Ucapan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapan as PDF for free.

More details

  • Words: 539
  • Pages: 4
Bismillah…. Yang berbahagia Tuan Mohd Isah bin Ismail, Wakil Rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Yang berusaha En Zainuddin bin Yahya Yang Dipertua PIBG SKTTJ, Yang berusaha Lef. Korl Shamsiruddin Mohd Sharif, Naib Yang Dipertua PIBG SKTTJ, Yang berusaha Tuan Haji Ishak bin Manap, Guru Besar SKTTJ, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2007 / 2008, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang saya hormati, Assalamualaikum….

Bagi pihak Guru Besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTTJ, saya mengalugalukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Mohd Isah Ismail , tuan-tuan dan puan-puan dalam mesyuarat agong PIBG tahun 2008 ini. Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati…. Bagi memberkati majlis kita pada hari yang mulia ini saya dengan suka citanya menjemput Tuan Haji Zahrin bin Haji Razman untuk membacakan doa. Dipersilakan… Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zahrin bin Haji Razman atas bacaan doa sebentar tadi… Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati….

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Zainuddin bin Yahya Yang Pertua PIBG , Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan… Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Zainuddin bin Yahya atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Ishak bin Manap, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan… Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ishak bin Manap atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Seterusnya saya dengan suka citanya menjemput Yang Berbahagia Tuan Mohd Isah bin Ismail, wakil rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan untuk untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan masyuarat agong PIBG tahun 2008 SKTTJ. Dengan segala hormatnya dipersilakan…… Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Mohd Isah Ismail atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat agong PIBG tahun 2008. Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati; Seterusnya saya dengan sukacitanya mempersilakan Guru Besar , Tuan Haji Ishak bin Manap mengiringi yang berberusaha Encik Zainuddin Yahya, YDP PIBG untuk menyampaikan sumbangan PIBG kepada 40 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2007.

Dijemput……(rujuk senarai) Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Encik Zainuddin bin Yahya atas kesudian menyampaikan sumbangan PIBG itu sebentar tadi. Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati; Seterusnya saya dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha Guru Besar SKTTJ untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Mohd Isah bin Ismail untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada jawatankuasa PIBG sesi 2007 / 2008. Dijemput….(m/s 7) Terima kasih diucapkan kepada yang dan Tuan Mohd Isah Ismail atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG 2007 / 2008. Tuan-tuan, Puan-puan hadirin dan hadirat yang saya hormati… Saya dengan suka citanya menjemput, Yang Dipertua PIBG SKTTJ, Yang berusaha En Zainuddin bin Yahya untuk menyampaikan cendera hati kepada yang berbahagia Tuan Mohd Isah bin Ismail sebagai tanda kenang-kenangan daripada kami. Dengan segala hormatnya dipersilakan… Terima kasih Yang Berbahagia Tuan Mohd Isah Ismail dan terima kasih juga En Zainuddin bin Yahya. Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati; Begitulah berakhirnya majlis perasmian mesyuarat agong PIBG SKTTJ 2008. Bagi pihak Guru Besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTTJ, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada yang berbahagia Wakil Rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Mohd Isah bin

Ismail ahli-ahli jawatan kuasa PIBG, guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa dan semua pihan yang terlibat sama secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis kita pada petang ini. Sekian

Related Documents

Ucapan
October 2019 49
Ucapan
June 2020 28
Ucapan
October 2019 56
Ucapan
July 2020 22
Ucapan
June 2020 22
Ucapan Ramadhan
October 2019 42