Analisis.docx

  • Uploaded by: Nurfatini Che
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 462
  • Pages: 2
ANALISIS KAJIAN Profil Responden Seramai 4 orang responden lelaki dan 6 orang responden wanita telah ditemubual dalam kumpulan berfokus. Majoriti responden telah berkahwin dan menetap di kawasan tersebut bagi tempoh yang panjang. Majoriti responden dalam kumpulan tersebut berumur antara 33 hingga 48 tahun. Walaupun telah berusia, tetapi mereka masih aktif dalam melakukan aktiviti harian. Manakala golongan belia lebih berminat bekerja di luar.

1. Kepercayaan Pada asalnya, suku Temuan mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka iaitu kepercayaan animisme di mana mereka tidak menganuti mana-mana agama. Mereka lebih mempercayai akan wujudnya semangat alam seperti kubur, pokok dan sebagainya. Kini, penduduk Asli Temuan telah menganuti agama berikutan penyebaran agama dalam perkampungan mereka. Akan tetapi, majoriti penduduk disana masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Rajah 1 menunjukkan seramai 35% penduduk asli Temuan menganuti agama Kristian, 30% memeluk agama Islam dan 35% selebihnya masih berpegang kepada kepercayaan animisme.

Kepercayaan suku asli Temuan

35%

35%

Kristian Islam Animisme

30%

2. Kegiatan Ekonomi Rajah 2 menunjukkan 82 peratus responden bekerja sendiri berbanding dengan 18 peratus yang bekerja luar iaitu dalam sektor kerajaan dan swasta. Pekerjaan sendiri merangkumi penjualan sumber bukan makanan yang diperoleh daripada hutan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Kayu gaharu, nibong, umbut kelapa, herba dan sebagainya adalah sumber bukan makanan. Aktiviti pencarian kayu gaharu menjadi pekerjaan utama penduduk dengan hasilnya dijual seminggu sekali. Pekerjaan sampingan ialah menganyam kraftangan daripada rotan, lempit, bertam dan sebagainya. Di samping itu, masyarakat Orang Asli juga mencari hasil hutan lain untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan seperti mencari petai untuk dijual, menoreh getah, pertukangan dan sebagainya. Ada juga antara mereka yang tidak menjual hasil hutan tersebut malah dijadikan sumber makanan mereka seharian. Antara hasil hutan yang biasanya menjadi sumber rezeki mereka

termasuklah pucuk ubi, rebung, umbut kelapa, sayuran hutan sebagainya. Mereka menjadikan sumber hutan sebagai sumber makanan demi mengurangkan bebanan mereka kewangan mereka untuk membeli-belah barangan pengguna.

Kegiatan Ekonomi suku asli Temuan

18% Bekerja sendiri Bekerja luar

82%

3. Budaya Tradisi Perayaan nenek moyang merupakan perayaan terpenting bagi suku kaum Asli Temuan yang masih mengamalkan animisme. Perayaan ini akan disambut pada setiap 31 Disember saban tahun. Pada hari tersebut, mereka akan berkumpul beramai-ramai di kawasan lapang bagi meraikan tahun baru yang akan bermula. Dalam perayaan tersebut, suku kaum Asli Temuan akan mengadakan tarian sewang dan diikuti dengan alunan muzik. Tarian sewang merupakan tarian tradisi suku kaum Asli Temuan di mana, penari-penari akan memakai pakaiaan tradisi yang diperbuat daripada kulit kayu bagi persalinan lelaki, manakala bagi perempuan pula mereka akan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada daun nipah atau mengkuang serta perhiasan daun kelapa yang dianyam untuk dijadikan selempang yang dililit di pinggang, kepala dan dada. Disamping itu, tarian sewang merupakan tarian yang boleh menyembuhkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan roh-roh si mati. Namun kini, sewang lebih dikenali sebagai acara bersuka-ria bagi menyambut tetamu dan sebagainya.

More Documents from "Nurfatini Che"

Analisis.docx
June 2020 2
Projek Uteh
October 2019 61
Ucapan
October 2019 56
Milling Machine.pptx
April 2020 33
These And Those.docx
April 2020 28