan. Skop Kajian : Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model sekolah berkesan yang berdasarkan konteks di Malaysia melalui pemerolehan kesepakatan pandangan sekumpulan individu tempatan yang diiktiraf kepakaran mereka termasuk ciri-ciri utama sekolah berkesan dan strategi untuk melaksanakan ciri-ciri utama sekolah berkesan. Metodologi : Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Delphi Empat Pusingan. Pemilihan peserta kajian adalah aspek penting yang menentukan kejayaan pelaksanaan kajian ini. Teknik ini berjaya mengenal pasti tujuh aspek yang menyumbang dan 138 strategi untuk membentuk sekolah-sekolah yang lebih berkesan. Selain itu, pakar-pakar yang terlibat memberi konsensus yang kesemua 138 item yang terdapat dalam Pusingan Empat Teknik Delphi boleh digunakan sebagai kandungan Model Sekolah Berkesan.

Peserta kajian : Keunikan kajian ini adalah peserta-pesertanya terdiri daripada 15 orang yang diiktiraf kepakaran mereka dalam pelbagai bidang pendidikan di mana mereka mempunyai pengalaman yang mendalam berkenaan dengan kepimpinan sekolah. Gelaran “pakar” kepada seseorang individu hanya berdasarkan penilaian masyarakat ke atas kelayakan, tahap sumbangan dan pencapaian kerjaya mereka. Untuk kepentingan kajian ini, pengkaji-pengkaji telah menetapkan beberapa kriteria sebagai asas panduan untuk memilih peserta kajian ini. Ini termasuk pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kepemimpinan sekolah melebihi 10 tahun; pengalaman bertugas sebagai pendidik di institusi sekolah melebihi 10 tahun; dan individu berkenaan berkesanggupan untuk menyertai keempat-empat sesi pusingan kajian Delphi. Untuk kajian ini, pengalaman peserta kajian dalam kepemimpinan sekolah termasuk staf akademik IPTA, nazir sekolah, pegawai pelajaran, pengetua cemerlang dan juga guru cemerlang. Di antara ini, terdapat lima orang nazir sekolah dan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah peserta kajian.

Nazir sekolah merupakan perujuk yang paling sesuai dalam persoalan mengenai

pembentukan model sekolah kerana ini memang merupakan bidang tugas dan juga kepakaran mereka. 11 orang peserta kajian memiliki pengalaman berkhidmat dalam bidang kepemimpinan sekolah melebihi 20 tahun. Apa yang penting sekali ialai pengkaji-pengkaji telah menetapkan setiap peserta kajian mempunyai pengalaman sebagai pendidik diinstitusi sekolah melebihi 10 tahun. Ini dapat memberi kebolehpercayaan yang tinggi bagi data-data yang dikumpul. Pernyataan Masalah : Pengkaji-pengkaji menyatakan bahawa reputasi sesebuah sekolah adalah dikenal pasti menerusi persepsi dan pemerhatian yang lebih luas daripada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan, contohnya murid, ibu bapa dan masyarakat. Mereka inginkan sekolah berjaya untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri modal insan. Untuk dijadikan asas panduan bagi sesebuah sekolah mencapai kejayaan, maka perlu adanya kajian-kajian yang menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada pencapaian murid seperti apa yang dilakukan pada permulaan kajian mengenai sekolah berkesan.

Pengkaji-pengkaji menyatakan bilangan kajian tersebut masih berkurangan di Malaysia dan sebagai implikasinya, wujud pelbagai definisi dari pengkaji-pengkaji tempatan dan menimbulkan masalah untuk membentuk model sekolah berkesan di Malaysia. Dengan kajian ini, dapatlah menambah bilangan kajian sekolah berkesan dan berupaya untuk menyokong dapatan-dapatan kajian terdahulu sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Selanjutnya menghalusi, menghuraikan dan

memperincikan teori amalan dan model sekolah berkesan berdasarkan konteks di Malaysia. Kutipan data Kutipan data dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan tinjauan bahanbahan literatur mengenai amalan sekolah berkesan di negara-negara barat seperti James Coleman, et. al.(1966), Edmonds (1979) dan juga Lezotte (1980) dan juga kajian-kajian Abdul Karim Md. Nor (1989), Shahril Marzuki (1997) dari Malaysia. Tinjauan literatur negara-negara barat dan juga kajian-kajian tempatan adalah suatu usaha untuk mendapat titik perseimbangan agar dapatandapatan daripada kajian negara-negara barat dapat diserap selepas penyesuaian dalam konteks di Malaysia dilakukan agar konflik budaya timur dan barat tidak berlaku atau walaupun berlaku, tetapi berada pada tahap yang minima. Protokol temubual dibentuk seterusnya dan ditentukan kesahan kandungannya oleh pakar bidang kepemimpinan. Di sinilah pengkaji-pengkaji telah menunjukkan kesungguhan dalam mengutip data dan setiap data yang dikutip telah menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Pada peringkat kedua, kajian Delphi ini melibatkan empat pusingan. Pusingan pertama merupakan sesi temubual berstruktur yang berpandukan kepada protokol temubual yang dibina berdasarkan tinjauan literatur luar dan dalam negara. Dapatan temubual digunakan untuk membina item-item dalam instrumen soal selidik dalam sesi pusingan dua. Maka, interpretasi pengkaji-pengkaji semasa menjalankan tinjauan literatur dan juga semasa menguruskan dapatan temubual akan mempengaruhi perjalanan dan kejayaan bagi pusingan pertama. Pusingan kedua merupakan soal selidik berskala Likert 5 poin dan peserta-peserta kajian selain dikehendaki menentukan tahap persetujuan bagi setiap item, mereka juga perlu mengenal pasti dan membangunkan kandungan instrumen menerusi penambahan cadangan dan perincian pernyataan bagi setiap item dalam instrumen soal selidik. Pusingan ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap peserta.

Pusingan ketiga adalah kesinambungan daripada sesi yang lalu dan

bertujuan untuk mendapat kesepakatan pandangan.

Sekiranya tahap persetujuan menjangkaui

pandangan majoriti dalam sesi pusingan lalu, maka peserta berkenaan akan diminta memberi alasan dan dilarang menambah sebarang item. Peserta masih berinteraksi dengan instrumen soal selidik bagi merapatkan jurang perbezaan pandangan di kalangan peserta dalam pusingan keempat. Peserta perlu melalui beberapa pusingan yang berulang-ulang untuk memastikan sesuatu pandangan bolehlah dipertahankan dan juga berkekalan untuk menunjukkan peranan dan kepentingannya dalam pembentukan model sekolah berkesan. Prosedur Analisis Data : Penganalisisan data berdasarkan peringkat pertama dan juga peringkat kedua yang terdiri daripada empat pusingan.

Dalam penganalisisan data peringkat pertama, tinjauan ke atas bahan-bahan

literatur adalah seperti : i.

Merumuskan dapatan kajian lalu untuk digunakan bagi membina tema dan subtema bagi protokol temubual, iaitu : a. Kepimpinan Pengetua Yang Profesional

Subtema : Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasional, Pengurus Sumber Yang Cekap b. Persekitaran Sekolah yang Kondusif Subtema : Persekitaran Yang Teratur, Kemudahan Fizikal c. Penumpuan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Subtema : Kepimpinan Guru, Kurikulum d. Pengharapan Yang Tinggi Subtema : Amalan Pengharapan Secara Menyeluruh, Proses Ke Arah Pengharapan Tinggi, Mewujudkan Suasana Yang Mencabar Minda Murid e. Pemantauan Secara Berterusan Subtema : Penilaian Ke Atas Pencapaian Murid, Penilaian Ke Atas Pencapaian Sekolah, Persekitaran Yang Kaya Dengan Data dan Maklumat f. Pemuafakatan Di Antara Pihak Rumah dan Sekolah Subtema : Hubungan Dengan Ibu Bapa, Hubungan Dengan Masyarakat ii.

Menghubungkaitkan dapatan kajian lalu dengan kajian ini dari aspek metodologi kajian. Pengkaji perlu menghindar diri daripada tidak adil dalam membuat sesuatu keputusan menerusi penumpuan hanya kepada satu dapatan kajian.

Bagi peringkat kedua, pusingan pertama melibatkan : (1) mereduksikan data, (2) membuat verifikasi data, dan (3) mempersembahkan data. Dalam pusingan kedua, data soal selidik dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu min, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Kajian Delphi merupakan kaedah kuantitatif mengukur kecenderungan memusat bagi setiap item. Maka skor min digunakan bagi melihat urutan (Ranking) kepentingan item-item berdasarkan pandangan kalangan peserta. Skor median untuk mengenal pasti item-item yang diperlukan untuk membentuk instrumen soal selidik berdasarkan tahap persetujuan dengan menggunakan Skala Likert 5 Poin. Skor JAK untuk mengukur tahap kesepakatan setiap peserta. Dapatan Kajian Dapatan kajian Delphi berjaya untuk mereka bentuk sebuah Model Sekolah Berkesan Malaysia dalam pusingan keempat. Model ini mengandungi tujuh ciri-ciri utama sekolah berkesan dan 138 strategi untuk melaksanakan ciri-ciri utama tersebut ( Lampiran 1). Kesimpulan Pengkaji-pengkaji dalam bahagian kesimpulan telah menyebut pengkaji-pengkaji barat kurang membincang tentang faktor ketuhanan sebagai faktor penyumbang kejayaan sesebuah sekolah dengan sokongan kenyataan Saedah Siraj(1998). Dalam kajian ini, majoriti peserta juga menyetujui faktor ketuhanan turut mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah. Kepercayaan kepada suasana roh, iaitu ketuhanan di persekitaran tempat kerja memang diwarisi turun-temurun tanpa disedar bahawa kepercayaan ini tersisip dalam pada inti pati hati oleh sebahagian orang. Dari segi Islam, mengikut Ismail Haji Ibrahim (1993 dalam S. Kadikon, 2009), ciri-ciri bekerja dari segi konsep, sistem dan nilai, etika dan cara-cara bekerja yang produktif dengan sikap, komitmen dan niat bekerja sudah sepatutnya dirumus dan dijadikan formula yang konkrit oleh orang Islam sendiri. Hal ini berdasarkan tugas bekerja adalah tugas ketuhanan dan sistem nilai kerja adalah berasaskan sistem nilai moral kerohanian Islam. Soal ketuhanan merupakan suatu sumber ketenteraman jiwa hati yang mendorong ke atas kejayaan. Namun begitu, majoriti peserta menyetujui bahawa kepimpinan pengetua merupakan penggerak utama bagi muwujudkan sebuah sekolah yang berkesan manakala pembentukan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran amat penting untuk dijadikan kandungan model sekolah berkesan. Sumbangan faktor penyumbang yang lain seperti kepemimpinan guru, kepemimpinan pengetua turut dapat merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan bagi mewujudkan sekolah berkesan.

Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan guru dalam melaksanakan perubahan. Rumusan : Menurut Model Mortimore (1995), terdapat 11 ciri-ciri sekolah berkesan, iaitu

Kepimpinan

professional, Perkongsian wawasan dan tujuan, Persekitaran pembelajaran, Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, Pengajaran yang bertujuan, Jangkaan kejayaan yang tinggi, Galakan yang positif, Memantau kemajuan, Hak dan tanggungjawab pelajar, Hubungan rumah dan sekolah dan Organisasi pembelajaran. Menurut ISERP (2002), sekolah berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti : Kepimpinan Berkesan, Pengajaran Berkesan, Tumpuan ke atas pembelajaran, Budaya sekolah yang positf, Ekspektasi tinggi, Penekanan hak dan tanggungjawab pelajar, Pemantauan kemajuan, Perkembangan staf dan Penglibatan ibubapa.

Manakala, dapatan kajian ini menyenaraikan tujuh ciri-ciri penting, iaitu Kepimpinan Pengetua Yang Profesional, Persekitaran Sekolah Yang Kondusif, Penumpuan Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Pengharapan yang tinggi, Penilaian Secara Berterusan, Permuafakatan Antara Pihak Rumah dan Sekolah, Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran.

Dapatan kajian ini telah

mengetepikan ciri-ciri seperti Perkongsian wawasan dan tujuan, Galakan yang positif dan Hak dan tanggungjawab pelajar. Di sini saya menyamakan “Memantau kemajuan” dalam Model Mortimore dengan “Penilaian Secara Berterusan” dalam dapatan kajian kerana penilaian boleh dijalankan sama ada secara pemerhatian, umpamanya pemantauan atau pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran, atau penilaian secara bertulis dalam pelbagai bentuk. Untuk faktor kepemimpinan, Model Mortimore dan dapatan kajian sama-sama menekan pada kepemimpinan yang professional manakala ISERP menekan pada kepimpinan pengetua yang berkesan.

Kepimpinan berkesan lebih menekan kepada hasil dan pencapaian hasrat tetapi

kepimpinan profesional adalah menepati kehendak-kehendak dan spesifikasi bidang-bidang

berkenaan. Reynolds (2006) dalam “World Class Schools : Some methodological and substantive findings and implications of the International School Effectiveness Research Project (ISERP)” menyatakan bahawa “Creating world class schools requires systems not people”. Maka adakah “ kepimpinan profesional” dan “kepimpinan berkesan” merupakan suatu perdebatan antara “sistem” dengan “orang” ? Dapatan kajian juga menumpu kepada persekitaran sekolah yang kondusif dan mempunyai persamaan dengan Model Mortimore, ISERP pula memberi perhatian pada budaya sekolah yang positif. Persekitaran lebih menjurus kepada faktor luaran yang boleh dibentuk tetapi budaya yang positif memerlukan suatu jengka masa panjang untuk dipupuk.

Persekitaran yang kondusif

mendorong kepada proses pembelajaran, tetapi budaya positif sekolah membantu dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian pelajar agar menuju kea rah yang lebih cemerlang. Model Mortimore dan ISERP adalah menekan kepentingan hak dan tanggungjawab pelajar tetapi dapatan kajian tidak menyenaraikannya. Adalah pendidik-pendidik Malaysia menganggap para pendidik dan ibu bapa masih memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar ataupun orang-orang barat lebih menjurus kepada kesedaran diri dalam proses perkembangan sahsiah seseorang pelajar? Bolehkah ini dianggap sebagai suatu punca pelajarpelajar negara kita masih kurang matang walaupun sudah menjejak kaki di pendidikan tersiari ? Model Mortimore dan dapatan kajian sama-sama menyenaraikan “organisasi pembelajaran” sebagai salah satu ciri penting, manakala ISERP hanya menynaraikan “perkembangan staf”. Kewujudan masyarakat pembelajaran terdapat keserasiannya dengan hasrat kerajaan membentuk masyarakat yang mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Maka program perkembangan staf secara berterusan, warga sekolah yang berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin belajar merupakan tindakan-tindakan mempertingkatkan pencapaian diri.

Rujukan : Nota-nota kuliah PLG 516 Reynolds, D. (2006). World Class Schools : Some methodological and substantive findings and implications of the International School Effectiveness Research Project (ISERP). Educational Research and Education, Vol.12, No.6, December 2006, pp. 535-560 Kadikon, S. (2009). Pemuliharaan Alam Sekitar. eprints.utm.my/9076/1/78119.pdf Scheereens, J. (2001). Monitoring School Effectiveness in Developing Countries. School Effectiveness and School Improvement. 2001, Vol. 12, No. 4, pp. 359-384

LAMPIRAN 1 Berikut merupakan ringkasan tujuh ciri-ciri utama dan 138 strategi yang terlibat: I. Kepemimpinan Pengetua Yang Profesional (a)

Kepemimpinan Pengajaran 1.

Mewujudkan visi dan misi sekolah yang jelas.

2.

Berkongsi visi dan misi dengan warga sekolah.

3.

Memiliki tahap keikhlasan bertugas yang tinggi dengan mempamerkan kesungguhan bekerja.

4.

Mewujudkan budaya yang mengembangkan profesionalisme staf.

5.

Mencerap pengajaran guru secara formal dan informal.

6.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menilai guru.

7.

Berbincang dengan guru hasilan penilaian tersebut.

8.

Menyediakan kemudahan dan kelengkapan agar proses P&P berjalan lancar.

9.

Meningkatkan hubungan dengan pihak luar sekolah (seperti PIBG) bagi mendapatkan sokongan untuk sekolah merealisasikan visi dan misi sekolah.

10.

Sentiasa memotivasikan guru.

11.

Mengenai pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh staf.

12.

Menjaga kebajikan guru.

13. Mengajar dalam tempoh masa tertentu untuk dijadikan role model oleh staf.

14.

Bertindak mempengerusikan setiap mesyuarat kurikulum sekolah.

(b) Kepemimpinan Transformasional 1.

Menggalak, membimbing dan menggerakkan warga sekolah ke arah budaya

2.

cemerlang seperti berfikiran kreatif, proaktif dan positif.

3.

Mewujudkan hubungan mesra dengan warga sekolah menerusi kepelbagaian

4.

aktiviti di dalam dan luar sekolah.

5.

Meningkatkan kemampuan sekolah seiring dengan pelaksanaan perubahan.

6.

Setiap perlantikan pengetua perlu mengambil kira peningkatan pengetahuan dan

7.

pengalaman (kekananan).

8.

Mengamalkan konsep "Kepemimpinan Melalui Teladan".

9.

Memiliki ketrampilan diri yang menarik.

10.

Tidak mengamalkan protokol yang keterlaluan.

11. Pemula {initiator) kepada amalan transformasi.

12.

Memberikan staf peluang untuk bersuara.

13.

Mengurangkan penekanan birokrasi untuk memudahkan pengurusan sekolah.

14.

Kepemimpinan transformasional perlu berrmila dengan kepemimpinan birokratik

15. (c)

seperti bersikap tegas dengan warga sekolah.

Pengurus Sumber Yang Cekap 1.

Mengagihkan sumber dengan adil agar murid dapat menikmatinya.

2.

Bijak merancang dan mengagihkan peruntukan sumber.

3.

Mewujudkan Jawatankuasa Kewangan dan Perakaunan Sekolah.

4.

Memiliki ilmu menguruskan sumber sekolah seperti menguruskan kewangan.

5.

Bersikap terbuka terhadap pandangan warga sekolah.

6.

Sentiasa berasa diri diawasi oleh Tuhan.

7.

Menyediakan garis panduan yang didokumentasikan berkaitan prosedur penggunaan kemudahan dan kelengkapan.

8.

Menyediakan garis panduan yang didokumentasikan berkaitan pengurasan kewangan.

9.

Melayan staf berdasarkan tahap kematangan mereka (kepemimpinan situasi).

II. Persekitaran Sekolah Yang Kondusif (a)

Persekitaran Yang Teratur 1.

Warga sekolah bekerja dalam satu pasukan ke arah pencapaian visi sekolah.

2.

Warga sekolah memiliki akhlak yang mulia.

3.

Kepemimpinan sekolah menyokong usaha-usaha untuk melahirkan warga sekolah yang berakhlak mulia.

4.

Pengetua saling mempercayai dengan kemampuan guru.

5.

Program perkembangan staf yang berterusan berupaya untuk memantapkan pembentukan budaya sekolah.

6.

Warga sekolah mengurupul dan berkongsi pengalaman pembelajaran.

7.

Setiap warga sekolah mempunyai hubungan yang mesra.

8.

Penggubalan peraturan sekolah berdasarkan kesesuaian semasa.

9.

Warga sekolah berasa mereka dihargai sebagai seorang insan.

10.

Wujudnya peraturan yang mengawal tingkah laku warga sekolah.

11. Kepemimpinan sekolah menerima dan mengamalkan cadangan dari dalam

dan luar sekolah. 12.

Budaya sekolah dibentuk oleh amalan peraturan yang berterusan.

13. Murid berkeyakinan dengan tindakan adil guru menjatuhkan hukuman ke atas

mereka kerana mereka diberi peluang membela diri. 14. Sekolah menyertai pelbagai pertandingan luar agar pihak luar berupaya untuk

menilai tahap kemampuan sekolah. (b)

Kemudahan Fizikal

1.

Wujud kesedaran dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara aset dan kebersihan sekolah.

2.

Kepemimpinan sekolah sering memantau tahap kemudahan sekolah secara formal dan tidak formal.

3.

Kepemimpinan sekolah berusaha untuk mendapatkan sokongan dari pihak luar bagi meningkatkan bilangan dan kualiti kemudahan sekolah.

4.

Warga sekolah berasa selesa berada di kawasan sekolah kerana tahap kebersihan yang tinggi.

5.

Sekolah mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi dan berfungsi.

6.

Sekolah memperuntukkan bajet yang lebih untuk perkembangan pencapaian murid berbanding peruntukan untuk keceriaan sekolah. III.

Penumpuan Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran (a)

Kepemimpinan Guru 1.

Program perkembangan staf membantu guru meningkatkan profesionalisme.

2.

Guru membimbing rakan sejawat untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran.

3.

Guru menguasai kandungan pengajaran.

4.

Guru diberikan pengiktirafan yang adil berdasarkan pencapaian semasa.

5.

Guru meyakini bahawa kerjaya keguruan merupakan profesion yang mulia.

6.

Guru membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk menyumbang pengetahuan dan kemahiran kepada warga dalam dan luar sekolah.

7.

Guru menjadi role model kepada rakan sejawat yang lain.

8.

Guru mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru di bawah kawalannya.

9.

Kepemimpinan sekolah berkeyakinan dengan kewibawaan guru melaksanakan tugas.

10.

Guru melaksanakan amalan refleksi bagi tujuan penambahbaikan dalam P&P.

11.

Guru menggunakan masa yang maksimum untuk mengajar.

12.

Guru mempunyai hubungan yang mesra dengan murid.

13. Guru merupakan kepemimpinan kepakaran yang berupaya untuk

mempengaruhi rakan sejawatnya khususnya guru baru dan guru bermasalah. 14. (b)

Guru berupaya untuk melaksanakan kajian berkaitan sesuatu permasalahan.

Kurikulum 1.

Kaedah pengajaran guru menekankan tahap pengetahuan dan kemahiran murid.

2.

Guru berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri seiring dengan perubahan persekitaran.

3.

Kepemimpinan sekolah menilai pencapaian pengajaran guru berdasarkan penanda aras yang piawai.

4.

Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat murid.

5.

Guru mempunyai data dan maklumat berkaitan tahap pencapaian murid.

6.

Guru mengajar berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.

Guru mengajar kandungan pengajaran berdasarkan kepakaran mereka.

8.

Kebanyakan waktu P&P guru melibatkan murid secara aktif.

9.

Sekolah menekankan kepentingan perkembangan profesionalisme staf.

10.

Kepemimpinan sekolah turut menempatkan guru berpengalaman untuk mengajar murid di peringkat awal alam persekolahan.

11.

Guru menghubungjalinkan pengajaran dengan amalan seharian murid.

IV. Pengharapan yang tinggi (a) Amalan Pengharapan Secara Menyeluruh 1.

Guru seharusnya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

2.

Kepemimpinan sekolah sering mengingatkan guru agar melayani murid sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan.

3.

Guru memperuntukkan masa tambahan untuk membimbing raurid.

4.

Sekolah memiliki data dan maklumat berkaitan latar belakang murid.

5.

Warga sekolah meyakini bahawa pertolongan Tuhan turut mempengaruhi urusan perancangan sekolah.

6. (b)

Sekolah mengharapkan kehadiran ibu bapa dan penjaga.

Proses Ke Arah Pengharapan Tinggi

1.

Guru berkeyakinan bahawa setiap murid berpeluang untuk belajar dan berjaya.

2.

Pada awal penggal persekolahan pihak sekolah memberitahu murid dan ibu bapa berkaitan visi dan misi sekolah.

(c)

3.

Ketrampilan guru turut mempengaruhi minat murid.

4.

Guru mempunyai visi yang jelas untuk membimbing murid.

5.

Pengharapan guru tidak mudah dipengaruhi oleh sikap murid.

Mewujudkan Suasana Yang Mencabar Minda Murid 1.

Aktiviti ko-kurikulum sekolah menepati minat murid dan kehendak semasa.

2.

Guru menilai pencapaian murid secara berterusan.

3.

Guru memberikan murid tugasan dan masa yang mencukupi.

4.

Kaedah P&P guru menekankan peningkataii murid dalam kemahirankemahiran tertentu seperti kemahiran berfikir.

V.

Penilaian Secara Berterusan a)

Penilaian Ke Atas Pencapaian Murid 1.

Guru menggunakan data dan maklumat pencapaian akademik murid untuk melaksanakan penambahbaikan khususnya ke atas P&P.

2.

Guru melaksanakan pelbagai kaedah untuk menilai pencapaian murid.

3.

Guru memberitahu kemajuan diri murid kepada murid dan ibu bapa mereka.

4.

Guru menilai murid secara menyeluruh yang melibatkan aspek-aspek kognitif, psikomotor dan sikap.

5. (b)

Penilaian berbentuk ujian dilaksanakan secara berterusan.

Penilaian Ke Atas Pencapaian Sekolah 1.

Staf bersikap terbuka untuk menerima segala pandangan.

2.

Kepemimpinan sekolah menjelaskan dasar aktiviti penilaian sekolah.

3.

Aktiviti penilaian dilaksanakan secara menyeluruh ke arah sekolah berkesan.

4.

Sekolah mempunyai instrumen penilaian yang piawai.

5.

Staf dinilai oleh kepemimpinan sekolah.

6.

Kepemimpinan sekolah melaksanakan kaedah penilaian yang pelbagai untuk mengurupulkan data dan maklumat pencapaian murid.

7.

Kepemimpinan sekolah menilai pencapaian guru secara menyeluruh.

8.

Murid berpeluang menilai pengajaran guru.

(c) Persekitaran Yang Kaya Dengan Data dan Maklumat

1.

Terdapat jawatankuasa khas yang menguruskan data dan maklumat sekolah.

2.

Data dan maklumat sekolah disimpan menggunakan teknologi yang sesuai dan relevan dengan sekolah,

3.

Data dan maklumat sekolah perlu sentiasa dikemaskini dan mudah diperolehi semula.

4.

Sekolah berusaha untuk mengurupulkan data dan maklumat berikut iaitu pengurusan sekolah, pengurusan akademik, pengurusan ko-kurikulum dan

5.

pengurusan hal ehwal murid.

6.

Data dan maklumat sekolah yang disimpan akan digunakan sebagai asas dan rujukan untuk sekolah merancang dan membuat keputusan. VI. Permuafakatan Antara Pihak Rumah dan Sekolah (a)

Hubungan Dengan Ibu Bapa 1.

Sekolah mengendalikan pertemuan dengan ibu bapa untuk membincangkan pencapaian diri murid seperti kemajuan akademik dan disiplin.

2.

Sekolah berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid agar ibu bapa mereka berpuas hati dan seterusnya memberikan kerjasama kepada sekolah.

3.

Sekolah prihatin dengan pandangan dan kritikan ibu bapa.

4.

Sekolah lebih menggalakkan ibu bapa menyumbang dalam bentuk tenaga dan idea berbanding kewangan.

5.

Staf menjalin hubungan yang baik dengan murid untuk menarik minat penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.

6.

Sekolah menerangkan visi dan misi kepada ibu bapa.

7.

Sekolah mengendalikan majlis formal untuk masyarakat bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa.

8.

Pembentukan Jawatankuasa PIBG seharusnya dalam kalangan individu yang berpengaruh dan berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti.

9. (b)

Sekolah mengedarkan berita bertulis kepada ibu bapa.

Hubungan Dengan Masyarakat 1.

Warga sekolah dilatih untuk memberikan khidmat sosial.

2.

Sekolah berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak luar seperti IPTA, Wakil Rakyat dan kementerian berkaitan.

3.

Persatuan Bekas Pelajar sentiasa membantu sekolah untuk mencapai visi dan misi.

4.

Pihak sekolah membenarkan masyarakat menggunakan kemudahan sekolah.

VII. Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran 1.

Peranan pusat sumber dipergiatkan untuk menambah ilmu dan memperbaiki kemahiran staf.

2.

Program perkembangan staf dirancang berdasarkan keperluan guru.

3.

Masalah P&P dijadikan agenda utama dalam setiap mesyuarat dan dikongsi bersama,

4.

Guru sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman ketika menjalankan sesuatu aktiviti.

5.

Warga sekolah sentiasa mengamalkan sikap ingin belajar.

6.

Guru yang menghadiri kursus dikehendaki mengadakan kursus dalaman.

7.

Pengetua sentiasa mengadakan dialog profesional untuk berkongsi ilmu dan kemahiran.

8.

Pengetua sentiasa menyokong guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

9.

Perbincangan profesional mengenai tugas harian guru sentiasa berlaku.

10. Sekolah menyediakan kemudahan melayari maklumat secara meluas dan

berkesan. 11.

Warga sekolah mengamalkan dengan baik setiap program anjuran KPM/JPN/PPD.

12.

Bahan bacaan diletakkan di setiap bilik guru.

Related Documents