Ucapan

  • Uploaded by: che
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan as PDF for free.

More details

  • Words: 544
  • Pages: 2
UCAPAN Assalamualaikum dan selamat sejatera diucapkan kepada hadirin sekalian. Terutamanya marilah kita semua mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Ilahi kerana memberi peluang kepada kita untuk terus hidup dan kita dapat berkumpul pada majlis yang mulia ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak penganjur, Jabatan Taman Laut kerana menjemput saya untuk merasmikan program Pembersihan Pantai yang diadakan di Pulau Tinggi. Seperti yang kita tahu, khazanah laut merupakan khazanah yang amat bernilai dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit Hadirin sekalian, ramai rakyat negara ini tidak mengetahui secara terperinci mengenai khazanah alam marin memandangkan masing-masing merasakan tiada kepentingan terhadapnya. Apa yang mereka tahu, kawasan-kawasan itu akan menjadi destinasi percutian bersama keluarga apabila tiba musimnya. Untuk pengetahuan hadirin semua, perairan negara meliputi kawasan seluas 614,000 kilometer persegi, namun apa yang agak memeranjatkan hanya 2,300 kilometer persegi (0.37peratus) sahaja yang digazetkan sebagai Taman Laut dan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada kerajaan. Ini bermakna selebihnya, kawasan seluas 611,700 kilometer persegi berdepan dengan pelbagai ancaman anasir jahat yang boleh memusnahkannya. Sidang hadirin, Terdapat beberapa faktor utama penyumbang kepada kepupusan hidupan ini , kesemuanya adalah masalah 'tradisional' iaitu pembangunan berdekatan dengan kawasan marin yang tidak terancang seperti pembinaan resort-resort dan hotel-hotel. Pengusaha pembinaan ini sudah tidak mementingkan kesan buruk terhadap khazanah laut tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Selain itu, pencemaran laut adalah salah satu faktor utama kepupusan hidupan marin. Contohnya, pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan hidupan marin sekelilingnya seperti ikan dan batu karang pupus. Penangkapan ikan secara haram juga merupakan antara faktor utama kepupusan hidupan marin. Ini kerana, apabila seseorang itu pergi menangkap ikan di kawasan larangan contohnya Taman Laut menyebabkan spesies-spesies yang

sukar ditemui di tempat lain pupus. Dengan ini, sekaligus memusnahkan khazah laut kita. Hadirin yang di hormati, Hakikatnya, masalah ini sudah acap kali diperkatakan sehingga menimbulkan muak dalam kalangan pelbagai pihak yang berusaha menanganimya. Meskipun dengan penubuhan Jabatan Taman Laut (JTL) pada tahun 1994 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 41 sehingga Seksyen 45 Akta Perikanan 1985, namun usaha untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna masih jauh dari sasaran. Saya mengangap usaha kearah itu hanya ibarat bayi masih belajar bertatih. Ini kerana, dengan kawasan seluas 2300 kilometer persegi, hanya 40 buah pulau sahaja yang diwartakan sebagai Taman Laut, dua pulau di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Larangan Perikanan dab 11 buah pulau di Sabah sebagai Taman Negeri berbanding jumlah pulau di negara ini sebanyak 882 buah. Ini sungguh mendukacitakan kita semua. Penguatkuasaan menjadi agenda kedua kita kerana saya percaya program kesedaran kepada golongan sasar iaitu pelajar sekolah lebih penting memandangkan mereka akan jadi pewaris kepada usaha pemuliharaan khazanah laut ini pada masa akan datang. Ini bukan bermakna kita langsung tidak buat operasi pencegahan dan penguatkuasaan. Ia tetap dijalankan, cuma masih terdapat pihak yang tidak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama. Selain itu, kalendar program Jabatan Taman Laut tidak pernah lekang daripada sebarang aktiviti dalam menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan pemeliharaan hidupan marin. Oleh sebab itulah program pada hari ini diadakan. Para hadirin, Saya mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Jabatan Taman Laut dan semua yang menjayakan program Pembersihan Pantai pada hari ini dan saya berharap kita semua sama-sama melindungi khazanah laut kita daripada pupus di alam fana ini. Dengan lafaz suci Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan program Pembersihan Pantai. Sekian, terima kasih.

Related Documents

Ucapan
October 2019 49
Ucapan
June 2020 28
Ucapan
October 2019 56
Ucapan
July 2020 22
Ucapan
June 2020 22
Ucapan Ramadhan
October 2019 42

More Documents from "Anonymous KUuLddnO98"

Projek Uteh
October 2019 61
Ucapan
October 2019 56
Milling Machine.pptx
April 2020 33
These And Those.docx
April 2020 28
Kkbi Bm Bru Strt 2
October 2019 46
Analisis.docx
June 2020 2